Showing posts with label what mummy think mummy MUST do. Show all posts
Showing posts with label what mummy think mummy MUST do. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Day 1 without PETI

Hari ini saya kerja
saya berada di pejabat sekarang ini
Anak dan suami saya ada di rumah.mungkin sedang bergembira di taman mainan(agaknya laaa)

Day 1 without PETI
Kami execute PETI-less lifesytle.
Malam tadi dia merengek-rengek nakkan ben-10, tidak dilayan
nakkan mickey juga tiada respon..
Dia on PETI tiada power...dia kaget
dia buntu...rosakkah?
dia on/off/on suis juga tiada power...Mmm..dia diam...Akukah yang rosakkannya?
dia termenung...
Ahhhh..abaikan peti ini biar aku teruskan dengan perkara lain....

Dia menarik kerusi meja studynya
dia heret ke bahagian rak buku
dia keluarkan buku-buku yang ada....
Dia bawa ke atas sofa..Dia selak satu-satu....ada macam-macam yang menarik....
Dia minta daddynya bacakan..dia ketawa terbahak-bahak...
Ahhhh bosan pula buku ini..dia ambil yang lain....

Ahhhhh....Dia mula gundah gulana....
Ohh baik kuguna buku-buku ini untuk kubina rumah....
dia susun buku-bukunya membentuk sebuah segiempat lantas dilengkapi bahagian atas..
"mommy tengok....ini rumah.."
Mommynya senyum 
"clever boy"
dia bangga...kembang kempis hidungnya menahan malu dipuji

"dadday buat apa tuuu?"
dia nampak daddynya sedang melakukan sesuatu di komputer
Ohhh upload gambar rupanya..
Ada gambar aku ...Aku perlu segera....
Daddynya bukakan slide show semua gambarnya
dia ketawa terbahak-bahak melihat telatahnya dalam gambar!
Kagum dengan dirinya yang montel itu....

Ohh dahaga pula..
Dia mula menjenguk-jenguk mencari mommynya
mommynya sedang tekun membaca buku yang baru dibelinya....
Dia hampiri mommynya...
"mommy..nak hanen..."
"ok....gi kencing dulu nanti kita hanen then tidor.."

dia akur.....

"mommy dahh.."
selepas mommynya menyiapkan tempat peraduannya..mommynya mengangkatnya ke atas katil dan memberikan dia upah susu ibu!
Dia minum sambil menggoyang-goyangkan kakinya.....
Dia tertidur.....

Wednesday, December 24, 2008

mommy's aim

aim ke apa aku tak tau la
tapi apa yg aku plan la ni..aku kena makesure
the astro program won't kill my son's neurons...ka..brain ka what eva....

ke unsubscribe ja astro tu...

malam tadi anak dan daddy bergaduh rebut nak tengok TV
anak nak tengok citer dia daddy nak tengok berita..
ikutkan amarah aku mau ja aku pi beli TV sebiji lagik..
ya anak wa wa waaaaa...yang daddy pot pet pot pet.....

aku offer anak aku lappy dia kata....tak nak!
cehhhhhh

TV oh TV
anak aku ni jadi 'gila' TV sejak dia umor 2 tahun sebab kat taska ada TV ohhh ohh..
dah tu bdak2 taska mmg hantu TV uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s:aku dah jumpa satu taska yg tak de TV...mmm...should I????

perihal mendidik anak
adakala apa kita plan tak jadi so la ni..aku kena execute my CDEFGH....plans.....
Nak kena manipulate mana patut...think think think....penat juga...pikir penat nak execute lagii penat..maka itu aku mulakan ngan Kumon.....then aku akan makin membuatkan dia busy...

malam tadi dia tak tengok TV sangat sebab kami main masak-masak
dia tukang masak..kami berdua tukang makan..
kira ok jugalah presentation anak aku kahkahkahkah....


Monday, December 8, 2008

mom and babe


anak saya tidak habis-habis mengaku yang dia BABY...ADIK....
anak saya amat obses dengan dirinya hahahaa

satu benda yang anak saya akan sebut

"daddy ...cepatt ambik gambar mommy!!!"
tiap kali mommy dia try tudung DIY
hahahahahhaahhaahhaha

anak saya geli akan cicak...lipas dan sebagainya
tapi dia suka lion..tiger..elephant dan sebagainya....

anak saya amat suka tolong ambilkan gambar
kalau dia dapat camera maka....dia akan snap segalanya.....

sekarang dia target nak pi cinema menonton CICAKMAN(planet hitam?)

Dia dah tak suka madagascar..MOVE IT sebab...dah habis laa(season)

CH611, 612, 613 bukan lagi favorite dia...dia sekarang suka CH616..Ben-10....Tengok ben-10 ni memang kena pantau
kena join sekaki...


ohh..tadi kami lambat keluar beraya sebab..
"tak nak pakai baju raya..."

ada orang to hampir separuh hari pakai seluar kecik sahaja sebab tak mau pakai baju melayu....akhirnya mommy bawa dia naik kereta ngan seluar kecik..pakai baju dalam kereta....
huh!
dia kata baju melayu tak best..huh????

malam ni dia tiba2 saha ja buka seluar dan seluar keciknya dengan alasan...'gatal'

huh?????
ropanya nak tukar pakai baju madagascar!
Huh??

Banyak akalnya sekarang ni..
Kalau suruh belajar jangan harap
tapi kalau dia nak belajar kat kedai rm5 pun dia sanggup....huh????

memikirkan menghantarnya ke tadika....adalah belom sampai seru bagi mommynya untuk berbuat demikian..tunggu usianya 5 tahunlah
kerana mommynya masih lagi yakin dan percayakan kebolehan dan kebijaksanaan anaknya itu boleh digilap dengan natural..seadanya.

mommynya berpendapat...'jika anakku ini bijak..cerdik...dan pandai lagi genius..semua itu akan kelihatan dan terhasil dengan gilapan yang natural...tidak perlu bagi mommynya membelanjakan ribuan ringgit untuk kanak-kanak yang usia 3 tahun+ unuk masuk ke tadika...Jika sudah 5 tahun mungkin mommynya akan terbuka hati.'
Ya..mommynya sebenarnya dah naik lali dengan soalan 'anak ko gi tadika mana tahun depan'

"anak saya belom masuk tadika lagi tahun depan..."

ko takut dia jemu ke?

"nope...bukan takut dia jemu..tapi aku masih nak dia gilap kebolehan dia dengan jiwa kanak-kanaknya...Biar dia jadi kanak-kanak seadanya...aku dulu pun tadika masa 6 tahun ja.."

zaman ko zaman tahun 80-an..ni zaman millenium laaaaa..

"aku masih percayakan anak aku..aku masih percayakan aku..Insya Allah...anakku tetap yang terbaik...."

ko kerja mana ada masa nak ajar anak ko

"itu ayat orang2 tak bijak sahaja...apa ko ingat bila anak ko masuk tadika ko tak payah ajar????percayakah ko yang aku ajar anak aku hanya main-main sahaja...malahan aku pun tak tau dia belajar tapi bila aku sedar dia dah tau itu ini...dia dah bleh kira..baca apa yang patut....
aku memang kolot...tapi...aku akan 'latih' dia pergi weekend punya kelas..maybe seminggu 2 jam ka..tengok keadaan"

Saya....aku.....memang nak anak aku berjaya..bijak..cerdik..tangkas...
tapi...aku ada cara aku...

dan aku percaya anak aku BOLEH...

satu ja sifat anak aku yang paling nyata..'diam bukan bermakna tidak tahu..diam-diam berisi....'
jangan tertipu..

rasa kelakar plak
masa zaman BF anak orang asyik 'nasihat'kan cari la susu yang 'bagus sikit' dari susu aku..
la ni orang sibuuukkkkkkkkkkkkkkk...tanya tadika mana plak anak aku akan pi...adoi la

aku minta maaf jika akan ada yang terguris terluka tapi ini apa yang aku rasa dan pandangan aku semata...

1.aku belom habis lagi survey tadika2 elite area shah alam ni..
and most of the tadika bila aku lihat elite pada orang yang menghantar anak itu ....maksud aku..elite di sini,,,banyak duit ka kurang duit...bukan semuanya minda dan jiwanya elite....
masih punya pemikiran kuno..masih percayakan kepercayaan karut marut...elite ke itu?ke lebuh raya elite???

2.aku dulu tadika kemas kg pantai prai hahaha..
masa masuk tadika kemas tu aku sorang ja yang kenai ABC..123 dan bleh baca surat khabar yang lain..pegang pensel pun tak berapa reti...sedangkan mereka anak orang berada..aku?anak penoreh getah..Jadi saya berpendapat.....di mana ada kemahuan dan ada kehendak di situ ada kejayaan....
Ishh teringat..betapa aku admire cousins aku pi sekolah berhantar ngan volvo yang aku kayuh basikal buruk orang tak nak...namun....kisah di sekolah lain ceritanya...

3. Alhamdulillah aku sudah jumpa beberapa idea dan cara mengajar budak yang suka menonton TV..Thank GOD!
Think think think......

4. Anak dididik bukan hanya dari segi akademik tapi sahsiah..morah..disiplin...perhatian...kasih sayang dan segalanya.
Aku akan lebih 'down' jika anak aku merajuk kerana aku tak luangkan masa dengannya dari dia berdegil tak nak belajar...
kerana aku masih beranggapan di usia semuda dia perhatian adalah pencetus kebijaksaannya.

ohh usah risau..aku akan ikut peredaran globalisasi
anakku akan kuhantar ke sekolah juga(kerana aku tiada keyakinan aku mampu homeschool anak aku lagi)
Di usianya 5 tahun ya...

sebut homeschool...
teringat satu perkara...
kalau kita homeschool anak...kita kena ajar dia ikut usia dia...kalau ada 3 anak lain-lain usia kita kena ajar 3 stages berbeza...itu dari hasil bacaan aku..yang mr.google bagi tahu.

aik?apakah yang saya bebelkan ini?

Wednesday, November 19, 2008

Kenapa gedebi tak minum FM

kenapa gedebi tak minum FM?

KENAPA GEDEBI KENA MINUM FM??????

Ada yang bertanya kenapa mommy tak bagi dia FM but mommy bagi dia susu kotak?

Saaaa....Nak jawapan yang mana satu???

Tanya soalan baliklah ya...bleh ke anda jawap?
Hehehee

sebelum soalan saya...saya terangakan sikit
anak saya masih minum susu ibu
dia berusia 3 tahun lebih
dia makan nasi
lauk dia mkn mommy dia yang masak
dia makan cookies juga..mommy dia yang baked
cake pun dia makan mommy juga baked
coklat pun dia makan daddy dia beli.
buah....dia makan banana ja..
sayur pun dia dah makan asalkan mommy yang suap semua dia telan-cayalah anak mommy
Pendek kata macam2lah dia makan.
berikutnya
susu bukanlah satu2nya sumber kalsium di dunia mkn lain pun ada kalsium..nasi putih pun ada..tapi taklah bnyk macam susu
dia ada minum susu lain ketika kat taska..susu kotak DL tu la
berat anak saya Alhamdulillah normal untuk age dia
Paed kami kata can go for whole milk- ada consult paed tau kami bukan menonong
Alhamdulillah dia sihat..Ada la sakit juga sebab dia bukan anak superman or incredible...Namun sejak akhir2 ni banyak improvement la.Tak macam zaman sebelum 2 tahun tuh!

Soalan saya
Adakah saya masih perlu berikan dia susu yang diformulasi???
Kenapa susu diformulasi???
(ada ke perkataan 'formulasi'?)

Lu pikir lah sendiri!!!!!

Saturday, November 1, 2008

Journey to diaperless life

Tajuk kat atas tu bleh difahami ke?

Kami dalam usaha mencorak cik gedebi ke arah hidup tanpa lampin baik siang mahupun malam, kecuali time poo poo...
Aci???
Poo poo time is toooooo hard for him to get it done without diapers...

Why???
Bcoz...

He afraid that his poo poo sakit..jatuh....

Sudah beratus kali kukatakan padanya...

itu poo poo tak akan rasa semua tu...dia tetap tak nak terima...

So...seperti biasa ...aku menaruh kepercayaan terhadapnya..let him decide!

Kalau pakai diapers untuk poo poo sahaja maka sehari sekeping sahaja....30 hari 30 keping itu sudah cukup menjimatkan hahahaaaaaaaa


One funny thing

Kalau tetiba cik gedebi 'terpoo poo' kat taska dalam toilet-tujuan nak gi pee sahaja tapi 'ter poo poo' kawan2nya akan turut gembira...bila aku sampai ke taska kanak2 itu dari jauh akan cakap

Mummy tadi akif u-uh kat toilet' (memang la patut do it in toilet kan...)

Tapi di situ aku nampak kesatuan kanak2 itu dalam usaha menjadikan diri mereka lebih dewasa...

Aku ingat lagi masa cik gedebi baru train pee kat toilet masa berada di taska...kawan2 dia siap ada yang volunteer nak temankan dia pee everytime dia nak pee

Monday, September 15, 2008

sakit lot & mummy dan solid food no tatakai...

Akif nak makan tak?
Tak nak makan!
Ok

Akif nak makan tak?
Tak nak makan…

Asal tanya ja sure tak nak makan.so mummy yang ‘bijak’ ni tak bagi makan sampailah…………..

Mummy acif sakit lot(perut)
Nak u-uh ke?
Tak….sakit lot(perut)
(dalam ati..sah anak aku lapar…)
OK cuci tangan jom mummy suap makan
Yeyeyeye nak makan…

Sesungguhnya zalimnya mak bdak ni!
Sampai anak punya perut berkeroncong baru bagi makan.

Zalim kan?

Bagi kebebasan…kahkahkahkah

Aku dah prepare makanan untuk dia tapi dia yang tak nak..nak wat macam mana….
Dia nyusu ngan minum air masak..sampai le rasa sakit lot!Baru nak makan.

Anak aku sekarang makan banyak.
Memang semangat la kalau tengok dia makan

So tips aku….cara aku…

Anak ni takyah bagi makan awal sangat.Bagi aja susu ibu sampai dia 6 bulan baru start dengan home-cook bubur nasi kosong. Kemudian baru tambah ayam/ikan/bilis/sayur.
Kalau bagi puree pun bahan asli semata no need perisa.
Aku bagi anak aku garam bila dia dah 2 tahun.
Aku tak ajar dia makan ais krim, coklat, gula2 etc..tapi la ni dia reti plak makan!
So apa aku buat..ais krim buat sendiri…coklat kadang2 ja bagi makan…gula2….bagi juga tapi sblm bagi, komen..”gula2 ni tak elok untuk gigi…nanti ulat makan gigi….”
So…akan ada orang jawap..”tak nak la ule2…ambik la mummy!”
Selamatkan??????

Takyah bagi anak minuman bergula.
Bagi ja susu ngan air masak.

Nampak cara aku bagi anak aku makan amatlah zalim..kahkahkah
Tttapiiii….itu semua buat anak aku makan makanan yang sepatutnya.
Alhamdulillah aku tak ada pengalaman kejar anak satu taman sebab nak bagi makan.
Anak aku tengok nasi dia dah tau nasi tu untuk dia makan.Hatta nasi kosong no complaint.

So kita bleh pilih nak bagi anak kita makan segala or control.
Bagi aku..control lagi bagus hahahaaaa
Sebab anak aku tak de masalah nak makan hahaaaa

Ada budak bermasalah nak makan sebab…depa makan segala mala..so dah kenyang tak de le selera nak makan nasi

So conclusionnya,
Di sini saya tekankan..Anak ni kalau kecik2 takyah la nak beria bagi makan sangat.Takyah nak sumbat segala benda dengan alasan nanti besar dia tak reti makan.
Tu tanggapan kita ja…Dia besar karang pepandailah dia makan.
Aku kecik2 dedolu tak pernah pun belajar makan sushi…dah tua2 ni reti la plak…
Contoh…contoh…

Sekian bebelan saya

Wednesday, August 20, 2008

Memilih Taska

Memilih day care center

Setelah hampir 3 tahun aku tinggalkan berfiir akan perkara ini, tiba2 aku kembali perlu meneliti hal ini.

Apa yang perlu kita lakukan ketika memilih day care center/Taska


Jangan terburu-buru memilih mana2 taska.
Lakukan lawatan dan tanya apa yang sepatutnya.
Kalau Taska yang OK/berdaftar mereka akan layan kita..Kalau nak tak nak tu tak yah fikir cabut je terus.

Spend at least 1 hour untuk perhatikan sekeliling dan aktiviti depa.
Bagus pergi hari ada budak la.



Antara yang perlu kita tahu:


The child care Director's qualifications?Owner tu la kan

* Has the Director of the child care center got a bachelor's degree in child care or a child related field?
(aku tak sure sebab hari tu aku tak tanya..so lepas ni aku kena tanya)

* Has the director got at least two years experience in working in child care?
(Owner dulu 10 tahun lebih buka Taska..yang owner baru aku tak tau...ada kata dia pernah ada taska tapi gagal)

* Does the Director understand the importance of the early years in a child's life?
(yang dulu OK...yang ni gua tak tau)


The lead teacher or head of child day care center staff

* Does the lead teacher have a bachelor's degree in child care?
(Tak derk..tapi aku consider experience dia tapi dia dah tak ada...dah berhenti)

* Does the lead teacher give the appropriate toys for the child's age?

* Is the lead teacher experienced, have they worked in child care for at least 1 year?
( 8 tahun tuh..tapi....)

Is there enough child care supervision?

* Do the children receive enough supervision, ask if they are supervised while they are taking naps.

* What discipline procedures does the child care center have? For example do the children understand it? Is the discipline fair? Is it consistent?
(ni ikut anak sapa...ada anak org 'tu' tak faham...naik hangin juga aku)

What is the child care center's policy on cleanliness?

* Are older children taught to wash their hands after using the bathroom?

* Is the place where nappies are changed clean, is the bathroom clean?

* Do care givers make sure the child is never alone if being changed off the floor; do they keep a hand on them all the time?

* Do care givers clean and sanitize the changing area after every change?

How many child carers' work there?

* What is the staff to child ration, are there enough carers to ensure that each child gets the attention they need?

* What policy does the day care center have regarding unruly children or children with learning difficulties?

Are all child carers qualified in giving first aid?

* Do the carer's know how to give basic first aid?
(sat lagi petang aku nak tanya)

* How many carers' have a certificate in first aid including resuscitation techniques?

* Are all staff trained in safe sleeping policies for example, are the children on their backs without stuffed toys or pillows around them that could suffocate them?

Medication you child might need?

* Are the carer's trained in giving medication to those that need it?

* Is the medication kept in a safe place and clearly labeled with the child's name, age and address?

Play areas and play grounds

* Are the areas in which the children play safe?

* Is the outside area fenced off?

* If there is a sandbox is it cleaned everyday?

* Is the grounds inspected everyday for hazards?

Ni semua aku search kat Internet ya...kan aku kata nak apa2 tanya pak cik google.....

so....aku ada banyak homework ni.....

Friday, July 4, 2008

Menyelesaikan peihal permasalahan TV

Kami ada seunit peti TV sahaja.

Pada peringkat awal anak aku memang conquer habis!
Tpi sejak akhir-akhir ini kami sudah sepakat.

Jadual menonton TV telah ditetapkan.
(Taklah jitu tapi macam dipersetujui laaa)

Gedebi boleh tonton TV channel kegemaran.
Tapi weekend sahaja or if dia bangun early in the morning while mummy sibuk memasak kat dapor daddy sibuk menyidai kain baju.

Malam weekday boleh tengok TV tapi hanya boleh tengok DVD (magic english)
Malam boleh tengok TV tapi kalau mummy nak tengok berita gedebi tonton DVD guna lappy

Sabtu malam Ahad..Gedebi ka daddy ka takleh tengok rancangan TV apa-apa sebab mummy nak tengok cerekarama.
Ni memang pakat bagi peluang kat mummy.
Gedebi guna lappy ngan daddy belajar online.Main game kat whatever asalkan mummy tengok cerekarama dengan tenteram.

Daddy nak tengok sport channel...Berjagalah lewat malam.Hahahaaaa
Tak pun bangun le awal pagi hahahaa
Cuma kalau F1 je boleh layan sekeluarga hahahaaaa

Namun aku dapati anak aku suka tengok cerita SERAM! dengan cerita yang 'geli' yang ada cacing ka ada ular ka ada lipas ka..Aiya!Opsss...actually apa sahaja yang ada animals!
Untuk animal world ni mummy memang bagi dia tengok sebab dia akan compare yang kat TV dengan dalam dictionary animal dia. Mummy rasa oklah kot untuk perkembangan dia.



Thursday, July 3, 2008

to cook?to buy?to what?

Mengenai makanan anak.
Nak masak sendiri ke nak beli ka nak suruh orang lain masak?

Pilihan ditangan anda tapi jika aku ditanya jawapan aku.
I PREFER cook it by myself.
Ya aku masak hari-hari untuk anak aku. Dan hari-hari untuk seisi keluarga hahahaaaaa

(ada la makan kat luar juga tapi percentage amat rendah tambahan pula sejak harga petrol mahal ni)

Kalau anda tak mau masak hari(dengan apa jua alasan) bolehlah kiranya masak 2 hari sekali ka 3 hari sekali ka.

apa yang boleh kita buat bagi mempercepatkan kita memasak?
  • bawang,halia etc tu kopek,potong/blend siap masa weekend.sejuk bekukkan
  • cili etc blend juga simpan dalam freezer.
  • sayur etc cuci siap-siap.Kalau nak potong siap-siap pun OK.
  • ayam ikan etc cuci bersih-bersih simpan dalam potion sekali masak(ikut kuantiti masing-masing). Kalau bekukan pagi sebelum pergi kerja bawa turun ke ruangan sejuk, kalau nak masak pagi malam tu turunkan awal-awal
  • kalau nak makan pizza etc base pizza tu buat masa weekend sejukbekukan. Topping etc pun sama
  • Kalau sup pun boleh sejuk bekukan.
Heheheh
so conclusionnya, gunakan masa weekend anda prepare segala benda dan gunakan peti AIS anda untuk simpan.
Ada orang tanya tak apa ke semua dinginbeku?Tak apa...
Kalau aku..Aku jenis bahan perisa hanya garam dan gula sahaja.Tiada perasa tiruan.walaupun makanan aku sejukbeku sekali pun aku yakin lebih berkhasiat dari any instant food in the world.setuju tak?
Kalau anda boleh yakin dengan makanan segera apa kata yakinkan diri dengan makanan yang dimasak sendiri yang disejukbekukan heheheheeeee
Lagi pun bukan kita makan beku-beku, kita panaskan baru makan. Hehehehehee

Tapi kalau rajin boleh sediakan hari-hari....lagilah bagus
heheheheee

quality time

How you spend ur time with ur kid(s)?

Sebagai ibu bekerja aku amat tertekan tau kalau bab masa bersama anak nih.
Hehehehehehe
Tambahan pula sekarang busy yang amat.

Jadi antara langkah-langkah yang diambil bagi menjadikan aku bersemangat aku telah.

  • ajak anak aku sama-sama bekerja didapur.Dia selalunya tukang tumbuk dengan menggunakan lesung batu.
  • aku akan suap dia makan.Dia akan suap sendiri pada mulanya duduk semeja 3 beranak tapi setalah 50%makan dia akan minta mummy suap.Masa suap makanan ni sempatlah mummy bertanya itu ini.
  • Mandi. Dia akan request nak mandi dengan siapa/nak siapa mandikan bergantung pada statistik keinginan dia.
  • Dan breastfeed.This is a must bagi aku.Masa ni jugalah masa paling dekat dengan anak aku.
sekian.

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search