1. Saya sedang memikirkan bagaimanakah caranya untuk saya tune anak saya untuk meminati ‘belajar’
Anak saya sekarang langsung tidak mahu belajar.Jika saya keluarkan buku/kertas/pen/pensel/colour dan meminta dia menulis ABC or 123 dia tidak mahu. Dia akan minta saya yang menulisnya dan dia akan merengek-rengek minta saya lukis ultraman la, turtle la cat la mommy la daddy la acif la…LUKIS!
Adakah kerana bakat melukis saya sangat dikagumi?Atau…Adakah dia cuba mengelat???
Jika saya mengadap PC berinternet connection saya akan search tajuk ‘how to make your toddler love to read’ etc yang seangkatan dengannya.
Anak saya telah terlalu terdedah kepada TV.Ben-10, Ultraman…Ben-10..Ultraman.
Sudah tersalah langkahkah aku?
Saya pasti masih ada peluang untuk saya.
Jadi itulah sebabnya saya perlu belajar sedikit psykologi bagaimana hendak saya praktikkan untuk mengubah minat anak saya.
Semoga dipermudahkanNYA.
Wish me luck…
2. Saya tidak pasti apabila anak saya besar nanti dia akan ‘behave’ macam sekarang atau tidak. Dan doa saya dia akan makin ‘behave’
Kenapa?
Kerana saya tidak berminat dan agak tidak dapat menerima sikap beberapa orang kanak-kanak di pusat asuhan tempat saya tinggalkan anak saya.
Sudah berusia 6-12 tahun namun, ‘larang tak dengar’ bak kata orang kampong saya.
‘Tak makan saman’.
Sudah lama saya perhatikan.
Semalam anak saya tiba-tiba berkeras ingin membawa ‘handphonenya’ ke taska.
(Alaa handphone lama mommy)
Petang semalam ketika menunggu suami saya menjemput kami saya perhatikan seorang kanak-kanak berusi 6 tahun telah merampas handphone tersebut dari anak saya depan mata saya.
Diketuk-ketuknya ke lantai dan di flip sungguh-sungguh seolah-olah ingin merosakkannya.
Nak tegur anak orang!Saya bisikkan kepada anak saya “go fight for your right!”
Tapi seperti biasa itu anak aku aaa..sangat sopan santun…
“XXX…itu acif punye…bagi le..bagi leee”
Errrkkk….
Apa yang aku dapat lihat, kanak-kanak tersebut tidak diajar menghormati dan menghargai harta orang lain!
Bukan setakat kanak-kanak itu ramai lagi kanak-kanak yang tidak terdidik dalam bab menjaga hak orang lain.
Contohnya, jika anda pergi tesco atau giant (ni kan ramai orang pergi dan pelbagai lapisan masyarakat)
Di area basikal kanak-kanak, apa yang anda boleh lihat?
Yaa…bersenang lenang kanak-kanak mencuba basikal/motor etc.Ada yang siap bawa meronda satu hypermarket.
Ada ibubapa mereka larang?
Jika saya, sudah lama saya ‘piap’ peha gebu anak saya…”itu bukan hak kita..kita bukan nak beli so please do not touch”
Kalau nak cuba naik pun setakat 1-2 meter sahaja dengan pengawasan kami.
Kasi chance sekali dalam 1-2 bulan. Tapi tetap dok ‘nyanyi’
“this’s not ours, berdosa tau kalau naik…”
Kanak-kanak macam anak aku tu memanglah berkeinginan nak cuba segala yang ada.
Maka kitalah yang wajib mengajar, mendidik dan membimbing agar anak kita menjadi insan
Pernah sekali anak aku kena tengking dengan seorang budak sebab anak aku pi pegang salah satu basikal mainan kat giant stadium tu!
Bayangkan dia pekik kuat gile..Menangis anak aku tersedu sedan.Depan kami laki bini tau!
Yang mak pak budak tu sengal gila!Langsung tak tegur akan perbuatan/perlakuan anak yang bagi aku..”tak terajar’ itu.
Why not u cakap dekat anak u..”tak baik tengking-tengking orang ..ini basikal pun bukan kita punya.manalah tau orang tu nakbeli ka apa…”
Dan demi mententeramkan anak aku yang tengah sedu sedan tu aku ngan muka yang dah berang cakap “Dah dah…stop nangis….diaorang tu tak pandai macam kita tu diaorang main barangan orang tanpa izin..baby stop nangis nanti balik kita main basikal-basikal kita ya…..”
“acif nak nengok jaaaa uwaaa uwaaa”
“Tak yah tengok tak cantik pun……busuk..”
“hah>tak cantik?busuk…jomm jommm”
Perggggg…..
Namun saya tetap nak marah kat mak ak budak yang tengking anak saya itu! Me childish ka?
Sekian, arakian bebelanku buat saat ini.
No comments:
Post a Comment