Tuesday, December 23, 2008
forum itu
Tuesday, December 9, 2008
websites
Aku masuk dua website ni..inilah jawapannya...hahahaaaa
so aku pun trylah www.gov.my saja nak tengok
OK..'ON'
namun itu untuk kegunaan mereka yang tak banyak kerja..bleh la klik..klik..klik...macam belajar guna mouse plak jadinya....
maka aku sampai ke website kemas..
aku klik e-preschool...
sekali minta login name and password..hahaaaa
sungguh ku tak faham..so aku close semua...
Monday, November 10, 2008
Orang berbudi kita berbahasa
Kalau sapa join forum yang ‘biasa’ aku sebut tu korang akan jumpa satu forumer yang agak ‘tegar’
Meniaga di kedai orang! Buka la kedai sendiri
Sorry!
Sah-sah ada tulis tujuan penubuhan forum kat header….Tapi tak baca la tu!
Aku pelik
Kenapa masih wujud manusia gitu???
Kalau nak promote perniagaan pun gunalah cara yang sesuai….
Masuk kandang kambing bunyi kambing la jangan la bunyi harimau! OK ka????
Mooo..tamaranai yo! Ano bakamon!
Gaman gaman….
p/s: kalau boleh kita jgn layan topik yg sedemikian..biar hilang!
Wednesday, October 29, 2008
30% ekuiti bumiputera
Isu yang tak patut dibuat isu dah makin dijadikan isu.
Aku tengok PM5 ni amatlah tak tegas langsung!
Aku salute Tun M.
Dia tetap PM terbaik aku!
Yang aku tak puas hati
PM5 ni kalau PM4 tegur sure dia akan jawap..ya ampun amat tak de respect..then how?macam mana aku nak respect dia?
Wednesday, October 15, 2008
kerja?
Lepas april abang free sebab account closing...lepas bln XXX abang akan free sebab 2nd quater dah habis..yada yada yada..yang mana aku dengar tapi tak pernah percaya..Hahahaaaa
Baru punya ayat..."sejak lepas raya ni banyak betul kerja...bla bla bla"
Dan aku dapat satu 'idea'....
so aku replied"OK..Abang next year raya abang kerja hari raya la..so that no different lepas raya ke sebelum raya sebab tak ada cuti..kerja ya raya tahun depan..jimat...takyah balik kampung..tak yah beli baju raya...kerja ya...."
baikkan aku?
Aku bagi dia pi kerja..hatta raya lepas pun..aku bagi..aku dah cakap kalau nak gi kerja pergi laaa....Dia ja yang tak mau....
Tapi..Ehem....Aku minta dia minta dari boss dia bonus 4 bulan gaji..paling cikai pun 3 bulan....Ada depa nak bagi????Bukan banyak pun gaji laki aku..kalau takat 4 bulan gaji tu.....haaa....
ada nak bagi???ada???
so lakiku..baik kaudengar nasihat isterimu....kerja berpada2 laa..jangan sampai anak bini suruh pi kerja tak bagi balik! Hahahaaaaaaa
Haaa...yang paling aku hangin..ayat gini.
"Patutnya malam ni abang gi Spain!"
"Patutnya esok abang gi London"
%^&**(&^%$ tau!
Marah ni!
Ingat london..spain tu 3 kaki 4 ela ka???
Kalau takat s'pore aku angguk la juga short notice 5 jam b4 berlepas..ni london ngan spain...sendiri mau ingat la...
silap hari kalu..ko gi Spain aku lari dari rumah! Hahahaaaa
apa moral post ini?
Moral:Buat kerja berpada-pada...Lebihkan anak isteri anda sebab anak isteri ni boleh bantu anda kat 'sana' nanti....Kalau kerja....anda kat 'sana ' nanti....depa bleh tolong????(aci?)
apa moral kisah ni?
Monday, August 18, 2008
kes liwat
bila kes liwat ni muncul
tak habis2 ngan kes nih...Dah tu akhirnya tak ada conclusion ....
1. Liwat tu memang tak buleh....berdosa..macam haiwan..tapi haiwan tak meliwat le plak...
2. wat malu jerk
3. apsal bila kes liwat melibatkan org2 tertentu bkn main lagi kepoh erk..
4. org yg bukan sangkut paut ngan politik tak de yg meliwat ke
5. org yg amalkan homosexual ni penyakit mental laaaa
6. berdosa!
Paling aku nyampah!!!
Buat lah kes lain yang relevan sikit.....
Aku dah confuse dah sapa betul sapa salah...nak kena tunggu sampai jumpa kat Padang Masyar ke ni???
Udah udah laaaaaaaaaaa
Tapikan...apsal bdak 23 tahun lelaki(andai lelaki tulin dan sejati) takleh nak lawan pak cik tua tu????
Lain le kalu anak dara 23 tahun.....
pak cik tua tu kalu lempang sedas dia tak condong ka?
terajang bg....pelik betul kalau anak jantan lembik takleh lawan....malu malu..
Pak cik tua tu pun...apa hal 'selera' lain macam benau! confuse...
benci aku!Dah tua2 nih....
Mmmm....susah betoi nak komen.....
Sapa suruh komen???
hakhakhak
Friday, January 4, 2008
bodd and bengg
kesian kat anak kalau mak dia bodd and bengg(tak mau habiskan ejaan-yg pasti perkataan tu kalau di taip sampai habis maknanya ala stupid idiot laa)
kesian kat anak kalau mak dia bodd and bengg..
kenapa aku kata mcm tu?
1. anak sembelit
anak minum fm+bm....dok pulun cari fm lain...padahal jln mudah ada....stop semua fm...tumpukan pada bm..habis cerita kan?(ni bg kes yg sahih anak b4 bg fm tak de masalah sembelit)
anak minum fm then sembelit...dok pk nak bg mkn apa agar tak sembelit...
tak tau ka..fm tu maybe tak sesuai dgn anak..kenalah cari yg sesuai...dan silalah menyesal sbb bodd and bengg tak bf anak
ini idak nak juga melawan bila org nasihatkan agar bf anak..mulalah nak cakap ttg peluang la...rezeki la...
tak pk ke???sure ada yg tak kena dgn diri mak tu
tak salah kalau tak bf anak tapi tak nafikan kebaikkan bf tapi bodd and bengg la kalau tak bf anak mati2 tak nak ngaku pernah tersalah...
2. pil perancang keluarga
bodd and bengg la kalau ambil mmbabi buta
sblm ambik ti jumpa pakar tanyalah dr a sampai z....
bodd dan bengg la kalau setakat telan pil nak elak preggy tapi perbuatan lain tak kawal...kawal le nafsu sikit kalau benar2 serius...kalau tak kisah baik takyah telan apa2 pil ataupun ambik le cara lain yg lebih efektif....
3. bengg and bodd le..kalau dah ter'preggy' baru nak melatah..
Apsal time nak 'buat' tu tak cuba elakk agar jadi?
4. kesian anak kalau mak dia bodd and bengg
gila2 jaga bab mainan..bab pendidikan beli buku mahal2 bleh buat downpayment rumah tapi bg anak mkn mknn bayi diproses yg dijual kat pasaran..
tak kisahlah mahal mn sekali pun tapi yg pasti makanan yg masak sendiri tu lg bagus...terjamin kebersihan (melainkan mak tu mmg pengotor laa)
kalau yg diproses tu ntah berapa jenis mesin dilalui...
5. bpdd dan bengg le....
kalau sungguh2 nak pertahankan juga fm walaupun dah tau BM tiada tandingan.....
sekian shj aku tak puas hati ngan org bodd and bengg!!!!!!!!
aku dah tukar jadi hijau! loya!
Wednesday, December 19, 2007
bona-su
Aku sengaja 'kosongkan' akaun aku sbb aku nak tgk berapa bona-su aku dapat ini tahun.
Walaupun product designed by us amat2lah laris dipasaran AMerica dan perancis aku yakin aku tak akan dapat bona-su banyak....
Sebab aku tau itu menejer bengap memang anti aku...
Dia memang cilakok....Dah la bengong..bengap plak tu
Baru je jadi menejer..out source ...
Haram tul...Staff punya job scope pun tak tau..Macam tu nak dipanggil menejer...
Siot...hampagas....tong minyak gas....
Tahun ni bona-su aku paling sikit dalam sejarah aku kerja sini
Tapi aku tak heran!
Because I'll makesure this is the last one le this company bayar aku bona-su
Tak hingin lagi aku nak dok lelama....
Company ni ok tapi menejemen ampeh
Dari menejer ke atas semua bahalul...
HR lagi laaaa...Semua angkut kroni dia..
Kilang pun dah begini kotoq politik tak faham aku...
Walaupun aku tak dapat banyak ..Aku tetap bersyukur ada juga dari tak ada..Dan inilah pemangkin aku untuk cepat berambus dari J grp nih!
Kesian.....
This Malaysia J company tak lama lagi aku kehilangan enjinia/dizaina yang berkaliber..
Antara menejemen sedaq ke tak sedaq ramai yg berpotensi akan belah kahkahkahkahkah gara2 bencilan menejer bengong....Padan muka depa
sekian hamun pagi2 gara2 geram
Saturday, November 3, 2007
zaman berubah
Aku tiba-tiba emosional apabila baca satu topik kat Forum tentang menyusu ketika hamil.
Sesungguhnya menyusukan anak ketika hamil tidak salah dari segi agama dan kesihatan selagi tidak memudaratkan si ibu dan anak.
copy paste sekali lagi laaaa
SOALAN
SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.
Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?
RINA
Kuantan
Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.
Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.
Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.
Dari harian metro online.Kalau nak search taip aja 'menyusu ketika hamil' ataupun 'hukum menyusukan'....
Apa yang menggeramkan aku adalah..kenapa pada zaman yang serba berteknologi tinggi ini..Pada zaman yang ilmu dihujung jari ini..Masih ada manusia yang masih mengamalkan 'orang tua tua kata tak boleh itu tak boleh ini?'
kenapa?
Pada pendapat aku, kalau sesuatu amalan turun temurun nenek moyang dahulu kala tiba-tiba dapat dibuktikan dari segi agama dan kesihatan dan logik akal manusia tidak benar, kenapa kita harus terus mengamalkannya?
Lupakan sahaja....
Ramai yang bertanya kenapa kalau orang tua tua tu amalkan menjadi?
Pada aku itu tentang spirit dan keyakinan mereka ..Secara kebetulan...
Berbalik kepada kes menyusu anak ketika hamil....
Tiada istilah minum susu bahagian adik ya..sila hati-hati dengan pengamalan tanpa usul periksa ni dikhuatiri menjurus ke arah syirik dan kurafat.
Itu aja...
p/s: Kerja hari sabtu ni tak best laaaa....
Wednesday, August 8, 2007
Lepas geram
Aku join forum...korang tau kan forum apa.....
Forum online tu la bkn forum sambutan BF week tu....
tajuk makanan tambahan.
Aku tak puas hati tentang ada orang bg pendapat bg anak yang umor 2 week, sebulan/bawah 6 bulan makan..
Adakah patut bg cadangan bg makan campur ngan susu.....
kononnya mknn tu kena masak atas air mendidih...then campor susu..
Apa hal ni?
Aku nasihatkan sebelum nak bagi apa2 'petua' baik belajar dulu untuk elakkan orang lain contohnya aku rasa geram!
Apa kalau ada anak ramai tu maknanya dah cukup ilmu jadi ibu bapa?
Haaaaaaaaaaaaaaa....Kita waaupun anak 10 sekali pun kita kena update diri ni...Baca apa yang sesuai....Bukan hanya update beli harta mende nak tayang sana sini..
Kalau nak sangat bagi makan apasal masa anak tu baru lahir tak buat pulut kuning ngan ayam golek jamu dia?
Sah sah budak baru lahir lapar...Bagi jelah pulut kuning ngan ayam golek!
La ni zaman orang nak naikkan balik imej dan martabat penyusuan susu ibu bukan zaman orang tertipu dengan propaganda syarikat pengeluar susu formula dah!
note: Kepada yang pro susu formula jangan baca blog aku ni kang korang sakit hati....
Sudah cukup zat dan khasiatnya jika bayi yang baru lahir sampai 6 bulan diberi hanya susu ibu/badan.Tak perlulah nestum ka, pisang lecek ka, apa apa la tak kisah la sesudu rm400 sekali pun..Tak perlu tak ada faedah....
Kalau nak buat juga buat diam2 tak perlu nak share dengan umum..Buat malu je....
Aku faham ..semua tu hak individu anak masing2......Tetapi susah sangat ke?Sabar kejap je...6 bulan je...
Ini WHO yang gariskan..Betul kan?Nak tau reason baca sendiri la
Tapi tak kisah la nak buat apa pun nak bagi makan apa pun anak korang bukan anak aku.....Cuma aku tak suka orang kurang bijak nak ajak orang lain jadi kurang bijak macam dia......NOKTAH
baka yaro...ike ike.....daikirai...daikiraiiiiiiiiiiiiiiiiiii
p/s: bukan ke kalau kita pi chk up anak tiap2 bulan sampai satu level doktor sendiri akan bg tau kita..kalau nak bg solid dah boleh but dia tak cakap pun u SHOULD/MUST give ur bb solid if not he/she will die!
Paed anak aku cakap...IF u wanna give him solid MAYBE he's ready now....
Thursday, June 21, 2007
aku mengomel
Formula milk....
Ibu bapa zaman sekarang selalu fikirkan lambat laun anak kena diberi formula milk..Kenapa ya?
Bagi aku itu sekadar pemikiran mereka yang tidak 'celik' di alam nyata..(minta maaf ya..)
Sumber makanan anak bukan hanya pada formula milk
selalu orang kata...
Breastfeed anak lama mana pun lambat laun ko kena bagi FM juga...
Aku tak suka kata2 itu..Bagi aku ...Ishhh...Susu segarkan ada?susu lembu segar, susu kambing segar..yogurt...dan macam2 lagi ..Tak semestinya bila stop breastfeed anak aku kena bagi anak aku formula milk....
Korang jangan marah..Aku selalu bagi tau anak aku...
Baby..susu dalam tin tu tak sedap..Tak best...susu mmummy juga the best...Nanti kalau baby dah tak minum susu mummy, baby boleh minum fresh milk...ala yang dalam kotak tu...
Anak aku geleng...
Baby nak susu dalam tin ke?
geleng...
susu dalam kotak?
geleng
abih tu susu apa?
mi-mi
Kalau dah besar pun nak susu mummy?
Angguk...
Aarararaaaaa...
Tak pe nanti dia dah besar sikit aku cerita panjang lebar kat dia..
Tungguuuu
Berapa lama ko nak suskan anak ko?Samai darjah satu?
Nak jawap tak?
"ahaaaa...sampai darjah enam!!Buleh?"
Siot aa ko..laki ko tak marah?
"Apa kejadah laki aku nak marah anak dia!"
Weeeiii aku minta maaf wee..tanya soalan macam tu...aku serius nak tau sampai bila ko nak susukan anak ko?
"Sampai anak aku tak nak"
Bila?
"Ko tanyalah dia!"
Aku tak marah pun orang yang bagi anak mereka FM....aku marah yang memperkecilkan usaha aku je....
Aku punya anak aku punya pasal laa..Bukan aku menyamun atau merompak....
Bila aku jawap mereka kata aku kasar, tapi tak terpikir ke diaorang pun tanya secara kasar.....
Bagi aku
selagi kita rasa FM tu penting sangat kat kita pihak pengeluarkan akan happy ..melompat seronok memperdayakan kita.Semua pakat kata keluaran mereka bagus kita yg jadi mangsa kekeliruan...
Kalau dah breastfeed anak 2 tahun takyah nak fikirkan sangat FM..bagi aja sumber susu segar yang ada.Buleh? hahahaaa
Kalau yang kenal aku Insya Allah faham pendirian aku..Yang tak kenal tak yah komen apa2....
Saturday, April 7, 2007
yare yare
mata mata kakouka
watashi ga ne.... hitori no ningen ga daikirai dayo...dare?naisyou...
sono bakana ningen ga jibun ga iciban ii..iciban yoku iroirona koto ga shiteitte...nandemo wakarutte...
jitsuha aitsu ga iciban baka daze....huh....iya da...
Friday, April 6, 2007
solid food for baby
heheheh..Normally aku tak tulis bab mcm ni kat sini tapi memandangkan apa yang bakal aku tulis ni akan menyimpang dari memberi informasi kepada meluahkan rasa hati....
Aku kurang bersetuju dengan ibu-ibu yang beria-ia nak bagi babay mereka yang baru cecah 6 bulan makan. Ini kes yang anak 6 bulan ada juga yang anak baru 4 bula dah beria- ia nak suapkan solid food.
Baiklah mari kita cari alasan sikit kenapa kita nak kenalkan solid food kepada anak kita yang masih bayi itu...
Ini aku copy paste ya..
The purpose of introducing solids such as cereal is to introduce spoon feeding. Sooner or later all humans eat food. We donft live on milk for our whole lives, so we have to introduce food. But when we first introduce food, there isnft any food or amount of food that the baby must get to be nourished. Remember, all the nutrients in his milk are still sufficient for his growth
Sebelum tu ada juga yang bagi anak makan cereal menggunakan botol...
copy and paste lagi
Why shouldn't cereal be put in your babyfs bottle?
* It is an old wivesf tale that putting cereal in the bottle will help your baby sleep better at night. Babies should not go more than 4-6 hours without being fed because their stomachs are so small.
* Around 4-6 months, your baby will be ready to eat cereal from a spoon. This is a very important learning step for your baby. Putting cereal in a bottle may prevent your baby from learning this new skill.
* Cereal in the bottle can increase the risk of choking because you have to increase the size of the hole in the nipple to allow the cereal through. If too much comes through the nipple, your baby could choke.
* Putting cereal in the bottle may cause you to overfeed your baby.
Boleh juga rujuk sini
Tujuan utama kita kenalkan bayi kita solid food adalah untuk memberitahu dia yang kita manusia hidup bukannya akan terus menerus haya tahu menghisap dan menelan susu sahaja. Kita suatu hari nanti perlu makan dengan cara mengangakan mulut, mengunyah, dan menelan.
Bayi bawah 2 tahun sebenarnya mendapat khasiat secukupnya dari susu ibu bagi bayi yang disusukan oleh ibunya dan dari susu formula bagi bayi yang minum susu formula.
Maka ibu-ibu tidaklah perlu tergesa-gesa memaksa anak kecik anda makan selagi mereka tidak menunjukkan 'minat' untuk makan.
Lagi pun bayi masih kecil, perut dan ususnya mungkin belum 'ready' untuk 'kerja-kerja berat'; mencerna makanan....
Aku rasa sedih sangat apabila ada ibu yang bersungguh-sungguh memaksa anak yang baru 6 bulan agar makan solid food. Kesian tau...
Kalau dia tak nak janganlah paksa lagi, sampai masanya dia akan makan juga..Lagi satu jangan sekali-kali ajar naka makan makanan ringan such as asam ka..keropok cap ayam ka...
Makanan bayi tidak perlu ditambahkan garam atau gula.Biar tawar. Ada pula yang bagi anak makan letak garam 'sebakul'. Garam amat tak sesuai untuk bayi.
baca artikel ini...
Can I put salt in my baby's food?
You should not add salt to your baby's food in the first year as this may damage her kidneys. In the first six months of life your baby needs less than 1g of salt per day, which she will usually obtain from breastmilk or formula milk. Between seven and 12 months this increases slightly to around 1g. Toddlers aged one to three years need less than 2g (this is the equivalent of 0.8g sodium per day).
To stay within these recommendations you should aim to:
. limit salty foods in your baby's diet
. don't add salt during cooking
. Limit processed foods, such as ready meals, pies, biscuits, crackers, soups, gravies, sauces, pizza, tinned vegetables, cheese, bacon and crisps, which are all very high in salt, and offer low-salt alternatives.
Foods made specifically for babies, such as jar foods and infant cereals, have a low salt content, as salt is not added during processing. These should not be confused with foods aimed at older children. These can be highly processed and have a high salt content and are therefore not suitable for your baby.
If you do choose to offer your baby or toddler high-salt foods, it is recommended that you only offer small amounts occasionally.
Salt is usually labelled as sodium on food labels: 1g of sodium is equivalent to 2.55g of salt. Read food labels carefully and aim to choose those foods with a sodium content of no more than 0.1g of sodium per 100g.
Suitable low-salt foods for your baby include fruit, vegetables and salad, plain meat, poultry and fish, eggs, pulses and milk. Whether they are fresh, tinned or frozen shouldn't make a difference as long as they have no added salt (tinned vegetables often have salt added so be especially careful to check these). Rice and dried pastas are also low in salt provided they have had no salt added during cooking. Make a habit of reading food labels, and you will soon get to know which are the most suitable foods to buy.
dan ini
Babies and children under 11 years old should have less salt than adults, because they are smaller.
How much salt should babies have?
Babies need only a very small amount of salt - less than 1g a day up to 12 months. Their kidneys can't cope with larger amounts of salt.
Babies who are breastfed will get the right amount of salt through breast milk. Infant formula contains a similar amount.
Remember not to add salt to food you give to your baby. And be careful not to give him/her processed foods that aren't made specifically for babies, such as breakfast cereals and pasta sauces, because these can be high in salt.
How much salt should children have?
The daily recommended maximum for children depends on their age:
* 1 to 3 years - 2 g salt a day (0.8g sodium)
* 4 to 6 years - 3g salt a day (1.2g sodium)
* 7 to 10 years - 5g salt a day (2g sodium)
* 11 and over - 6g salt a day (2.5g sodium)
These are the recommended maximums for children. It is better for them to have less.
If you're buying processed foods, even those aimed at children, remember to check the information given on the labels so you can choose those with less salt.
Remember there is no need to add salt to your childfs food.
If children have too much salt, this could affect their health in the future. And it could also give them a taste for salty food, which means theyfre more likely to continue eating too much salt when they grow up.
Aku harap kita sama-sama pertimbangkan demi kebaikan anak masing-masing.
p/s:memandangkan aku just copy and paste artikel, alahai ada plak 'mojibake'...ntah apa html code yg tak kena...malas aku nak betulkan...
Thursday, March 29, 2007
kenapa kautolak cintaku
Rasa macam nak call juga tapi tak der kredit daa...
Aku tak delah tolak cinta orang sebabnya aku tak bercinta pun ngan orang tu kecuali orang yang memang aku cinta.(berbelitnya ayat)..Orang yang aku cinta hanya seorang...agak-agaklah ya siapa orangnya hehehehe....
Aku pun tak tahu kenapa orang-orang yang aku 'tolak' tu boleh suka kat aku pelik kan?
Kahkahkah.....
Aku bukan tolak aku tak layan terus..Buat-buat tak faham.
dah stop tajuk kenapa kautolak cintaku
Aku nak lepas geram sikit...
AKu geram kat caller topik pagi ERA semalam...Semalam tajuknya 'dilema rumah tangga'..Tajuk dahsyat tu!
Ada caller ni nama Mimi..Dah kawin tapi curang beb! Bagi alasan curang sebab suami tak romantik.Apa kejadahnya...(wah bahasa kasaqnya)
Kalau setakat tak romantik tu tak de mendenya.
Kita boleh bentuk rumah tangga kita boleh corak kisah cinta alam perkahwinan kita. Setakat suami tak romantik dah nak jatuh cinta kepada lelaki yang lebih romatik?Rejam sampai mati je perempuan jenis ni!
Si Mimi tu aku rasa dia tu ada mental problem.Kena pergi buat rawatan kalau tidak melarat susahkan orang lain!Dalam perkataan lain...BODOH!
Kepada lelaki-lelaki yang bercinta dengan isteri orang tu, kalau korang berniat nak serius bercinta dan berkahwin dengan perempuan (isteri-isteri curang) ni, batalkanlah niat korang.Carilah perempuan single..anak-anak dara ataupun janda-janda.
Sebab apa takleh bercinta dengan isteri orang??
- Gila ka apa?nak buat dosa?Tau tak dosa pahala?Cari bala?
- kalau isteri curang tu..korang jangan harap dia boleh jadi setia.Kat suami dia pun dia boleh khianati inikan pula korang.
- Kalau korang kaya..sah-sah dia nak harta korang
- Kalau korang dikatakan romantik..Belah la.kang dia jumpa yang lebih romantik dia tinggalkan korang juga.
- Kalau korang memang nak main-main je dengan diaorang tu...hentikanlah...berdosa.
- Dan banyak lagi....Yang penting salah di sisi Islam...Berdosa Ada faham?
Lama sungguh aku tak update yuitsumuni nih!
Sekian
Thursday, January 25, 2007
topi keledar
Terfikir pula..Apakah tujuan sebenar si bapa bertopi keledar? Kerana undang-undang? Aku rasa bukan...Jika si bapa betul-betul mengikut undang-undang jalan raya, pasti dia tidak membawa 2 orang anaknya menunggang motosikal. Kerana keselamatan? Zalimnya...Si bapa hanya pentingkan keselamatan diri sendiri..sungguh individualistik!!! Bagaimana dengan keselamatan anak-anaknya???
Jadi apakah tujuan dia bertopi keledar?
Aku faham...Masyarakat kita bermotosikal kerana, antaranya:
- tidak mampu beli kereta
- mahu menjimatkan kos petrol dan toll
- mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Kalau yang tidak mampu berkereta tu, memang dia terpaksalah menggunakan motosikal kalau itu sahaja yang termampu..Namun tolonglah jaga keselamatan.
Belikan anak-anak anda topi keledar. Tolonglah..Bayangkan andai anda di sentuh sedikit sahaja dengan sebuah kereta, maka motosikal anda akan terbalik. bayangkan apa akan berlaku kepada anak anda yang tidak bertopi keledar?
Bagi kes mahu menjimat kos, fikirkan juga keselamatan anak-anak anda.Ya betul anak anda bukan anak saya..tapi kalau berlaku depan mata saya, anda bakal menyusahkan saya. Adakah anda fikir saya boleh tidur lena setelah melihat seorang kanak-kanak sekolah yang tidak bertopi keledar jatuh tergolek dari motosikal di tengah-tengah kesesakan jalan raya?
Sebagai ibu bapa kita haruslah memastikan anak kita selamat dari segala bahaya.Insya Allah..
Tiba-tiba teringatkan anakandaku di Taskanya. Adakah dia selamat di sana?
Ya Allah Kau berikanlah keselamatan dan ketenangan kepada anakku.Lindungilah dia Ya Allah....Amin...
Sunday, January 14, 2007
streamyx&funny
streamyx dah boleh guna!!!Alhamdulillah...Tapi to TM aku tetap tak puas hati...sorry lah yaaaa....tetap tak boleh maafkan....
funny
Something funny about Akif.
Kita ajar dia nak masuk rumah kena tanggal kasut...namun apa yang dia praktikkan...masuk rumah tak tanggal kasut tapi kalau masuk kereta dia tanggal kasut. Tadi on the way balik dari Tesco kami betulkan fahaman dia, jadi lepas ni kena monitor ada perubahan or not...
Saturday, January 13, 2007
jangan pi tanya depa
so bergegaslah kami ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Terpampang depan tu satu kertas...'kami sedia membantu' ke apa ntah tapi seangkatan la..macam servis bagus laaa
Terpacaklah aku depan kaunter tu..Ishh nak tanya siapa ni..ada 3org pekerja tapi masing-masing tengah buat kerja sendiri...Then nampak plak notice kena call/sms bonuslink tanya points..kita pun sms laaa..then dah dapat reply, maka bertanyalah aku kepada seorang pekerja wanita di kaunter perkhidmatan pelanggan Tesco Shah Alam.
"boleh redeem kat sini ya bonuslink" (tanya utk kepastian)
kemudian di jawap
"Ahaaaa"
Aku tanya
"So apa saya perlu lakukan"
Dijawap
"Mana pin number?"
aku tanya
"pin number apa?"
Dijawap
"Kalau nak redeem kena ada pin number..kena call bonuslink!"
Untuk kepastian aku tanya lagi
"Mean I have to call bonuslink first lah ya?"
Dijawap
"Ya laaa..u punya card u la call takkan kami plak..."
Aku terus naik angin....Sombong!!!!
Aku hanya perlu jawapn YES or NO..Aku tak perlukan ayat2 menyakitkan hati...
Aku terus kata
"tak pe laa redeem kat tempat lain laaaa"
Then aku bebellah kat hubby..."menyombong tak padan kerja jaga kaunter belagak macam tokey besar...."
Aku memang sakit hati tau kalau orang mulut sialan ni. Orang tanya elok-elok jawap la elok-elok...Better say yes or no jgn nak mulut banyak.....Orang bertanya sebab tak tahu..kalau tahu tak tanya laaaa.....
moral: Kalau nak redeem on spot, belajar dulu cara-cara nak redeem dari bonuslink.com or call direct jangan tanya pekerja kaunter perkhidmatan tesco shah alam.......Depa sibuk, sibuk nak bersembang sesama sendiri...
Rugilah tokey Tesco bayar depa gaji.......
Kalau aku rajin esok aku call manager depa, kalau rajin lagi buleh buat complaint letter..klau rajin lagi tulis hantar ke media2 bercetak....
Wednesday, January 10, 2007
catatan dan TMNet
Catatan
Isnin 8 Januari- Selepas menjemput Akif di Taska terus bawa dia ke klinik. Akif selsema dan batuk. Banyak kahak, jadi kena ambil nebulizer. Akif tak suka. Marah-marah, meronta-ronta. Keesokkan pagi dan petang kena datang lagi. Dapat 5 jenis ubat.
1. antibiotic –Augmentine
2. Prenosolone (kalau tak salah ejaan)
3. Ubat kahak (tak ingat nama ubat)
4. Ubat wheezing (tak ingat nama ubat)
5. Panadol syrup
Selasa 9 Januari- I was on Emergency Leave. Bring Akif to klinik for nebulizer and AKif asyik nak dengan mummy sahaja. Tak nampak bayang mummy dia akan menangis. Tidur pun kena ditunggu mummy. Petang, pergi klinik sekali lagi untuk nebulizer. Doctor kata dah ok, jadi hari ini tak perlu nebulizer.
Rabu 10 Januari- Aku kerja hari ini. Tapi aku asyik ingatkan Akif sahaja.
Kenapalah dalam
Akif is a boy but he’s a very sensitive baby boy. Kalau mummy asyik balik lambat pun tak boleh, Akif sedih. Kalau Akif sedih mummy lagi sedih….
TMNet
Jika memperkatakan tentang produk-produk TM ni memang naik angin la.
Telefon rumah aku dah Ok masalahnya streamyx belum boleh guna. Semasa hubby pergi buat pertukaran number, pekerja kaunter TM point kata dia dah inform all, termasuk streamyx.
Kemudian, semalam bila hubby call TM customer service, dia cakap belum ada apa2 application tentang pertukaran number telefon dengan streamyx setting.
Bukankah itu dalam system??
Kenapa susah sangat cara TM bekerja??
Kenapa tak boleh apply by phone?Kenapa perlu pergi ke TM point sampai berkali-kali??
Maxis broadband…Berapa RM ya??? Seksyen 24 Shah Alam ada?
Apa lagi internet provider yang membahagiakan pengguna???
Friday, January 5, 2007
TM oh TM
Aku tak sukalah servis TM ni. Janji tak serupa bikin!!!
Selalu janji jarang sangat ditunaikan.
Kalau janji 2 minggu, Silap hari bulan sebulan baru tunai. Tiada disiplin dalam menguruskan masa. Orang kerja kaunter cakap lain, orang kat customer service cakap lain....last-last tak tahu apa status.
Hari ni genap seminggu kami buat permohonan menukar alamat, maknanya kena tukar nombor telefon dan juga streamyx setting. Menurut apa yang petugas di kaunter TM point hari tu, mereka mengambil masa paling lama 2 minggu..PALING LAMA....
Hari ni dah seminggu, maknanya ada lg seminggulah time limit. Adakah mereka akan kotakan janji???
Kenapa susah sangat ya??
Pelik betul. Ini tahun 2007, bukan 1907....
Kontraktor...Ini alasan paling digemarilah ni. Kontraltor sibuk. Dah tahu kontraktor sibuk hire more laaa....
Masalahnya...Kat umah aku tiada line telefon dan tidak boleh guna internet, tapi bulanan tetap kena bayar!!!!
Aku masih ingat lagi macam mana servis NTT (telekom jepun), Memang bagus..puas hati!! Mereka ni bab perkhidmatan memang aku salut!!...
Aku hanya call bagi tahu..."saya nak guna telefon rumah & internet perlukan line NTT"
Esok tu mereka hantar orang datang, isi forms kemudian cakap apa yang patut. Lusa..Datang pula orang dari internet provider bawa segala perkakas nak set kan internet tapi hahahhaa..Aku tak de PC lagi time tu!!!
Seminggu kemudian, aku dah dapat PC yang aku order, (ketaq tangan huloq JPN yen 300,000), sampai kat rumah aku pasang PCku kemudian aku call internet provider company, malam tu mereka datang setup kan..Fuhh....Cepat, pantas, dan tangkas....
Kalaulah TM boleh buat macam tu....Opss..kejadian guna internet di Japan ni berlaku pada tahun 2000..7 tahun yang lalu.So TM...apakah tindakan kalian? Nak buat iklan tak serupa bikin lagi??
TM point pantas..??Berjam....
Kepada mereka yang kerja dengan TM, Kalau kalian berkuasa ubahlah cara bekerja TM ni.
Kepada mereka yang kerja di kaunter TM point, TMNet....bersopan santun dan berbudi bahasalah...Korang marahkan kalau aku naik angin..so aku tulis kat blog ni.......kalau kena batang hidung....perbetulkanlah....
Time layan pelanggan kat kaunter janganlah borak dengan rakan sebelah....Ada paham???
Haaaa...CELCOM
Ni pun anak beranak TM.....Belajarlah cara nak setup GPRS dengan betul...Dan kalau orang tulis nama jangan pandai-pandai ubah nama orang ya...
Sekian sesi lepas geram hari ini....
p/s:aik....lepas geram rupanya....
Pada pendapat aku, sektor perkhidmatan pelanggan di Malaysia ini perlu ditingkatkan. Masih banyak perlu dipelajari dan dibaiki.
search@yuitsumuni
Cari@susuibu.com

