Kawan-kawan
Dengan ini saya mengumumkan hari ini saya akan menjadi ‘Japanese teacher’ atau dalam nihongo(bahasa jepun) Nihonggo no sensei.
Saya akan mengajar rakan-rakan sepejabat saya.
Pertama kali sejak saya mendirikan rumah tangga.
Ketika saya masih bujang dulu saya ada juga sekali-sekala menjadi guru bahasa jepun tetapi selepas itu saya berhenti kerana saya tidak suka mengajar orang tak nak belajar.
Buang masa saya sahaja.
Jadi hari ini adalah ‘ujian’ pertama saya kepada semua.Adakah mereka bersungguh-sungguh ingin belajar atau hanya kerana ‘orang lain join so I pun nak join’
Buat pengetahuan kawan-kawan yang tersayang
Saya baru sahaja ‘membungkus 8 ketul sample product’ untuk dihantar ke HQ.
Penat pula rasanya.
Berat juga kotaknya, maka selepas ‘lunch break’ nanti saya bakal menyusahkan salah seorang rakan sepejabat untuk membantu saya mengangkat kotak yang berat ini turun ke bawah seterusnya diletakkan di dalam buggy car(kereta golf tu) untuk dibawa ke main lobby syarikat supaya pihak courier dapat mengambilnya nanti.
Buat pengetahuan juga…company saya bekerja memiliki 2 buah buggy car untuk digunakan.
Satu khas buat managing director dan satu lagi khas buat pekerja-pekerja di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D?)
Saya tergolong dalam golongan yang ‘berprivilage’ menaiki buggy car..(so apa motif??/)
Sekian…’ucapan’ saya
No comments:
Post a Comment