Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

buang anak-sakit-kenolehan anak-bf

1.      buang anak

Rentetan dari blog anamira(arinacasa.blogspot.com) aku ingin mengomel sedikit

Buang anak/bayi merata-rata septutnya bukan kerja manusia.

Hatta ibu kucing pun dia tak buang anak dia.

Yang pertama – Nampak amat kejam.

Yang kedua- Apakah penyebab si ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan itu sanggup buang anak?

Yang ketiga- ibu bunuh anak/tanam hidup-hidup anak yang dilahirkannya.

Kekejaman…Memang kejam,

Semua perbuatan itu adalah kerana syaitan dan nafsu.

Manusia sudah terpesong dari penciptanya.

 

Namun jika kita renung dari sudut yang lain.

Apakah punca ibu itu bertindak luar batasan sedemikian???

 

Aku yakin ibu-ibu itu sebenarnya meronta-ronta jiwanya..menangis-nangis hatinya malahan mungkin sudah meraung-raung.

Anak yang sebati dengannya sekian lama akan dibuangnya!Akan dibunuh!

Dan aku rasa mereka juga punyai rasa penyesalan walau sebesar hama.

Kenapa aku kata demikian…..???

 

PILIHAN.

Itu sebenarnya

Mereka buntu dalam pertimbangan membuat PILIHAN.

Selalu kes begini kes kehamilan tanpa nikah.

Dan kita sedia maklum, jika kehamilan tanpa nikah, berdosa dan terseksa dek kejian orang dan sebagainya.

 

Bayangkan ‘benda’ yang membusung di dalam perut anda tiba-tiba keluar, dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dan kenyaringan suaranya anda berkenalan.

Sanggupkah anda mencabut nyawanya???/

TIDAK bukan???

 

Namun jika ‘mereka’ fikirkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak itu..dengan hidup mereka yang tiada arah tuju…

Dan pasti mereka pejamkan mata butakan hati…maka berlakulah pembuangan bayi merata-rata dan pembunuhan kejam.

Tiada PILIHAN.. bagi mereka yang tiada panduan dan pedoman.

 

Siapakah yang harus dipersalahkan?

Adakah mereka dan keluarga mereka????

Kalau nak tahu siapa bersalah kita kena kaji dari A-Z baru jumpa puncanya.Kalau nak tunding sana tunding sini maka tunggulah di Padang Mahsyar kelak jawapan yang mutlak.

 

Maka apakah peranan kita

Pertama…ya jaga adik beradik kaum kerabat anak pinak kita agar tidak terpesong dari pegangan hidup kita

 

Ke-2 Jika JADI juga…..Kita elakkan mengutuk keji dan hina.Berikan mereka nasihat dan panduan.

Anak itu tiada dosanya yang berdosa ibubapanya.

Ubah persepsi kita, Buka minda untuk lebih menerima.

(menerima tidak bermakna menggalakkan ya)

 

2.      perihal tentang sakit dan penyakit

Adalah amat-amat dikesali jika anda bertanyakan tentang sesuatu penyakit berbahaya(ataupun tidak) kepada seorang jurutera elektronik dan mengharap dia dapat membantu anda menyelesaikan masalah anak anda yang batuk berkahak.hahahahahahaaa

Dan sesungguhnya dengan muka tak bersalah jurutera tersebut akan cakap “pergilah jumpa doctor”

 

Aku pelik

Susah sangat ka nak jumpa doctor?

Tak nak yang swasta pergi yang kerajaan.

Kenapa suka sangat nak amalkan petua itu ini?

Kenapa?

Ada yang kata “tak nak ambik ubat doctor sebab banyak bahan-bahan dadah etc…”

Ooo…macam tu ya

Then how about petua yang ntah apa2?

Guna minyak itu ini?sahih ka selamat????

Dan akan dijawap

“laah orang dulu2 ok ja amalkan petua tu..selamat”

Baiklah puan puan…

Cuba bandingkan apakah makanan orang yang hidup 80 tahun lalu dengan anda?

Ada mereka makan makanan berMSG???

Ada mereka makan ayam antibiotic?

Sendiri mau fikir la….

 

Anak sakit tolonglah bawa jumpa doctor.

Tak nak bagi ubat tak pe tapi pastikan keadaan anak tu

Lung dia OK ka….kahak tahap mana….

Kalau nak kena ‘gas’ ataupun nebulizer tu ambik  ja la..

Mende tu boleh mebantu mencairkan kahak.

Kalau nak kena sedut/fisio pun buat ja la

Kalau fisio tu memudaratkan dah lama dah Kerajaan Amerika Syarikat ban. (apsal aku sebut amerika syarikat bukan Malaysia?sebab rakyat amerika syarikat amat cerewet hahahaha)

 

3.      Berikutnya perihal kebolehan anak

Aku suka baca orang tulis blog tentang anak depa dan aku pun tulis tapi aku tak suka cerita pasal kebolehan anak aku kat forum..kihkihkih..

Haruskah aku nyatakan kenapa?

Sebab…..kang orang meluat..kok..macam aku aja punyai anak…idak gitu buk?

Anak aku umur berapa dah boleh apa?

Mmm….

Nak show off?

.sekadar renungan…..nak show off apa kes?kebolehan seseorang tu adalah kebolehan dia anugerah dari Illahi…

Anak aku lahir secara ceasarian kerana besar(dah berkali bagi tau….Tok sah la tanya sebab apa besar…Daddy dia pun tinggi 180cm….genetik- maka nak declare la..aku memang telan semuaaaaaaaaaaaa vitamin ka pill apa2 aja yang gynea bagi yang kata good for preggy woman….haa jgn nak kata sbb aku makan segala pil gynea bagi anak aku besar…anak aku besar sebab memang dia ketuunan besar..full stop)

 

Lahir-lahir keluar ja ke dunia terus memberi laluan kepada udara melalui lung dia..kok kok kek kek..then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..(dia tak bunyi uweekk uweekk pun)

Then dia buka mata dia luas-luas..dia perhati sekeliling OT….Bulat biji mata…..(Harus tak akan kubuang budak ni!)

Then dia kencing kat nurse hahahaaaaaa

Nurse jerit dia pun jerit juga…then dia diam….

 

2 jam kemudian aku jumpa dia kat bilik ward.

 

Ketika usia 20hari+ dia jatuh sofa sebab percubaan pertama untuk meniarap

Manalah kita sangka budak 20 hari+ nak meniarap so memandangkan sofa masa tu luas..letak la atas sofa..sekali..

Gedebukkk…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…bila angkat ngan muka macho….berhenti nangis….

-fact…anak aku tanggal tali pusat ketika berusia 20 hari..kira record keluarga la! Hahahaaaa

Orang lain dalam keluarga paling lambat 7 hari..dia bantai 20 hari..

Sebab musabab ..tak tau tapi kemungkinan sebab tali pusat dia besar!

(Hubby kata plasenta/uri dia memang besar sangat!)

 

Anak aku berjalan ketika genap 1 tahun 1 bulan…..lambatlah kiranya kan?

Tu ja serba sedikit perihal anak aku…(padahal dah bersepah dalam blog ni kahkahkah)

 

 

Dan yang terakhir buat masa ni..

4.      perihal penyusuan susu ibu.

Kitakan kalau bebetul nak susukan anak selama yang mungkin silalah tolonglah belajar. Akan selok belok penyusuan susu ibu nih

Tolonglah beli buku ka baca kat internet ka…tanya LC..tolong laaaaaaa

Toksahlah merepek merapu meraban ntah mana dalil mana fakta mana pembohongan.

 

1.      susukan anak ketika mengandung adalah BOLEH..tak salah tak berdosa selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak. Dari segi medical juga. Ok selagi ibu mengamalkan cara hidup yang sihat.

2.      susukan anak secara tandem nursing juga adalah boleh..harus…tiada kesalahannya.

3.      Orang susukan anak tidak semua yang lambat period…Kalau menyusu dan lambat period adalah perkara biasa..kalau period pun biasa…Kalau tak period pun tetap ada peluang mengandung lagi…susukan anak tidak memandulkan ibu!

 

4.      Botol berputing BUKANnya jawapan kepada semua permasalahan penyusuan.Boleh try sudu..botol bersudu..syringe dan banyak lagi feeding device.sila google sendiri. Guna internet tu guna la bebetul bukan takat forward2 email…copy blog orang hantar ikut email bukan…dapatkanlah info sepatutnya.

 

Baiklah sampai di sini sahaja bebelan aku…panjang lagi kalu banyak sangat typo hahahahhaaaaaa

Tuesday, December 9, 2008

bebel lagi si fid ni

Nak membebel
Entah macam mana hari ni aku ke sana..
Mata aku tertarik kepada beberapa topics.

1. nak bersalin kat mana siapa akan jaga..
Ada yang tak nak MIL jaga ..nak ibu sendiri jaga..
Apa yang aku rasakan…
Apa salahnya kalau orang SUDI nak jaga..layan ja la….nak didilemakan apa?
Ke-2, yakin ke ibu sendiri anda itu ikhlas nak jaga..plus tak rasa menyusahkan ke?
Kalau orang yang sah-sah offer nak jaga tu sahih dia memang SUKA dan BANGGA….
Asal nak beranak ja gaduh laki bini ..nak beranak mana..sapa nak jaga…
Bagi aku solution paling senang..sendiri cari pasal..sendiri beranak..sendiri jaga la!
Awat nak dilema2 bagai????

Hahahhaaa..Jangan nak komen..”ingat senang ka nak jaga orang berpantang..”
Tak yah tak yah ya…Aku bersalin dulu jaga diri sendiri ya…suami yang jaga..sendiri cari pasal sendiri ambik kisah la….

Dah belajar tinggi…claim diri moden bagai tang nak berpantang nak kena orang lain jaga..ohh tidakkk…tidak berkadar terus langsung!

tak un hire la orang jaga....bayar 3-4k..senang ja

Itu bebelan pertama…

2. kalau birthday …Husband tak wish dan tak celebrate bagai sedih ka???
Kalau aku…Ni aku ya….
Aku tak kisah pun aku tak heran langsung
Aku lahir 30 tahun lalu(hampir) tak yah ingat pun tak pa..
Satu..tak akan berulang lagi
Dua..dah lepas tu lepas la…
Tiga….budaya siapakah itu?
(birthday anak aku..aku sambut laaa untuk mengembirakan dia)

Tak yah nak sedih pilu bagai kalau husband kita tak beli hadiah etc..Entah-entah dia ikat perut hari-hari sebab nak bagi kita makan.
Pernah fikir?
Usahlah pentingkan diri kita sangat.
Dan satu lagi sebab aku tak kisah…
Sebab…Aku bersuamikan orang yang sentiasa ingat aku(buat masa sekarang…)
Dia tak pernah lupa tarikh lahir aku sejak dari tahun 1997 lagi….
Bertuahkan aku….(dan tak yah bagi hadiah pun sebab dari awal tak ajar aku gitu)
Biarpun dia tidak mandikan atau rendamkan aku dalam emas..permata intan berlian..wang ringgit rumah bungalow tapi dia bekalkan aku kasih sayang dia…cukup!(walau hari2 gaduh tak pa aku tau dia sayang aku)

Annoyingkah aku?

Dan dari aku fikir perasaan sedih laki aku tak bagi hadiah birthday baik aku piker macam mana nak jadikan aku kaya raya..hahahhaaaa
Optimiskan aku???
Kahkahkahkah

p/s:ada lagi nak kuperkatakan tapi la ni time kerja…harap maklum

p/s:kak non hang nampak lagi kejelasan kekejaman aku???

Wednesday, December 3, 2008

main kutu

main kutu
bukan kutu kepala mahupun kutu ba alif ba ya

tahukah anda la ni main kutu itu merupakan salah satu strategi perniagaan.

ehem...rizza..aku tengok kat forum kesukaan ko tu dah ramai main kutu beli pam...kahkahkahkah...

pandai depa meniaga...
takleh buat terang-terangan...bleh wat cara kutu2....

bukan ke tuan punya website dah bagi tau kalau nak meniaga secara sah(guna ruangan pengiklanan ) kena pastikan product yg nak dijual tiadk ada dijual di web itu?

Aku cuma pelik dan anih...ok
aku tau tak semua orang duit banyak...

ok

aku bagi contoh ya..
untuk pam spectra 3 brand new. kita bleh dapat dalam harga rm400 seunit.

cooler bag bleh beli yang murah2 atau yang mahal2...so tup tap tup tap..dalam rm500 complete set!(pam..cooler bag and chiller)

mengandung 9 bulan tapi tau pregnant bila dah 3 bulan mengandung...so 6 bulan ja la masa ada...
kalau simpan sebulan rm100 dah 600 dah mampu sangat la nak beli satu set pam spectra 3..

tak gitu???

or andakan pemilik kredit card gold dan platinum..why not hanya untuk pam rm500 sekali sweep...takleh ke?
Ohhh kalau nak beli barangan lain bleh....



or jika anda tak mampu sangat....pam avent rm219 pun tak terdaya ke?

or ...perah ja la guna tangan..settle....

saya berpendapat jika seseorang itu plan to BF anak dia selama yang mungkin dia sure ada budget untuk pam....
pandangan saya ya...

invest untuk pam yang nampak mahal itu tak merugikan percayalah bukan nak kacau periuk nasi orang cuma aku berpendapat main kutu tu sama la macam kita kumpul duit...so kalau kita main kutu kita dipaksa simpan tapi kalau sendiri simpan kita kena lawan nafsu gila2 punya...

so fikir-fikirkanlah..........

p/s: kalau beli barang bayar ansuran hatta guna wang tunai untuk instalment itu adalah HUTANG.
bayar dengan wang tunai secara ansuran bukan sama dengan beli TUNAI...beli tunai maknanya kalau harga barang rm3000 kita bayar terus seketul rm3000 dengan wang tunaiiiiiiii
harap maklum....

ubat-ubatan

there are about 6 types of ubat-ubatan to be taken.
aku kena makan 3 times/day
makan ubat banyak, asyik mengantuk aja la
tidur yang tak sedar apa!

dan dah 2 malam anak aku ajak aku tidur depan TV.
mmm...
teringat pula zaman dok nihon dulu
'rumah' kan kecik ja...nak panggil rumah tak layak sebenarnya 'bilik'
so kat situlah makan situ la tidur situ la study...dapur ngan toilet ada ruang lainlah..
tapi enjoy sungguh!cerita ubat-ubatan ni
dah lama aku tak makan ubat gini
bila aku memula jatuh sakit ni hubby ngan tak bersalahnya cakap "ayangkan dah lama tak sakit.."
erkkkkkk

adakah kerana i was breastfed?
aku memang agak jarang jatuh sakit.
tapi kalau sekali sakit memang kaw kaw punya!

anak aku pun selsema la ni begitu juga hubbyku.
pendek kata sekeluarga la
tapi depa dalam katogeri masih gagah perkasa aku ja yang lembek.
dijadikan cerita, untuk anak aku kami ambik ubat kat klinik dia...aku plak ambik kat klinik lain hubby pun klinik lain...
hahahhaaaaa

apasal gitu?
sebab klinik anak aku tu doktor dia lebih teliti check anak aku
klinik aku punya ubat plak klinik one of doktor pakat smc..tapi dia bkn paed
klinik hubby ambik ubat tu juga panel aku tapi aku tak suka.hubby kena ambik situ sbb tu la satu2nya panel company dia yg terdekat which is aku anggap klinik yang gegila buat duit
bayangkan ubat yang dia bagi SEMUA dah hampir-hampir nak expired.
tak faham aku.

Friday, November 28, 2008

bebelan kesekian kalinya

Aku dah lama tak menjenguk itu foramu(ye ke nyah?)

so tadi aku pi jenguk la

Mmm...

Korang pernah dengar perumpamaan...
"masuk rumah orang tak bagi salam dah tu siap pi melepas kat jamb*n orang tanpa izin..."
Pernah?aku tak pernah...tapi aku pandai-pandai buat...

Kita pi umah orang kena bagi salam
Hatta orang jepun pun ada greetingnya
kalau pi umah orang sila sebut "GOMENKUDASAI"

Aku selit sikit ya
*****************************************
Jepun ni..abaikan yang buruk ya ambik yang baik
jepun ni depa ada satu budaya greeting2 ni yang aku amat suka

kalau kita nak tinggalkan rumah kita sebut
"Ittekimasu"
orang yg dok kat rumah akan sebut
"itteraisyai"

kalau kita balik rumah sendiri or rumah yg kita tinggal tadi la janji bkn rumah org la
kita sebut
"tadaima"
orang dalam rumah akan sebut
"okaeri"

kalau nak makan kita kena baca mismillahbaca doa makan kan..lepas makan baca doa lepas makan
depa ada juga greeting

nak makan sebut '
"Ittadakimasu"
lepas makan
"gocisosamadeshita"

Teringat zaman masa asyik dok kat kenkyusitsu(lab) kat Univ...
Ala2 berkampung gitu
semua jantan aku ja gadis ayu...
kalau aku masuk lab aku selalu sebut tadaima...
sempai(senior) aku akan cakap
"''oitt oiit...kimi no uci janaiyo"(weii bkn umah ko daaa)
tapi sorang lagi akan cakap..
"datte orera zutttoo koko ni iru jan....okaeri!"(kita dok sini semedang kan....selamat pulang!)

********************************************************
OK kembali ke tujuan utama aku menaip tengah hari ini...

Aku amat tidak dapat bersetuju dengan mereka yang
"tak apa laa,,dia tanya sebab nak cari ilmu"

"tak apa laa...dia share pengalaman dan pandangan dia"

Kalau benda tu sahih dan benar silakan kalau salah anda bersalah ya!a

Lagi satu anak sakit yang agak kritikal
hatta demam sekalipun
sila la bawa jumpa doktor takyah cari petua laaa
kalau anak dah besar tak pa ni baru kemetot
tolong la
tolong jumpa doktor...

Saya berpendapat petua2 lama2 tu memang ada kebenarannya jika kita hidup dengan cara mereka..
macam cara org melayu tanah melayu berpantang dan melayu jawa berpantang la...lain2 juga tak sama siap ada yg jawa pantang melayu tanah malaya tak pantang lagi tu....
sebab apa gitu sebab...cara makan...cara amalan lain(solat tetap 5 waktu sehari ya...)

itulah seadanya bebelan saya

Thursday, November 20, 2008

dilema saya-menarik minat anak untuk belajar

1. Saya sedang memikirkan bagaimanakah caranya untuk saya tune anak saya untuk meminati ‘belajar’
Anak saya sekarang langsung tidak mahu belajar.Jika saya keluarkan buku/kertas/pen/pensel/colour dan meminta dia menulis ABC or 123 dia tidak mahu. Dia akan minta saya yang menulisnya dan dia akan merengek-rengek minta saya lukis ultraman la, turtle la cat la mommy la daddy la acif la…LUKIS!
Adakah kerana bakat melukis saya sangat dikagumi?Atau…Adakah dia cuba mengelat???

Jika saya mengadap PC berinternet connection saya akan search tajuk ‘how to make your toddler love to read’ etc yang seangkatan dengannya.

Anak saya telah terlalu terdedah kepada TV.Ben-10, Ultraman…Ben-10..Ultraman.
Sudah tersalah langkahkah aku?
Saya pasti masih ada peluang untuk saya.
Jadi itulah sebabnya saya perlu belajar sedikit psykologi bagaimana hendak saya praktikkan untuk mengubah minat anak saya.
Semoga dipermudahkanNYA.
Wish me luck…


2. Saya tidak pasti apabila anak saya besar nanti dia akan ‘behave’ macam sekarang atau tidak. Dan doa saya dia akan makin ‘behave’
Kenapa?
Kerana saya tidak berminat dan agak tidak dapat menerima sikap beberapa orang kanak-kanak di pusat asuhan tempat saya tinggalkan anak saya.
Sudah berusia 6-12 tahun namun, ‘larang tak dengar’ bak kata orang kampong saya.
‘Tak makan saman’.
Sudah lama saya perhatikan.
Semalam anak saya tiba-tiba berkeras ingin membawa ‘handphonenya’ ke taska.
(Alaa handphone lama mommy)
Petang semalam ketika menunggu suami saya menjemput kami saya perhatikan seorang kanak-kanak berusi 6 tahun telah merampas handphone tersebut dari anak saya depan mata saya.
Diketuk-ketuknya ke lantai dan di flip sungguh-sungguh seolah-olah ingin merosakkannya.
Nak tegur anak orang!Saya bisikkan kepada anak saya “go fight for your right!”
Tapi seperti biasa itu anak aku aaa..sangat sopan santun…
“XXX…itu acif punye…bagi le..bagi leee”
Errrkkk….

Apa yang aku dapat lihat, kanak-kanak tersebut tidak diajar menghormati dan menghargai harta orang lain!

Bukan setakat kanak-kanak itu ramai lagi kanak-kanak yang tidak terdidik dalam bab menjaga hak orang lain.

Contohnya, jika anda pergi tesco atau giant (ni kan ramai orang pergi dan pelbagai lapisan masyarakat)
Di area basikal kanak-kanak, apa yang anda boleh lihat?
Yaa…bersenang lenang kanak-kanak mencuba basikal/motor etc.Ada yang siap bawa meronda satu hypermarket.
Ada ibubapa mereka larang?
Jika saya, sudah lama saya ‘piap’ peha gebu anak saya…”itu bukan hak kita..kita bukan nak beli so please do not touch”
Kalau nak cuba naik pun setakat 1-2 meter sahaja dengan pengawasan kami.
Kasi chance sekali dalam 1-2 bulan. Tapi tetap dok ‘nyanyi’
“this’s not ours, berdosa tau kalau naik…”
Kanak-kanak macam anak aku tu memanglah berkeinginan nak cuba segala yang ada.
Maka kitalah yang wajib mengajar, mendidik dan membimbing agar anak kita menjadi insan

Pernah sekali anak aku kena tengking dengan seorang budak sebab anak aku pi pegang salah satu basikal mainan kat giant stadium tu!
Bayangkan dia pekik kuat gile..Menangis anak aku tersedu sedan.Depan kami laki bini tau!
Yang mak pak budak tu sengal gila!Langsung tak tegur akan perbuatan/perlakuan anak yang bagi aku..”tak terajar’ itu.

Why not u cakap dekat anak u..”tak baik tengking-tengking orang ..ini basikal pun bukan kita punya.manalah tau orang tu nakbeli ka apa…”

Dan demi mententeramkan anak aku yang tengah sedu sedan tu aku ngan muka yang dah berang cakap “Dah dah…stop nangis….diaorang tu tak pandai macam kita tu diaorang main barangan orang tanpa izin..baby stop nangis nanti balik kita main basikal-basikal kita ya…..”

“acif nak nengok jaaaa uwaaa uwaaa”
“Tak yah tengok tak cantik pun……busuk..”
“hah>tak cantik?busuk…jomm jommm”

Perggggg…..

Namun saya tetap nak marah kat mak ak budak yang tengking anak saya itu! Me childish ka?

Sekian, arakian bebelanku buat saat ini.

Wednesday, November 19, 2008

masalah rumahtangga

May i know...dalam dunia ni siapalah yang langsung tak pernah ada masalah dalam rumahtangga hatta sebesar kutu yang kurus?
Sila nyatakan

Masalah rumah yang bertangga MESTI berlaku juga hatta tang bab pakat malas cuci pinggan...kahkahkahkah

Namun apakah caranya untuk mengatasinya
Haruskah dibincangkan di forum dengan menempekkan gambar anda?
kutuk pasangan anda/mendedahkan keburukan maha jahil pasangan anda?
Adakah dengan meluahkan di alam maya anda akan berasa lega dan masalah anda selesai??

Bagi saya
Masalah rumahtangga TIDAK relevan dipost ke forum2 ilmiah..lainlah ke forum 'masalah rumahtangga'....tu pun rasa tak sesuai

Sebagai contoh, masalah main kayu tiga..(kebanyakkan orang main satu kayu ja..kayu hoki..kayu apa lg ya?)
Kembalilah kepada basic rumahtangga orang Islam
Jika bermasalah siapakah perlu anda rujuk?
Kenapa malu nak rujuk ke pihak sewajarnya tapi tidak malu diwar2kan ke alam maya which is satu dunia akan tau???

Begitulah seadanya komen saya ttg topik ini....sekian...

Sunday, November 16, 2008

ayaq naik

Tadi dalam pukoi 3pm kami pi jusco bukit tinggi
Pukul 6pm gitu kami pun balik
konon tak mau kayakan PLUS and co, maka kami pun balik la guna jalan free...sekali

"awat keta tu sesuka hati reverse hah?"
"awat u-turn plak nih?"

Tunggu punya tunggu akhirnya nampaklah puncanya
Ayaq naik..banjir la

maka
kami pun langgar la peraturan jalan raya...u-turn ngan cara menentang arus...
yang aku agak takleh nak faham

makin bnyk kereta yang sedar akan ayaq naik u-turn makin bnyk kereta dr belakang masuk ke jalan yang sah2 kalau kancil ke viva ka tak akan lepas....
puas kami menggawang2 tangan suruh jangan masuk depa masuk juga.
takkan takleh pk sat..awat la kereta2 yang sepatutnya jalan ke depan mengundur dan menentang arah?

pihak berwajib juga.
kenapa mereka agak lemb#b?
Ada 2 buah kereta pihak berwajib...mak aku panggil polis trompet!
Dah tau jalan memang cannot go, do la something
simple ja..
drop 1-2 orang anggota tolong inform pengguna jalan raya jangan masuk jalan tu banjir!Ini idak....Ya tau...bertindak mengikut arahan....takkan logik akal gitu pun takleh?
Ikutkan aku..nak ja aku turun jadi 'trompet' tahan kereta jangan bagi masuk jalan yang tenggelam tu.....

moral
kalau hujan jangan sekali gatai2 nak guna jalan padang jawa nak balik shah alam..sekian

sebuah kisah

yang elok jadikan panduan yang tak elok jadikan sempadan

Al kisah suatu petang tatkala aku melepak di taska anak aku.
Maka aku berbual2 ngan pengasuh2nya.
Sampai lah ke satu topik....
Mengenai salah seorang bdak yang diaorang jaga, J

"kak..J ni kitaorang tak tau la nak buat macam mana"
"kenapa?"(kepochi aku ni)
"dia dah 4 tahun tapi dia takleh cakap sangat lagi..."
"Alaaa budak2 perkembangan berbeza..."
"Bukan kak......Bdak lain sethn dua dah tau dah nak ikut apa kita ajar..ni langsung tak faham ni..."
"Maybe dia lambat sikit kot..."
"Dia tak kenal botol susu dia kak....beg dia pun tak kenal..kalau suruh ambik bag dia..dia tak akan buat..dia tak faham...bdak setahun pun dah kenal barang2 dia kak"
"ohh.."
"Dia ni langsung tak tau jaga kebersihan...kuku panjang....hitam...Kalau hari kitaorang potong kuku...bdak2 lain berbaris tunggu giliran dia buat derk ja..."
"dia tak biasa kot..."
"Dah kat sini 4 tahun takkan tak biasa..."
"ahaaa..betul juga tu..."
"dah tu kak..dia punya 'itu' berbau laaa"
"hah?"
"iyeeee.."
"Ada bagi tau mak dia..."
"Mak dia dah lama kitaorg tak jumpa....yang hantar ambil dia ayah dia ja....."
"bagi tau la ayah dia.."
"ishh segan la kak...Malu laaa"
"ya tak ya juga kan..."

So apa moral yang nak ku sampaikan

to working mommies,
jika kalian hantar anak ke day care center/taska/nursery/taman asuhan paling tidak 1 kali seminggu ka 1 kali dua minggu ka..sebulan sekali ka....jenguklah tempat anda tinggalkan anak anda.
Dengarlah laporan dari pihak pengasuh.
Penting tau.
Contoh macam kisah di atas...bagi pengasuh2 yang masih anak dara amat susah bagi depa nak bagi tau hal2 sensitif kepada suami anda.

Lagi satu, andai kata pihak pengasuh dah mandikan siapkan anak anda dengan baju untuk tidur, balik tu bukalah balik..beleklah tubuh badan anak kalian..hidu dan bau la apa yang patut.....
Penting nih....
Satu lagi make sure jangan sekali2 hantar anak anda gi ke tempat asuhan dengan keadaan diapers yang kotor...
Tak mandikan tak pe, tapi jangan diapers yang dipakaikan petang semalam dibuka di tempat asuhan pagi ini.....
Change at least, diapers....Please.....
Bukan apa
Orang ni jaga anak kita depa observe cara kita, so berhati-hati..
Biar nampak cerewet jangan sambil lewa..

That's all from me!
Thank you!.

Thursday, November 13, 2008

bercampur baur

Aku punya perasaan bercampur baur sebenarnya.
Hal kerja

pihak yg menjadi menejemen agak b*d*h le.
Kenapa aku kata gitu
Kat kempeni kami ada satu sistem iaitu sistem isu EB kalau ada apa2 perubahan dalam design.EB ni engineering bulletin..Diisu utk inform related dept/section about the changes etc.

Aku ni plak tingkap/window person ngan HQ.
Setakat aku join kempeni dan setakat aku incharge kerja 'tingkap' ni(sejak menejer yg memula aku join kempeni ni resign..dolu menejer tu tingkap..lps dia belah aku jadi tingkap)

setakat aku tau..
Memang jatuh hukum wajib la bg pihak menejemen utk tau procedure menatang EB ni, namun hakikatnya akhir2 ni ramai yang rasa depa pandai nak ubah sistem(yg mana aku pk lambat laun kempeni ni akan hilang ISO cert..hahahahah)
sesuka hati nak pass ke sapa sesuka hati nak sapa cek sesuka hati nak chop ka nak sain....
Walaupun aku tingkap saja..Aku marah tau..sebab kalau sampai ke HQ kena reject..tingkap yang susah..Faham??tu pasai aku marah.....

so aku bg tau cik menejer ni..so dia sound dah masa menejemen mtg..solved...
But petang senja tadi i found out one more kerja memandai2 orang dungu......
Itulah akibatnya kalau kipas laju naik cepat.Kerja hampas cakap banyak procedure kerja tak tau!

Sejak bila la kempeni ni punya sistem huru hara ya???

yang berikutnya
la ni ramai sangat la new staff...
yang nama aku tak ingat lagi pun ada.

aku incharge emc.
so ada satu staff baru depa assign untuk under grp aku ni
Aku tak train apa pun sbb aku fedup ngan menejemen depa ambik bdak baru terooosss..depa suh buat kerja depa tak train....
so mmg bebudak ni wat kerja menonong ja la...

so aku tanya
"apa u faham ttg emc ni?"
aku tau dia tak tau apa habuk pun..
"i don't know"
"then u buat kerja apa selama 2 weeks ni?itu A tak bagi apa2 explanation?"
"nope"
"ish ish.."
"But what i know A the only one having good experience in emc"
Dalam hati aku dah gelak...bangang la sapa buat cerita..Itu A baru 2 tahun ja join kempeni la
Masa dia baru join menatang abuk pun dia tak tau
Woii aku dah incharge 4-5 projects dah weiiiiii.....ni project ke6-7-8 dah jadinya..
Macam mana bleh diwar2kan A yang paling dahsyat?
honne?tatemae???

Serius aku terguris
Tapi macam biasa akukan baik hati..aku bg la penerangan ringkas. dengan pesanan tak tau apa2 tanya la A..kahkahkahkah....
Lepas aku terang seringkas yang mungkin(macam biasa aku mesti wajib tulis punya) aku tanya balik..
"so now can u understand the basic of emc"
"yes"
"good"

Ishh bab aku terguris ni
dah 144 kali dah aku pesan kat depa
kalau aku dalam lab jgn kacau..aku tak suka
Aku tak aman buat kerja
Ini idak
kejap2 call kejap2 datang...streessss..

akukan wat kerja kena kasi 'menurun

'..hahahaa
barulah kerja seronok
concentration...

Satu lagi pantang larang aku
Jangan ada orang mai melawat aku buat kerja ke idak
konsep aku senang ja..kalau tak percaya aku buat kerja/kerja aku...berhentikan aku dengan pampasan 33 bulan gaji tunai!

Tang bahasa jepun plak
Hahahhaaa
depa iaitu menejemen, depa masih sangsi aku tau bahasa jepun
tak pa tak dak hal
janji aku faham apa depa kata
Takkan aku nak show off kot kan
tak yah tak yah

Aku paling benci orang tanya'betul ka kau tahu bahasa jepun'
Awat aku tipu ka???
Kalau buat degree kat jepun, tak reti bahasa jepun tak akan lulus la weh...apa daaaaaa
Tu la manusia
Ohhh aku mmg low profile bab berbahasa jepun ni sebab aku suka tengok org yg tak berapa reti dok tayang skill..hahahahahhaahahah


sekian, nak kemas bag anak aku...
jya mata ne

Tuesday, November 11, 2008

Kalau meniaga letak la nama sebenar.

Pesanan berbentuk bebelan

Lately, aku selalu dapat Email promote barangan.
Contoh,
Barangan bayi, baju kanak-kanak, baju ibu kanak-kanak etc.

Yang saya nak bebelkan adalah,

1. Pihak pengirim tak letak nama pengirim yang sebenar. Bagi aku kalau nak meniaga, letaklah nama anda dengan jelas, biar ada trust.
2. Aku pergi website/blog perniagaan tersebut, juga tiada nama ‘tuan empunya’ hanya ada nickname.

Kenapa aku kecoh sangat nak nama sebenar/lokasi sebenar perniagaan?
Manalah tau penipuan ka….
Hahaa….Kita bukan tau….

Adakah ini caranya rakyat Malaysia buat bisnes online??
Tidak kan?

Adakah ini marketing strategi?
Tidakkan?

Aku lebih berminat nak membeli dengan peniaga yang jujur, yang nak kita kenal dia, yang hendak kita percayakan dia.

Seruan saya, eloklah para peniaga menggunakan nama sebenar untuk meniaga, kalau kat forum ka kat chatting ka blog merapu ka OK la guna nickname….
Ok ka?
Wakaru???

*Subject:* Proton Baru MSX....top speed 250km/h

Tajuk di atas adalah tajuk satu Email yang aku dapat.

Soalan aku

Kenapa kereta kat Malaysia perlu buat satu pengumuman tentang kelajuan maximum that the car can speed?

Bagi aku..
Semua tu satu ‘permainanan’ sahaja.

Kaubeli kereta nak berlumba ke?
Kau nak speed kat mana?
Lainlah kalau kau guna Sepang Circuit.

Jaringan jalan raya Malaysia kelajuan dibenarkan dalam 60-90km/h sahaja kan.
Highway pula maximum 110km/h sahaja kan?
So apa guna nak cipta/design/beli dan guna kereta boleh speed laju-laju?
Tambahan pula kalau korang guna Federal Highway/Lebuhraya Persekutuan setiap hari!
Macam tak ada makna ja!

Ada yang kata kalau emergency nak speed lelaju…
Confimr korang bleh speed????
Maybe boleh kalau jalan kosong lengang.Cuma sesuai ke ajaln raya/lebuhraya Negara kita?
Kang melambung cecah banjaran titiwangsa tubuh korang…
Jalan raya kita di Malaysia ni tak rata..Bukan macam jalan raya kat Germany…Hiks…

Sekian pandangan saya,

Pandu berhati-hati.

Monday, November 10, 2008

Orang berbudi kita berbahasa

Orang berbudi kita berbahasa

Kalau sapa join forum yang ‘biasa’ aku sebut tu korang akan jumpa satu forumer yang agak ‘tegar’

Meniaga di kedai orang! Buka la kedai sendiri
Sorry!

Sah-sah ada tulis tujuan penubuhan forum kat header….Tapi tak baca la tu!

Aku pelik

Kenapa masih wujud manusia gitu???

Kalau nak promote perniagaan pun gunalah cara yang sesuai….

Masuk kandang kambing bunyi kambing la jangan la bunyi harimau! OK ka????

Mooo..tamaranai yo! Ano bakamon!
Gaman gaman….


p/s: kalau boleh kita jgn layan topik yg sedemikian..biar hilang!

Thursday, November 6, 2008

Isu Khas

Aku menempel tengok Isu Khas malam tadi, kerana suamiku begitu berminat untuk menontonnya maka kugagahkan juga.Hahahahaaa

Aku tak nak ulas bab isi kandungan apa yang diperkatakan.
yang aku nak bebelkan adalah mengenai the TPM

1. Nampak macam dia tak confident

2. Dia menunjukkan sikap tidak professional apabila cuba menghentam pihak pembangkang. Jangan risau la TPM...Ko bleh le rasa menjadi PM kalau U*NO punya orang tak khianat ko.DSAI tak akan jadi PM la dalam masa terdekat ni...Masa depan aku tak tau sebab aku pun tak kenal DSAI tu...so lantak dia

3. Alahai tau la menteri kewangan tapi gunalah term yang friendly sikit hahaha
Aku ni sib baik suamiku orang account so adalah tukang terjemah
dah tu bila depa guna bahasa yang susah untuk rakyat marhaein nak faham, kang pembangkang tolong terjemah depa juga yang meloncat...
(ke aku ja yang tak faham bahasa???)

4. Aku tengok tak habis sebab aku tak nak terlepas tengok drama bersiri kat AstroPrima(mertua Vs.Menantu) Hahahaha---->Padahal nanti kat Astro akan ulang 123 kali tuh!

Kenapa tiap kali budget sure mereka yang kerja sektor awam/kerja ngan kerajaan ja banyak dapat faedah.
yang kerja kilang macam aku ni??
Kesian kami tau!!!

So, hire lah saya masuk sektor awam!

Wednesday, November 5, 2008

$%%#@#$$

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa
Cuma aku nak membebel sikit

1. fobia nak mengandung lagi
Aku agak blur kalau orang gini
Ampun
Fobia nak ngandung ka nak bersalin?
kalau fobia nak ngandung aku cadangkan jangan buat aktiviti ke arah tu! hahahahaaa

Kalau fobia nak bersalin
Aku rasa semua orang yang pernah bersalin akan rasa fobia tapi bila dah nak bersalin semula sure akan boleh tempohi juga!
Betoi kan?

2. Nak tambah susu badan dengan kadar segera.
Agak muri/impossible.
Kena ambil masa juga
Samalah kalau time baru bersalin
Please don't expect your milk factory will work until max.
Slow2 start up ya...so sabar!

3. Anak punya perkembangan agak perlahan kalau compare dengan bla bla bla.
Kalau aku
Aku akan 'study' dulu
Baca...Baca dan baca...baca..baca
Sampai tak tercapai akalku
Aku akan buat appointment ngan paed so jumpa paed tanya tanya tanyaaaaaaaaaaaaaaaa....

Kalau anak 3 tahun belum tahu baca ABC tu pada aku..NORMAL..heibon na kodomo(lion) desu..kihkihkih

Perkembangan seseorang insan itu adalah berbeda2 maka kita harus terima dengan redha dan ikhlas.

4. Orang kutuk kita yang breastfeed
SERIUS! Aku dah lalui macam macam macam..
Pelbagai cemuhan..
Kalau aku layan mahu aku bagi anak aku susu ntah apa2 jadinya
Saya dengan ini menyeru kepada rakan2 yang BF anak..Moh la kita wat pekak badak sumbu tuli!

Kalau yang doktor yang tak sokong Bf tu..boikot ja
Ramai lagi doktor lain yang pro-BF

Masa awal2 dulu aku pun cepat juga melatah
tapi bila dah lama2 ni dah faham dah.Makin kita belajar..makin kita amalkan kita akan jadi makin open. Itu pentingnya ilmu pengetahuan

5. BF anak memenatkan
'Maaa..soreha sooo desukedo
Tapi kepuasan..keputusan dibuat untuk menjadi ibu itu sudah muktamad kan?
Jadi pahit getir masam masin panas pedas bagai..Terimalah dengan redha
Mula2 memang akan rasa penat rumit dan sebagainya kerana 'tak kenal maka tak cinta'
Mula2 memang kita akan blur etc tapi kalau dah 2-3 tahun..Dah sebati...maka tak yah pk pun tindakan refleks badan akan buat pilihan yang tepat.
Percayalah saya!hahahahaaaaa

6. Anak yang BF lama manja
Oklah tu manja pun bukan ngan orang lain pun.Ngan mak pak dia juga

Abis dah kot bebelanku

Cuma aku nak sentuh sikit bab kerisauan kalau anak BF lama ni
Kalau aku baca kat internet tanpa sempadan kebanyakkan artikel akan sebut
'anak yang breastfeeding/extended BF akan lebih berdikari...'
TEPAT
Jika anak aku

Kalau tak ada ibubapanya dia memang berdikari!
Kalau ada ibubapanya memang la mengada sikit
Even aku yang dah tua ni pun kalau ada mak aku aku ngada lebih...so kalau bdak baru 3 tahun lagi laaaaaaa

Anak yang breastfeeding jiwanya tenteram dan dia banyak pakai logik serta kuat bersabar
Ini juga aku setuju

p/s: semua ni pendapat saya.Anda berhak setuju dan tidak setuju

job matter:Bilalah aku akan dapat moh dari ini kempeni....
Ya Allah permudahkanlah...

Monday, September 15, 2008

sakit lot & mummy dan solid food no tatakai...

Akif nak makan tak?
Tak nak makan!
Ok

Akif nak makan tak?
Tak nak makan…

Asal tanya ja sure tak nak makan.so mummy yang ‘bijak’ ni tak bagi makan sampailah…………..

Mummy acif sakit lot(perut)
Nak u-uh ke?
Tak….sakit lot(perut)
(dalam ati..sah anak aku lapar…)
OK cuci tangan jom mummy suap makan
Yeyeyeye nak makan…

Sesungguhnya zalimnya mak bdak ni!
Sampai anak punya perut berkeroncong baru bagi makan.

Zalim kan?

Bagi kebebasan…kahkahkahkah

Aku dah prepare makanan untuk dia tapi dia yang tak nak..nak wat macam mana….
Dia nyusu ngan minum air masak..sampai le rasa sakit lot!Baru nak makan.

Anak aku sekarang makan banyak.
Memang semangat la kalau tengok dia makan

So tips aku….cara aku…

Anak ni takyah bagi makan awal sangat.Bagi aja susu ibu sampai dia 6 bulan baru start dengan home-cook bubur nasi kosong. Kemudian baru tambah ayam/ikan/bilis/sayur.
Kalau bagi puree pun bahan asli semata no need perisa.
Aku bagi anak aku garam bila dia dah 2 tahun.
Aku tak ajar dia makan ais krim, coklat, gula2 etc..tapi la ni dia reti plak makan!
So apa aku buat..ais krim buat sendiri…coklat kadang2 ja bagi makan…gula2….bagi juga tapi sblm bagi, komen..”gula2 ni tak elok untuk gigi…nanti ulat makan gigi….”
So…akan ada orang jawap..”tak nak la ule2…ambik la mummy!”
Selamatkan??????

Takyah bagi anak minuman bergula.
Bagi ja susu ngan air masak.

Nampak cara aku bagi anak aku makan amatlah zalim..kahkahkah
Tttapiiii….itu semua buat anak aku makan makanan yang sepatutnya.
Alhamdulillah aku tak ada pengalaman kejar anak satu taman sebab nak bagi makan.
Anak aku tengok nasi dia dah tau nasi tu untuk dia makan.Hatta nasi kosong no complaint.

So kita bleh pilih nak bagi anak kita makan segala or control.
Bagi aku..control lagi bagus hahahaaaa
Sebab anak aku tak de masalah nak makan hahaaaa

Ada budak bermasalah nak makan sebab…depa makan segala mala..so dah kenyang tak de le selera nak makan nasi

So conclusionnya,
Di sini saya tekankan..Anak ni kalau kecik2 takyah la nak beria bagi makan sangat.Takyah nak sumbat segala benda dengan alasan nanti besar dia tak reti makan.
Tu tanggapan kita ja…Dia besar karang pepandailah dia makan.
Aku kecik2 dedolu tak pernah pun belajar makan sushi…dah tua2 ni reti la plak…
Contoh…contoh…

Sekian bebelan saya

Monday, September 8, 2008

aha

dalam dok kata tak de mood nak blogging teringat satu benda hahahaaa

aku telah dinasihati oleh seseorang yang aku tak kenal agar stop BF si gedebi..
Alasan
anak aku dah 3 tahun..orang BF sampai 2 tahun sahaja.

1.aku tau orang ni tak da info sangat tentang BF.
2.kesian
3.kalau tak tau kalau boleh toksah nasihat2 orang ni

apa aku nak bagi tau
1.BF anak lebih dari 2 tahun dari segi hukum agama islam...tidak salah!Dalam Al-Quran memang tulis 2 tahun...tapi ada tulis kalau tak 2 tahun pun tak berdosa namun tak tulis sampai bila wajib stop..so since tak tulis maka...selagi tak memudarat kan la....

2. Aku dah tanya beberapa doktor..baik pakar maupun biasa..baik paed...gynea..GP...semua kata dari segi medical dan kesihatan tiada masalah....

tu ja

aku pelik yang tulis galakkan 2 tahun bleh ada orang tak nak ikut/tak ikut dengan 1001 alasan....tapi bila ada orang buat more than that ada plak yang nak komplen..kalau nak BF tak nak BF tu hak masing2...kenapa tak anggap nak BF 3 tahun ka 8 tahun ka hak masing2?????
marah tau !

Aku Bf anak lama gini bukan membabi buta tuli pekak aja ya...aku masih belajar dan belajar.
Suami aku support..Orang lain tak support lantak depa la..
(ada orang tanya tak kisah ka orang lain tak support?)
hahahaa
Bagi akulah kan...Cukuplah suami aku aja yang support...mak aku sedara mara tak support pun tak pa
orang kata plak bongkak..takbur..
Astagfirullah hal a'zim....
Kalau aku dengar semua orang kata mahu aku korek kubur kambus sendiri....

kita ni dalam dunia nak susukan anak sendiri dengan susu sendiri ni..
1.rezeki
2.usaha
3.semangat
4.kesungguhan
5.keazaman
6.kekuatan
7.keyakinan
8.istiqamah
9.keredhaan
dan segala mala positive things and altitudes..
Kita yang utama...Kita takyah nak tuduh orang tak support ka tak apa ka....selagi kita tak 100% komited...
faham ka bahasa belit2 aku ni???

Ada orang kata kat aku jangan melentingla..kalau orang konderm aku bab BF anak ni
aku pun nak pesanlah orang yang tak BF anak pun janganlah melenting kalu baca blog aku ni..hahahahaaaa

Ya tak salah tak BF anak tapi SALAH kalau kutuk/conderm orang yang BF anak!

Ada ayat2 aku conderm those yang tak BF anak???
Tak adakan...
Tapi kalau ayat2 yang membuatkan terasa tu nak buat macam mana kenyataan...

There is no freedom of choice for humans if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

peace!



Tuesday, September 2, 2008

apa dah jadi?

Bulan mulia ni tak elok membebel
Aku cuma nak mencoretkan sikit la..hahahaaa

Bulan puasa ni bulan berbelanja ke?
Kenapa aku tulis gini?
sebab...
sabtu,ahad, isnin..aku gi tesco..giant...
semua barang habis....
Nak kata sbb org dapat gaji..bulan2 lain pun dapat gaji juga tapi takleh sampai kosong rak....

Aku tengok satu family 2-3 trolly barang...naik rambang mata...Yang aku sebakul pun tak penuh...hahahaaaaa

Kalau memang setiap bulan pun gitu gayanya OK la tapi kalaulah kerana puasa maka kena berbeli begitu...alangkah tidak indahnya

pesanan aku untuk diri aku....
Bebelanjalah berpada2 kalau boleh gunakan kesempatan ini untuk ubah cara hidup.bebelanja jika perlu....

Elakkan pembaziran

apa menu aku berbuka semalam?
1. Nasi putih
2. keabu carrot(baik utk kesihatan ni)
3. black pepper daging
4. ayaq kosong

hahahaaaa

sahur
nasi ngan lauk lebihan berbuka ngan mee goreng ala mamak.
ayaq kosong

Hari ni aku nak berbuka dengan apa ya?
Ke nak beli ja kat kantin opis ni???

Think think think bak kata akif.

(Anak aku la ni kalau aku tanya apa2 dia akan jawap "think think think.."
sapa tengok 'my friend tigger and pooh' faham la)

Wednesday, August 27, 2008

PEACE

Peace-Jadi macam jangkitan la plak..ampun...

Salam
Hari ni gue nak membebel.
Aku ni apasai suka bebel????
Ni aku punya iken/opinion/pandangan.

1. Merancang sendiri selamatkah?
Rancang keluarga la...Family planning kalu dlm bahasa londonnya.
Mm.....Susah juga aku nak kupas dan ulas(hakhakhak....)

Pandangan aku ya
Selamat tak selamat tu bergantung kepada disiplin kome laki bini la.
Kalau asal teringin ja ON teringin ja ON....Haru juga la ....
Tapi bagi yang plan nak anak setiap tahun tu OK laaaa
Opss...planning sendiri tu lagu mana?Lupa plak nak definasikan.
Planning sendiri bg aku maknanya tak ambil apa2 pil perancang ataupun suntikan la.
Maknanya guna barrier(kondom) ka kira kalendar la.
OK..faham?

Hatta ambil pil atau suntikan bagai pun DISIPLIN..SHITSUKE...itu paling penting...Apa2 pun based on disiplin..
Kalau pil...disiplin menelan pil
kalau suntikan disiplin nak ikut tarikh luput bila harus suntik lagi....

Setakat yang aku tanya gynea..(Erna..gynea kita tu la)
dia kata...Kalau implanon 99% berjaya...maknanya 1% ja kebarangkalian termengandung.
Kalau pil 70% berjaya maknanya 30% Insya Allah mengandung....
IUD juga dalam 70% berjaya
(aik aku dah macam tak ingat la percentage tu)
So sapa2 ambil pil ka IUD ka...kalau termengandung takyah la nak saman spetal ka doktor ka...sebab patutnya korang tanya dr awal apa jaminannya...
Kaji betul2 sebelum buat apa2...
Aku ni memang pi tanya A-Z..last2 sendiri2 juga..sampai bebaru ni(taklah baru 3 bln lps kot)terserempak ngan Dr.T dia tanya...'Bila nak tambah lagi"
Hakhakhak...
Kami jawap.."nanti dah ada kita jumpa ya doc.."

Btw...
**********************************************************************************************************
kaedah kalendar
kaedah kalendar sesuai digunakan utk wanita yg mempunyai kitar haid yg tetap samada 26-30 cycles atau 32-36 cycles.
dlm kaedah ini kita kena kenalpasti waktu subur kita.
cuba lihat blk kitar haid kita dlm masa 4 -6 bulan lepas.
kenalpasti kitarhaid yg terpanjang (cth 30 hari) dan kitar haid terpendek (cth 26 hari) dlm masa 4 -6 bulan tersebut.


cth:
kitar haid terpendek (26) - 14 = 12
kitar haid terpanjang (30) -10 = 20

Jadi antara hari ke 12 hingga hari ke 20 dlm kitar haid anda dikira waktu subur dan precautions kena diambil utk mengelakkan pregnancy (cth kondom atau abstinence)

kitar haid dikira bermula hari pertama haid anda pada bulan ini hinggalah hari sbl dtgnya haid bulan depan.

satu lg kaedah kalendar yg boleh diaplikasikan,

katakan kitar haid anda ialah 29-30 hari,
so ambik 29 - 14 = 15.15 ini dikira waktu ovulasi.jadi kondom atau abstinence haruslah dilakukan /guna 5 hari sblm dan 5 hari selepas hari ke 15.
ini kerana ovum boleh hidup (viable) selama 3 hari tanpa disenyawakan dan kemudian akan mati dan bersedia utk stimulate next kitar haid...dan sperma pula viable dlm rahim selama 24-36 jam.

***************************************************************************************************************
2. Laki kaki bola...
Pada pandangan aku..lelaki dengan bola memang tak boleh nak pisahkan mentelah yang memang kaki bola.Hatta anak aku yg belum cukup 3 tahun pun dah suka bola...
OK...
lelaki kaki bola bukannya terhasil dalam 1-2 hari...Lelaki kaki bola ni sebenarnya dari kecik lagi dia memang hantu bola...so syikatanai dayo!
Seharusnya dari awal perkenalan kita akan dapat spot dah kaki bola ka kaki botol(?)
ke kaki betina...semua kaki2 tu sepatutnya kita dah bleh dapat hint...unless lelaki tu memang kaki bangku!
Tapi yang kaki bangku minat bola pun ramai juga.
Jadi kalau kome termenikah ngan hantu bola apa kome nak buat?
a) kome pun jadilah hantu bola
b) lantak ke dia la
c) layannnn
d) ignore
e) galakan
f) lu pikir la sendiri

Maka apa yang aku nak kata...Kalau termenikah ngan kaki bola...redha ja la..
Alhamdulillah suamiku ulat buku! pekerja paling berdedikasi!Layaaaannnnn...Bertuah company!
Mana2 company yang established dan stabil lagi ada future yang jelas kalau cari CEO bleh la kontek laki aku! Kahkahkah...
Jamin maju jaya!

3. Panduan berforum
Ni aku tak tau la aku ni kata dulang paku serpih ka apa...
IMHO...
Etika dan panduan berforum ni sepatutnya bagi seorang manusia yang berakal dan berilmu adalah sesuatu yang amat mudah difahami.

Kalau kita masuk rumah orang kita bagi salam..
Kalau orang jepun dia sebut GOMENKUDASAI!

Kita pergi 'tempat baru' kita kena selidik dulu sebelum kita terjah (ni common sense la tapi memang la dalam buku2 teks tak ada laa)

Peribahasa melayu
"masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau mengaum"(kandang harimau ada kat zoo aja....Tapi kandang kambing kat kampung aku banyak juga la....Aku dulu suka juga la kacau anak2 kambing dalam kandang dia..walaupun mak aiii busyukkkkkkkkkkk....kambingkan takut ayor!)

Baguih orang2 lama kan...berperibahasa...
Mai orang2 modern nih tak faham bahasa!

Oitt..aku kena berbahasalah kan....


4. Makanan yang boleh membanyakkan susu
Secara terus terangnya tiada jaminan!
Apa yang anda perlu lakukan
Cuba cuba cuba cuba...sampai jumpa yang sesuai dengan anda
Dan kalau cuba hari ni jarang2 sangat la esok dapat kesan...
istiqamah dan sabar....

Instead of pk apa mknn yang bleh bantu tambahkan susu tingkatkan merangsang..pam ka bg anak direct feeding ka.

Lepas tu ambiklah makanan seimbang.


5. Bulan posa susu ada ka?
Dari pengalaman aku yang tak seberapa nilah kan
Bulan posa la susu aku bertambah hahahahaaaa
Orang lain ..lainlah kesannya
think positif lah kan....

sebabnya bln posa time break aku takyah pk nak makan..aku pk nak pam ja...so layannnnnn..

btw..kita ja posa..'kilang susu' kita tak posa...

6. penat sangat bila Breastfeed anak
Memanglah penat...Tapi dah jadi ibukan...so faham2lah ya tanggungjawap.
Kalau anda mengeluh hari ini nanti dah tua2 anak mengeluh nak kisah bab anda terimalah ya.

[Pesanan untuk anakku:
Mummy halalkan setiap titis susu mummy buatmu kerana itu hakmu....harapan Mummy kauanak yang soleh yang akan membantu mummy melangkah ke syurga.]

[Pesanan aku kat ibu-ibu yang menyusukan anak:
Kalu nanti sakit ati ngan anak janganlah sampai ungkit titisan2 susu plak..halalkanlah itu tanggungjawap kita]

Panjang berjela plak membebel..tak dak manfaat plak tu..
sekian saya sudahi.....

mata kakimasu node .
kahkahkah





Tuesday, August 26, 2008

Oh ibu mertuaku

Aku nak komen sikit bab ibu mertua ni
Bab mengadu bab ibu mertua kat alam maya.


Aku terpanggil untuk komen bab mengadu domba(ada ke perkataan ni)
bab Mertua di alam maya

1. Pada aku kalau mengadu ngan orang online secara personal melalui Email ka..YM ka..Gtalk ka...itu OK lagi la sebab bukan semua orang boleh access itu Email, YM, Gtalk bagai.
Tapi bila kita memperkatakan di forum yang seluruh umat manusia boleh access, pada aku ralat sikit la

Bayangkan mertua anda baca...Apa akan berlaku.

Bagi aku...Kalau suami kita mampu lantak dia la dia nak beli apa untuk mak dia...Kalau dia mampu lantaklah dia nak bina istana ka apa ka untuk parents dia...lantak!
Kalau tak mampu yang mana kita pun kena terkulat2 kerja sebab nak tolong dia...berbincanglah dengan suami anda...
Paling basic, komunikasi antara suami dan isteri mesti ada.Baru rukun rumah tangga.

Bisikkan syaitan jahanam..
Tak payah nak nafikan....kalau kita nak buat baik dia akan sedaya upaya suruh kita jahat juga...
Nafsu satu lagi....
Astagfirullah hal a'zim...

Kita isteri ni kadang kala terlalu melampau!
Kita kekadang fikirrrr kitaaaaaaaaaaaa aja...
konon kitalah paling berjasa kat suami....Sampai lupa mana datangnya lelaki itu.

Aku paling menyampah kat bini2 yang rasa depa terbagus..terlawa terbagai lagi!Tapi hampas...
Hari2 laki kena makan kat luar (ada yg kata ...'hubby i mkn kat luar pun bkn mkn kedai mamak atau gerai tepi jalan..kami gi 5-stars hotel') Whatever....
Bagi aku bini2 jenis ni too much! Serius.....Lainlah kalau laki korang kaya melana 44tahun harta makan tak habis...
Tapi bila mai tang bab laki spend duit untuk mak pak dia ..depa mula melompat tak puas hati....
BEWARE aaaaaaaa....

Untuk diri aku juga.
Kalau ada tak puas hati apa ngan mertua..ipar duai kita bincang ngan suami terlebih dahulu.
salah satu tugas isteri..menjaga hak dan maruah suami....fikir-fikirkanlah.

(ke aku pun dah tersasar?)

Bab serumah dengan PIL or ipar duai..
Sebaik2nya elakkanlah..Kalau ngan PIL ok lagi...ngan ipar duai cubalah elakkan...banyak kena consider..aurat etc kena jaga....

sekian aku membebel..
Hish!!

Bersamalah kita bangunkan ummah yang berkualiti.

UPDATE


Ada orang message ke aku kata
"u tak berada kat tempat mereka yang bermasalah ngan MIL memang u tak akan tau perasaan sebenar"

Itulah harapan aku...Aku tak nak berada di tempat mereka!

Bagi aku benda gitu tetap ada jalan untuk selesaikan.
Fikirkan yang positif la

Kalau aku ikutkan perasaan aku........


search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search