Friday, December 26, 2008
revolusi???
Monday, December 22, 2008
cuti-cuti malaysia
Kisah cuti
Rasanya ramai yang sedang bercuti dan ambil cuti etc…
Aku akan cuti 25 dec, tapi kerja 26 dan 27 dec(ambik cuti halfday 27 dec) then cuti 28 dan 29 dec….
Kerja 30 dan 31 dec..cuti 1 jan…kemudian kerja 2 dan 3 Jan…lantas akan bercuti dari 4 Jan-11 Jan…Masuk kerja 12 Jan iaitu ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 tahun masihi.
Nak pos hadiah etc silalah! Kahkahkah
| Date start | Date End | Action/Program |
| 25 Dec | 25 Dec | |
| 26 Dec | 27 Dec | Working |
| 28 Dec | 29 Dec | |
| 30 Dec | 31 Dec | Working |
| 1 Jan | 1 Jan | |
| 2 Jan | 3 Jan | Working |
| 4 Jan | 11 Jan | |
| 12 Jan | 12 Jan | My 30th birthday |
cerpen nyata seorang aku
Gagalkah aku?
Anak kecil itu berlari-lari, melompat-lompat tanpa menghiraukan teguran aku.
Aku kaget. Aku buntu
Aduhai anak kecil, adakah kaudengar apa yang kuperkatakan?
Aduhai anak kecil, adakah kautahu apa yang kurisaukan?
Anak kecil itu masih dengan pendiriannya.
Apa keinginannya harus ditunaikan.
Gagalkah aku?
Gagalkah aku membentuk dia menjadi insan?
Hari itu aku benar-benar buntu. Jiwaku kacau.
Kenapa anak sekecil ini tidak mampu kupujuk????
Dilema aku seorang ibu.
Anak aku makin hari makin mejadi-jadi
Salah asuhankah dia?
Dia amat sopan dan tertib jika aku tiada bersamanya.
Bukan aku yang kata tapi kebanyakkan orang yang mengenalinya akan memuji akan kesopanannya…di belakang aku..ibunya.
Tetapi jika di hadapan aku, dia bertindak seolah-olah aku akan menjaga dan menyokong segala tindakannya.
Salah TV kah itu?Salah akukah itu?
Aku
Aku pernah tidak izinkan dia menonton TV tapi dia makin ‘mengganas’
Aku sedaya upaya mengubah tanggapan keburukkan peti itu.
Sedaya upaya aku didik dia mengaplikasi peti itu dari sekadar tontonan kepada satu pembelajaran.
Di belajar tapi dia dah tak nak dengar sangat dah cakap aku?
Adakah kekerasan dapat mengubahnya
Tidak@
Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sangat ‘menjadi-jadi’ jika di depanku…
Jawapannya..
“Mummy sayang acif..mummy jaga acif…mummy peluk acif…”
Diterjemahkan sebagai ‘u r here to protect me’
Ohhhhh…..
Anakku……
nak menunjuk
Friday, December 19, 2008
apa rahsia saya?
Thursday, December 18, 2008
aku ada rahsia
Tuesday, December 16, 2008
Baby tetap baby
"sayalah baby dalam keluarga ini!"
Saturday, December 13, 2008
kesukaan
Monday, December 8, 2008
mom and babe
anak saya amat obses dengan dirinya hahahaa
satu benda yang anak saya akan sebut
"daddy ...cepatt ambik gambar mommy!!!"
tiap kali mommy dia try tudung DIY
hahahahahhaahhaahhaha
anak saya geli akan cicak...lipas dan sebagainya
tapi dia suka lion..tiger..elephant dan sebagainya....
anak saya amat suka tolong ambilkan gambar
kalau dia dapat camera maka....dia akan snap segalanya.....
sekarang dia target nak pi cinema menonton CICAKMAN(planet hitam?)
Dia dah tak suka madagascar..MOVE IT sebab...dah habis laa(season)
CH611, 612, 613 bukan lagi favorite dia...dia sekarang suka CH616..Ben-10....Tengok ben-10 ni memang kena pantau
kena join sekaki...
ohh..tadi kami lambat keluar beraya sebab..
"tak nak pakai baju raya..."
ada orang to hampir separuh hari pakai seluar kecik sahaja sebab tak mau pakai baju melayu....akhirnya mommy bawa dia naik kereta ngan seluar kecik..pakai baju dalam kereta....
huh!
dia kata baju melayu tak best..huh????
malam ni dia tiba2 saha ja buka seluar dan seluar keciknya dengan alasan...'gatal'
huh?????
ropanya nak tukar pakai baju madagascar!
Huh??
Banyak akalnya sekarang ni..
Kalau suruh belajar jangan harap
tapi kalau dia nak belajar kat kedai rm5 pun dia sanggup....huh????
memikirkan menghantarnya ke tadika....adalah belom sampai seru bagi mommynya untuk berbuat demikian..tunggu usianya 5 tahunlah
kerana mommynya masih lagi yakin dan percayakan kebolehan dan kebijaksanaan anaknya itu boleh digilap dengan natural..seadanya.
mommynya berpendapat...'jika anakku ini bijak..cerdik...dan pandai lagi genius..semua itu akan kelihatan dan terhasil dengan gilapan yang natural...tidak perlu bagi mommynya membelanjakan ribuan ringgit untuk kanak-kanak yang usia 3 tahun+ unuk masuk ke tadika...Jika sudah 5 tahun mungkin mommynya akan terbuka hati.'
Ya..mommynya sebenarnya dah naik lali dengan soalan 'anak ko gi tadika mana tahun depan'
"anak saya belom masuk tadika lagi tahun depan..."
ko takut dia jemu ke?
"nope...bukan takut dia jemu..tapi aku masih nak dia gilap kebolehan dia dengan jiwa kanak-kanaknya...Biar dia jadi kanak-kanak seadanya...aku dulu pun tadika masa 6 tahun ja.."
zaman ko zaman tahun 80-an..ni zaman millenium laaaaa..
"aku masih percayakan anak aku..aku masih percayakan aku..Insya Allah...anakku tetap yang terbaik...."
ko kerja mana ada masa nak ajar anak ko
"itu ayat orang2 tak bijak sahaja...apa ko ingat bila anak ko masuk tadika ko tak payah ajar????percayakah ko yang aku ajar anak aku hanya main-main sahaja...malahan aku pun tak tau dia belajar tapi bila aku sedar dia dah tau itu ini...dia dah bleh kira..baca apa yang patut....
aku memang kolot...tapi...aku akan 'latih' dia pergi weekend punya kelas..maybe seminggu 2 jam ka..tengok keadaan"
Saya....aku.....memang nak anak aku berjaya..bijak..cerdik..tangkas...
tapi...aku ada cara aku...
dan aku percaya anak aku BOLEH...
satu ja sifat anak aku yang paling nyata..'diam bukan bermakna tidak tahu..diam-diam berisi....'
jangan tertipu..
rasa kelakar plak
masa zaman BF anak orang asyik 'nasihat'kan cari la susu yang 'bagus sikit' dari susu aku..
la ni orang sibuuukkkkkkkkkkkkkkk...tanya tadika mana plak anak aku akan pi...adoi la
aku minta maaf jika akan ada yang terguris terluka tapi ini apa yang aku rasa dan pandangan aku semata...
1.aku belom habis lagi survey tadika2 elite area shah alam ni..
and most of the tadika bila aku lihat elite pada orang yang menghantar anak itu ....maksud aku..elite di sini,,,banyak duit ka kurang duit...bukan semuanya minda dan jiwanya elite....
masih punya pemikiran kuno..masih percayakan kepercayaan karut marut...elite ke itu?ke lebuh raya elite???
2.aku dulu tadika kemas kg pantai prai hahaha..
masa masuk tadika kemas tu aku sorang ja yang kenai ABC..123 dan bleh baca surat khabar yang lain..pegang pensel pun tak berapa reti...sedangkan mereka anak orang berada..aku?anak penoreh getah..Jadi saya berpendapat.....di mana ada kemahuan dan ada kehendak di situ ada kejayaan....
Ishh teringat..betapa aku admire cousins aku pi sekolah berhantar ngan volvo yang aku kayuh basikal buruk orang tak nak...namun....kisah di sekolah lain ceritanya...
3. Alhamdulillah aku sudah jumpa beberapa idea dan cara mengajar budak yang suka menonton TV..Thank GOD!
Think think think......
4. Anak dididik bukan hanya dari segi akademik tapi sahsiah..morah..disiplin...perhatian...kasih sayang dan segalanya.
Aku akan lebih 'down' jika anak aku merajuk kerana aku tak luangkan masa dengannya dari dia berdegil tak nak belajar...
kerana aku masih beranggapan di usia semuda dia perhatian adalah pencetus kebijaksaannya.
ohh usah risau..aku akan ikut peredaran globalisasi
anakku akan kuhantar ke sekolah juga(kerana aku tiada keyakinan aku mampu homeschool anak aku lagi)
Di usianya 5 tahun ya...
sebut homeschool...
teringat satu perkara...
kalau kita homeschool anak...kita kena ajar dia ikut usia dia...kalau ada 3 anak lain-lain usia kita kena ajar 3 stages berbeza...itu dari hasil bacaan aku..yang mr.google bagi tahu.
aik?apakah yang saya bebelkan ini?
Thursday, December 4, 2008
perangai menunjuk-nunjuk
Raya
Raya haji nanti kami raya kat shah alam sahaja
Aktiviti pun tak tau nak buat apa.
Setakat aku kahwin ni baru sekali ja raya haji kat kampong iaitu tahun lepas.
Tapi aku tak kisah..sudah biasa…alah bias tegal biasa. Malahan zaman aku belajar dulu raya haji sengap sunyi ja…kena hari exam la kena hari ada class la….
Raya puasa ja yang aku pulun sikit…
Kalau nak balik kampong..kereta tak service pun…kalau nak ambik flight..balik kampong kang melengkar dalam rumah ja la.tiada kenderaan….
Dan ada lagi ka tiket kapai terbang???
Ke nak pi jalan-jalan cari pasal ke mana2 ka???
Sedikit tentang anak aku.(.bukan dah banyak ka?)
Ya ampun..semalam dia belasah aku.
Kesnya
Akukan tak sihat asyik melepek ja, dia naik angina makan dia tiba2 bertukar jadi peninju handalan.tumbuk aku lanyak aku…panjat dan sebagainya sampai menangis aku
Aku nak call hubby dia rampas telefon dah tu dapat call kena marah plak ngan suamiku!
Sungguh tak patut….
Ubat aku dah habis
Tani aku pergi in-plant klinik..Nah selonggok lagi ubat!
Rasa mengah nak telan…..
Sekian
Wednesday, December 3, 2008
musykil
adakah kerana internet connection?atau???sila nasihati saya
2. saya dah uninstall/removed firefox sebab bila guna firefox asyik 'not responding' hang ternganga.
apakah sebabnya?
3.kenapa celcom bb saya asyik hijau(2g la)..mana birunya?
kerana celcom bb inikah masalah di atas timbul?
saya dah bayar bill yang..bulan ni bayar lebih rm1....last month bayar lebih rm20!hahahaa
Friday, November 28, 2008
jahit-jahit
Masa aku pi kedai tu last week aku tanya rege gunting dia bawa keluar gunting yang mahal2 ja..paling morah rm37. so aku pun balik bagi tau suamiku…”bang gunting kain tu mahai laa..paling murah rm37..” Paham apa makna???
So malam tadi aku pun ‘nyanyi2’ la nak gunting nak gunting..Maka demi kasih saying terhadap isterinya yang SINGA, si suami pun bawalah isterinya ke kedai barang jahitan. Ehem.Hujan tuh! Pakai uniform kerja lagi
Aku pun minta la kat nyonya kedai jahitan tu..
“Can I see the gunting please…”
Dia pun bawa keluaq la…
Huh…Minggu lepaih aku pi pakai baju ‘lawa’ sikit semua yang mahai dia tunjuk…Semalam aku pakai uniform kilang dia bawak keluaq segala price range…yang paling mahai dia pegang hahahaaaaa
Dah ada yang murah….Aku ambik paling murah la..RM20 kat tag harga…
Then aku pi ambik 5 ketul benang( apakah penjodoh bilangan bagi ketulan benang ini???siap sedia weeiii nanti anak kita tanya nak jawap apa…ketul ka????)
Masa aku nak bayaq(Aku bayaq tapi suamiku dah bagi duit sebab dia nak pi ubah kereta..parking sesuka hati tuh demi nak pi kedai jahitan..ish ish…), tokey kedai tu kata RM21.30…takkan 5 ketulan benang rm1.30 ja?
Dia kata “gunting ni I bagi u rm18 looo”
Ooooooo..
Thank u thank u…
Sebenarnya gunting ni modal dia berapa ya?aku tengok ‘made in china’ sok sok kalau aku pi china aku nak pi survey harga gunting juga la!
LOL
Maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku dah ada gunting untuk potong kain.
2. Cik gedebi beli 6 biji kapal terbang jet pejuang malam tadi!Sib baik 6 buah harga rm6! Hahahhaaaaaaaaaaaaaaaa
Itu bukan tujuan aku…Apa yang ingin aku sampaikan..malam tadi kami sekeluarga tidur sekatil ngan 6 buah kapal terbang jet pejuang!!!!
Bayangkan…
Yang aku nak gelak tengah-tengah malam ada budak cakap “Aduhh sakit la plak tangan ni..ohh acif tido atas aeroplane!”
Kalau Ultraman baru ‘datang’ maka ultraman akan tidor sekatil juga..kalau ben-10 datang pun sama…meriah sungguh katil!
3. Bila hujan astro cuci pinggan
Dahsyat gila..lemah gila satelite signal astro ni ya….
Ke ‘pinggan’ kat rumah aku tu ntah apa2?
Tidak!Masa aku guna centeralized astro masa dok BJ lagi dahsyat..angin gitu2 ja pun pinggan sudah kena cuci!!!
Dahsyat!
So Astro please hire me, I’ll give u some ideas how to improve astro service time hujan hahahahahaaa….
Thursday, November 27, 2008
adakah saya tension?
jika saya tension saya akan tulis entry tajuk stress/tension/bengang dan semakna dengannya
hari ni mood apa ya?
Tak tension tapi malas hahahaaaaaaa
JIka hari sewel?
adalah perkataan yang semakna juga.
menulis entry berpuluh2 sehari adalah kerana
saya gatai tangan
saya rasa nak juga update blog hatta tiada penyampaian yang sewajarnya...hahahhaaaa
apo kebenda aku repek nih???
Al kisah aku masuk juga lab hari ni sejam hahahahaaaa
selalunya aku amat berebut2 nak guna lab tapi hari ni aku agak M...so aku buat yang mana patut..tiada additional test...hahahaaaaa
Lagi satu mood tengah gila nak pi kamdar...dah tu esok gaji...bayangkanlah!
(nyah pagi tadi mak siap tanya hb...ada RM berapa?Faham ka makna soalan2 lagu ni?)
Ya mood saya...hendak shopping!
Terbayang-bayang barangan-barangan yang aku nak!aku nak kain jersey ja! aku nak beli baju raya anak aku la!
sapa2 nak derma duit untuk aku shopping sila la...
sekian, terima kasih!
Monday, November 24, 2008
ga ya lam alif menjahit
Bagaikan kera dapat bunga!
Tak tentu arah hahahaaaaa
Nak beli mahal so dah ada orang baik hati share cara tudung DIY ni maka jagi naik ‘syeh’ laaaaa
Tapi
1. den tak reti jahit so jahitan herot petot
2. tambahan plak mataku memang tak Nampak.nak masukkan benang ke jarum kena bantuan suami tercinta
3. leka ngan tudung sampai terlambat masak nasi..kena peril tuh!
4. ada orang kata aku macam bibik…bibik2 kan suka pakai tudung gini
5. ada orang kata aku pakai tudung Nampak macam tembolok ayam…biasa la pipi I kan tembam gitu!sejak azalli gini…so please don’t mention it!
6. aku memang asyik fikir nak menjahit tudung ja…dan juga gila teringin nak jahit langsir,,padahal nak guna mesin jahit pun tak reti..mesin jahit pun tak dak..plus..fuhhh….teringinnya aku nak buat sarung kusyen! Apakah masalah aku ni?Tak pernah sokmo hidup gila menjahit?bermula bila kami decided nak jahit table runner ngan sarung kusyen….lepas tu mektwain perkenalkan tudung plak sooo….berjangkit2….
7. takkan aku ada bakat dalam jahitan?mak aku memang pandai menjahit tapi aku rasa genetic tu adik aku yang pompuan dah ambik..adik aku tu siap ambik fasyen design lagi…takkan ada juga dapat ke aku????
Friday, November 21, 2008
saya berucap
Dengan ini saya mengumumkan hari ini saya akan menjadi ‘Japanese teacher’ atau dalam nihongo(bahasa jepun) Nihonggo no sensei.
Saya akan mengajar rakan-rakan sepejabat saya.
Pertama kali sejak saya mendirikan rumah tangga.
Ketika saya masih bujang dulu saya ada juga sekali-sekala menjadi guru bahasa jepun tetapi selepas itu saya berhenti kerana saya tidak suka mengajar orang tak nak belajar.
Buang masa saya sahaja.
Jadi hari ini adalah ‘ujian’ pertama saya kepada semua.Adakah mereka bersungguh-sungguh ingin belajar atau hanya kerana ‘orang lain join so I pun nak join’
Buat pengetahuan kawan-kawan yang tersayang
Saya baru sahaja ‘membungkus 8 ketul sample product’ untuk dihantar ke HQ.
Penat pula rasanya.
Berat juga kotaknya, maka selepas ‘lunch break’ nanti saya bakal menyusahkan salah seorang rakan sepejabat untuk membantu saya mengangkat kotak yang berat ini turun ke bawah seterusnya diletakkan di dalam buggy car(kereta golf tu) untuk dibawa ke main lobby syarikat supaya pihak courier dapat mengambilnya nanti.
Buat pengetahuan juga…company saya bekerja memiliki 2 buah buggy car untuk digunakan.
Satu khas buat managing director dan satu lagi khas buat pekerja-pekerja di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D?)
Saya tergolong dalam golongan yang ‘berprivilage’ menaiki buggy car..(so apa motif??/)
Sekian…’ucapan’ saya
Saturday, November 15, 2008
syndrome tudung mektwain
Kihkih
Aku telah mencuba..Heheheheee
Ni awning ja aku sendiri potong ikut design mektwain...yang body tudung adalah tudung sample rm10 sehelai.
(minta maaflah den tak reti edit gambar...)
ni baru siap tak potong benang lagi kahkahkah tapi nak juga try hahahhaaaa
UPDATE
Ni yang aku 100% buat
kain rm2.80/m
kira aci la sbb kalau tak jadi aku buang pun aku tak sedih hahahaaa
herot keremot pun ok la
bleh gak pakai kalau nak gi jogging kihkihkih
(gambar ni macam hantu tanpa muka la plak kan!)
Friday, November 14, 2008
1kHz
berdesing telinga! Kacau otak aku
pening!
Thursday, November 13, 2008
sesat
2. aku sibuk sangat. Tak dan nak baca blog etc
3. Aku semangat bila hari cuti hahahaaaaa
Apakah masalah aku?
Mental problem???
search@yuitsumuni
Cari@susuibu.com


