Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Monday, December 22, 2008

cerpen nyata seorang aku

Gagalkah aku?

Anak kecil itu berlari-lari, melompat-lompat tanpa menghiraukan teguran aku.

 

Aku kaget. Aku buntu

 

Aduhai anak kecil, adakah kaudengar apa yang kuperkatakan?

Aduhai anak kecil, adakah kautahu apa yang kurisaukan?

 

Anak kecil itu masih dengan pendiriannya.

Apa keinginannya harus ditunaikan.

Gagalkah aku?

Gagalkah aku membentuk dia menjadi insan?

 

Hari itu aku benar-benar buntu. Jiwaku kacau.

Kenapa anak sekecil ini tidak mampu kupujuk????

 

Dilema aku seorang ibu.

 

Anak aku makin hari makin mejadi-jadi

Salah asuhankah dia?

Dia amat sopan dan tertib jika aku tiada bersamanya.

Bukan aku yang kata tapi kebanyakkan orang yang mengenalinya akan memuji akan kesopanannya…di belakang aku..ibunya.

 

Tetapi jika di hadapan aku, dia bertindak seolah-olah aku akan menjaga dan menyokong segala tindakannya.

 

Salah TV kah itu?Salah akukah itu?

Aku cuba sedaya upaya.

Aku pernah tidak izinkan dia menonton TV tapi dia makin ‘mengganas’

 

Aku sedaya upaya mengubah tanggapan keburukkan peti itu.

Sedaya upaya aku didik dia mengaplikasi peti itu dari sekadar tontonan kepada satu pembelajaran.

Di belajar tapi dia dah tak nak dengar sangat dah cakap aku?

Adakah kekerasan dapat mengubahnya

Tidak@

Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sangat ‘menjadi-jadi’ jika di depanku…

Jawapannya..

“Mummy sayang acif..mummy jaga acif…mummy peluk acif…”

 

Diterjemahkan sebagai ‘u r here to protect me’

 

Ohhhhh…..

Anakku……

Wednesday, June 11, 2008

aku tak faham

Aku kan tak fahamlah tindakan-tindakan 'pak mertuanya' tu apa tujuannya...
Aku ni tak boleh nak faham dengan jelas la

yang aku tengah pelik ni
kat utusan..berita terkini ada tulis 'Gaji kakitangan kerajaan dibayar dua kali sebulan'
Bayar sekali ke dua kali ka...amaun sama ajakan???
Bukan meningkat punkan??
efisyen ke?
kalau kita suruh bank transfer duit free ya?
Jmat ke dengan cara ni?
Kalau ya...penjimatan macam mana tu???

bebel lagi aku...

Tuesday, June 10, 2008

lawak sungguh


ohh ohh ohhh
Elaun keraian menteri dikurangkan 10%...10% sahaja?????
Bagaimana pula 'elaun isteri2 menteri'?
Bukan ke ada orang tengah shopping tak hingat sekarang????
Kalau sesiapa baca artikel mufti perlis maybe akan rasa betapa jahilnya pemimpin2 negara kita nih...ishhh....
Ni boleh tulis ke?

Aku peliklah kenapa nak bekukan pembelian barangan pejabat.
Komputer etc tu.Berapa sen sangat boleh save dengan bekukan pembelian tuh?
Be rasional la.
Kalau barangan pakai hari-hari tu takkan nak bekukan pembelian?
Macam komputer tu...Zaman sekarang komputer sebiji berapa sen je....Tu la....tak reti reti nak berbelanja ....
Cuba time weekend tu pi jejalan pusat komputer ka hapa ka tengok berapa sen harga....

Aku cadangkan potong terus elaun-elaun menteri...50% ka...
Kalau ada elaun2 untuk isteri2 menteri...pun potong terus...bagi 10% jerk...

Kalau rakyat keramaian kena berjimat jomlah menteri2 sekalian juga berjimat.
Makan je macam orang biasa-biasa ni.
Tapikan aku tertanya juga menteri2 ni makan apa erk?
Beras derang sekilo berapa erk?
Beras tempatan ke?ke beras jepun ka?ka dari pakistan?

Setahu akulah kan kalau kita nak jadi pemimpin sepatutnya kita dah tau apa risikonya kan.
Isteri2 juga harus tau kan?
Memang banyak masa kena dikorbankan untuk kepentingan orang lain.
Tapi tak taulah kalau zaman sekarang jadi pemimpin untuk kepentingan diri dan keluarga.

Hahhaa tak habis-habis lagi aku....

lawak lawak...

haaa malam tadi kat berita tv3 kot..aku dengar dari jauh le..
tentang lelaki nak kawen 4 tu.Wah dia bleh kawen 4 sbb dia mampu
gaji sebulan rm20k....Cukup ke?
Tak faham tak faham....

Lepas tu kat hot chat hot FM pagi tadi pun ada satu mamat dilema..sabtu ni nak kawen lagi yg ke-3..dilema dia tak nak bg bini ke-3 dok serumah ngan yg 1st and 2nd. Yang 1st and 2nd dok serumah....
Sungguh tidak tercapai akalku
Dalam barang dok mahal2 ni pun masih ada yang mampu kawen banyak-banyak...
Dan yang tak faham juga
dah pupus ka orang lelaki bujang dalam dunia ni????
Yang umur 23 tahun 24 tahun sanggp kawen ngan orang tua pangkat atuk tuh!
Kalau duda tak pe le..ni suami orang....
Tak fahammmmmmmmmmmm

argghhh...
bilalah nak dapat kerja baru nih???




Monday, June 9, 2008

pentingnya ada suami yang........


Aku rasakan hubby akukan boleh dikatogerikan suami yang baik.
Kahkahkahkah
Dia memang tak dak harta bergudang-gudang dan tak juga ada duit berjuta-juta. Tapi dia rajin tolong aku.Kihkihkih

Cerita tentang kepentingan suami dan breastfeeding.
Memiliki seorang suami yang faham tentang kebaikan breastfeeding adalah salah satu factor penting dalam dunia penyusuan anak dengan susu ibu.

So sesiapa yang baru plan nak susukan anak tu, mulakan sekarang. Belajar bersama suami anda all about breastfeeding.

Sepanjang aku mengepam susu, aku memang jarang sangat cuci dan steril breastpump sendiri. Selalunya hubby yang buat.

Malahan masa aku baru bersalin dulu tiap kali aku nak susukan anak dia mesti bangun temankan. Tolong angkat anak la….

Sekarang ni pun dia juga banyak membantu menjaga anak. Terutama bila hari anak tak mau tidur. Dia sukalah..Bolehlah anak teman dia berjaga malam.
Anak tengok magic English dia tengoklah internet…
Anak bertuah kami pula le ni sangat bijak. Dia tak mau tidur kalau daddy tak tidur!

Apa yang bleh aku conclude…
Nak jadi suami/bapa kena juga tuntut ilmu.
(Kalau nak keluarga dan anak-anak berkualiti laa..kalau setakat nak yang biasa-biasa tu tak kisah la)

Sebenarnya aku nak tulis tentang apa erk???
Sejak petrol rm2.70seliter ni melalut tanpa sedar plak aku!


p/s: ni kira entry bodek suami laaaaaa


Tuesday, September 4, 2007

Mendidik anak

Mendidik anak sendiri bukanlah perkara yang mudah. Susah sungguh menjadi seorang ibu bapa yang mendidik.
Setakat ini aku hanya amalkan pendidikan berdasarkan logik akalku, sedikit pengetahuanku dan dari pembacaan dan nasihat serta panduan dari kawan-kawan sepejuangan.

Melarang dengan penerangan
Aku amalkan setiap kali aku melarang Gedebi dari melakukan sesuatu yang membahayakan dia dan persekitarannya aku akan menerangkan kepadanya bahaya akibat dari perbuatannya.
Contoh perbuatan membahaya: Main dapur.Pulas2 punat(orang panggil apa ya) dapur memasak tu
Aku akan bagi tahu dia,
Dapur adalah alat yang digunakan oleh manusia untuk memasak makanan.Dapur akan menjadi panas apabila kita menghidupkan api. Panas adalah kesan dari api (takleh sampai kena cerita fenomena macam mn api terjadi pula). Kalau kena api akan rasa sakit. Aku bagi tahu dia kalau dia nak juga main dapur tu dia kenalah masak sesuatu untuk aku. Dia akan kata 'Nanak'...Haa..Kalau tak nak usah diusik dapur itu ya...
Kalau time dia pegang/main dapur tu time dapur masih panas, aku akan cari bahagian yg agak suam-suam untuk aku bagi dia sentuh jadi dia akan tahu bagaimanakah rasa 'panas' itu.Jadi sekarang dia dah tau sebut 'anash' maknanya panas.
Dia tahu kalau dia pegang benda panas dia akan mendapat sakit...(akibat melecur etc)
Setakat ni, benda yang dia tahu panas : dapur, cerek air electrik dan seterika.

Ajar juga walaupun dia buat tak tahu
Ini suasana bila aku cuba mengajar dia ABC ke 123 ke atau apa-apa sahaja.
Walaupun dia tak nak layan ataupun ikut apa yang aku nak ajar aku tetap teruskan kerana dia sebenarnya mempermain2kan aku sahaja.
2-3 hari lepas tu dia akan sebut apa yang aku ajar 2-3 hari lepas.
Selalunya mengajar secara tak formal ataupun bila dia 'request'.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Wednesday, April 25, 2007

kaze gimi

Arrghhhhhh... Rasa macam nak kena demam,batuk etc la plak....
Sejuk semacam je nih.
Aku cuti 2 hari...Isnin dan selasa..Akif tak sihat. Kasihan anak teruna kami. Alhamdulillah dah beransur sihat.
Ada orang kata, kalau hantar anak ke Taska senang dapat penyakit..Aku tak setuju!
Demam, batuk etc ni dah perkara biasa kalau budak-budak nih. Bukan salah Taska 100%. Habis tu macam mana?Takkan nak jaga sendiri..Tak yah kerja..Confirm ke kalau jaga sendiri anak dijamin tak akan sakit, demam etc?
Babysitter? Tak semua babysiter bagus...
Aku ni pula jenis 'taska-ha'..jadinya aku tak sukalah babysitter...
Alasan yang aku tak suka hantar anak ke babysitter paling utama adalah, 'babysitter ambik cuti mengejut..Kalau dia cuti mengejut aku pun kena cuti'
Haaha..sungguh rapuh alasan aku, tapi itulah alasan utama aku tak nak hantar anak ke babysitter...
Alasan berikutnya....
'Aku nak besarkan anak aku cara aku. So far aku boleh minta pihak taska bagi anak aku makan apa yang aku rasa aku nak bagi makan, banyak kes mereka yang hantar anak ke babysitter, babysitter pandai-pandai bagi anak makan benda-benda lain...Kalau ditegur babysitter bagi alasan dia dah bela anak dia 4-5 orang OK aja...Adeiii'
Yang jadi babysitter ni pun satu hal, anak ko cara ko la, anak orang ikutlah cara orang. Orang dah bayar, bukan ko jaga free.
yang di'italic'kan dan dibirukan itu adalah 2 alasan utama aku tak nak hantar anak aku ke babysitter.
Sure yang 'babysitter-ha' tak setuju..but tak kisah..itu diaorang punya pandangan....

Taska...Apa yang aku suka bab taska ni?
1. Ada jadual
2. Ada guideline
3. Ramai pengasuh
4. Taska cuti ikut cuti rakyat Malaysia..Arigatai naaa...
5. Anak aku ada ramai kawan.
Setakat ini itu aja terlintas difikiran aku.

Ada orang kata, aku jadi taska-ha sebab taska anak aku tak de buat kes..may be YES may be NO.
Aku doakan diaorang jaga anak-anak kami yang hantar kepada taska mereka sebaik mungkin.
Tolong doakan Taska anak aku sentiasa mengambil berat tentang kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Alhamdulillah....So far taska anak aku bersih, anak aku pun tak meragam kalau dihantar ke sana.

Aku tak nafikan, aku memang takut dan risau tentang anak aku sepanjang waktu.

Moral:
Kalau nak pilih Taska pilihlah taska yang sesuai dengan jiwa dan poket masing-masing....
Kalau nak pilih babysitter pula pilihlah yang sesuai dengan kita juga. Hehehehehee.
Apa-apa pun...Kita boleh memilih....


btw...taska-ha=pro-taska, babysitter-ha=pro-babysitter.

Sunday, February 25, 2007

bonjol lembu jantan

Apa ke halnya tajuk entry hari ni...
korang pernah tengok lembu jantan gemuk berminyak je bulu dia..tambah-tambah kat bonjol atas belakang dia....Isi banyakkkk....
Kalau sembelih lembu ni memang daging dia mewah!!!
Jadi apa sangkut paut lembu jantan ni dengan aku??
Tak de sangkut paut cuma aku ni kalau bab memumpamakan memang nombor satu...
Kalau aku buka pakaian akif..kat pinggang dia ada isi..ala2 bonjol lembu jantan yang gemuk dan banyak daging...tu je sangkut pautnya.....
Kihkihkih...Aku kan memang weng tau kalau bab mcm ni...semut laaa..gedebi laaa...ni bonjol lembu jantan plak.......
Oppsss..maybe orang bandar tak pernah tengok lembu jantan hitam berminyak...
Aku orang kampung ceruk dehhh..memang lembu bersepah-sepah kat kampung aku.....
Ishhh kalaulah aku ni tokey lembu best juga kan..daging lembu mahal le ni...Eh melalut plak...btw..aku tak makan dging lembu....Kalau makan gatal-gatal or cirit birit...mmmm....

Saturday, February 24, 2007

besar semut dan 12.5kg

Kalau hubby marahkan Akif, aku selalu cakap
"abang janganlah marah dia, dia tu kecik lagi..baru besar semut!"
Then, hubby akan jawap
"Ayang ni rabun ke?Tu besar semut ke?"
Akan jawap
"Ahaa..tu besar semut la cuba abang compare anak semut dengan bapa semut"
Cuba korang comparekan anak semut dengan bapa semut...Mesti perumpamaannya sama lah kan daddy akif dengan akif.....
Kihkihkih...
Daddy akif 180cm+...akif baru 73cm+....tak ke akif tu sebesar semut?
p/s:kalau tak faham abaikan....

12.5kg
Mmmmm....Bila tengok graf tumbesaran bayi ,akif ni tahap average je..Apasal orang kata dia besar?
12.5kg..Mmm Memang berat aku tahan 10 minit je kalau dukung dia...lepas tu aku surrender...
Akif ni ada plak orang suruh aku jaga pemakanan anak aku nih katanya taku obesiti...Cettt....nak jaga amende?Anak aku minum susu aku je weh....Takkan aku nak suruh dia puasa kot..Nak bunuh??
Bagi aku, akif tu normal size....
Kalau tengok pada daddynya...akif tersangat normal...:-P
Btw...just a reminder...Anak aku baru setahun 5 bulan lebih aje...kecik lagi.,...muda belia....

Monday, January 22, 2007

Astro

Aku..Aku memang kuat 'complaint'
service sana tak ok service saya not god servoce sini ntah apa-apa....
Kali ni aku nak memuji pula lah...
Tentang Astro.
Pada hari selasa lepas, hubby baru sahaja fill in form 'borang pemohonan Astro"
Kemudian pada hari Khamis,kontraktor Astro call cakap nak datang buat pemasangan.Opss please come on weekend. Jadi kontraktor tu kata nak datang on saturday 1pm.
Then oklah.
Astro ni aku taklah nak sangat,so aku tak kisah sangat. Then pukul 12pm+ kontraktor Astro call cakap dah nak sampai.
Kemudian mereka pun sampai. pasang apa yang patut dalam 30 minit macam tu semuanya siap.Bagus betul.
Andainya streamyx dulu macam ni alangkah bestnya...

gila cerita melayu

Weekend baru ni aku memang 'gila cerita melayu' lah.
Antara cerita yang aku tonton
  • tanah kubur
  • sebuah ijtihad
  • makan duit amal (cerita indonesia)
  • sembilu kasih

Nak komen sikitlah tentang cerita-cerita tersebut

Tanah Kubur
Sungguh menginsafkan! Bayangkan, sekujur tubuh si mati dibiarkan begitu sahaja di ruang tamu rumah, ketika itu si isteri dan anak serta kawan-kawan sedang rancak membincangkan tentang harta pusaka.
Tanah kubur untuk bahagian si mati tidak ada kerana si mati tidak pernah menjejak kaki ke masjid walaupun masjid dan tanah perkuburan itu adalah hasil 'derma' dari si mati. Liang lahad menjadi sempit ketika mayat hendak dimasukkan...Muka mayat bertukar menjadi hitam. Ohhh sungguh aib si mati....
Cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar. Jika perkara tersebut berlaku di depan mata kita, bagaimanakah kita hendak menanganinya ya?
Semoga Allah ampuni segala dosa kita.Insya Allah

Sebuah Ijtihad
Sebuah cerita cerekarama TV3, dilakonkan oleh shiela rusli dan sofea jane. Bagaimana kehidupan Ida yang tiba-tiba dituduh sebagai pengedar dadah sedangkan dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.
Menceritakan bagaimana Ida, Zack dan Cat berkenalan di dalam cel penjara. Bagaimana kisah mereka...Zack dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh suaminya yang memaksa dia menjadi pelacur, manakala Zack dipenjarakan kerana dituduh mencederakan bekas suaminya.
Zack dibebaskan kerana bekas suaminya menarik balik tuduhan.
Aku amat tersentuh dengan hubungan persahabat 3 insan ini di cel penjara.
Ida sebenarnya dianiaya oleh suami sendiri..Dadah itu adalah perangkap. Suaminya adalah seorang pengedar dadah. Ida telah bebas di saat-saat akhir sebelum hukuman dijatuhkan.
Cerita begini sebenarnya ada berlaku dalam dunia realiti. Alhamdulillah jika sebelum hukuman dijatuhkan diketahui si pesalah sebenarnya tidak bersalah, lebih menakutkan setelah dihukum gantung baru diketahui. Hanya Allah yang maha mengetahui...
Ingatlah Dadah itu musuh negara!!
Hukuman gantung sampai mati terhadap pengedar dadah.

Makan duit amal
Sebuah drama indonesia menceritakan tentang wanita, isteri dan guru yang tidak amanah, yang akhirnya hidupnya dilaknati.

Sembilu Kasih
Aku tertengok cerita ini. Hubby suka drama ni. Aku tak sukalah cerita macam ni, tak habis-habis dengan masalah-masalah bodoh!
Fendi-apasallah ngok sangat, dunia artis memang penuh dengan maksiat, kalau tak jaga diri tergadailah maruah.
Zetty-Udah-udah laa..kalau aku dah lama aku berambus dari suami yang macam Fendi
Azman-Tak pandai nak jaga perhubungan suami isteri. Bukankah anak baru sahaja meninggal, jagalah sikit perasaan si isteri
Maria-Walaupun aku tak suka manusia yang berlakon ni, watak dia ok jugalah....terseksa hidup dengan suami yang tak mahu keluar dari rumah keluarga.
Bukankah dalam Islam juga tidak digalakkan tinggal bersama keluarga. Sudah kahwin tu pandai-pandailah bina kehidupan, pandai-pandailah uruskan rumah tangga.
Bilalah agaknya cerita Sembilu Kasih ni nak habis?
Dah meluat aku..
Tapi Azah Elite tu memang jadilah dia berlakon..Aku benci gila tengok muka dia dalam cerita ni.

Kihkihkih....
Aku tengok Tv sakan rupanya...
Mentang-mentang Astro baru pasang, aik..tapi..cerita yang aku tengok tu TV3, TV9 ohhh Tanah Kubur tu Astro Ria....

Saturday, January 20, 2007

SABTU 20 JANUARI

Hari ni 1 Muharram 1428, Akif, mummy & daddy cuti! Akif bangun awal hari ini secara automatiknya mummy&daddy kenalah bangun awal. Mummy bangun kemas rumah, sidai kain, cuci kain dan lipat kain. Akif?Bangun buat sepah!!!Masa mummy nak mop lantai mummy 'arahkan' akif&daddy pergi kedai beli roti nak buat sandwich.

Ni akif tengah menyepah rumah.untuk gambar terbaru silalah lawati fotopages kami

Ishhh apahal dua beranak tu?Diaorang buka TV berita mandarin..faham ke???

Alamak ada orang nak datang pasang ASTRO laaa kena stop. Rumah lama dulu Astro datang package with house huhuhu..Ni 1st time la nak ada Astro sendiri.
Bagus juga pindah rumah ni, walaupun bulan ini sengkek nan amat puas hati banyak barang milik sendiri.Alhamdulillah.....

Petang kang kami nk 'bertani' cheeewahhhhhh...Best juga rumah atas tanah ni ya......

Baru je puji rumah atas tanah...hujan laa...uwahhh ponat aku kejar-kejar angkat kain hahahahaha
senaman...:P

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search