Wednesday, August 29, 2007

Berakhirnya satu kisah

Aku dah duga something wrong dengan dia, tapi aku tak tahu apa yang tak kena.Macam-macam aku buat untuk kembalikan dia seperti sedia kala.
Aku dah buntu, dah tak tahu nak buat apa. Aku tak nak noktahkan hubungan aku dengan dia setakat itu sahaja. aku masih yakinkan diri aku tentang dia. Aku masih usaha perbaiki segala kelemahan, namun memang jodoh kami setakat itu sahaja. Aku relakan.
Gelabah juga aku saat itu.....Namun Alhamdulillah aku masih lagi waras. Mungkin kerana masa tu aku kat 'rumah Allah' jadi kewarasan masih kukuh dan utuh....

Korang tau....
Avent ISIS aku patah leher laaaaaaa
Petang semalam.Time aku nak pam kat surau!
Patutlah walaupun aku dah tukar segala spare part pun pam aku tu tak efisyen.....Dah retak kat leher dia....
Sekali aku tekupkan nak pam, krakkkk..patah dua....
Aku speechless....Aku nak call hubby...'call failed'..Arghhhhh..apa nak buat ni????
Aku nak mengalah ke?
Aku memang terdiam tau ...berbeza ngan aku yang pot pet pot pet ni....Tak terkata...Terus kepala otak aku scan lorong breast pump babyland..hahahah..then anakku then online shops....terbayang spectra3 aku kat rumah..aku 'scan' plak kawasan company ni cari tempat relevan utk aku pmp dgn spectra 3 ...Tak de...Apa aku nak buat ni....

Aku perah juga dengan tangan petang semalam. Dapat juga 5oz. Rezeki gedebi.

Time balik....
Aku tanya hubby what to do...
Hubby kata beli lain la..
Aku kata bulan depan 2 thn dah si gedebi..kita beli yg biasa2 dah la aku ingat nak sambar anakku yg ala ala avent rm68 tu....
Tapi hubby kata NO..
Dia kata wat per nak beli yang kita tak tau prestasinya baik beli yang kita dah biasa.
Aku kata but if saya pam lagi 2 bulan lagi macam mana?tak ke rugi?
Buang duit je....
Hubby kata pam tu boleh simpan....Untuk adik dia ka...
Aku kata dia ada adik ke nanti?Kang nak pam yang lagi canggih....
Hubby kata but tak rugi kalau beli avent hari ni....Boleh guna lagi boleh simpan boleh macam2...

Malam tadi mula2 hubby call babyland summit usj avent no stock...Then kami terus gi babyland ss2...
sampai sana..Alaaaa macam biasa...Banyak sangat pam..lepas satu ..satu aku belek...
nak yang mana ni....
Arghhhh..
Aku ingat nak ambik yg first year manual tu rm99....Tapi hubby berkeras suruh aku ambik avent isis juga....
Aku kata mahal la.....
Hubby kata...ambik aja laaaa...
pikir punya pikir aku ambik juga avent isis....

Dilema sungguh beli pam ketika anak menjangkau umur 2 tahun ni....Hahahahaaaa
Yang pam lama tu pun nazak sangat kot dekat 2 tahun bekerja non stop...
Aku kan tak sedih langsung tau sebenarnya pam tu patah..aku rasa...macam 'what a relief'
rupanya kau dah retak kat sini patut la tak best sgt guna kau akhir2 ni...Haahhaaaa

Moral:
Aku tak akan stop pam dalam tempoh terdekat la nampak gayanya....Alang2 beli pam baru biar guna sampai takleh guna..Hahahahaaaaa
Gambare watashi!

note:
sebenarnya malam tadi lagi aku nak tulis kat blog tapi gedebi tak kasi chance la......

Monday, August 27, 2007

Lonely no more by Rob Thomas

Lonely no more by Rob Thomas is gedebi's favorite song.Kalau dalam kereta memang kami kena ulang-ulang track lagu ini sahaja.
Dia macam faham je lyric lagu ini.
Siap menjiwai lagi tuh.Dia akan sedar walaupun sedang tidur kalau lagu ini kami tukar dengan lagu lain.
Dia akan minta lagu ini.

Now it seems to me
That you know just what to say
But words are only words
Can you show me something else

Can you swear to me that you'll always be this way?
Show me how you feel
More than ever baby

Well I don't want to be lonely no more
I don't want to have to pay for this
I don't want another lover at my door
It's just another heartache on my list

I don't wanna be angry no more
You're the one who could never stand for this
So when you tell me that you love me, know for sure
I don't wanna be lonely anymore


Ooooh Oooooh Oooooh Ooooh
Now it's hard for me
When my heart's still on the mend
Open up to me
Like you do your girlfriends
And you sing to me
And it's harmony
Girl what you do to me is everything
Let me say anything just to get you back again
Why can't we just try?


I don't want to be lonely no more
I don't want to have to pay for this
I don't want another lover at my door
It's just another heartache on my list

I don't wanna be angry no more
You're the one who could never stand for this
So when you tell me that you love me, know for sure
I don't wanna be lonely anymore


Ooooh Oooooh Oooooh Ooooh

What if I was good to you?

What if you were good to me?
What if I could hold you till I feel you move inside of me?
What if it was paradise?
What if we were symphonies?
What if I gave all my life to find some way to stand beside you?

I don't want to be lonely no more
I don't want to have to pay for this
I don't want another lover at my door
It's just another heartache on my list

I don't wanna be angry no more
You're the one who could never stand for this
So when you tell me that you love me, know for sure
I don't wanna be lonely any more

Ooooh Oooooh Oooooh Ooooh

I don't wanna be lonely any more
I don't wanna be lonely no more
I don't wanna be lonely no more
I don't wanna be lonely any more

Part dia paling suka
Ooooh Oooooh Oooooh Ooooh

I don't wanna be lonely any more
I don't wanna be lonely no more
I don't wanna be lonely no more
I don't wanna be lonely any more


Sabtu lepas kami baru gedebi jumpa paed sebab dia kata dia sakit telinga lagi. Nak bawa jumpa ENT, Sabtu no ENT...
Check telinga no problem..maybe dia gatal telinga kot. Check juga eczema kat kaki dan tangan dia.
Then nak tanya doktor tentang tantarum dia. Doctor kata normal la kalau at his age tantarum tu ada...Aisehhh....

Then doctor nak tau dia punya perkembangan
"dia dah tau bercakap ke?"
si gedebi terus tunjuk skill..
"tu uwe(flower)...dak(duck)...mommy..daddy..acif..."
"ohh good..."
then dah abih sesi jumpa doktor..nak balik dah..bila doktor cakap bye bye..
dia cakap...."opss...salammm.." sambil hulur tangan kat doktor...doc kata..
"wow..not bad u boy.."
Dia sengeh aja..
"Byeeeeeeeeeeeeee...."

Then mulalah semula aktiviti melawat hospital.
Balik tu dia penat rasanya dia tidur memanjang...





Sunday, August 26, 2007

Gregorian-Hijrah

Hari ini 13 Syaaban 1428 Ulang tahun kelahiran gedebi yang ke-2 tahun hijrah...Alhamdulillah

31 august 1957 bersamaan

5 Safar 1377 menurut calendar converter

Mana satu birthday yang nak diikut ni? Gregorian? ke hijrah?
Dua-dualah bantai ikut....Hahahahahahaah

happy birthday

Happy birthday to gedebi...
ulang tahun kelahiran ke-2 mengikut tahun hijrah..Alhamdulillah.

Wednesday, August 22, 2007

mula mula no idea then soy milk

Tadi ada idea tiba-tiba hilang. Tapi taip jugalah sebab dah click compose new post.

Ahaa teringat.....

How to make soy milk

It's very easy to make soy milk at home. If you make soy milk on a daily basis you might find a soy milk maker (or soy milk machine such as Soyajoy, Soylife, Miracle...) very helpful.

Step1: Ingredients

You need about 125 g whole soya beans to make 1 liter of soy milk.

Step2: Soaking and dehulling the soya beans

Clean the soya beans and soak them in water for 10 - 16 hours. Although not necessary, you can remove the hulls be kneading the soya beans and flushing the loose hulls with water. Removing the hulls makes the extraction process more efficient. An alternative is to crack the soya beans before soaking. The hulls come loose easily and can be washed away. When you use cracked soya beans you need less soaking time: 6 - 8 hours.

Step3: Heating the soya beans (optional)

Heating the soya beans will destroy enzymes which are responsible for the development of beany flavour. This heating can best be achieved by microwaving the wet soaked soya beans during 2 minutes.

Step4: Grinding the soya beans

Grind the soaked soya beans and 1 liter water in a blender. Sieve the mixture trough a cheese cloth and recover the soy milk. The insoluble material which remains on the sieve is called okara, and can be used as an ingredient for bread making or as cattle feed.

Step5: Boiling the soy milk

Heat the soy milk till boiling point and continue boiling for about 5 to 10 minutes. After cooling, the soy milk is ready and can be kept in the fridge for another 3 days.

Step6: Flavouring the soy milk (optional)

The soy milk can be drunk as such but taste can be improved by adding some salt (also cow milk contains a lot of salt).
With soy milk you can easily make your own fruit smoothie. Fruit smoothies are very healthy because they contain soy milk and a lot of fresh fruits.

My plan after gedebi graduate EBM (Only EBM direct still on) he will be given soy milk. So ni hasil search la.
Cari yang Malaysian punya resepi...semua suka manis2 bergula sakan..Kowaii....

Nak kena 'study' tentang soybean la plak....:)
soy mlik with pure honey is yummy!

Tuesday, August 21, 2007

ke mana arahnya

kerja keja kejam

Aku tak fahamlah makhluk-makhluk yang konon berpangkat kat office aku ni.
Kalau local staff buat report semua reject 2-3,4,5,6-10 kali..Tapi kalau Japanese buat report semedang ok...Padahal lagi teruk dari local.Mentang2 buat report in Japanese..cisssss
Bila orang yang tahu japanese baca rasa macam.."Laaa ni karangan ka apa...Budak sekolah ke ni?"

Sungguh tak aku faham langsung

Nama je merdeka 50 tahun..nama je MALAYSIAN....Tapi...Bangga sangat ngan jepun2 tu apasal...

Bagi aku, rakyat Jepun ni..Hahaha sama je ngan rakyat negara2 lain....Tetap ada bodohnya...Paling bodoh hamba kerja kuat minum arak....
Tak de pegangan hidup...

Bab baiknya bab teknologinya sahaja.

Orang Jepun yang tentera dolu2 tu banyak yang dah insaf la konon tapi buleh ke kita maafkan?

Yang anak muda baya aku, muda dari aku....Bagi aku....terlingkup la derang tu!Rosak akhlak...

Opss aku tak mau kutuk banyak-banyak....kang macam2 bahasa kesat akan keluar....

Tak bangga ke jadi Malaysian?
Aku memang bersyukur sangat jadi rakyat Malaysia.Sebabnya tak ada negara seelok Malaysia..Sejelik2 masyarakat kita jelik lagi masyarakat negara lain....

Aku memang suka dok oversea sebab aku suka perasaan merindui Malaysia hahahhaaaa

Memang berangan2 kalau buleh nak dok oversea lagi hahahahaaaaa....
Kalau tak dok jauh tak akan rasa sangat tau feeling kemalaysiaan tu....

Monday, August 20, 2007

Jagalah anak kita

Jagalah didiklah anak kita....

Berita hari ni
kat utusan
gerun aku.
Ni nak membuatkan aku makin mengawal anak aku nih!

Tahniah to rizza dan hassan
Aku baru baca pagi ni dalam upacara monday blues melawat blogs pilihan hati hahahahaa.
Cayalah ko za!

Aku gi parenthood exhibition kat MV semalam.
Komen aku
TAK BEST!!
promoter penat ke apa aku tak tau la..semua tak layan....Cam akulak terhegeh2 nak melawat gerai derang cisss....sekali pusing kami balik....
Namun aku dah dengar dah bunyi medela Swing, mini e, PIS.....Kalau aku ada banyak rm next aku nak sambar Swing la.....3-4 tahun lagi la....

Saturday, August 18, 2007

Sabtu

Sabtu
semua bangun awal.Siap2...si gedebi pagi2 buta dah mandi kolam (alaa kolam plastik tu laa)

Mummy kemas2 dapur cuci kain baju sidai2 semua keluar gi beli ikan...

beli
  • salmon
  • kerisi
  • bawal putih
  • kembung
  • mabong
Then beli ayam sikit.

beli sayur
  • bayam merah
  • carrot
  • broccoli
Balik
Masak nasi ..Masak kerisi kukus berbawang putih (jgn tak tau la ni musim gila mkn ikan kukus)
Makan.Kemudian bermulalah 'upacara' kemas rumah..vacumm..mopping....
Gedebi?berendam dalam kolam ....Mmmm..
Kesian plak kat dia dulu umah ada pool le ni ada pool plastik je....

Petang...
Gi melawat mak cik aku kat HTAR....
Seperti kisah2 buruk yang selalu dengar ttg HTAR.....Memang banyak tanda '?' laaa
Mak cik aku sakit kaki....

Balik dah lewat.
Masak 'mi rebus'
sebenarnya bukan mi rebus pun tapi speggeti mkn ngan kuah mi rebus ala aku....
aku le ni tak suka mi sbb kang gedebi nak juga ..maka aku prefer speggeti....

Bahan2 kuah:
  • bawang putih, merah dikisar ngan blender
  • cili besar dikisar
  • rempah kari ayam
  • ayam dipotong dadu
  • udang kering ditumbuk
  • kentang direbus dan dikisar.
  • asam keping sekeping
  • kalau suka ..bleh guna bunga lawang kulit kayu manis etc
  • minyak masak
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit air

Cara nak masak kuah
Tumis bawang kisar+ bunga lawang/kayu manis
Dah kekuningan masukkan cili kisar.Dah pecah minyak masukkan serbuk kari ayam.kacau.Maukkan sedikit air
Kemudian masukkan ayam dan udang ering tumbuk....
Biar empuk.
Masukkan kentang dah dikisar.masukkan asam keping.
Dan mendidih masukkan gula garam secukup rasa ..siap...

Makan ngan speggeti yang dah direbus.

Bahan hiasan/sampah2...
  • telur rebus belah 4.
  • tahu goreng potong dadu
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • buah tomato
  • sawi celur
  • ayam goreng dicubit halus

Friday, August 17, 2007

23 months old

Gedebi dah 23 months old on 17 august 2007.
Omedetou!!!

Genki de ite ne....

Thursday, August 16, 2007

Khamis dah

Yahoo dah khamis esok Jumaat then weekend!

Sure gedebi pun tak sabar nak cuti nih..Sabar ya gedebi....

Semalam si gedebi nak pakai socks makanya tidor ber'socks'lah dia malam tadi....Bila aku terjaga tengah malam aku tengok tangan dia pegang socks...Dia bangun cabut socks tengah tidur hahahahahaaa.....

Hari ni gedebi bawa bekal ikan senagin...steamed senangin...
Esok aku nak bagi dia bawa bekal Bawal suplah pula.

Wednesday, August 15, 2007

someone told someone

Someone told someone there are parasites in the department.
Someone told someone that if he/she wanna to get better position he/she must work overtime every day.
Someone told someone that the married lady in the department cannot give commitment to the company....

someone-His' a 'shit'. Memang damajalmal punya ni.He's a senior but an idiot!
someone- New staff

Bayangkan kalau korang dapat new staff korang bg tau new staff korang benda2 negatif yang sah2 satu penipuan....Fitnah demi nak jaga reputasi korang aja...Memang la...

No wonder la...2 org new engineer yang sepatutnya join group aku cabut! Aku blame someone.
Dia ni memang tak de 'dignity'....Dia suka perkataan dignity tapi dia tak tau makna!
Kelakarkan?
Dia ni bodoh tapi buat-buat pandai.
Dia ni kerja tak de rehat dalam kata lain tak tahu guna masa.

Doakan aku cecepat berambus dari berkecimpung dengan someone ni

Sunday, August 12, 2007

salmon kukus berbroccoli dan carrot

Bahan2
  • 1cm halia dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • setangkai daun bawang dipotong kecil2
  • butter
  • carrot
  • broccoli
  • ikan salmon

Panaskan steamer pot.
Masukkan semua bahan2 ke dalam bekas tahan panas.
masukkan ke dalam steamer, masak selama 15 minit..
Taraaaaaa siap..sedap

ini resepi lauk si gedebi untuk esok 13 august.....


Kalau untuk orang dewasa bolehlah ditambah garam.......

Saturday, August 11, 2007

shopping mopping

Hari ni....Ops mula2 nak cerita
Hari khamis ke rabu ntah kereta kecik kemetot kami kena langgar dr belakang kat depan opis hubby.....
Makanya ter'songeh' la sikit belakangnya rebeh sikit ja tapi nampak la kecacatannya...
Makanya tadi pagi2 hubby dah bangun buatkan anak dan isteri dia scramble egg special punya dan dia pun tinggalkan kami pi repair kereta....Pukul 4pm baru dia balik...Cost baiki org yg langgar bayar...rm150....

Alhamdulillah hari ni gedebi behave sangat..siap tolong tepuk mummy tido lgi bila mummy terjaga mummy tgk umah macam tongkang pecah.......dia sengeh and datang kiss mummy....tapi yang tak bestnya lepas kiss dia bg tau..
"mummy ...ni u-uh ni"
Hahahahahhahhaa

Bila hubby balik aku bg dia makan nasi then kami siap2 gi babyland...Tujuan utama nak beli sebamed baby bath.
Sampai sana...Astagfirullah hal a'zim....SALE!

Rambang mata aku tengok pam2 yang murah2...Serius aku takleh nak gerak dari lorong pam.....Aku tgk avent rm170+(isis) spectra3 rm299..Dan banyak lagi la....Takleh nak jalan aku jadinya
Termuhasabah diri bilang berapa jenis pam aku ada.....makanya aku tak jd nak pk nak beli baru (isis)..Tup tup hubby cakap...
"abang rasa baik ayang beli satu avent tu"
"tak de duit la"
"abang bayaq"
"tak yah la...buleh guna lagi....yg ada tu pun tak guna sgt (spectra3)"
"betul tak mau?"
"Betooiiiiii..Tapi nak techni ice"

Aku nak techni ice sbb techni ice aku ada 2 ketul je yg ok yg lain pecah perut hero baling......
Dapatlah satu cooler bag free.....bertambah koleksi.....

Namun aku dah bg tau hubby 3 tahun lagi aku nak pam baru..Buleh???

Awatlah aku ni minat sangat kat breast pump???????????

Wednesday, August 8, 2007

Lepas geram

Arghhhhh aku geram

Aku join forum...korang tau kan forum apa.....
Forum online tu la bkn forum sambutan BF week tu....

tajuk makanan tambahan.
Aku tak puas hati tentang ada orang bg pendapat bg anak yang umor 2 week, sebulan/bawah 6 bulan makan..
Adakah patut bg cadangan bg makan campur ngan susu.....
kononnya mknn tu kena masak atas air mendidih...then campor susu..

Apa hal ni?
Aku nasihatkan sebelum nak bagi apa2 'petua' baik belajar dulu untuk elakkan orang lain contohnya aku rasa geram!

Apa kalau ada anak ramai tu maknanya dah cukup ilmu jadi ibu bapa?
Haaaaaaaaaaaaaaa....Kita waaupun anak 10 sekali pun kita kena update diri ni...Baca apa yang sesuai....Bukan hanya update beli harta mende nak tayang sana sini..

Kalau nak sangat bagi makan apasal masa anak tu baru lahir tak buat pulut kuning ngan ayam golek jamu dia?
Sah sah budak baru lahir lapar...Bagi jelah pulut kuning ngan ayam golek!

La ni zaman orang nak naikkan balik imej dan martabat penyusuan susu ibu bukan zaman orang tertipu dengan propaganda syarikat pengeluar susu formula dah!
note: Kepada yang pro susu formula jangan baca blog aku ni kang korang sakit hati....

Sudah cukup zat dan khasiatnya jika bayi yang baru lahir sampai 6 bulan diberi hanya susu ibu/badan.Tak perlulah nestum ka, pisang lecek ka, apa apa la tak kisah la sesudu rm400 sekali pun..Tak perlu tak ada faedah....
Kalau nak buat juga buat diam2 tak perlu nak share dengan umum..Buat malu je....

Aku faham ..semua tu hak individu anak masing2......Tetapi susah sangat ke?Sabar kejap je...6 bulan je...
Ini WHO yang gariskan..Betul kan?Nak tau reason baca sendiri la

Tapi tak kisah la nak buat apa pun nak bagi makan apa pun anak korang bukan anak aku.....Cuma aku tak suka orang kurang bijak nak ajak orang lain jadi kurang bijak macam dia......NOKTAH

baka yaro...ike ike.....daikirai...daikiraiiiiiiiiiiiiiiiiiii

p/s: bukan ke kalau kita pi chk up anak tiap2 bulan sampai satu level doktor sendiri akan bg tau kita..kalau nak bg solid dah boleh but dia tak cakap pun u SHOULD/MUST give ur bb solid if not he/she will die!
Paed anak aku cakap...IF u wanna give him solid MAYBE he's ready now....

kasi chance aa

Haiiii...Time pumping tadi bukan main lagi aku nak blogging bila naik adap PC lupa....
Toshi no sei?
Nancyatte...

Black bag & me...
Black bag = my medela cooler bag.
Ada akak purchasing Dept bagi tau aku..
"akak kalau orang tanya mana satu akak cakap nko adalah orang yang selalu bawa bag hitam pelik sikit tu"
Kahkahkahkah..
Bag yang lebih popular dari tuannya

Breastfeeding & me.
Aku masih breastfeed gedebi. Insya Allah selagi ada....
I can't imagine one day I have to/should/must stop breasfeed him...Oh my my..Bagaimana agaknya ya?

Overweight & me.
Dah sebati!Aku kadang2 tilik2 juga diri depan cermin..Wakakah..sungguh out of shape..Aku teringin gak nak slim macam orang lain. Macam mana nak buat nih?
Aku ada set senaman tau....Aku beli masa final year dulu. Sekarang ni kalau aku keluarkan aku bukan boleh guna..Si gedebi yang buat main....
Aku nak diet kurang kan makan..Tak mau..Kang susu merudum....
Tunggu sampai gedebi stop breastfeed la....Bila?Nanti laaa...
Tu yang aku nak 3 tahun lagi untuk 2nd baby...Hahah aku nak try kurangkan berat badan dulu sebelum aku tambah balik....:P

He eleee....pi mai pi mai....cerita aku berselirat ngan breastfeeding...Alaaa kira ampun laaa...mmg tengah excited ni....kasi chance haaaaaa...

gedebi's gedaddy & me...
Mmm..Aku kadang confuse la gedebi's gedaddy ni..Dia selalu lupa dia kawen ngan sapa...Hahhahaaa...
Aku tau dia ingat dia kawen ngan sapa tapi dia selalu lupa tentang 'kebolehan' dan 'keistimewaan' aku hahahahaa
Kalau kami beli benda baru (read : electronic punya barang la) Sebelum dia buka kotak aku dah bagi verbal precaution points 'fresh' and free from an engineer. Tak yah dia nak baca instruction book..Aku dah sebut...Tetapi dia selalu ignore..
Then bila tak menjadi...Dia tension ..Bengang dan marah...
Dan tiap kali tu la aku kena ingatkan dia.."u married an engineer..so please listen to her word"
End up aku kena troubleshoot.
Mmmm.....Kalaulah dari awal before he open the box he listen to his wife bukan ke mudah?
Tak habis kat situ aja kadang2 dua tiga hari pakat memendam bengang...
kahkahkah..si laki bengang dia takleh solve..si bini bengang dia nak kena solve plus bengang laki tak dengaq kata dia....
Sungguh tak masuk akai

gedebi hates Mummy with laptop
Sungguh pantang kalau tengok mummy ngadap screen laptop....Tengah2 kenyang perut buncit pun dia buleh kata dia lapar nak susu....Hahhaa....
Kesian mummy dia.

Tuesday, August 7, 2007

aaaaa

anti aa = nanti la
angun aa = bangun la
Nak andi =nak mandi
yekk bucuk = yuck busuk = kotor
aiyooo tak tawu = aiyoo tak tahu
buak = buka
ambek = ambil

Monday, August 6, 2007

ahaks

Bulan ni adalah bulan perabih duit....
1. Aku eh aku plak..kami..kami beli printer all in one...(tup tup smlm mak cik aku punggah store dia..Dia keluarkan printer aku yg aku bawa balik dari Nippon...arghhhh)
2.Aku beli steamer pot (maka bolehlah aku buat kek kukus)
3.Kami tukar nama kereta (asal nama makcik aku sbb time beli kereta tu aku baru 7 hari kerja hahahahhaa)
4.Aku tak semena2 telah diizinkan hubby pergi mengurut.
Tu ajalah kot.....

Akukan pelik tau.....
Ni cerita aneh tau...
Tentang aku ngan Maksu aku....
Dari kecik sampai la ni....Sesuatu yang aku nak secara tak sengaja ataupun sengaja dia penuhi....
Macam mana?
Masa kecik2 aku nak buku mak aku tak de duit nak belikan tanpa diduga maksu aku yg tua 5 thn dari aku kumpul duit belikan utk aku..Padahal aku tak pernah bg tau pun dia...
Masa besaq sikit aku nak pensel tekan ala mechanical pencel tu.....Baru aku pk nak tiba2 dia belikan...Dia kumpul duit semata2 nak belikan utk aku...
Bila aku kat asrama...Aku teringin sgt pelawat datang lawat aku..Tak de angin tak de ribut dia meh melawat aku....
Masa aku dok Nippon..aku teringin nak balik tapi fulus yillek...Dia offer bg tiket...aku pi collect je kat MAS Tokyo....
Latest....Aku nak langsir..(umah sewa aku tak semua tingkap ada langsir...) Semalam dia bagi langsir (yg lama but masih ok la) + 2 pasang baju kurung.berhelai2 tudung...4 meter kain untuk buat baju raya....2 pasang pijama lagi apa erk?
Tu semua yang aku listkan nak beli bulan depan....
Kebetulan betulla.....
Dan bnyk lagilah tak tersenarai plak...semuanya kebetulan...Terdetik di hati je tiba2 wujud dalam gengaman..magic magic magic...
Alhamdulillah....

Gedebi
Weekend lepas daddy dia asyik marah dia je..Aku rasa nak 'hawing' (ni bahasa org kg aku maknanya lontar ala2 ganas gitu) Aku rasa nak hawing je daddy dia dalam sungai tau! Sebab dia asyik marah anak aku je!
Anak aku memang ngada lebih weekend lepas tapi aku sedaya upaya nak tangani dengan bijak dan berhemah.
Si pak gedaddy dia plak angin timur barat....Geram geram geram.
Entah nape stress sangat daddy dia tu...

Fotopages.
Mmmm Dah lama tak update sebab gedebi le ni camera shy....

yekk bucuk
Ni perkataan dia bila tengok benda yang kotor...yekk bucuk yekk...

Saturday, August 4, 2007

cake

Hari ini dalam sejarah aku buat kek coklat kukus.....
Tak pernah seumor hidup aku..aku buat kek...resepi dr resipi.com
Menjadi plak tu...esok nak buat lagi la hahahahahahaaaa

Berurut

Setelah 22 bulan+ aku bersalin baru hari ni aku berkesempatan gi berurut....Tu pun sebab aku 'tak leh pandang belakang'
Aku berurut satu badan+bubble bath...RM90...Buat kat D' Belain section 18.
Ada gak pakej bersalin etc.Sapa nak tau detail buleh email aku ka sms ka call ka....
Pakej bersalin+masak kat umah selama sebulan dalam rm2500 etc...

Rasa selesa sikit badan aku but rasa sengal kena urut masih ada..bersimpul siul la urat aku nih..

btw bubble bath tu best gak ala2 spa gitu......

Friday, August 3, 2007

Jangan pandang belakang

Opss..bukan jangan pandang belakang tetapi..Tak leh nak pandang belakang.....
sakit tengkuk/bahu den ni haaaa....

salah tidur gamaknya aku ni......
Makin sakit plak adeiiiiii....

Thursday, August 2, 2007

pam dan ....

Update ttg pam avent isis aku
Aku rasa aku dah nak stop pk nak beli pam baru lah...
Aku dah jumpa countermeasure/solution cara penggunaan pam aku yang tak berapa efisyen ni....

Apa aku buat?

Heheheheheeee.....

Instead of tarik handle dia 90 degree ke bawah aku tarik sengetkan dalam 75degree gitu (aku tak ukur pun aku bantai agak laa). Maknanya aku tarik ke kanan sikit or ke kiri sikit bukan 100% center...(bleh faham ke?Kalau orang guna avent isis bleh faham kot)

Setakat ni cara ni berjaya mengurangkan rasa sakit hati aku terhadap kemeruduman prestasi pam aku.....
Dalam 15 minit aku bleh dapat 6-7oz ebm...kira oklah kan.....
Kalau sebelum countermeasure ni aku dapat 4oz je.....

So.....aktiviti nak cari pam baru bleh stop dah kot ya....
Selamat rm200

RM200...
Ada orang tanya aku...
ape ke halnya ko ni anak dah nak 2 tahun ko iyer2 nak cari pam baru....
Mmm...susah aku nak jawab.....
RM200...katalah aku ngepam lagi 5 bulan ...katakan je yer..aku tak de plan ya....
RM200/5=40...Ada ke FM sebulan rm40?
Tu je cara aku kira bab RM.....Hahahhaaaaaa
Sebab reason orang tak faham nape aku nak beli pam mahal (rm200 tu mahal weee) sedangkan anak dah 'besar'.

Kalau ada yang tak faham pendirian aku...Tak yah cuba fahamlah...complicated kang sakit plak....(iyer iyer je)

Ada orang tanya dah berapa ribu aku dah habiskan untuk BF anak ni...
Mmmm...dalam RM2000 gitu....Wow banyaknya...Tapi kalau RM2000/22bulan....
Hehehehhee....Tak mahal kan?


  • pam avent-rm219
  • spectra 3 -rm349
  • cooler bag coleman-rm49.9-20%
  • cooler bag medela-rm328
  • disposable liner 12 kotakX 49.90=rm599
  • botol susu- 50botol X 4.99 = 250
  • techni ice - rm30
  • coleman chiller rm9.90
total = rm1874

Opsss aku pernah beli spare part avent rm 70

so totalnya rm1944

Alhamdulillah.......

Tang bill letric sterile pam ngan botol tu kalau FM kena juga beli so tak yah kira.....
Tang ayaq buat cuci pun takyah kira sbb kalau FM kena guna ayaq juga.....

Kesimpulannya....
Dari segi ekonomi pun breastfeeding amatlah menjimatkan.....
Kalau cakap bab kesihatan.........Panjang berjelalah lagi.....

kagum

Aku kagum sungguh dengan ibu2 yang jaga anak sendirian atas alasan suami bekerja jauh. Kuat betul diaorang...Kalau aku...Aku ni semua nak kena hubby tolong...Agak2nya kang kalau hubby kena tinggal kami sebulan dua macam mana aku nak handle hidup ni ya?Hahahahaaa
Paling lama hubby tinggal aku keseorangan adalah 4 hari....Tu pun serabut otak aku dah..Then hubby tinggal aku bersama baby paling lama 3 hari...
Kalau dia tinggal sebulan dua bulan macam mana ya?
Aku kena belajar ni....Sebab kebarangkalian dia kena kerja luar makin meningkat....

Kalaulah daddy dia tinggal dia...Boleh ke dia tidor malam? Dia sebelum tidor mesti nak ajak daddy main dulu...tonton tom and jerry ngan daddy then baru angkut bantal selimut untuk tidur......

Kalau aku drive berdua dengan dia...Nak ke dia duduk dalam seat dia?

Ya Allah permudahkanlah urusan kami....

Wednesday, August 1, 2007

in my tummy

Kita orang tunjukkan si gedebi gambar scan dia masa di dalam womb..
baby ini baby masa baby dalam my tummy...
ohhh no nono...
abis tu sapa ni....
cat aaa mimi...
oiittt ni bukan cat la ni baby la....
nop nop nop...cat....ni acif tu cat!


what to say...

Hari tu kan aku balik kampung sebab mak aku admitted kat Hospital Baling sebab diabetes.

Aku nak tulis tentang betapa dahsyatnya servis kat Hospital Baling.....Memang kalau kes emergency orang mati dulu la baru dapat treatment.

Hari aku balik tu tok (grandma) aku tiba2 cramp kaki....Makanya tak tau nak buat apa kami pun bawa le ke Hospital Baling Emergency Unit ..Risau juga la sampai tok aku takleh nak gerak asyik kejang2 aja....

Sampai sana hubby ambil wheel chair untuk tok aku then register..Lama gila tunggu tak dipanggil2...Ingat ka macam SMC kalau kes emergency gi sana terus doktor and nurse datang jenguk(aku ni high expectation plak)....dekat 60 minit juga menunggu.....

Rupa2nya diaorang ni jenis.....bila kita register dia akan letak kad tu sebelah then org lain letak sebelah cukup 4-6 orang baru lah panggil..Macam tu ke uruskan kes emergency?Bukan ke bila patient datang kena terus diperiksa?
Maybe dengan mata kasar nampak tak serius dalamnya sapa tau?

Kalau baca misi,visi dan objektif yang derang tampal kat dinding hospital Fuhhhhhhhhhh memang macam bagus gila!Hakikatnya hampagas!!!

Dah tu.....Kami menunggu tok aku kat emergency unit dari pukul 115pm sampai 4pm....
Nak masuk takleh sebab ada pak guard tunggu bila kita kata nak tau status dia akan kata doktor tengah check..Apa halnya sampai berjam2......

Ok malas dah nak cerita tentang kisah ngeri aku kat Hospital terbesar daerah Baling tu......

Opsss Ada lagi....
Mak aku kan diabetes dah tu kaki dia luka....
Al kisah doktor decided nak 'cuci' kaki mak aku..Mak aku ni memang terkenal takut kaki dipotong......Takkan sebab luka sikit dah nak potong sampai kudung?
Bila doktor kata nak kena cuci..Mak aku menangis takut...takut kena potong sekali nurse tua plak datang marah2 sebab mak aku nangis....#$%^&&*#@#*;&^$#@ betul......
Dah tu mak aku nak kena dok lama sikit kat hospital aku dah nak balik SA..Makanya aku cakap la ngan mak aku...Takleh ke dok sorang mak aku kata dia takut hahahahahaaa
Aku kata oklah aku suruh adik aku cuti jaga...mak aku kata adik aku kan kerja..Alaaa aku kata tak kisah kerja biasa je kena buang kerja cari kerja lain.....
sekali nurse tua mulut jahat tu nyampuk..
"mak sendiri pun takkan takleh jaga"
berdesing telinga aku...
Aku kata
"Heyyy jangan menyampuk hal orang boleh tak?dari dok mengacau orang baik gi buat kerja....."
Siot punya nurse.....Dah la dapat naik gaji bonus pun tengah diwar2kan bakal dapat kerja tak seberapa.time kerja buat kenduri durian kat ward........Apa ko ingat ko nurse ko bagus sangat?Melambak lagi nurse yang bagus2 tau tak?
Dok berleter 30 orang patients diaorang nak kena dijaga oleh 2 orang nurses....dia tak pk ke yang orang hospital besar2 nun beratus2 patients lagi ada.....
Rasa nak sound je lagi tapi.....Tak yah la..itu je level pemikiran dia.....
Kat private contohnya bukannya sorang nurse jaga sorang patient..melambak2 lagi daaaaaa.....
Tapi betullah private derang bisnes kena jaga..kang potential customer cabut rugiii......Ahaks

Comment:
Kesian orang kampung aku......Kerajaan bayar gaji nurses suruh rawat derang but nurses banyak yang tak ikhlas buat kerja..aku pun tak ikhlas bayar tax la macam ni......hahahahaaaa

Ehhh ada lagi aku nak komplen...
Awat hospital Baling derang buat semua atas tanah erk?naper tak buat bertingkat2?
Naper guna tingkap nako je?
Aku rasakan hospital tu kalau dibina bertingkat2 5-6 floors...jimat ruang...boleh buat parking area.....Tak pun buat rumah staff so that tak de la staff yg serabut pk anak cucu sampai maki hamun patient....
Bayangkan OT...keluar OT nak ke ward is kawasan lalu lalang hahahahaaaa.....Huduh sungguh kalu aku bayangkan keadaan aku keluar dr OT lalu open air utk ke ward....dengan rambut serabai..huduh huduh2....Hahahahaaaaa

Tapikan kat Hospital tu tiap ward ada pak/mak guard tau.....Garang macam singa lapar.....

Kat notice board spetal ada tulis takleh memberi keutamaan kepada kenalan atau sedara mara time kerja tapi aku tengok kalau sedara mara ngan kenalan depa, depa layan melampau...pak guard tutup main door depa buka pintu belakang bagi kenalan depa masuk...Mmm...

Lagi satu..Aku sarankan kepada depa yang dok Baling yang kaya raya terutama tok nek yang citer kat mak aku anak dia ada 4 buah kedai tu takyah la dok spetal Baling wat kacau orang susah macam aku ngan mak aku je....Dok la private ambik single room ka VVIP ka......Buleh la buat bising......
Dan yang kononnya kaya (padahal company yg bayar) yang layak dok 2 bedded macam aku nih...kalau agak2 awak tu standard tinggi dari aku tok sah la dok 2 bedded ambiklah single or VIP room.....Dok spetal macam dok cinema on TV high volume....anak aku nak tido pun susah....
sekian

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search