Showing posts with label Job related. Show all posts
Showing posts with label Job related. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

Nak juga tayang gambar!

Dear friends,
Aku sengaja nak tempek gambar.Kahkahkah
Ni semalam aku snap tau.Guna camera yang aku sedang evaluate, kat lab, ngan tudung yang aku jahit hahahahahhahahahahahahahaaa
Lab. Orang panggil ni antenna
Di dalam lab untuk check radiation
Time setup aku masuk la...time measurement aku dok luar tengok PC ja la....
Frequency range 30MHz-1GHz

Haaaa..ni la aku ngan tudung aku jahit hahahahahaaaaaaa
Ni lepas solat zohor.maka dah petang sikit la..aku adalah amat comot ketika itu...so layannn...
Aku dok tengah buat measurement sambil perhati kat equipment. ni gambar aku sendiri ambik..hahahaa
(AMARAN:jangan click kat gambar ni kang nampak jerawat!)


Ni orang panggil 'clamp'
Benda ni aku guna wat check radiation kat cabels and leads.
Makin hari ..makin aku exposekan apakah kerja aku kan..so korang layanlah ya...bukan senang nak tengok mende dalam lab ni...
Lab ni pun kalau company besar2 ja ada hahahaa
kot kalu nanti aku pi guna lab SIRIM Malaysia aku ambik gambar aku tayang juga nah!
sekian, dari aku...

Friday, November 21, 2008

saya berucap

Kawan-kawan
Dengan ini saya mengumumkan hari ini saya akan menjadi ‘Japanese teacher’ atau dalam nihongo(bahasa jepun) Nihonggo no sensei.

Saya akan mengajar rakan-rakan sepejabat saya.
Pertama kali sejak saya mendirikan rumah tangga.
Ketika saya masih bujang dulu saya ada juga sekali-sekala menjadi guru bahasa jepun tetapi selepas itu saya berhenti kerana saya tidak suka mengajar orang tak nak belajar.
Buang masa saya sahaja.

Jadi hari ini adalah ‘ujian’ pertama saya kepada semua.Adakah mereka bersungguh-sungguh ingin belajar atau hanya kerana ‘orang lain join so I pun nak join’

Buat pengetahuan kawan-kawan yang tersayang
Saya baru sahaja ‘membungkus 8 ketul sample product’ untuk dihantar ke HQ.
Penat pula rasanya.
Berat juga kotaknya, maka selepas ‘lunch break’ nanti saya bakal menyusahkan salah seorang rakan sepejabat untuk membantu saya mengangkat kotak yang berat ini turun ke bawah seterusnya diletakkan di dalam buggy car(kereta golf tu) untuk dibawa ke main lobby syarikat supaya pihak courier dapat mengambilnya nanti.

Buat pengetahuan juga…company saya bekerja memiliki 2 buah buggy car untuk digunakan.
Satu khas buat managing director dan satu lagi khas buat pekerja-pekerja di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D?)
Saya tergolong dalam golongan yang ‘berprivilage’ menaiki buggy car..(so apa motif??/)

Sekian…’ucapan’ saya

Monday, November 17, 2008

my workstation-tagged by kak non smiley yang tersayang

Dear Kak Non smiley
Nah untuk hang
bersedia la
semak samun
Snap secara curi ..permandangan opis yang lengang sbb semua orang kat Lab


File aku

Meja aku la
celah2 tu nampak?situ bosses duduk...so aku intip la celah2 bawah rak..aci?
Ni la kilang jepun punya opis



Lab...Aku lepak..Ni lab paling aku benci sebab bosan buat kerja ni


Ni Lab aku lepak juga
Once masuk sini terputuslah hubungan aku dengan dunia luar
Hatta ribut taufan sekali pun tak akan kuketahui!
So amacam?enjoy tengok?ke nak lagi?kahkahkahkah
aku takleh nak ambik yang lain2 sebab banyak benar barangan P&C

Friday, November 14, 2008

tak pernah

aku tak pernah deal ngan jepun sorang ni
hish dah la berusia...suka2 suruh orang hantar itu hantar ini ke Japan...benci aku! Ya kau la *wam*...aku tak suka *wam*
kalu fuj* dolu dia ni lebih menjaga staff Malaysia tapi itu *wam* macam siot!

I hate u...bleh balik la kampung kau!!!

Monday, November 3, 2008

Ibu susuan-anak susuan

Aku ada le bergurau senda ngan anak dan suami aku tentang 'nak ambil anak susuan'

komen si suami:Apsal ayang ni beriya sangat? Abang tak nak kasih sayang akif dikongsikan..
komen isteri: Hahahahahhahahaaa(gelak jahat)
Komen si anak: Acif baby...Acif nenen..Tak bleh baby xxxxx
komen mommy: ya la ya laaaaa

Mami hafiy, (ya anda mami hafiy al-fateh)..Mommy cik gedebi tanyakan cik gedebi..
Kalau baby hafiy nak nenen sesama bleh tak dia kata tak leh..
Ishh ish

Tapiii..kalau tunjuk gambar Hafiy bukan main suka siap nak gigit lagi!

Ha-cyan(Hassan daaa.....ya anak ko puan Fariza)
Anak aku pronoun hassan as ha-cyan
Aku tak tau sebab pelat ka sebab manja dan cute
Kalau bahasa jepun -cyan membawa maksud ala2 manja dan cute gitu...
Ha-cyan=Cik Ha.

topik yang tak da kena mengena

Aku masak nasi tomato untuk makan malam yang mana memang makan malam sebenar..Boleh makan pukul 9pm lebih Hahahaaaa

Sebab apa gigih benar aku masak nasi tomato?
Sebab aku teringin nak makan.Taska anak aku siang tadi menu nasi tomato.

Lagi satu sebab
Malam tadi pasar malam sect 18 Shah Alam
Kalau aku nak beli nasi tomato kat pasar malam
1.nasi dah sejuk
2.mahal..last aku beli sebungkus rm4.50
Kalau beli 2 bungkus dah rm9..Biasa la akukan kedekut....Nak simpan duit nak buathamparan permaidani!!!!Kahkahkahkah- kore ha tatemae desu!

Kos aku berbeli tadi
RM47+
Tapi aku beli ngan stok makanan dalam tin, green peas and susu cair and minyak sapi
Kira tolak RM10++..so malam ni aku spend rm37

Bila masak banyak le plak so ada bakinya

1.Bleh makan esok juga! Hahahahaaa
2.kalau aku rajin esok aku bawa bekal..Tadi pagi aku bawa bekal mi goreng yang sedap gile!!!!

Teringat esok
teringat aku akan betapa dalam lab! OHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....

Ya Allah permudahkan urusan aku..Kalau project on hand drop pun OK! (jahatnya)
Ada 4 project jalan serentak! 3 aku kena juga involve nak tak nak...1 boss(lady) yang buat sendiri
sian plak aku nengok
Ahkak ni aku tengok bnyk improve dalam soal management project...
Yang paling aku lucu..sebelum2 ni aku yang akan email dia minta dia check documents aku..tapi untuk project yg 1 tu dia plak yang email aku minta tolong nengokkan...

2 projects yang aku involve-ponat..dalam sejarah aku kerja suwei betoi la 2 project ni
adakah ini noktah yang aku harus titikkan????

project yang ke-4...Langsung aku tak mulakan hatta secalit pun..apa nak jadi?????

project2 yang disebut adalah project berkumpulan.Aku ada bahagian sedikit sahaja..namun impactnya besaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrr
Gerun aku!!!

kan sudah aku melalut jauh.....

Saturday, November 1, 2008

VSS

Company tempat aku kerja offer VSS lagi! But aku tak qualified!Too young! Hahahhaa

Offer kepada mereka yang dah kerja more than 7 years!

Harap-harap lepas ni ada offer kepada yang kerja 5 tahun juga!!!!

Monday, June 16, 2008

Bila rosak



Hal kerja
nancyatte
Ni entry ke berapa ya hari ni?
Al kisah gun(haaa senapang la) 'aku' rosak.(company punya la)
Rujuk gambar di atas.(gambar dia atas diambil guna camera yang department aku design-sepia mode)
Apa gunanya mmmm..kalau kuterangkan berjela2 pula jadinya...
It's a ESD GUN.
Sudah punah le pulok...cost nak beli satu ketul tu sama ngan cos beli sebuah kereta kancil dibayar cash...
(in fact memangle aku bekerja ngan benda-benda mahal yang ishh rasa tak patut mahal pun!Dok beli mahal-mahal buat pe la depa ni..ish tak puas ati sungguh hahahaa)
Udahnya bukan aku rosakkan.orang lain yang rosakkan.Bila rosak tak de nak ngaku....
Follow up le yang aku ni haaa ngan vendor yada2...
Fuhh mahallah plak boss tak setuju...
Aku 'picit2' buttons yang ada last2 aku dapati masih buleh guna....
so aku bagi tau boss oklah bos aku guna je la....Tapi aku tak mau bg sapa2 pinjam dah...
aci tak???
Ehh yang aku bebel sini apsal??
Ohhh.....Aku bukan apa...company aku ni le ni semuanya KPI....
Jadi aku nak kurangkan 'kerja atas dasar belas ihsan'..boleh tak?Rasa macam zalim la pula....
Aku bagi orang pinjam equipment bersyarat tapi syarat tak diikuti....
Mmm......sapa yang susah..aku juga uwaaa....
pilu pilu.....

Tuesday, December 4, 2007

Tentang kerja

Aku kan tiap kali aku fikir masa depan aku, aku mesti akan dapat kesimpulan yang aku perlu mencari peluang pekerjaan yang lain.
Namun....
Product aku involve..ya aku salah seorang dari manusia yang incharge project ini.....
Semalam kami dapat berita baik...
Alhamdulillah...dapat no. 1 top sale in France pula...Dulu US...Cheewaaahhhh
Dan beberapa minggu lepas dapat award tau projek kami tuh....
Ada orang besau J grp datang dari Japan sana sampaikan....Fuyyoo..bangga juga.....
sebab setakat ni kalau design dari malaysia asyik ala2 kadar je ..Tapi kali ni gempaq sikit....

Sebenarnya aku nak cerita...Ada KEJAYAAN juga dalam karier aku nih walaupun gaji tak naik bnyk pangkat tak naik..namun kejayaan dari segi kepuasan tengok barang yg pernah aku usahakan menjadi....bayangkan dari screen kosong(kat PC) dah jadi satu device yang org guna..Wow..bagusnya kami! Yaaa kami sbb kami kerja dalam team....

Sekarang ni aku nak cari KEJAYAAN aku sahaja....
Ya la kan aku dilahirkan untuk BERJAYA....

Saturday, December 16, 2006

Kerja sabtu lagi!!

Hari ini aku kena kerja!! Aku memang tak suka kalau kena kerja Sabtu. Memang tiada mood bekerja langsung!!!
Errkkhhhkkhkkk..Tak sukanya!!!
Company ni suka sangat replacement. Geram geram geram...

Wednesday, December 13, 2006

EMC

Akhir-akhir ini aku agak sibuk dengan kerja terutama EMC test.
Apa itu EMC??
Meh aku ceritakan secara copy and paste dr note hahahhaahaa

EMC stands for Electromagnetic Compatibility. The term EMC has 2 complementary aspect:-
- the ability of the system to operate without interfering with other systems
- the ability of the system to operate as intended wihtin a specified electromagnetic environment

There are 3 essential elements to any EMC problem
a) Source - a source of an electromagnetic phenomenon, e.g.: radio transmitters, power lines, electronic circuits and etc.
b) Transmission path - a path that allows noise to transfer from the source to the receptor.
c) Victim / receptor - the victim that cannot function properly due to the electromagnetic phenomenon.

The 2 common transmission methods: -
a) Conducted - through external cables, power cords or I/O interconnector.
b) Radiated - by air or via free-space propagation.

Kita buat EMC test ini untuk memastikan product yang kita design itu tidak merbahaya leee...senang cerita
Contohnya, walaupun ada radiation tapi pada kadar selamat digunakan oleh manusia.
Begitulah serba sedikit

Kita juga hendak memastikan product yang kita design itu tahan pada EMC.
Contohnya kat area yang ada GSM etc tu, kita nak pastikan product kita mampu beroperasi walaupun ada gangguan.
begitulah serba sedikit lagi.
sekian

Saturday, December 9, 2006

who is helping who?

aku kerja kat R&D department, dua hari lepas tiba-tiba our product/project manager panggil aku ngan sorang lg rakan sekerja aku.
Dia bagi tau kami dia perlukan bantuan kami untuk support QA department buat EMC test. Kami ni nak ke tak nak mestilah kena kata YES bos!
Aku ada book ENC center untuk test beberapa models designed by our dept tetapi slot aku tu telah dirampas oleh pihak QA. Dan new info from product manager, aku hanya perlu test satu model sahaja (ni kerja aku bkn yg QA tu). Yang QA pula memang banyaklah kerjanya.
Memang tak sempat nak siap kalau dilihat pada deadlinenya. Jadi secara logiknya kami tak akan boleh siap.
Macam tadi, pagi aku run 2 labs!!!Pi mai pi mai aku. Kalau sebulan macam ni aku confirm aku akan slim cantik gila!! silap-silap hari bulan masuk ICU!!!
Berbalik kepada cerita who's helping who ni..Pihak QA tu dah jd salah paham pula..macam diaorg pula yang support kami.
Mmmm...Memang salah paham ni 'trend' company tu kot.

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search