Sunday, November 30, 2008

ada banyak

ada banyak yang aku nak cerita nanti aku prepare bagai aku cerita..
hahahahahahaha

Friday, November 28, 2008

bebelan kesekian kalinya

Aku dah lama tak menjenguk itu foramu(ye ke nyah?)

so tadi aku pi jenguk la

Mmm...

Korang pernah dengar perumpamaan...
"masuk rumah orang tak bagi salam dah tu siap pi melepas kat jamb*n orang tanpa izin..."
Pernah?aku tak pernah...tapi aku pandai-pandai buat...

Kita pi umah orang kena bagi salam
Hatta orang jepun pun ada greetingnya
kalau pi umah orang sila sebut "GOMENKUDASAI"

Aku selit sikit ya
*****************************************
Jepun ni..abaikan yang buruk ya ambik yang baik
jepun ni depa ada satu budaya greeting2 ni yang aku amat suka

kalau kita nak tinggalkan rumah kita sebut
"Ittekimasu"
orang yg dok kat rumah akan sebut
"itteraisyai"

kalau kita balik rumah sendiri or rumah yg kita tinggal tadi la janji bkn rumah org la
kita sebut
"tadaima"
orang dalam rumah akan sebut
"okaeri"

kalau nak makan kita kena baca mismillahbaca doa makan kan..lepas makan baca doa lepas makan
depa ada juga greeting

nak makan sebut '
"Ittadakimasu"
lepas makan
"gocisosamadeshita"

Teringat zaman masa asyik dok kat kenkyusitsu(lab) kat Univ...
Ala2 berkampung gitu
semua jantan aku ja gadis ayu...
kalau aku masuk lab aku selalu sebut tadaima...
sempai(senior) aku akan cakap
"''oitt oiit...kimi no uci janaiyo"(weii bkn umah ko daaa)
tapi sorang lagi akan cakap..
"datte orera zutttoo koko ni iru jan....okaeri!"(kita dok sini semedang kan....selamat pulang!)

********************************************************
OK kembali ke tujuan utama aku menaip tengah hari ini...

Aku amat tidak dapat bersetuju dengan mereka yang
"tak apa laa,,dia tanya sebab nak cari ilmu"

"tak apa laa...dia share pengalaman dan pandangan dia"

Kalau benda tu sahih dan benar silakan kalau salah anda bersalah ya!a

Lagi satu anak sakit yang agak kritikal
hatta demam sekalipun
sila la bawa jumpa doktor takyah cari petua laaa
kalau anak dah besar tak pa ni baru kemetot
tolong la
tolong jumpa doktor...

Saya berpendapat petua2 lama2 tu memang ada kebenarannya jika kita hidup dengan cara mereka..
macam cara org melayu tanah melayu berpantang dan melayu jawa berpantang la...lain2 juga tak sama siap ada yg jawa pantang melayu tanah malaya tak pantang lagi tu....
sebab apa gitu sebab...cara makan...cara amalan lain(solat tetap 5 waktu sehari ya...)

itulah seadanya bebelan saya

jahit-jahit

1. aku dah beli gunting untuk gunting kain
Masa aku pi kedai tu last week aku tanya rege gunting dia bawa keluar gunting yang mahal2 ja..paling morah rm37. so aku pun balik bagi tau suamiku…”bang gunting kain tu mahai laa..paling murah rm37..” Paham apa makna???
So malam tadi aku pun ‘nyanyi2’ la nak gunting nak gunting..Maka demi kasih saying terhadap isterinya yang SINGA, si suami pun bawalah isterinya ke kedai barang jahitan. Ehem.Hujan tuh! Pakai uniform kerja lagi
Aku pun minta la kat nyonya kedai jahitan tu..
“Can I see the gunting please…”
Dia pun bawa keluaq la…
Huh…Minggu lepaih aku pi pakai baju ‘lawa’ sikit semua yang mahai dia tunjuk…Semalam aku pakai uniform kilang dia bawak keluaq segala price range…yang paling mahai dia pegang hahahaaaaa
Dah ada yang murah….Aku ambik paling murah la..RM20 kat tag harga…
Then aku pi ambik 5 ketul benang( apakah penjodoh bilangan bagi ketulan benang ini???siap sedia weeiii nanti anak kita tanya nak jawap apa…ketul ka????)
Masa aku nak bayaq(Aku bayaq tapi suamiku dah bagi duit sebab dia nak pi ubah kereta..parking sesuka hati tuh demi nak pi kedai jahitan..ish ish…), tokey kedai tu kata RM21.30…takkan 5 ketulan benang rm1.30 ja?
Dia kata “gunting ni I bagi u rm18 looo”
Ooooooo..
Thank u thank u…

Sebenarnya gunting ni modal dia berapa ya?aku tengok ‘made in china’ sok sok kalau aku pi china aku nak pi survey harga gunting juga la!
LOL

Maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku dah ada gunting untuk potong kain.

2. Cik gedebi beli 6 biji kapal terbang jet pejuang malam tadi!Sib baik 6 buah harga rm6! Hahahhaaaaaaaaaaaaaaaa
Itu bukan tujuan aku…Apa yang ingin aku sampaikan..malam tadi kami sekeluarga tidur sekatil ngan 6 buah kapal terbang jet pejuang!!!!
Bayangkan…
Yang aku nak gelak tengah-tengah malam ada budak cakap “Aduhh sakit la plak tangan ni..ohh acif tido atas aeroplane!”
Kalau Ultraman baru ‘datang’ maka ultraman akan tidor sekatil juga..kalau ben-10 datang pun sama…meriah sungguh katil!

3. Bila hujan astro cuci pinggan
Dahsyat gila..lemah gila satelite signal astro ni ya….
Ke ‘pinggan’ kat rumah aku tu ntah apa2?
Tidak!Masa aku guna centeralized astro masa dok BJ lagi dahsyat..angin gitu2 ja pun pinggan sudah kena cuci!!!
Dahsyat!
So Astro please hire me, I’ll give u some ideas how to improve astro service time hujan hahahahahaaa….

Thursday, November 27, 2008

adakah saya tension?

Mood saya amat mudah untuk diketahui umum
jika saya tension saya akan tulis entry tajuk stress/tension/bengang dan semakna dengannya

hari ni mood apa ya?
Tak tension tapi malas hahahaaaaaaa

JIka hari sewel?
adalah perkataan yang semakna juga.

menulis entry berpuluh2 sehari adalah kerana
saya gatai tangan
saya rasa nak juga update blog hatta tiada penyampaian yang sewajarnya...hahahhaaaa
apo kebenda aku repek nih???

Al kisah aku masuk juga lab hari ni sejam hahahahaaaa
selalunya aku amat berebut2 nak guna lab tapi hari ni aku agak M...so aku buat yang mana patut..tiada additional test...hahahaaaaa

Lagi satu mood tengah gila nak pi kamdar...dah tu esok gaji...bayangkanlah!
(nyah pagi tadi mak siap tanya hb...ada RM berapa?Faham ka makna soalan2 lagu ni?)

Ya mood saya...hendak shopping!
Terbayang-bayang barangan-barangan yang aku nak!aku nak kain jersey ja! aku nak beli baju raya anak aku la!

sapa2 nak derma duit untuk aku shopping sila la...

sekian, terima kasih!

campur aduk

Harga petrol turun tapi harga barang tak turun-turun
Tapi kalau harga petrol naik semua barang naik harga

Dah petrol turun harga, tambang bas akan terus naik ke?

Ish ish ish

Nak citer bab kapal terbang la plak
Aku sudah lama tak naik kapal terbang
Aku dolu-dolu kala naik kapal terbang memang nak naim MAS aja..Tak mau yang lain…Dalam sejarah aku naik kapal terbang sekali ja aku naik AirAsia.
Tu pun sebab nak balik kampong.
Aku tak suka itu AirAsia…

Alhamdulillah…Aku insyaAllah lepas-lepas ni akan terus naik MAS…
(ni gara2 cik gedebi la asal balik rumah ja sebut nak naik aeroplane)

Bus…
Sudah lama aku tak naik bas express.
Sampai dah lupa bila kali terakhir

Arghhh tiba-tiba rasa sakit/pening kepalaku ini.

Hari ni aku tak masuk lab.Aku dok buat beberapa document yang aku kena submit ke

1. Taiwan
2. Japan
3. US

Sib baik untuk Europe Australia bagai belum aku yang kena. HQ buat…
Malas plak nak mengarang

blogging personality

Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate
You're a well liked, though underrated, blogger.
You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.
You're a peaceful blogger - no drama for you!
A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.
People Really Like You!
You're simply a great person, and most people who meet you realize it right away.
You're kind, interesting, outgoing, friendly, and polite.
Your friends are lucky to know you. You're a joy to be around.
You are definitely well liked by almost everyone. You're a very popular person!

What People Like About You:

People like your self deprecating sense of humor and that you don't take yourself too seriously.

People like that you take responsibility for your actions and admit your mistakes. They appreciate your maturity.

People like that you truly take and interest in them. Everyone likes to be liked!

fish besar

Mommy ada lipas….

Mana?

Kat school..

Huh???

Mommy..lipas makan acif?

Tak…

Acif makin lipas?

Huh?tak!lipas kotor.!

Lipas kotor acif tak makan?

Ya

Lipas..yeck!

Mommy…Acif makan fish

Ya…

Acif makan fish…fish mati?

Ya…

Fish mati acif bleh makan?

Yaaaaaa…

Fish mati acif makan ke….mati fish acif makan? (faham tak soalan dia???- ikan tu mati sebab dia makan ke…ikan tu mati dulu baru dia makan)

Kita makan fish yang dah dimasak..

Sape masak fish?

Mommy…

Mommy masak fish?

Ya….

Mommy fish masak tak?

Tak..Fish tak makan benda yang dimasak..Fish makan rumput laut..lumut laut….

Mommy…fish makan fish!..Fish besar makan fish kecik…

Ya?

Fish besar makan macam ni….(terpa kat mommy gigit-gigit mommy…)

Dah laaa…tak yah jadi fish besar….

Dahhhhh……

cik gedebi makin besar!

Age : 3 tahun 2 bulan I minggu 3 hari
Weight: 18kg
Height 100cm

3 tahun 2 bulan 1 minggu 3 hari yang lalu

Age : new born
Weight : 4.41kg
Height : 55cm

Strong! Brave! Clever! Handsome! Brilliant!
Smart! Funny! Good boy! Anak mommy!
Alhamdulillah

Cita-cita terdekat : Nak naik aeroplane

Cita-cita masa depan : Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Hobi : Macam-macam ada!

Perkara yang disukai sekarang : Main motor-motor dengan daddy. Daddy motor saya penunggang motor.

Perkara yang dibenci : kalau mommy saya marah.Sebijik macam raksasa jahat tuh!

Makanan kegemaran : saya suka sup chicken ball

Minuman kegemaran : Milo kotak

Pet : guppy

Ada sesiapa nak berkenalan dengan saya?
Nak buat menantu ke?

bad mommy

malam tadi aku sergah anak aku! zalimnya aku
aku rasa bersalah sangat sekarang

kesian dia.

puncanya daddy dia la juga wat aku geram..
Ishh marah laki apsal anak kena????

bad mom!

Wednesday, November 26, 2008

Nak juga tayang gambar!

Dear friends,
Aku sengaja nak tempek gambar.Kahkahkah
Ni semalam aku snap tau.Guna camera yang aku sedang evaluate, kat lab, ngan tudung yang aku jahit hahahahahhahahahahahahahaaa
Lab. Orang panggil ni antenna
Di dalam lab untuk check radiation
Time setup aku masuk la...time measurement aku dok luar tengok PC ja la....
Frequency range 30MHz-1GHz

Haaaa..ni la aku ngan tudung aku jahit hahahahahaaaaaaa
Ni lepas solat zohor.maka dah petang sikit la..aku adalah amat comot ketika itu...so layannn...
Aku dok tengah buat measurement sambil perhati kat equipment. ni gambar aku sendiri ambik..hahahaa
(AMARAN:jangan click kat gambar ni kang nampak jerawat!)


Ni orang panggil 'clamp'
Benda ni aku guna wat check radiation kat cabels and leads.
Makin hari ..makin aku exposekan apakah kerja aku kan..so korang layanlah ya...bukan senang nak tengok mende dalam lab ni...
Lab ni pun kalau company besar2 ja ada hahahaa
kot kalu nanti aku pi guna lab SIRIM Malaysia aku ambik gambar aku tayang juga nah!
sekian, dari aku...

Tuesday, November 25, 2008

stress state

Aku ni dalam stress state
memang angin sebadan
sebab apa?
banyak sebab jika kuhuraikan tak tido la aku malam ni...

salah satu hint
aku selalu nak buat yang terbaik buat anak aku
tapi bila ada pihak yang cuba musnahkan usaha aku..aku jadi stress.aku jadi geram..jadi aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

zalim

sejak akhir-akhir ni anak aku kerap benar kena 'piap'
geram tau
kalau aku larang dia buat derk memang aku bagi sebji!
Rasa zakim
tapi aku rasa zalim lagi orang yang tak pernah ambik tau hal anak dia
kalau dia kenyang dia tak pk dah yang anak dia lapar
kalau dia nak bergembira suka ria dia bleh lupa anak dia wujud..
bagi aku jenis tu lagi zalim!

kat daycare anak aku
ada sorang bdak pompuan ni suka sgt nak aku melayan dia
Aku terus terang aku tak suka bdak ni
1.pengotoq
2.mak pak dia pun tak layan dia sgt pun so apa kes aku nak layan dia?
3.aku pi nak jumpa anak aku bkn nak layan dia..lantak la dia apa hal aku nak spend masa aku untuk bdak tu?
4.aku tak kenal pun mak pak dia..pak dia kalau jumpa org bknnya nak greet apa2 ka..yang maknya plak ..no komen..

sangat kebodohan kan bila aku berkira dengan budak.Sungguh aku kena berkira
hish geli aku nak ambik kisah bdak gini (ingat bdak yang aku citer ada 'bau' tu?)
Ni la bdaknya

kesian dia tak diberi perhatian oleh mak pak dia
dan kesian aku tak suka nak melayan dia
aku takleh laaaaa...
walaupun aku rasa bersalah aku tetap takleh nak layan itu budak....
aura tu memang tak dak!

aku sedih juga bila dia cuba dapatkan perhatian aku
anak aku macam biasa bila aku sampai dia akan lompat2 happy...akan report apa dia buat sapa belasah dia

si bdak pompuan tu pun meniru apa anak aku buat dah tu menarik2 aku agar layan dia jgn layan anak aku hishhh....
apa kes?
aku angguk aja kat bdak tu tapi kat anak aku aku belai peluk cium laa..anak maklah nyah so mak layan luar biasa....
aku angguk ngan geleng2 juga kat bdak tu walaupun aku tak berkenan..
zalim juga la aku ni....

tak boleh dan kalau boleh aku tak nak terlibat!
memang aku memilih
yang bdak cute2 bersih2 aku layan serius..melampau kan???
yang aku kenai mak pak dia aku layan..
Mmmmm...fukuzatsu

susah deal ngan orang yang.................

susah deal dengan orang yang tak reti bahasa
susah deal dengan orang yang pentingkan diri semata
susah deal dengan orang yang rasa dia bagus benar
susah deal dengan orang yang bodoh tapi berlagak pandai....

aku tengah bengang dengan satu makhluk ni
ikutkan hati nak ja aku lempang!

Astagfirullah hal a'zim.

note from me

I'll be in the laboratory.
Maybe until 530pm.Any urgent matter please sms me or leave the message to this blog or Email me..or whatever la yang membolehkan anda menghubungi saya.

p/s:Lab hari ni lab yang 'misteri' tu!

Monday, November 24, 2008

you know what i mean???you know...

YOU KNOW

Perasan tak?Terutamanya artis kalau ditemu ramah suka sebut….”bla bla bla I blab la ..you know….”

Serius…I DON’T” KNOW!!!

Saya tak suka itu ‘you know’

Bagi aku….kalau orang yang banyak sebut ‘you knoe you know’ ni tak confident!

Kat opis aku ada orang suka sebut…Actually…actually…actullay this one actually…

Or satu lagi…basically…basically…basically….

Semua2 ni orang yang tak muhibbah minda ja suka sebut! Hahahaaaaaa

Ampun maaf jika mengguris sesiapa…


Btw…ketika aku berjaga malam ahad sambil menjahit tudung.Aku telah tertonton rancangan TV yang dihostkan oleh itu ustaz ‘rock’
Maaf ustaz..wa tak tau nama lu!

Cerita bab..
‘mengagung-agungkan artis’

Sungguh orang kita ni kalau artis fuhhhhhhhhhhh nak follow aja…
Asalkan artis yang buat semua bagus…tidak kufahami….

Kalau ikut artis2 yang bagus2 berpendidikan berakal oklah..tapi kalu hok yang ikut si fasha sanda tu ka…ikut si sapa kai gaduh kat disco tu???
minta dijauhkan.

Tapi fikir2 balik
Biar anak aku tengok anime dari dia tengok cerita yang ntah apa2..at least anime aku bleh cakap “that;s not real..animation only!”

ga ya lam alif menjahit

Gila menjahit
Bagaikan kera dapat bunga!
Tak tentu arah hahahaaaaa
Nak beli mahal so dah ada orang baik hati share cara tudung DIY ni maka jagi naik ‘syeh’ laaaaa

Tapi

1. den tak reti jahit so jahitan herot petot
2. tambahan plak mataku memang tak Nampak.nak masukkan benang ke jarum kena bantuan suami tercinta
3. leka ngan tudung sampai terlambat masak nasi..kena peril tuh!
4. ada orang kata aku macam bibik…bibik2 kan suka pakai tudung gini
5. ada orang kata aku pakai tudung Nampak macam tembolok ayam…biasa la pipi I kan tembam gitu!sejak azalli gini…so please don’t mention it!
6. aku memang asyik fikir nak menjahit tudung ja…dan juga gila teringin nak jahit langsir,,padahal nak guna mesin jahit pun tak reti..mesin jahit pun tak dak..plus..fuhhh….teringinnya aku nak buat sarung kusyen! Apakah masalah aku ni?Tak pernah sokmo hidup gila menjahit?bermula bila kami decided nak jahit table runner ngan sarung kusyen….lepas tu mektwain perkenalkan tudung plak sooo….berjangkit2….
7. takkan aku ada bakat dalam jahitan?mak aku memang pandai menjahit tapi aku rasa genetic tu adik aku yang pompuan dah ambik..adik aku tu siap ambik fasyen design lagi…takkan ada juga dapat ke aku????

saya...acif!

Mommy oh mommy
Kadang-kadang mommy saya naik angin.Mommy saya marah saya.
Malahan petang semalam mommy saya ‘piap’ peha gebu saya sebab saya naik atas sofa dan saya buat aksi stunt ke atas perut mommy!
Saya bukan apa.Saya nak tunjuk skill baru saya sahaja.Saya nak mommy bangga dengan kebolehan saya.
Saya kuat! Saya lagi kuat dari ultraman!

Mommy saya selalu kata saya bijak.
Betullah saya bijak.
Cuma kadang-kadang saya M sikit ja.Saya tetap bijak

Saya bagi tahu Mommy saya nak naik aeroplane.
Mommy kata OK..Next year early of January ketika orang sibuk nak daftar masuk sekolah mommy dan daddy akan bawa saya naik aeroplane.
Mommy kata kita pergi dekat-dekat sahaja.
Daddy nak gi Bandung Mommy nak gi Langkawi..seperti biasa akan menyebelahi Mommy la.
Daddykan sayang Mommy
Mmmy bagi tahu saya kalau gi Langkawi bleh beli ‘coput’(coklat) banyak-banyak.
Saya boleh makan ‘coput’ dengan syarat saya berus gigi lepas makan

Daddy kata lepas langkawi nak pergi Bandung then nak pergi Beijing..
Mommy kata ‘tak yah la Bandung gi Beijing ja la nanti..”
Tahu apa dalam fikiran Mommy saya?
Dia kata kat Beijing/China ada banyak baju kanak-kanak..Baju saya lah tu..dia nak belikansaya baju stok 3 tahun! Mommy saya ni OK ke?
Tapi mommy juga kata..”Kat Bandung pun ada baju kanak-kanak juga!”

Opsss..Jangan pelik kenapa tiba-tiba kami berbicara bab melancong (murahan) ini.
Sebenarnya Mommy ngan daddy saya tengah plan “bagaimana hendak menggunakan tiket PERCUMA”…
Biasalah..jakun sikit kami ni!

Saya teringin sangat nak naik aeroplane.
Asyik dengar cerita mommy dan daddy ja.Mana boleh!
Ya…Saya akan dapat naik aeroplane….
Tapi…Ada syarat.
Mommy kata…
“kalau saya nak naik aeroplane saya kena pandai baca ABC..tulis ABC-Z, pandai 123..tulis 123..”
Saya memang tak tahu menulis lagi (tapi saya pandai lukis orang lidi!)
Tapi saya tahu la ABC dan 123 tu..
Semalam saya baca..
Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan Sembilan sepuluh.
Mommy dia daddy diam…diaorang guna bahas isyarat..Saya tahu maknanya..’pandai dah!”
Saya pandai la!

Mommy marah saya asyik tonton ben-10….
Saya minat la ben-10.. aksi lasak.
Sayakan boy..kenalah lasak sikit.
Saya ni sopan sangat la.
Saya sampai tak tahu nak main lawan-lawan..Segan la saya dengan kawan-kawan.
Saya tak langgarlah pesanan mommy…saya cuba sahaja.
Saya belajar juga dari ben-10.
Saya dah pandai cakap English sikit-sikit tau!

Saya suka sepah rumah! Hobi saya yang Daddy amat tak suka.
Saya tak kisah.
Kalau saya tak sepah siapa lagi nak sepah?
Saya sepah kalau saya rajin saya kemas, kalau saya tak rajin saya abaikan ja.
Buat tak dengar sahaja kalau Daddy dah mula bising.

Apa-apa pun saya budak bijak!

Sunday, November 23, 2008

weekend punya cerita

1.memang tengah belajar jahit tudung (mektwain) lagi
Biasa la jahitanku memang ke laut
saya tidak pernah belajar menjahit.
Boleh menjahit basic tu pun kira bertuah sangat dah
tu pun hasil dari pemerhatian mak jahit kain...
kalu idak......
Aku masih kena belajar lagi sebab asal aku jahit ja huduh..tetas...jahit tetas jahit...hahhaaaaa
sabar-sabar.
btw..kain yang mek cadangkan tu...kat kamdar rm14.90 semeter tu memang lembut
kalau compare ngan kain yang aku beli rm2.80 semeter tu mmg jauh panggang dari api la

Kain semeter 2.80 tu aku memang guna wat belajar sungguh2.....
Dah try kain yang 14.90 tu tapi macam kurang kemas la.nak tetas ke nak hentam pakai ja?
pakai ja laaa

target tudung:tudung yang bleh pakai macam mrs.noba pakai...dah try bleh..tapi malas ambik gambar...

Weekend akan datang aku nak pi kamdar MV la plak nak beli kain2 yang aku nak..semalam pi klang punya kureng la!

2. tetiba menjahit lebih attractive dari internet..sungguh tidak kupercaya hahahaa
should i learn more ilmu seni jahitan ini?
Should i by a sewing machine???
hahahahaa
sungguh jauh dari character aku
ni kalau tengok characteristic graph akan jadi songsang!
apa sudah jadi?

3.memasak
pun nak buat jugaaa....
tapi 48jam memang tak cukup untuk buat semua perkara

4.Cik gedebiku sayang makin maju dalam dunia tanpa lampin..Alhamdulillah..
Tapi...banyak benau akalnya! Hahahhaaaaa
positive development

"ohh no no no...mana ayam tadi???"
"oh no no....mana mainan tadi?"

keyword: suka sebut 'ohh no no'

sekian

Friday, November 21, 2008

hujan

hujan itu rahmat

ketika saya masih kanak-kanak, saya amat tidak sukakan hujan kerana jika hujan parents saya tak dapat menoreh, tidak menoreh samalah dengan tidak punya wang dan kena berjimat-jimat agar duit cukup untuk digunakan.
Namun membesar juga saya

ketika saya di sekolah menengah
saya juga tak suka sangat akan hujan walaupun saya berada di sekolah yang terletak di kawasan yang terlembap di malaysia..Taiping
Saya tak suka hujan ketika itu kerana..
kalau hujan taiping sejuk..maka saya mengantuk.
kalau hujan saya tak dapat berlatih hockey.
kalau hujan baju tak kering.
Namun tamat juga persekolahan

Ketika di university
Saya tak suka musim hujan di Jepun.Hujannya melampau-lampau.Angin ribut sebagainya
Terutama hujan ketika musim sejuk.Ya Allah meluap-luap perasaan nak kembali ke Malaysia
Namun saya berjaya juga tempuhinya
hujan itu rahmat

ketika bekerja sekarang, boleh dikatakan minggu ini sahaja, hari-hari saya terpaksa redah hujan..dari office-laboratory-office-balik rumah
basah lencun luar dalam.sandal sampai dah lekang.
Saya berharap kesan hujan ini juga rahmat buat saya.

Ya Allah permudahkanlah.

Hujan itu anugerah buat kita
sumber air sumber tenaga

teringat zaman matrikulasi dahulu.
Di bandar baru bangi kerap keputusan bekalan air
Kediaman desa raja nong chik.
Membawa dua baldi berisi air naik ke tingkat 3!penatnya Allah sahaja yang tahu

Bila hujan hati girang..tadah air mandi hujan...rahmat kan???

Japanese class-Cancelled!

Reason:No room can be converted to the classroom.Meeting room fully booked!
so postpone to next week (if i'm not busy)

Dari segi pemerhatian mata kasarku, ramai yang berkobar2 nak join!sekian laporan ringkas.

Tag dari CapT

1) bekas kekasih saya adalah
saya tiada kekasih lain kecuali yang ada

2) saya sedang mendengar bunyi
bunyi dua orang sedang bercakap ..sapa den tak tau…

3) mungkin saya patut
kuruskan badan saya segera hahahaaaa

4) saya suka belajar
macam-macam…segalanya

5) sahabat baik saya
anda semua

6) saya tak paham
saya akan cakap tak paham

7) saya kehilangan
minat untuk jadi jurutera hahahaa

8) ramai yg berkata-kata tetapi tidak mengotakannya

9) makna nama saya ialahpemberi/pembantu….

10) cinta tu adalah abadi dan suci

11) di suatu tempat sunyi saya memang tak berani nak lalu

12) saya akan cuba mengeluarkan diri saya dari tempat duduk saya ini untuk selama-lamanya

13) makna SELAMANYA ialah sentiasa bersama? Selama ada kat perak dan ada kat kedah…

14) henpon saya...memang tahan lama walaupun orang kata henpon ‘jenis tu’ orang dah tak guna.yang pertama tahan 6 tahun yang ni dah 3 thn!

15) saya paling meluat bila saya kena tunggu orang

16) bila saya bangun dr tidursaya akan baca doa bangun tidur

17) party adalah sesuatu majlis yang seronok jika yang pergi itu kawan-kawan yang serasi dengan kita

18) haiwan yg paling cute bagi anak aku adalah CAT

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
semua seronok la

20) hari ini saya rasa sgt tension-

21) mlm ini saya akan cuba jahit tudung lagi

22) saya btl2 inginkan dapat stay at home jaga anak.

23) bila tgk muka kt cermin pg td
tak dan nak teliti

24) shopping kompleks
kalau window shopping memang kerap aku pergi

25) makanan segera biasanya aku makan bila malas masak

26) ayat2 terakhir kata pd org
“ini sahaja yang I dapat”merujuk kepada satu document yang didapati tidak diserahkan kepada aku

27) nk pnjgkn tag ni?tak mau la..tapi kalau ehemm..ehem….buatlah jika teringin

saya berucap

Kawan-kawan
Dengan ini saya mengumumkan hari ini saya akan menjadi ‘Japanese teacher’ atau dalam nihongo(bahasa jepun) Nihonggo no sensei.

Saya akan mengajar rakan-rakan sepejabat saya.
Pertama kali sejak saya mendirikan rumah tangga.
Ketika saya masih bujang dulu saya ada juga sekali-sekala menjadi guru bahasa jepun tetapi selepas itu saya berhenti kerana saya tidak suka mengajar orang tak nak belajar.
Buang masa saya sahaja.

Jadi hari ini adalah ‘ujian’ pertama saya kepada semua.Adakah mereka bersungguh-sungguh ingin belajar atau hanya kerana ‘orang lain join so I pun nak join’

Buat pengetahuan kawan-kawan yang tersayang
Saya baru sahaja ‘membungkus 8 ketul sample product’ untuk dihantar ke HQ.
Penat pula rasanya.
Berat juga kotaknya, maka selepas ‘lunch break’ nanti saya bakal menyusahkan salah seorang rakan sepejabat untuk membantu saya mengangkat kotak yang berat ini turun ke bawah seterusnya diletakkan di dalam buggy car(kereta golf tu) untuk dibawa ke main lobby syarikat supaya pihak courier dapat mengambilnya nanti.

Buat pengetahuan juga…company saya bekerja memiliki 2 buah buggy car untuk digunakan.
Satu khas buat managing director dan satu lagi khas buat pekerja-pekerja di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D?)
Saya tergolong dalam golongan yang ‘berprivilage’ menaiki buggy car..(so apa motif??/)

Sekian…’ucapan’ saya

nak besar

Mommy..wot’s this?
Needle..
Ni-de?
Jarum…
Ja-rom?
Iye…
Ni?
Benang..
Buat apa ja-rom be-nang ni?
Menjahit….
Jahit apa?
Jahit tudung..
Tudung apa?

tudung untuk mommy….
Ohhh…
(ingat ke dah habis..ada lagi)

Mommy ni ape?
Benang…
Buat apa?
Benang digunakan bersama jarun untuk menjahit bagi mencantumkan kain.
Acif tak tahu ja-het….
Nanti besar kita belajar ya…
Dah besar la…
Belum cukup besar…
Bile acif besar?
Lagi 4 tahun besar la..
Am-pat tu mane?(empat tu banyak mana?)
Lama lagi la…
Lama?
Ya…
Kenapa acif lama besar(kenapa saya ni lambat lagi nak besar)
Kita ni memang asal dari kecil dan membesar sedikit demi sedikit.
Bile?
Nanti…
Acif nak hanen..nak tido..nanti acif besar…mommy simpan la ja-rom..jom tido..jom..jom…nanti acif ti-top(tutup)lampu…
OK..jom..jom….

(ingat ka dah habis)

Mommy…tu nengok(tengok) daddy dah tido…
Ye..
Daddy..daddy bangun..bangun…
Ehh kenapa kacau daddy?
Daddy tak nak tengok ben-10 ke?
Ben-10 apa malam-malam ni..jom tido..
Acif nak tido..nak besar…
Iyeee

(dah baring nak tido ni..)

Mommy acif bile besar?
Nanti besar la ..hari-hari membesar….
Acif besar..acif besar…mommy nak hanen..
Baby..nanti dah besar takleh nenen dah tau..
Hah??
Acif tak nak besar!

Melayan budak bertuah ini memang penat tapi syiok!

tag gatai tangan

sila klik atas gambar untuk mendapat view yang jelas

penerangan

1. Your name/username

2. Right handed and left handed

3. Favourite letter yang korang suka tulis

4. Least favourite letter to write

5. Write "the quick brown fox jumps over the lazy panda"


Aku dengan ini meng'tag' ms.lola...ngan cik yan..dan kekanda kak non smiley anamiraa.Hahahahaa


Best Blogger Award


Best Blogger Award
Domo arigatou gozaimasu!
To iu koto de...
saya menyeru kepada sesiap yang nak memberikan saya sila berbuat demikian ASAP..hahahaaaa
Tapi kalu tag yang terhutang tu sila halalkan ya....
(tu le korang tag time mak sibuk susah la mak nak buat...ke kalau nak repeat tag sila ingatkan saya...tapi jgn bab movie ya...mak tak tengok...kalau ultraman, ben-10 bagai mak layan..hahahah)
Namun hakikatnya, bilakah saya akan menjadi the best blogger????

Thursday, November 20, 2008

tudung & muka

1. tudung mektwain.
Aku sukaaaaaa..
Aku nak cuba buat lagi.
Sampai aku pandai
Aku nak kena beli
a. gunting untuk gunting kain,sebab aku tak ada.Aku guna gunting stationery ja tuh buat tudung maka herot petot.
b. Aku nak beli kapur penanda.Aku bantai kaler pensel anak aku ja buat penanda sblm ni.
c. Aku nak wat ‘pola’?ke apa ntah ala..wat kat kertas then tekap kat kain tu la dengan lebih elok.Aku guna sok kabaq the star lama ja sebelum ni so aku nak beli proper sikit la.kertas minyak ok kan?
d. Aku nak try ajak suamiku pi kamdar juga soon or later.Hahahaaaaaa
e. Aku nak perkemaskan seni jahitan tanganku. Untuk mencantum aku search kat internet kita kena guna jahitan kia.Alhamdulillah aku reti hahahahhaaaaa…

2. Ni nak marah kat ‘bio essence’ (gini kot ejaannya)
Aku pi Giant section 18 hari senin lepas.
Aku dengar satu iklan ‘bio essence’ kat giant.
“KATAKAN TIDAK KEPADA MUKA BULAT DAN TEMBAM.BIO ESSENCE”
Cilakak
Apa dosanya bermuka bulat dan tembam???
Haaaa muka aku bulat dan tembam…Salah ka???
Cari la motto lain jangan sampai menghina kejadian yang ALLAH jadikan.

Apa depa ingat kalau aku yang sah2 rangka muka bulat ni bleh trim muka aku jadi bujur sirih ka????

dilema saya-menarik minat anak untuk belajar

1. Saya sedang memikirkan bagaimanakah caranya untuk saya tune anak saya untuk meminati ‘belajar’
Anak saya sekarang langsung tidak mahu belajar.Jika saya keluarkan buku/kertas/pen/pensel/colour dan meminta dia menulis ABC or 123 dia tidak mahu. Dia akan minta saya yang menulisnya dan dia akan merengek-rengek minta saya lukis ultraman la, turtle la cat la mommy la daddy la acif la…LUKIS!
Adakah kerana bakat melukis saya sangat dikagumi?Atau…Adakah dia cuba mengelat???

Jika saya mengadap PC berinternet connection saya akan search tajuk ‘how to make your toddler love to read’ etc yang seangkatan dengannya.

Anak saya telah terlalu terdedah kepada TV.Ben-10, Ultraman…Ben-10..Ultraman.
Sudah tersalah langkahkah aku?
Saya pasti masih ada peluang untuk saya.
Jadi itulah sebabnya saya perlu belajar sedikit psykologi bagaimana hendak saya praktikkan untuk mengubah minat anak saya.
Semoga dipermudahkanNYA.
Wish me luck…


2. Saya tidak pasti apabila anak saya besar nanti dia akan ‘behave’ macam sekarang atau tidak. Dan doa saya dia akan makin ‘behave’
Kenapa?
Kerana saya tidak berminat dan agak tidak dapat menerima sikap beberapa orang kanak-kanak di pusat asuhan tempat saya tinggalkan anak saya.
Sudah berusia 6-12 tahun namun, ‘larang tak dengar’ bak kata orang kampong saya.
‘Tak makan saman’.
Sudah lama saya perhatikan.
Semalam anak saya tiba-tiba berkeras ingin membawa ‘handphonenya’ ke taska.
(Alaa handphone lama mommy)
Petang semalam ketika menunggu suami saya menjemput kami saya perhatikan seorang kanak-kanak berusi 6 tahun telah merampas handphone tersebut dari anak saya depan mata saya.
Diketuk-ketuknya ke lantai dan di flip sungguh-sungguh seolah-olah ingin merosakkannya.
Nak tegur anak orang!Saya bisikkan kepada anak saya “go fight for your right!”
Tapi seperti biasa itu anak aku aaa..sangat sopan santun…
“XXX…itu acif punye…bagi le..bagi leee”
Errrkkk….

Apa yang aku dapat lihat, kanak-kanak tersebut tidak diajar menghormati dan menghargai harta orang lain!

Bukan setakat kanak-kanak itu ramai lagi kanak-kanak yang tidak terdidik dalam bab menjaga hak orang lain.

Contohnya, jika anda pergi tesco atau giant (ni kan ramai orang pergi dan pelbagai lapisan masyarakat)
Di area basikal kanak-kanak, apa yang anda boleh lihat?
Yaa…bersenang lenang kanak-kanak mencuba basikal/motor etc.Ada yang siap bawa meronda satu hypermarket.
Ada ibubapa mereka larang?
Jika saya, sudah lama saya ‘piap’ peha gebu anak saya…”itu bukan hak kita..kita bukan nak beli so please do not touch”
Kalau nak cuba naik pun setakat 1-2 meter sahaja dengan pengawasan kami.
Kasi chance sekali dalam 1-2 bulan. Tapi tetap dok ‘nyanyi’
“this’s not ours, berdosa tau kalau naik…”
Kanak-kanak macam anak aku tu memanglah berkeinginan nak cuba segala yang ada.
Maka kitalah yang wajib mengajar, mendidik dan membimbing agar anak kita menjadi insan

Pernah sekali anak aku kena tengking dengan seorang budak sebab anak aku pi pegang salah satu basikal mainan kat giant stadium tu!
Bayangkan dia pekik kuat gile..Menangis anak aku tersedu sedan.Depan kami laki bini tau!
Yang mak pak budak tu sengal gila!Langsung tak tegur akan perbuatan/perlakuan anak yang bagi aku..”tak terajar’ itu.

Why not u cakap dekat anak u..”tak baik tengking-tengking orang ..ini basikal pun bukan kita punya.manalah tau orang tu nakbeli ka apa…”

Dan demi mententeramkan anak aku yang tengah sedu sedan tu aku ngan muka yang dah berang cakap “Dah dah…stop nangis….diaorang tu tak pandai macam kita tu diaorang main barangan orang tanpa izin..baby stop nangis nanti balik kita main basikal-basikal kita ya…..”

“acif nak nengok jaaaa uwaaa uwaaa”
“Tak yah tengok tak cantik pun……busuk..”
“hah>tak cantik?busuk…jomm jommm”

Perggggg…..

Namun saya tetap nak marah kat mak ak budak yang tengking anak saya itu! Me childish ka?

Sekian, arakian bebelanku buat saat ini.

Wednesday, November 19, 2008

maruku rasalah rasalah

kat company aku sebulan sekali uncle muruku rasalah rasalah akan datang meniaga
muruku dia ni sodap nyah!

so aku akan beli rm2.50/pack campor 3 jenis...1 for me to 'ngap' time kerja n 1 for my gedebi and hubby...

kenapa uncle rasalah rasalah..sebab dia selalu sebut 'rasalah rasalah'
kita bleh rasa then decide nak beli yang mana..rasa ja tau jgn melantak....

next dia akan datang 16 december....

terkinja-kinja wat tag yang sama-dr mimielola-stesen kerja saya ver.2


Aku menjawap tag mimielola


dan ingin melenakan tidur kan non nan tersayang.


Gambar2 ni motifnya nak menunjuk2 semata2 tiada tujuan lain melainkan nak menunjuk...ish ishish...




Ni dah pernah tayang.....gun...bleh la kalau nak beli sebiji kereta kancil ngan kos pembelian ini mende

Ni tulang ikan yang kucing dah makan isinya...antenna daaaa...ni morah rm45+


Ni ocsiloskop...mahal ni...bleh beli rumah!aku tak de kena mengena pun ngan mende nih hahahaa

ni namanya spectrum analyzer.Dari zaman aku dok Univ sampai la ni kena ngadap mende nih..ish ish ish..

Ni solder iron namanya.Aku ambik gambarnya.Nak guna bukannya nampak kalau nak solder sebab part size kecik lagi dr tungau!


Haaaa....ni apa?ini namanya noise simulator..apa gunanya..simulate noise la kahkahkah.. aku memula masuk kerja mmg ngdap mende ni..le ni dah tak adap dah la


Ni apo?Ni namanya bilik kebal yang udah tak kebal


Ni khas buat kak non smiley
sila intai kat cecelahan tu nampak???
ada nampak???
bleh tido ka malam ni???
So amacam????
kihkihkih
aku harap korang enjoy

ra ke fa

Nak cerita
Kalau ada antara yang perasan bukan main rancak saya blogging sebelum subuh tadi
Kisahnya
Saya terjaga pukul 345am…Saya bangun..Tiba-tiba saya rasa takut…Ada gitu??/Saya pun ambik wuduk dan solat…
Lepas tu saya tengok lappy(yang kehabisan battery) ada atas cabinet so saya pun sambung power supply saya blogging.
Tu ja ceritanya.

Kalau anda baca RAFIDAH…apa anda Nampak?
Ra-fi-dah- ke fa-ri-dah?

Aku agak pelik lagi aneh bila orang Nampak fa-ri-dah
Sebab seumur hidup aku ..aku Nampak ra-fi-dah

Email aku..gmail or seratas.com mail memang crafidah.
Kalau nama memang ada rafidah.
Nape masih ada yang baca faridah?????

Confuse.

Aku ada satu sijil yang ‘faridah’ kecewa aku tau sebab sijil tu sijil team hokey aku juara larut matang selama!

Masa aku form 1-3 kat batch aku ada 2 rafidah.
Sorang aku..tapi aku ada CIK.
Same class
Aku pendek kemetot dia tinggi lampai.
Tapi aku bijak banyak la kahkahkah

Dilema sungguh bila nama sama(hampir sama) tapi yang lain2 berbeza.
Aku paling frust bila aku dapat tau dia terpilih untuk satu ‘perkara’ kerana cikgu salah tengok result.
Yaaaa…tertukar result ngan aku! Sepatutnya aku tapiiiii….

Ya ketika form 1-3 aku tidak menonjol melainkan terkenal ngan sikap yang brutal ja…laser sana sini..lain kebaikan tarak!
Ke aku tidak kelihatan kerana rafidah tu lebih tinggi dari aku?
Ya..benar aku tak suka dia..hahhaaaa….nama sama tapi IQ jauh..hakhak..jahat aku masa tuuuu!!!

Tapi masa form 4-5 aku seorang ja rafidah.
Ada senior form 5 but dia ‘wan nur rafidah’ masuk sekolah aku masa form 4…. (I know u pernah suka dia kan?-she’s a very beautiful lady..lemah lembut!180 degree jauh dari aku)

Opss..masa awal form 4 ada seorang masuk batch aku nama rafidah tapi aku tak ingat XXXX rafidah.
Mmm…kecik molek cute….
Tapi dia nangis hari2 nak balik…padahal umah dia kat tepen jugak! Bkn jauh pun so dia kuo sekolah aku gi sekolah lain….
Maka aku the only one la..yuitsumuni! kahkahkahkah…(masa form 5 la )

Bila masuk kerja….aku kat rnd ..kat engineering dept ada plak engineer nama rafidah.
Mmmm….
Ada satu kes supplier/vendor antar email..nak hantar ke aku tapi pi hantaq ke alamat dia..padahal aku dot jp…yang rafidah tu .dot.my…
Rafidah tu bagi email ke aku cc boss bagai suruh aku bagi tau itu supplier/vendor alamat email aku..
Aku buat derk sbb bkn aku yg salah..supplier/vendor tu aku tak kenai pun..so mampos pi la

Tapiiiiiiiiiii…aku tak pernah bising….aku dia ja bila tiba2 ada orang call cakap kat aku ‘
“I kat office u dah ni…mana u?”
Aku tanya
“who are you??”

Then kena pot pet ngan itu orang….sampai tak bagi aku chance nak berkata2..
Aku Cuma nak tanya…
“Department mana?”

Nyata bukan aku yang dia patut jumpa..
“I tak ada kena mengena dengan u”

Or tetiba ada orang datang bagi ‘sample’ ntah apa2 kat aku…
Siapa bagi ni?????
Jenuh aku piker….Then teringat yang sorang lagi..
Juga aku tak pernah bagi email cc ke boss pun!

Benda mudah tak yah nak kepoh..aku bukan musnahkan apa2 pun.Tau tak berapa banyaka ku buang masa entertain phone call yang tak patut aku terima?orang yang tak patut aku jumpa?tahu????

Bacalah nama orang bebetul ya….

dilema ibu sejagat-saya bukan IBU yang baik

Jika anda ada dilema 'saya bukan ibu yang baik'
Insya Allah.Pada pandangan saya anda dalam perjalanan menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak anda

Aku tidak lari dari dilema ini
Terbayang saat2 aku terpekik lolong melarang anak aku itu ini
Tahukah anakku apakah dilema mommy bila mommy memekik lolong???
Mommy akan rasa down sangat
Mommy tak patut treat you like that but mommy 'ter...'

Ya Allah bantulah hambaMU

Quality time with u baby...
Sangat minima
But i try my best! My very best...

Mommy sanggup balik ke taska naik bas..Mommy wat muka sardin ja bila boss masih tak habis nak order itu ini bila chime balik dah berbunyi sebab mommy nak masa tu untuk anak mommy, not in office...
Mommy work 8am to 545pm...by 615pm mommy mesti ada depan baby..
(mommy tak yah promotion pun tak pa asalkan daddy promote setiap 6 bulan..ooki kadai desu yo!)
They will never understand my prinsip but never mind...Biarkan mereka dengan labu2 mereka..Bagi aku kerja lebih masa adalah kerja yang tak efisyen..bagi aku ya..bayangkan anda stay back sampai 1-2am tapi tak dapat apa2 solution utk permasalahan dihadapi..better u go back and rest and tomorrow morning think about it again...

begitulah seadanya dilema saya
kihkihkih

Kenapa gedebi tak minum FM

kenapa gedebi tak minum FM?

KENAPA GEDEBI KENA MINUM FM??????

Ada yang bertanya kenapa mommy tak bagi dia FM but mommy bagi dia susu kotak?

Saaaa....Nak jawapan yang mana satu???

Tanya soalan baliklah ya...bleh ke anda jawap?
Hehehee

sebelum soalan saya...saya terangakan sikit
anak saya masih minum susu ibu
dia berusia 3 tahun lebih
dia makan nasi
lauk dia mkn mommy dia yang masak
dia makan cookies juga..mommy dia yang baked
cake pun dia makan mommy juga baked
coklat pun dia makan daddy dia beli.
buah....dia makan banana ja..
sayur pun dia dah makan asalkan mommy yang suap semua dia telan-cayalah anak mommy
Pendek kata macam2lah dia makan.
berikutnya
susu bukanlah satu2nya sumber kalsium di dunia mkn lain pun ada kalsium..nasi putih pun ada..tapi taklah bnyk macam susu
dia ada minum susu lain ketika kat taska..susu kotak DL tu la
berat anak saya Alhamdulillah normal untuk age dia
Paed kami kata can go for whole milk- ada consult paed tau kami bukan menonong
Alhamdulillah dia sihat..Ada la sakit juga sebab dia bukan anak superman or incredible...Namun sejak akhir2 ni banyak improvement la.Tak macam zaman sebelum 2 tahun tuh!

Soalan saya
Adakah saya masih perlu berikan dia susu yang diformulasi???
Kenapa susu diformulasi???
(ada ke perkataan 'formulasi'?)

Lu pikir lah sendiri!!!!!

masalah rumahtangga

May i know...dalam dunia ni siapalah yang langsung tak pernah ada masalah dalam rumahtangga hatta sebesar kutu yang kurus?
Sila nyatakan

Masalah rumah yang bertangga MESTI berlaku juga hatta tang bab pakat malas cuci pinggan...kahkahkahkah

Namun apakah caranya untuk mengatasinya
Haruskah dibincangkan di forum dengan menempekkan gambar anda?
kutuk pasangan anda/mendedahkan keburukan maha jahil pasangan anda?
Adakah dengan meluahkan di alam maya anda akan berasa lega dan masalah anda selesai??

Bagi saya
Masalah rumahtangga TIDAK relevan dipost ke forum2 ilmiah..lainlah ke forum 'masalah rumahtangga'....tu pun rasa tak sesuai

Sebagai contoh, masalah main kayu tiga..(kebanyakkan orang main satu kayu ja..kayu hoki..kayu apa lg ya?)
Kembalilah kepada basic rumahtangga orang Islam
Jika bermasalah siapakah perlu anda rujuk?
Kenapa malu nak rujuk ke pihak sewajarnya tapi tidak malu diwar2kan ke alam maya which is satu dunia akan tau???

Begitulah seadanya komen saya ttg topik ini....sekian...

Tuesday, November 18, 2008

Nota dari aku

I'll be in laboratory whole day today!
Uhuks!

Monday, November 17, 2008

my workstation-tagged by kak non smiley yang tersayang

Dear Kak Non smiley
Nah untuk hang
bersedia la
semak samun
Snap secara curi ..permandangan opis yang lengang sbb semua orang kat Lab


File aku

Meja aku la
celah2 tu nampak?situ bosses duduk...so aku intip la celah2 bawah rak..aci?
Ni la kilang jepun punya opis



Lab...Aku lepak..Ni lab paling aku benci sebab bosan buat kerja ni


Ni Lab aku lepak juga
Once masuk sini terputuslah hubungan aku dengan dunia luar
Hatta ribut taufan sekali pun tak akan kuketahui!
So amacam?enjoy tengok?ke nak lagi?kahkahkahkah
aku takleh nak ambik yang lain2 sebab banyak benar barangan P&C

Kasihan anak aku!


1. si anak nak ambil makanan dalam fridge. It’s calsiyum.his favorite…
The mommy letak itu calsiyum belakang bekas ikan yang baru disiangkan .Tidak dibekukan just nak simpan kejap before memasak.
Sekali si Daddy datang marah si anak. Konon si anak keluarkan ikan.
Tanya la dulu! Budak tu nak ambil makanan dia, yang mana kena keluarkan ikan punya bekas baru bleh ambik calsiyum
Berjurai2lah air mata si anak

2. si anak nak minum susu DL strawberry flavour.Dia berlari2 ke rak simpanan dan mengambil satu pack..ada 6 kotak 250ml DL.
Dia koyak plastik pembalut, dia keluarkan satu kotak dan dia buka plastic straw dan cucuk straw.Dia ulangi hingga 3 kali…si daddy Nampak akan perbuatan si anak lantas disergahnya.
Kasihan…
Berjurai2 lagi air mata anak.
Satu mummy punya satu daddy punya satu acif nak…sambil menangis si anak mengulang2 ayat itu….

Moral: Daddy hendaklah bertanya dahulu apa yang anak buat.Jangan main sergah sahaja.

aeroplane or komuter

Semalam ketika kami melintasi stesen komuter subang jaya, aku cakap kat gedebi
"jom naik komuter ngan mommy"
(hajat hati nak naik subang jaya turun shah alam ka batu tiga ka saja nak bagi dia suka2)
sekali jawapannya..
"Tak nak hehuter! nak naik aeroplane!"

Erkkkk...

Inilah kisahnya bdak yang tak pernah naik aeroplane..
Kesian dia..Berangan ja

Kami memang plan nak bagi dia merasa naik aeroplane...Insya Allah awal tahun ni....
Tak pi mana pun setakat area sini2 la juga hahahaaaa

Yang aku kagum
tahu plak ya anak aku yang komuter ngan aeroplane tu sejenis kenderaan..hahahaaaa

muntah

Pagi tadi
Entah kenapa anak aku wat hal tak nak gi taska
puas pujuk
dia bantai nangis..cekik aku!
(bila cekik tak akan lepas laa)

then aku pujuk2 dia lepaskan tapi...dia bantai muntah atas aku
ketahuilah aku la ni bau masam muntah
aku dah cuci tapi ada juga bau!

sib baik bau muntah bdak susu ibu....kena uwagi(baju luar) aku

Sunday, November 16, 2008

ayaq naik

Tadi dalam pukoi 3pm kami pi jusco bukit tinggi
Pukul 6pm gitu kami pun balik
konon tak mau kayakan PLUS and co, maka kami pun balik la guna jalan free...sekali

"awat keta tu sesuka hati reverse hah?"
"awat u-turn plak nih?"

Tunggu punya tunggu akhirnya nampaklah puncanya
Ayaq naik..banjir la

maka
kami pun langgar la peraturan jalan raya...u-turn ngan cara menentang arus...
yang aku agak takleh nak faham

makin bnyk kereta yang sedar akan ayaq naik u-turn makin bnyk kereta dr belakang masuk ke jalan yang sah2 kalau kancil ke viva ka tak akan lepas....
puas kami menggawang2 tangan suruh jangan masuk depa masuk juga.
takkan takleh pk sat..awat la kereta2 yang sepatutnya jalan ke depan mengundur dan menentang arah?

pihak berwajib juga.
kenapa mereka agak lemb#b?
Ada 2 buah kereta pihak berwajib...mak aku panggil polis trompet!
Dah tau jalan memang cannot go, do la something
simple ja..
drop 1-2 orang anggota tolong inform pengguna jalan raya jangan masuk jalan tu banjir!Ini idak....Ya tau...bertindak mengikut arahan....takkan logik akal gitu pun takleh?
Ikutkan aku..nak ja aku turun jadi 'trompet' tahan kereta jangan bagi masuk jalan yang tenggelam tu.....

moral
kalau hujan jangan sekali gatai2 nak guna jalan padang jawa nak balik shah alam..sekian

sebuah kisah

yang elok jadikan panduan yang tak elok jadikan sempadan

Al kisah suatu petang tatkala aku melepak di taska anak aku.
Maka aku berbual2 ngan pengasuh2nya.
Sampai lah ke satu topik....
Mengenai salah seorang bdak yang diaorang jaga, J

"kak..J ni kitaorang tak tau la nak buat macam mana"
"kenapa?"(kepochi aku ni)
"dia dah 4 tahun tapi dia takleh cakap sangat lagi..."
"Alaaa budak2 perkembangan berbeza..."
"Bukan kak......Bdak lain sethn dua dah tau dah nak ikut apa kita ajar..ni langsung tak faham ni..."
"Maybe dia lambat sikit kot..."
"Dia tak kenal botol susu dia kak....beg dia pun tak kenal..kalau suruh ambik bag dia..dia tak akan buat..dia tak faham...bdak setahun pun dah kenal barang2 dia kak"
"ohh.."
"Dia ni langsung tak tau jaga kebersihan...kuku panjang....hitam...Kalau hari kitaorang potong kuku...bdak2 lain berbaris tunggu giliran dia buat derk ja..."
"dia tak biasa kot..."
"Dah kat sini 4 tahun takkan tak biasa..."
"ahaaa..betul juga tu..."
"dah tu kak..dia punya 'itu' berbau laaa"
"hah?"
"iyeeee.."
"Ada bagi tau mak dia..."
"Mak dia dah lama kitaorg tak jumpa....yang hantar ambil dia ayah dia ja....."
"bagi tau la ayah dia.."
"ishh segan la kak...Malu laaa"
"ya tak ya juga kan..."

So apa moral yang nak ku sampaikan

to working mommies,
jika kalian hantar anak ke day care center/taska/nursery/taman asuhan paling tidak 1 kali seminggu ka 1 kali dua minggu ka..sebulan sekali ka....jenguklah tempat anda tinggalkan anak anda.
Dengarlah laporan dari pihak pengasuh.
Penting tau.
Contoh macam kisah di atas...bagi pengasuh2 yang masih anak dara amat susah bagi depa nak bagi tau hal2 sensitif kepada suami anda.

Lagi satu, andai kata pihak pengasuh dah mandikan siapkan anak anda dengan baju untuk tidur, balik tu bukalah balik..beleklah tubuh badan anak kalian..hidu dan bau la apa yang patut.....
Penting nih....
Satu lagi make sure jangan sekali2 hantar anak anda gi ke tempat asuhan dengan keadaan diapers yang kotor...
Tak mandikan tak pe, tapi jangan diapers yang dipakaikan petang semalam dibuka di tempat asuhan pagi ini.....
Change at least, diapers....Please.....
Bukan apa
Orang ni jaga anak kita depa observe cara kita, so berhati-hati..
Biar nampak cerewet jangan sambil lewa..

That's all from me!
Thank you!.

Saturday, November 15, 2008

pinjam sekejap

Anak aku la ni dah pandai menggunakan ayat begini
"mummy ni mummy punyakan?Acif pinjam sekejap"
"kalau pinjam nanti kena pulangkan tau.."
"acif tahu..."

"mana duit tadi(duit dia gi jual sampah/recycle daaa)"
"Ada dalam kete laaa"

Kalau dia nak makan ke minum ke...
"Daddy, mummy....nah ambillah satu.."

Satu perkara yang aku rasa kelakar..
Pagi tadi dia bangun awal...hajat hati nak tonton 'ultraman' kat astro ceria tapi ultraman tak muncul2..
"ultraman...cepat la datang..tolong laaa..cepat la datang..."

syndrome tudung mektwain



Kihkih
Aku telah mencuba..Heheheheee
Ni awning ja aku sendiri potong ikut design mektwain...yang body tudung adalah tudung sample rm10 sehelai.
(minta maaflah den tak reti edit gambar...)
ni baru siap tak potong benang lagi kahkahkah tapi nak juga try hahahhaaaa

UPDATE



Ni yang aku 100% buat
kain rm2.80/m
kira aci la sbb kalau tak jadi aku buang pun aku tak sedih hahahaaa
herot keremot pun ok la
bleh gak pakai kalau nak gi jogging kihkihkih
(gambar ni macam hantu tanpa muka la plak kan!)

Friday, November 14, 2008

baby

Anak aku tak habis2 mengaku dia baby.
Dan dia tak akan terima any baby(kekal) di dalam rumah dia.
Kalau baby datang kejap2 dia akan layan.

Ahhaaa...semalam anak aku bagi tau
"mummy ni nengok boboy gigit"

Ya ada bekas gigi kat tangan dia..
Anak sapa la tu gigit anak aku!
Aku tau anak sapa..hahahaaaa

Anak mengigit orang..
korang rasa boleh solve ke?
Jawapannya boleh!

1. teguran
2.bimbingan
3. penerangan
4. perhatian
5. belaian
campur kasih sayang etc

Anak aku jarang la 'lanyak' orang kecuali dia kena lanyak dan memang dia rasa sakit..but dia balas tak sakit pun! ahahaaaa

Aku memang tak ajar anak aku gaduh.

Prinsip silat cekak malaysia(bkn hanafi ya)..Kita takleh menyerang, kita pertahan sahaja.

Aku cuma ajar anak aku macam mana nak pertahankan dirinya saja

Ya aku memang tak suka anak aku bergaduh
Aku tak suruh dia lanyak balik kalau dia kena lanyak tapi aku ada kata kalau dia nak pertahankan diri dia, dia boleh balas balik.Tapi jangan la balas teruk2 cukup sekadar pertahankan diri
Nanti dah cukup umor bleh belajar silat cekak malaysia...OK?

Worst case senario aku cakap kat dia.."anggap la orang tu tak pandai! Orang pandai tak babab orang lain"



I think I love you

Akukan kalau aku kat lab sesorang, aku selalu ingatkan boyfriend aku ni.

Berkenalan dengan rapatnya year 1996....

"ada apa nak jumpa saya?"
"saya nak ambik awak jadi isteri saya!"

$%^&*(*&^%$ la bdak ni!!!!!

Bayangkan ketika anda berusi 17 tahun seorang budak lelaki yang juga berusia 17 tahun cakap gitu kepada anda...

Apakah yang anda rasa?

Dia terlalu istimewa buat aku.Tetapi aku tak ada perkataan untuk aku perjelaskan.

Aku selalu tanya dia akhir2 ini
"abang sayang saya tak?"
jawapannya
"ayang yang tak sayang abang.."

1. tak menjawap soalan
2. adakah soalan aku tu susah untuk difahami
3. apa kes?

To be honest..I love you sooo sooo sooo much!

But nasib u la ...sebelum u said you love me, u already knew kan..i memang brutal...

sekian, terima kasih.


tak pernah

aku tak pernah deal ngan jepun sorang ni
hish dah la berusia...suka2 suruh orang hantar itu hantar ini ke Japan...benci aku! Ya kau la *wam*...aku tak suka *wam*
kalu fuj* dolu dia ni lebih menjaga staff Malaysia tapi itu *wam* macam siot!

I hate u...bleh balik la kampung kau!!!

1kHz

Sakit/pening kepala aku sebab aku tadi terpaksa dengat bunyi yang 1kHz ni
berdesing telinga! Kacau otak aku
pening!

Thursday, November 13, 2008

bercampur baur

Aku punya perasaan bercampur baur sebenarnya.
Hal kerja

pihak yg menjadi menejemen agak b*d*h le.
Kenapa aku kata gitu
Kat kempeni kami ada satu sistem iaitu sistem isu EB kalau ada apa2 perubahan dalam design.EB ni engineering bulletin..Diisu utk inform related dept/section about the changes etc.

Aku ni plak tingkap/window person ngan HQ.
Setakat aku join kempeni dan setakat aku incharge kerja 'tingkap' ni(sejak menejer yg memula aku join kempeni ni resign..dolu menejer tu tingkap..lps dia belah aku jadi tingkap)

setakat aku tau..
Memang jatuh hukum wajib la bg pihak menejemen utk tau procedure menatang EB ni, namun hakikatnya akhir2 ni ramai yang rasa depa pandai nak ubah sistem(yg mana aku pk lambat laun kempeni ni akan hilang ISO cert..hahahahah)
sesuka hati nak pass ke sapa sesuka hati nak sapa cek sesuka hati nak chop ka nak sain....
Walaupun aku tingkap saja..Aku marah tau..sebab kalau sampai ke HQ kena reject..tingkap yang susah..Faham??tu pasai aku marah.....

so aku bg tau cik menejer ni..so dia sound dah masa menejemen mtg..solved...
But petang senja tadi i found out one more kerja memandai2 orang dungu......
Itulah akibatnya kalau kipas laju naik cepat.Kerja hampas cakap banyak procedure kerja tak tau!

Sejak bila la kempeni ni punya sistem huru hara ya???

yang berikutnya
la ni ramai sangat la new staff...
yang nama aku tak ingat lagi pun ada.

aku incharge emc.
so ada satu staff baru depa assign untuk under grp aku ni
Aku tak train apa pun sbb aku fedup ngan menejemen depa ambik bdak baru terooosss..depa suh buat kerja depa tak train....
so mmg bebudak ni wat kerja menonong ja la...

so aku tanya
"apa u faham ttg emc ni?"
aku tau dia tak tau apa habuk pun..
"i don't know"
"then u buat kerja apa selama 2 weeks ni?itu A tak bagi apa2 explanation?"
"nope"
"ish ish.."
"But what i know A the only one having good experience in emc"
Dalam hati aku dah gelak...bangang la sapa buat cerita..Itu A baru 2 tahun ja join kempeni la
Masa dia baru join menatang abuk pun dia tak tau
Woii aku dah incharge 4-5 projects dah weiiiiii.....ni project ke6-7-8 dah jadinya..
Macam mana bleh diwar2kan A yang paling dahsyat?
honne?tatemae???

Serius aku terguris
Tapi macam biasa akukan baik hati..aku bg la penerangan ringkas. dengan pesanan tak tau apa2 tanya la A..kahkahkahkah....
Lepas aku terang seringkas yang mungkin(macam biasa aku mesti wajib tulis punya) aku tanya balik..
"so now can u understand the basic of emc"
"yes"
"good"

Ishh bab aku terguris ni
dah 144 kali dah aku pesan kat depa
kalau aku dalam lab jgn kacau..aku tak suka
Aku tak aman buat kerja
Ini idak
kejap2 call kejap2 datang...streessss..

akukan wat kerja kena kasi 'menurun

'..hahahaa
barulah kerja seronok
concentration...

Satu lagi pantang larang aku
Jangan ada orang mai melawat aku buat kerja ke idak
konsep aku senang ja..kalau tak percaya aku buat kerja/kerja aku...berhentikan aku dengan pampasan 33 bulan gaji tunai!

Tang bahasa jepun plak
Hahahhaaa
depa iaitu menejemen, depa masih sangsi aku tau bahasa jepun
tak pa tak dak hal
janji aku faham apa depa kata
Takkan aku nak show off kot kan
tak yah tak yah

Aku paling benci orang tanya'betul ka kau tahu bahasa jepun'
Awat aku tipu ka???
Kalau buat degree kat jepun, tak reti bahasa jepun tak akan lulus la weh...apa daaaaaa
Tu la manusia
Ohhh aku mmg low profile bab berbahasa jepun ni sebab aku suka tengok org yg tak berapa reti dok tayang skill..hahahahahhaahahah


sekian, nak kemas bag anak aku...
jya mata ne

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search