Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, June 16, 2008

kehangatan lantana

kehangatan lantana
aku tak tau pun apa makna lantana.

Aku nikan memang suka drama/cerita-cerita melayu/Jepun/korea/cina yang berasaskan kisah hidup yang memang mirip kisah nyata.

Walaupun ada orang kata cerita melayu tak de class...Walau orang kata tak standard aku suka juga tengok..(elehhhh kalau citer omputih tu standard semedang padahal pasport pun tak dak!sah2 malaysian...)

Kehangatan lantana
Pada mulanya aku tak mau tengok sebab pelakon pompuannya Fasha Sanda....Ngan pelakon lelakinya Adi Putra..
Tapi aku tengok juga sebab.....

Kehangatan(betul ke kehangatan?ke kepanasan???aku anggaplah kehangatan...)..Kehangatan lantana mengisahkan seorang suami,Hakim (Adi putra) yang sangat sayangkan isterinya,Juwita(Fasha). Juwita bekas ratu cantik memang digambarkan tersangatlah cantik, tapi Ya ampun sungguh garang dan bongkak lagi sombong.
Tapi Juwita ni dia isteri yang jahat. Dia bagi suami dia nasi tangas/kankang, dia curang! Hasil dari itu dia dijangkiti satu penyakit ganjil yang menjadikan dia hodoh!.Kulit menggerutu.
Sampai dia punya 'itu' mengeluarkan cecair busuk...(ni hasil dari lakonan Adi Putra la)

Hakim ada pak ngah.Pak ngah dia ni pandailah ilmu agama.
Sungguh bongkak si Juwita tatkala dia menghina dan menendang beg buruk pak ngah yang pak ngah nak bawa ke Egypt.

Ibu Hakim, dari pengamatan aku dalam cerita ini , wataknya adalah watak seorang ibu yang senantiasa meredhai anaknya walaupun terguris dengan menantunya.
Aku amat tertarik dengan sikap si ibu tatkala si anak memberitahunya yang dia tak dapat memaafkan isterinya kerana si isteri berlaku curang..
"Sampai hati dia buat anak mak macam ni..Tapi Hakim kena maafkan dia kerana dia tetap isteri Hakim..."

Hakim berkeras tidak mahu memaafkan Juwita walaupun dipujuk ibu dan pak ngahnya.
Namun akhirnya dia maafkan juga...

"Kalau Hakim terus berdendam, Hakim tak akan tenang......"
"Maafkanlah dia, biar dia pergi dengan tenang dan Hakim akan tenang juga."

Juwita menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Hakim sebaik sahaja Hakim mengucapkan.."Abang maafkan sayang."
Azab sungguh saat kematiannya.

Allah tak akan duga kita, kalau kita tak mampu harunginya.
DIA menduga sebagai tanda DIA kasihkan kita.


Moral cerita tu:
Berbuat baiklah sesama manusia. Dan jangan sekali-kali menderhakai suami mahupun ibu.
Jadilah ibu yang senantiasa meredhai jika anda benar-benar kasih dan cintakan anak-anak anda.


search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search