Saturday, December 27, 2008
Day 1 without PETI
Wednesday, December 24, 2008
mommy's aim
Thursday, December 18, 2008
bahasa anak saya
Wednesday, December 17, 2008
buang anak-sakit-kenolehan anak-bf
1. buang anak
Rentetan dari blog anamira(arinacasa.blogspot.com) aku ingin mengomel sedikit
Buang anak/bayi merata-rata septutnya bukan kerja manusia.
Hatta ibu kucing pun dia tak buang anak dia.
Yang pertama – Nampak amat kejam.
Yang kedua- Apakah penyebab si ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan itu sanggup buang anak?
Yang ketiga- ibu bunuh anak/tanam hidup-hidup anak yang dilahirkannya.
Kekejaman…Memang kejam,
Semua perbuatan itu adalah kerana syaitan dan nafsu.
Manusia sudah terpesong dari penciptanya.
Namun jika kita renung dari sudut yang lain.
Apakah punca ibu itu bertindak luar batasan sedemikian???
Aku yakin ibu-ibu itu sebenarnya meronta-ronta jiwanya..menangis-nangis hatinya malahan mungkin sudah meraung-raung.
Anak yang sebati dengannya sekian lama akan dibuangnya!Akan dibunuh!
Dan aku rasa mereka juga punyai rasa penyesalan walau sebesar
Kenapa aku kata demikian…..???
PILIHAN.
Itu sebenarnya
Mereka buntu dalam pertimbangan membuat PILIHAN.
Selalu kes begini kes kehamilan tanpa nikah.
Dan kita sedia maklum, jika kehamilan tanpa nikah, berdosa dan terseksa dek kejian orang dan sebagainya.
Bayangkan ‘benda’ yang membusung di dalam perut anda tiba-tiba keluar, dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dan kenyaringan suaranya anda berkenalan.
Sanggupkah anda mencabut nyawanya???/
TIDAK bukan???
Namun jika ‘mereka’ fikirkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak itu..dengan hidup mereka yang tiada arah tuju…
Dan pasti mereka pejamkan mata butakan hati…maka berlakulah pembuangan bayi merata-rata dan pembunuhan kejam.
Tiada PILIHAN.. bagi mereka yang tiada panduan dan pedoman.
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Adakah mereka dan keluarga mereka????
Kalau nak tahu siapa bersalah kita kena kaji dari A-Z baru jumpa puncanya.Kalau nak tunding
Maka apakah peranan kita
Pertama…ya jaga adik beradik kaum kerabat anak pinak kita agar tidak terpesong dari pegangan hidup kita
Ke-2 Jika JADI juga…..Kita elakkan mengutuk keji dan hina.Berikan mereka nasihat dan panduan.
Anak itu tiada dosanya yang berdosa ibubapanya.
Ubah persepsi kita, Buka minda untuk lebih menerima.
(menerima tidak bermakna menggalakkan ya)
2. perihal tentang sakit dan penyakit
Adalah amat-amat dikesali jika anda bertanyakan tentang sesuatu penyakit berbahaya(ataupun tidak) kepada seorang jurutera elektronik dan mengharap dia dapat membantu anda menyelesaikan masalah anak anda yang batuk berkahak.hahahahahahaaa
Dan sesungguhnya dengan muka tak bersalah jurutera tersebut akan cakap “pergilah jumpa doctor”
Aku pelik
Tak nak yang swasta pergi yang kerajaan.
Kenapa suka sangat nak amalkan petua itu ini?
Kenapa?
Ooo…macam tu ya
Then how about petua yang ntah apa2?
Guna minyak itu ini?sahih ka selamat????
Dan akan dijawap
“laah orang dulu2 ok ja amalkan petua tu..selamat”
Baiklah puan puan…
Sendiri mau fikir la….
Anak sakit tolonglah bawa jumpa doctor.
Tak nak bagi ubat tak pe tapi pastikan keadaan anak tu
Lung dia OK ka….kahak tahap mana….
Kalau nak kena ‘gas’ ataupun nebulizer tu ambik ja la..
Mende tu boleh mebantu mencairkan kahak.
Kalau nak kena sedut/fisio pun buat ja la
Kalau fisio tu memudaratkan dah lama dah Kerajaan Amerika Syarikat ban. (apsal aku sebut amerika syarikat bukan
3. Berikutnya perihal kebolehan anak
Aku suka baca orang tulis blog tentang anak depa dan aku pun tulis tapi aku tak suka cerita pasal kebolehan anak aku kat forum..kihkihkih..
Haruskah aku nyatakan kenapa?
Sebab…..kang orang meluat..kok..macam aku aja punyai anak…idak gitu buk?
Anak aku umur berapa dah boleh apa?
Mmm….
Nak show off?
.sekadar renungan…..nak show off apa kes?kebolehan seseorang tu adalah kebolehan dia anugerah dari Illahi…
Anak aku lahir secara ceasarian kerana besar(dah berkali bagi tau….Tok sah la tanya sebab apa besar…Daddy dia pun tinggi 180cm….genetik- maka nak declare la..aku memang telan semuaaaaaaaaaaaa vitamin ka pill apa2 aja yang gynea bagi yang kata good for preggy woman….haa jgn nak kata sbb aku makan segala pil gynea bagi anak aku besar…anak aku besar sebab memang dia ketuunan besar..full stop)
Lahir-lahir keluar ja ke dunia terus memberi laluan kepada udara melalui lung dia..kok kok kek kek..then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..(dia tak bunyi uweekk uweekk pun)
Then dia buka mata dia luas-luas..dia perhati sekeliling OT….Bulat biji mata…..(Harus tak akan kubuang budak ni!)
Then dia kencing kat nurse hahahaaaaaa
Nurse jerit dia pun jerit juga…then dia diam….
2 jam kemudian aku jumpa dia kat bilik ward.
Ketika usia 20hari+ dia jatuh sofa sebab percubaan pertama untuk meniarap
Manalah kita sangka budak 20 hari+ nak meniarap so memandangkan sofa masa tu luas..letak la atas sofa..sekali..
Gedebukkk…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…bila angkat ngan muka macho….berhenti nangis….
-fact…anak aku tanggal tali pusat ketika berusia 20 hari..kira record keluarga la! Hahahaaaa
Orang lain dalam keluarga paling lambat 7 hari..dia bantai 20 hari..
Sebab musabab ..tak tau tapi kemungkinan sebab tali pusat dia besar!
(Hubby kata plasenta/uri dia memang besar sangat!)
Anak aku berjalan ketika genap 1 tahun 1 bulan…..lambatlah kiranya
Tu ja serba sedikit perihal anak aku…(padahal dah bersepah dalam blog ni kahkahkah)
Dan yang terakhir buat masa ni..
4. perihal penyusuan susu ibu.
Kitakan kalau bebetul nak susukan anak selama yang mungkin silalah tolonglah belajar. Akan selok belok penyusuan susu ibu nih
Tolonglah beli buku ka baca kat internet ka…tanya LC..tolong laaaaaaa
Toksahlah merepek merapu meraban ntah mana dalil mana fakta mana pembohongan.
1. susukan anak ketika mengandung adalah BOLEH..tak salah tak berdosa selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak. Dari segi medical juga. Ok selagi ibu mengamalkan cara hidup yang sihat.
2. susukan anak secara tandem nursing juga adalah boleh..harus…tiada kesalahannya.
3. Orang susukan anak tidak semua yang lambat period…Kalau menyusu dan lambat period adalah perkara biasa..kalau period pun biasa…Kalau tak period pun tetap ada peluang mengandung lagi…susukan anak tidak memandulkan ibu!
4. Botol berputing BUKANnya jawapan kepada semua permasalahan penyusuan.Boleh try sudu..botol bersudu..syringe dan banyak lagi feeding device.sila google sendiri. Guna internet tu guna la bebetul bukan takat forward2 email…copy blog orang hantar ikut email bukan…dapatkanlah info sepatutnya.
Baiklah sampai di sini sahaja bebelan aku…panjang lagi kalu banyak sangat typo hahahahhaaaaaa
Tuesday, December 16, 2008
kisah anakku
Hari itu anak aku amat-amat menguji kesabaran aku.
Dia hendak menyusu tanpa henti sekejap kanan sekejap kiri dalam sela masa 5-6 minit sahaja dan menukar-nukarnya. Aku merasa sangat penat dan lenguh seluruh badan.
Aku tahu kenapa dia berbuat demikian.
Bukan kereana tiada susu tapi kerana dia tidak selesa.
Dia ada batuk-batuk sedikit. Dan dari pemerhatian aku, jika dia ada masalah batuk dan kahak dia memang akan kerap minum susu.
Adakah kerana dia tahu susu ibu itu penawar terbaik atau kerana dia inginkan ketenangan?
Apa jua tujuannya dia membuat keputusan yang tepat.
Namun pada tengah malam itu mommy di dalam ‘out of control’. Mommy marah sebab dia asyik ‘instruct’ mommy….’ini belah’ ‘
Maka mommy mengiring membelakangkan dia…
“tak pee acif minum air sahaja”
Sedih juga mendengarnya tapi mommy sudah tidak larat lagi.Sudah pukul 2 pagi.
“Tak ape acif minum air aje”
Meruntun jiwaku.
Dia pun membelakangkan mommynya.
Adakedengaran sedu sedannya.
Mommy kasihankan dia.
Mommy offer dia ‘nenen’
“taka pee..acif minum air masak aje”
Kasihan anakku.
“Alaaa..minumlah..mommy tak marah..minum….tapi please don’t instruct me this and that…”
Dia minum.
Oleh kerana menyusu sepanjang malam(dan juga minum air yang banyak kerana dia nak legakan tekaknya)
Maka pagi tadi dia terbabas.
Dalam pukul 7pagi didapati basah tempat tidurnya.
Mommy dan daddynya mengangkatnya dan menukarkan pakaiannya tanpa berkata apa-apa.
Dia terjaga dari tidurnya…
“acif terkencing…..”
Mommy dan daddynya senyum…
“Tak marah acif?”
Mommy dan daddynya geleng…..
Dia meluru turun dari sofa(tempat dia diletakkan kerana mommy dan daddynya ingin menguruskan katil-ala kain lapik ja pun..Thank to waterproof bedpad!!)
“Yey!”
Ubat batuk!
Hari Sabtu lepas, dia kata dia nak ‘corn in cup’ jadi aku punbelikannya.
Sekali dia tengok ada coklat macam M%m tu tapi ni yang jenis macam ubat tu
Dia minta aku beli.sepapan rm0.50
Dalam kereta dia makan corn dulu habis corn dia kata
“mana ubat batuk acif tadi?”
Aku yang blur terus blur..
“ohhh ni ubat batuk acif….”
Oooooo…itu rupanya ubat batuknya
“ohh batuk lagi la….makan satu…batuk lagi makan 2…”
Nampaknya makin makan ubat makin batuk ja!
Dan….Habissss……
“Mommy nah sampah..ubat batuk acif dah habis….dah tak batuk dah!”
Mommy pun kira la berapa biji ada RM0.50 ada 22 biji
“Bang..ni kalu sungguh ubat batuk mau naya!22 biji tuh!”
Wednesday, December 3, 2008
anakku pencinta keamanan
aku tak tau nak dilema ka nak apa..

jet pejuang

ben 10 bertukar...4 hands

kenal siapa dia ni???

Ultraman ngan raksasa..sapa jahat rupa korang macam raksasa huduh ni la
ni beli kat JJ sebab nangis sungguh2 nak juga...haru..aku piap aku cubit tak makan saman...

Ni dia pi beli sendiri..bayangkan tahap 'cinta' dia ya...
depa ni sebenarnya banyak beradik tapi setakat ni 3 ekor ni ja yang sempurna.yang lain dah kalah lawan raksasa...

Haaa..ni la KETUA depa!
malas gosok gigi la ni tapi suka benar tayang gigi.
Gambar pun nak ambik sendiri...
Dalam collage2 kat atas yang blur2 tu KETUA ni la yang snap.Harap maklum....
Satu perasaan bercampur baur aku
"mommy citer apa tu?"
"kids next door kot"
"bukan la mommy itu teen titan la!"
Tak tau nak kuterjemahkan perasaan aku macam mana.Dia la ni sungguh minat cerita lawan2 bagai ni
lagu digimon adventure..
"hoshi ni negai wooo..kaze ni puraido..."
ada orang bleh nyanyi ya
Lagi satu
"mommy air apa tu?"
"air sungai"
"air sungai?"
"ya"
"bukan air sungai la..air fish!"
"air sungai la..."
"air fish!!!!!!"
"mommy air apa ni"
"air masak"
"bukan air masak la...AIR"
"air masak tu air la.."
"air tu air masak la mommy"
dia ja yang betul!!!
sesungguhnya bercampur baur perasaan aku!
Thursday, November 27, 2008
fish besar
Mana?
Kat school..
Huh???
Mommy..lipas makan acif?
Tak…
Acif makin lipas?
Huh?tak!lipas kotor.!
Lipas kotor acif tak makan?
Ya
Lipas..yeck!
Mommy…Acif makan fish
Ya…
Acif makan fish…fish mati?
Ya…
Fish mati acif bleh makan?
Yaaaaaa…
Fish mati acif makan ke….mati fish acif makan? (faham tak soalan dia???- ikan tu mati sebab dia makan ke…ikan tu mati dulu baru dia makan)
Kita makan fish yang dah dimasak..
Sape masak fish?
Mommy…
Mommy masak fish?
Ya….
Mommy fish masak tak?
Tak..Fish tak makan benda yang dimasak..Fish makan rumput laut..lumut laut….
Mommy…fish makan fish!..Fish besar makan fish kecik…
Ya?
Fish besar makan macam ni….(terpa kat mommy gigit-gigit mommy…)
Dah laaa…tak yah jadi fish besar….
Dahhhhh……
cik gedebi makin besar!
Weight: 18kg
Height 100cm
3 tahun 2 bulan 1 minggu 3 hari yang lalu
Age : new born
Weight : 4.41kg
Height : 55cm
Strong! Brave! Clever! Handsome! Brilliant!
Smart! Funny! Good boy! Anak mommy!
Alhamdulillah
Cita-cita terdekat : Nak naik aeroplane
Cita-cita masa depan : Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Hobi : Macam-macam ada!
Perkara yang disukai sekarang : Main motor-motor dengan daddy. Daddy motor saya penunggang motor.
Perkara yang dibenci : kalau mommy saya marah.Sebijik macam raksasa jahat tuh!
Makanan kegemaran : saya suka sup chicken ball
Minuman kegemaran : Milo kotak
Pet : guppy
Ada sesiapa nak berkenalan dengan saya?
Nak buat menantu ke?
Monday, November 24, 2008
saya...acif!
Kadang-kadang mommy saya naik angin.Mommy saya marah saya.
Malahan petang semalam mommy saya ‘piap’ peha gebu saya sebab saya naik atas sofa dan saya buat aksi stunt ke atas perut mommy!
Saya bukan apa.Saya nak tunjuk skill baru saya sahaja.Saya nak mommy bangga dengan kebolehan saya.
Saya kuat! Saya lagi kuat dari ultraman!
Mommy saya selalu kata saya bijak.
Betullah saya bijak.
Cuma kadang-kadang saya M sikit ja.Saya tetap bijak
Saya bagi tahu Mommy saya nak naik aeroplane.
Mommy kata OK..Next year early of January ketika orang sibuk nak daftar masuk sekolah mommy dan daddy akan bawa saya naik aeroplane.
Mommy kata kita pergi dekat-dekat sahaja.
Daddy nak gi Bandung Mommy nak gi Langkawi..seperti biasa akan menyebelahi Mommy la.
Daddykan sayang Mommy
Mmmy bagi tahu saya kalau gi Langkawi bleh beli ‘coput’(coklat) banyak-banyak.
Saya boleh makan ‘coput’ dengan syarat saya berus gigi lepas makan
Daddy kata lepas langkawi nak pergi Bandung then nak pergi Beijing..
Mommy kata ‘tak yah la Bandung gi Beijing ja la nanti..”
Tahu apa dalam fikiran Mommy saya?
Dia kata kat Beijing/China ada banyak baju kanak-kanak..Baju saya lah tu..dia nak belikansaya baju stok 3 tahun! Mommy saya ni OK ke?
Tapi mommy juga kata..”Kat Bandung pun ada baju kanak-kanak juga!”
Opsss..Jangan pelik kenapa tiba-tiba kami berbicara bab melancong (murahan) ini.
Sebenarnya Mommy ngan daddy saya tengah plan “bagaimana hendak menggunakan tiket PERCUMA”…
Biasalah..jakun sikit kami ni!
Saya teringin sangat nak naik aeroplane.
Asyik dengar cerita mommy dan daddy ja.Mana boleh!
Ya…Saya akan dapat naik aeroplane….
Tapi…Ada syarat.
Mommy kata…
“kalau saya nak naik aeroplane saya kena pandai baca ABC..tulis ABC-Z, pandai 123..tulis 123..”
Saya memang tak tahu menulis lagi (tapi saya pandai lukis orang lidi!)
Tapi saya tahu la ABC dan 123 tu..
Semalam saya baca..
Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan Sembilan sepuluh.
Mommy dia daddy diam…diaorang guna bahas isyarat..Saya tahu maknanya..’pandai dah!”
Saya pandai la!
Mommy marah saya asyik tonton ben-10….
Saya minat la ben-10.. aksi lasak.
Sayakan boy..kenalah lasak sikit.
Saya ni sopan sangat la.
Saya sampai tak tahu nak main lawan-lawan..Segan la saya dengan kawan-kawan.
Saya tak langgarlah pesanan mommy…saya cuba sahaja.
Saya belajar juga dari ben-10.
Saya dah pandai cakap English sikit-sikit tau!
Saya suka sepah rumah! Hobi saya yang Daddy amat tak suka.
Saya tak kisah.
Kalau saya tak sepah siapa lagi nak sepah?
Saya sepah kalau saya rajin saya kemas, kalau saya tak rajin saya abaikan ja.
Buat tak dengar sahaja kalau Daddy dah mula bising.
Apa-apa pun saya budak bijak!
Friday, November 21, 2008
nak besar
Needle..
Ni-de?
Jarum…
Ja-rom?
Iye…
Ni?
Benang..
Buat apa ja-rom be-nang ni?
Menjahit….
Jahit apa?
Jahit tudung..
Tudung apa?
tudung untuk mommy….
Ohhh…
(ingat ke dah habis..ada lagi)
Mommy ni ape?
Benang…
Buat apa?
Benang digunakan bersama jarun untuk menjahit bagi mencantumkan kain.
Acif tak tahu ja-het….
Nanti besar kita belajar ya…
Dah besar la…
Belum cukup besar…
Bile acif besar?
Lagi 4 tahun besar la..
Am-pat tu mane?(empat tu banyak mana?)
Lama lagi la…
Lama?
Ya…
Kenapa acif lama besar(kenapa saya ni lambat lagi nak besar)
Kita ni memang asal dari kecil dan membesar sedikit demi sedikit.
Bile?
Nanti…
Acif nak hanen..nak tido..nanti acif besar…mommy simpan la ja-rom..jom tido..jom..jom…nanti acif ti-top(tutup)lampu…
OK..jom..jom….
(ingat ka dah habis)
Mommy…tu nengok(tengok) daddy dah tido…
Ye..
Daddy..daddy bangun..bangun…
Ehh kenapa kacau daddy?
Daddy tak nak tengok ben-10 ke?
Ben-10 apa malam-malam ni..jom tido..
Acif nak tido..nak besar…
Iyeee
(dah baring nak tido ni..)
Mommy acif bile besar?
Nanti besar la ..hari-hari membesar….
Acif besar..acif besar…mommy nak hanen..
Baby..nanti dah besar takleh nenen dah tau..
Hah??
Acif tak nak besar!
Melayan budak bertuah ini memang penat tapi syiok!
Monday, November 17, 2008
Kasihan anak aku!
1. si anak nak ambil makanan dalam fridge. It’s calsiyum.his favorite…
The mommy letak itu calsiyum belakang bekas ikan yang baru disiangkan .Tidak dibekukan just nak simpan kejap before memasak.
Sekali si Daddy datang marah si anak. Konon si anak keluarkan ikan.
Tanya la dulu! Budak tu nak ambil makanan dia, yang mana kena keluarkan ikan punya bekas baru bleh ambik calsiyum
Berjurai2lah air mata si anak
2. si anak nak minum susu DL strawberry flavour.Dia berlari2 ke rak simpanan dan mengambil satu pack..ada 6 kotak 250ml DL.
Dia koyak plastik pembalut, dia keluarkan satu kotak dan dia buka plastic straw dan cucuk straw.Dia ulangi hingga 3 kali…si daddy Nampak akan perbuatan si anak lantas disergahnya.
Kasihan…
Berjurai2 lagi air mata anak.
Satu mummy punya satu daddy punya satu acif nak…sambil menangis si anak mengulang2 ayat itu….
Moral: Daddy hendaklah bertanya dahulu apa yang anak buat.Jangan main sergah sahaja.
muntah
Entah kenapa anak aku wat hal tak nak gi taska
puas pujuk
dia bantai nangis..cekik aku!
(bila cekik tak akan lepas laa)
then aku pujuk2 dia lepaskan tapi...dia bantai muntah atas aku
ketahuilah aku la ni bau masam muntah
aku dah cuci tapi ada juga bau!
sib baik bau muntah bdak susu ibu....kena uwagi(baju luar) aku
Saturday, November 15, 2008
pinjam sekejap
"mummy ni mummy punyakan?Acif pinjam sekejap"
"kalau pinjam nanti kena pulangkan tau.."
"acif tahu..."
"mana duit tadi(duit dia gi jual sampah/recycle daaa)"
"Ada dalam kete laaa"
Kalau dia nak makan ke minum ke...
"Daddy, mummy....nah ambillah satu.."
Satu perkara yang aku rasa kelakar..
Pagi tadi dia bangun awal...hajat hati nak tonton 'ultraman' kat astro ceria tapi ultraman tak muncul2..
"ultraman...cepat la datang..tolong laaa..cepat la datang..."
Sunday, November 9, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Night 3- diaperless BOO BOO
Bukan gagal...Tapi dia sudah pakai diapers awal2 lagi!!!!
Ingat ka nak poo poo sampai ke tengah malam 1230am aku masih bertanyakan nak poo pooo ke?
jawapannya..'tak ade!'
soo...daddy dan mommy kena auta!
Maka dengan jayanya dia tidur with diapers malam tadi..Ishh...
But...
" mummy nak tido atas 'baby'"
'baby'= waterproof bedpad..
Dalam hati mommy kata....kalau dah pakai diapers tak yah la nak pakai itu bedpad tapi tak larat aku nak explain...so aku hamparkan juga!
Sunday, November 2, 2008
Koleksi cik gedebi
Antara koleksi little einstein

koleksi aeroplane.Lucky this one FREE..Kalau ada daddy ada new project maka dapat la new aeroplane
Walaubagaimana pun aeroplane2 ini sudah tidak berkipas lagi.
Terdapat juga aeroplane dalam saiz yang sangat kecil sampaikan tak boleh diizinkan sentuh risau ada plak orang telan!


Ni new pet!
rujuk previous entry
fish is sakana
daddy bought him 3 pairs of fish.
cost us about RM23
hahahhaaaa
Ala...akuarium plastik yang kecik ngan ikan yg seekor RM0.80...
Bukan main happy lagi dia.Makan nasi ayam yang mummy masak 2 pinggan tuh!
Thursday, October 30, 2008
pot pet pot pet cik gedebi 3
mummy ...wot dis?
motorcycle
moto-syikel?
yes...
Bukan...bukan moto-syikel....moto
ye la motor tu motorcycle la...
Bukannnnn
Erk...
Mummy...wot is mai nem?
Ur name?
(angguk)
Akif Hafiy...
Bukan ACIF HAFI....
Habis tu???
Bukan ACIF HAFI...ACIF!!!!
Ye la full name akif hafiy..
Tak yah fu-nem...ACIF!
ya la ya la
mak confuseeeeeeee
tapi layan ja laaa
Wednesday, October 29, 2008
pot pet pot pet cik gedebi 2
Sat lagi nak kena pakaikan diapers.
so mummy dia tak pakaikan dia seluar kecil dia yang mana dia panggil-'ende'
Mummy...ende mana?
Tak ade
Ende tak ade?
Ya..
Hah????
Kenapa?
Epesh pun habis..ende pun habis????
(mummy angguk)
Daddddddyyyyyyyyyyyyyyyyy...epesh habis...ende pong habissssssssssssssssss...acif nak pakai ape ni?
(muka susah hati....)
Mummy..ende tak de ke?
(geleng)
Cepat cuci...mana nak lipat..mana????
Dan
Mummy..masak ape tu?
masak nasi
Nasi ape?
Nasi putih
Nasi putih tu ape?
nasi is rice..rice is gohan
nasi rice gohan tu ape?
Nasi la
Ya la nasi ape?
Nasi untuk dimakan
siapa makan?
kita semua
kita tu sape?
akif ..mummy ..daddy
Ni acif?
Ya..
Ni mummy?
Yaaa...
Daddy???
Ada kat dalam bilik...
Buat ape dalam bilik?
Buat kerja
Kerja apa?
Kerja office...
Ni rumah!!!!
Mummy dan daddy rajin so kitaorang pun cuci la basikal2 dia
sekali dia bangun tidur tengok basikal2 dia basah..Blom sempat lap
Nape syikel basah?
mummy ngan daddy cuci
Nape cuci?
Kotor
Nape kotor?
Banyak habuk...
Habuk mane?
Dah buang.
Mummy!Daddy! syikel acif..acif cuci!(basikal saya biar saya cuci sapa suruh korang cuci????-sambil jegil2 mata)
Takuttttttttttttt
Macam burung murai tau!
Itu belom bab saintifik lagi tuh
sampai aku kena minta 'hold' sat sebab nak search cari info....
Bota kanan ke kiri?
Sejak sabtu lepas anak aku ni bercakap ala2 orang Bota(kanan ke kiri aku dah lupa-tapi loghat hok popular tu)
Aku doklah pikir punya pikir
Kat mana le dia belajo.
So kesempatan berada sepetang di taska aku gunakan untuk mengenali kawan2nya la..
Kahkahkah
Nazo ga toketa!
Dia 'dapat' loghat Bota dari kawan dia budak kecik 2 tahun, Hana.
Hana ni pendiam budaknya.Dia hanya bercakap/bersembang dengan kawan2 terpilih sahaja.(gedebi is favorite friend la)
Nasib baik la aku dolu2 bersahabat juga ngan orang Bota...
Kihkihkih
search@yuitsumuni

Cari@susuibu.com
