Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

buang anak-sakit-kenolehan anak-bf

1.      buang anak

Rentetan dari blog anamira(arinacasa.blogspot.com) aku ingin mengomel sedikit

Buang anak/bayi merata-rata septutnya bukan kerja manusia.

Hatta ibu kucing pun dia tak buang anak dia.

Yang pertama – Nampak amat kejam.

Yang kedua- Apakah penyebab si ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan itu sanggup buang anak?

Yang ketiga- ibu bunuh anak/tanam hidup-hidup anak yang dilahirkannya.

Kekejaman…Memang kejam,

Semua perbuatan itu adalah kerana syaitan dan nafsu.

Manusia sudah terpesong dari penciptanya.

 

Namun jika kita renung dari sudut yang lain.

Apakah punca ibu itu bertindak luar batasan sedemikian???

 

Aku yakin ibu-ibu itu sebenarnya meronta-ronta jiwanya..menangis-nangis hatinya malahan mungkin sudah meraung-raung.

Anak yang sebati dengannya sekian lama akan dibuangnya!Akan dibunuh!

Dan aku rasa mereka juga punyai rasa penyesalan walau sebesar hama.

Kenapa aku kata demikian…..???

 

PILIHAN.

Itu sebenarnya

Mereka buntu dalam pertimbangan membuat PILIHAN.

Selalu kes begini kes kehamilan tanpa nikah.

Dan kita sedia maklum, jika kehamilan tanpa nikah, berdosa dan terseksa dek kejian orang dan sebagainya.

 

Bayangkan ‘benda’ yang membusung di dalam perut anda tiba-tiba keluar, dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dan kenyaringan suaranya anda berkenalan.

Sanggupkah anda mencabut nyawanya???/

TIDAK bukan???

 

Namun jika ‘mereka’ fikirkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak itu..dengan hidup mereka yang tiada arah tuju…

Dan pasti mereka pejamkan mata butakan hati…maka berlakulah pembuangan bayi merata-rata dan pembunuhan kejam.

Tiada PILIHAN.. bagi mereka yang tiada panduan dan pedoman.

 

Siapakah yang harus dipersalahkan?

Adakah mereka dan keluarga mereka????

Kalau nak tahu siapa bersalah kita kena kaji dari A-Z baru jumpa puncanya.Kalau nak tunding sana tunding sini maka tunggulah di Padang Mahsyar kelak jawapan yang mutlak.

 

Maka apakah peranan kita

Pertama…ya jaga adik beradik kaum kerabat anak pinak kita agar tidak terpesong dari pegangan hidup kita

 

Ke-2 Jika JADI juga…..Kita elakkan mengutuk keji dan hina.Berikan mereka nasihat dan panduan.

Anak itu tiada dosanya yang berdosa ibubapanya.

Ubah persepsi kita, Buka minda untuk lebih menerima.

(menerima tidak bermakna menggalakkan ya)

 

2.      perihal tentang sakit dan penyakit

Adalah amat-amat dikesali jika anda bertanyakan tentang sesuatu penyakit berbahaya(ataupun tidak) kepada seorang jurutera elektronik dan mengharap dia dapat membantu anda menyelesaikan masalah anak anda yang batuk berkahak.hahahahahahaaa

Dan sesungguhnya dengan muka tak bersalah jurutera tersebut akan cakap “pergilah jumpa doctor”

 

Aku pelik

Susah sangat ka nak jumpa doctor?

Tak nak yang swasta pergi yang kerajaan.

Kenapa suka sangat nak amalkan petua itu ini?

Kenapa?

Ada yang kata “tak nak ambik ubat doctor sebab banyak bahan-bahan dadah etc…”

Ooo…macam tu ya

Then how about petua yang ntah apa2?

Guna minyak itu ini?sahih ka selamat????

Dan akan dijawap

“laah orang dulu2 ok ja amalkan petua tu..selamat”

Baiklah puan puan…

Cuba bandingkan apakah makanan orang yang hidup 80 tahun lalu dengan anda?

Ada mereka makan makanan berMSG???

Ada mereka makan ayam antibiotic?

Sendiri mau fikir la….

 

Anak sakit tolonglah bawa jumpa doctor.

Tak nak bagi ubat tak pe tapi pastikan keadaan anak tu

Lung dia OK ka….kahak tahap mana….

Kalau nak kena ‘gas’ ataupun nebulizer tu ambik  ja la..

Mende tu boleh mebantu mencairkan kahak.

Kalau nak kena sedut/fisio pun buat ja la

Kalau fisio tu memudaratkan dah lama dah Kerajaan Amerika Syarikat ban. (apsal aku sebut amerika syarikat bukan Malaysia?sebab rakyat amerika syarikat amat cerewet hahahaha)

 

3.      Berikutnya perihal kebolehan anak

Aku suka baca orang tulis blog tentang anak depa dan aku pun tulis tapi aku tak suka cerita pasal kebolehan anak aku kat forum..kihkihkih..

Haruskah aku nyatakan kenapa?

Sebab…..kang orang meluat..kok..macam aku aja punyai anak…idak gitu buk?

Anak aku umur berapa dah boleh apa?

Mmm….

Nak show off?

.sekadar renungan…..nak show off apa kes?kebolehan seseorang tu adalah kebolehan dia anugerah dari Illahi…

Anak aku lahir secara ceasarian kerana besar(dah berkali bagi tau….Tok sah la tanya sebab apa besar…Daddy dia pun tinggi 180cm….genetik- maka nak declare la..aku memang telan semuaaaaaaaaaaaa vitamin ka pill apa2 aja yang gynea bagi yang kata good for preggy woman….haa jgn nak kata sbb aku makan segala pil gynea bagi anak aku besar…anak aku besar sebab memang dia ketuunan besar..full stop)

 

Lahir-lahir keluar ja ke dunia terus memberi laluan kepada udara melalui lung dia..kok kok kek kek..then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..(dia tak bunyi uweekk uweekk pun)

Then dia buka mata dia luas-luas..dia perhati sekeliling OT….Bulat biji mata…..(Harus tak akan kubuang budak ni!)

Then dia kencing kat nurse hahahaaaaaa

Nurse jerit dia pun jerit juga…then dia diam….

 

2 jam kemudian aku jumpa dia kat bilik ward.

 

Ketika usia 20hari+ dia jatuh sofa sebab percubaan pertama untuk meniarap

Manalah kita sangka budak 20 hari+ nak meniarap so memandangkan sofa masa tu luas..letak la atas sofa..sekali..

Gedebukkk…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…bila angkat ngan muka macho….berhenti nangis….

-fact…anak aku tanggal tali pusat ketika berusia 20 hari..kira record keluarga la! Hahahaaaa

Orang lain dalam keluarga paling lambat 7 hari..dia bantai 20 hari..

Sebab musabab ..tak tau tapi kemungkinan sebab tali pusat dia besar!

(Hubby kata plasenta/uri dia memang besar sangat!)

 

Anak aku berjalan ketika genap 1 tahun 1 bulan…..lambatlah kiranya kan?

Tu ja serba sedikit perihal anak aku…(padahal dah bersepah dalam blog ni kahkahkah)

 

 

Dan yang terakhir buat masa ni..

4.      perihal penyusuan susu ibu.

Kitakan kalau bebetul nak susukan anak selama yang mungkin silalah tolonglah belajar. Akan selok belok penyusuan susu ibu nih

Tolonglah beli buku ka baca kat internet ka…tanya LC..tolong laaaaaaa

Toksahlah merepek merapu meraban ntah mana dalil mana fakta mana pembohongan.

 

1.      susukan anak ketika mengandung adalah BOLEH..tak salah tak berdosa selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak. Dari segi medical juga. Ok selagi ibu mengamalkan cara hidup yang sihat.

2.      susukan anak secara tandem nursing juga adalah boleh..harus…tiada kesalahannya.

3.      Orang susukan anak tidak semua yang lambat period…Kalau menyusu dan lambat period adalah perkara biasa..kalau period pun biasa…Kalau tak period pun tetap ada peluang mengandung lagi…susukan anak tidak memandulkan ibu!

 

4.      Botol berputing BUKANnya jawapan kepada semua permasalahan penyusuan.Boleh try sudu..botol bersudu..syringe dan banyak lagi feeding device.sila google sendiri. Guna internet tu guna la bebetul bukan takat forward2 email…copy blog orang hantar ikut email bukan…dapatkanlah info sepatutnya.

 

Baiklah sampai di sini sahaja bebelan aku…panjang lagi kalu banyak sangat typo hahahahhaaaaaa

Sunday, November 9, 2008

penyusuan susu ibu

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda.

Indah anugerah susu ibu ini.
Rugi jika kita abaikan..Jika kita buang

Susu ibu buat aku bukan sekadar makanan anak aku
Dari 'susu ibu' ini aku dapat banyak pengetahuan...kawan..teman..sahabat..saudara.....

Susu ibu..
Bayangkan anak yang bukan anak ibu itu boleh jadi anak ibu tersebut hanya dengan meminum susu ibu tersebut(anak susuan- ibu susuan)
Besarnya hubungan!
Darah daging yang terhasil dari susu itu menjadikan insan2 tiada bertalian darah menjadi anak-ibu!

Bayangkan, hubungan anak dan ibu kandung yang ibunya susukan dia...rapat dan akrab!

Jika anda belum mencuba..Anda harus mencuba menyusukan anak anda!

Nota: Suami yang meminum susu isteri tak akan jadi anak susuan isterinya kerana salah satu syarat nak jadi anak susuan adalah berumur 2 tahun ke bawah!FAHAM?????

Wednesday, November 5, 2008

$%%#@#$$

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa
Cuma aku nak membebel sikit

1. fobia nak mengandung lagi
Aku agak blur kalau orang gini
Ampun
Fobia nak ngandung ka nak bersalin?
kalau fobia nak ngandung aku cadangkan jangan buat aktiviti ke arah tu! hahahahaaa

Kalau fobia nak bersalin
Aku rasa semua orang yang pernah bersalin akan rasa fobia tapi bila dah nak bersalin semula sure akan boleh tempohi juga!
Betoi kan?

2. Nak tambah susu badan dengan kadar segera.
Agak muri/impossible.
Kena ambil masa juga
Samalah kalau time baru bersalin
Please don't expect your milk factory will work until max.
Slow2 start up ya...so sabar!

3. Anak punya perkembangan agak perlahan kalau compare dengan bla bla bla.
Kalau aku
Aku akan 'study' dulu
Baca...Baca dan baca...baca..baca
Sampai tak tercapai akalku
Aku akan buat appointment ngan paed so jumpa paed tanya tanya tanyaaaaaaaaaaaaaaaa....

Kalau anak 3 tahun belum tahu baca ABC tu pada aku..NORMAL..heibon na kodomo(lion) desu..kihkihkih

Perkembangan seseorang insan itu adalah berbeda2 maka kita harus terima dengan redha dan ikhlas.

4. Orang kutuk kita yang breastfeed
SERIUS! Aku dah lalui macam macam macam..
Pelbagai cemuhan..
Kalau aku layan mahu aku bagi anak aku susu ntah apa2 jadinya
Saya dengan ini menyeru kepada rakan2 yang BF anak..Moh la kita wat pekak badak sumbu tuli!

Kalau yang doktor yang tak sokong Bf tu..boikot ja
Ramai lagi doktor lain yang pro-BF

Masa awal2 dulu aku pun cepat juga melatah
tapi bila dah lama2 ni dah faham dah.Makin kita belajar..makin kita amalkan kita akan jadi makin open. Itu pentingnya ilmu pengetahuan

5. BF anak memenatkan
'Maaa..soreha sooo desukedo
Tapi kepuasan..keputusan dibuat untuk menjadi ibu itu sudah muktamad kan?
Jadi pahit getir masam masin panas pedas bagai..Terimalah dengan redha
Mula2 memang akan rasa penat rumit dan sebagainya kerana 'tak kenal maka tak cinta'
Mula2 memang kita akan blur etc tapi kalau dah 2-3 tahun..Dah sebati...maka tak yah pk pun tindakan refleks badan akan buat pilihan yang tepat.
Percayalah saya!hahahahaaaaa

6. Anak yang BF lama manja
Oklah tu manja pun bukan ngan orang lain pun.Ngan mak pak dia juga

Abis dah kot bebelanku

Cuma aku nak sentuh sikit bab kerisauan kalau anak BF lama ni
Kalau aku baca kat internet tanpa sempadan kebanyakkan artikel akan sebut
'anak yang breastfeeding/extended BF akan lebih berdikari...'
TEPAT
Jika anak aku

Kalau tak ada ibubapanya dia memang berdikari!
Kalau ada ibubapanya memang la mengada sikit
Even aku yang dah tua ni pun kalau ada mak aku aku ngada lebih...so kalau bdak baru 3 tahun lagi laaaaaaa

Anak yang breastfeeding jiwanya tenteram dan dia banyak pakai logik serta kuat bersabar
Ini juga aku setuju

p/s: semua ni pendapat saya.Anda berhak setuju dan tidak setuju

job matter:Bilalah aku akan dapat moh dari ini kempeni....
Ya Allah permudahkanlah...

Monday, September 8, 2008

aha

dalam dok kata tak de mood nak blogging teringat satu benda hahahaaa

aku telah dinasihati oleh seseorang yang aku tak kenal agar stop BF si gedebi..
Alasan
anak aku dah 3 tahun..orang BF sampai 2 tahun sahaja.

1.aku tau orang ni tak da info sangat tentang BF.
2.kesian
3.kalau tak tau kalau boleh toksah nasihat2 orang ni

apa aku nak bagi tau
1.BF anak lebih dari 2 tahun dari segi hukum agama islam...tidak salah!Dalam Al-Quran memang tulis 2 tahun...tapi ada tulis kalau tak 2 tahun pun tak berdosa namun tak tulis sampai bila wajib stop..so since tak tulis maka...selagi tak memudarat kan la....

2. Aku dah tanya beberapa doktor..baik pakar maupun biasa..baik paed...gynea..GP...semua kata dari segi medical dan kesihatan tiada masalah....

tu ja

aku pelik yang tulis galakkan 2 tahun bleh ada orang tak nak ikut/tak ikut dengan 1001 alasan....tapi bila ada orang buat more than that ada plak yang nak komplen..kalau nak BF tak nak BF tu hak masing2...kenapa tak anggap nak BF 3 tahun ka 8 tahun ka hak masing2?????
marah tau !

Aku Bf anak lama gini bukan membabi buta tuli pekak aja ya...aku masih belajar dan belajar.
Suami aku support..Orang lain tak support lantak depa la..
(ada orang tanya tak kisah ka orang lain tak support?)
hahahaa
Bagi akulah kan...Cukuplah suami aku aja yang support...mak aku sedara mara tak support pun tak pa
orang kata plak bongkak..takbur..
Astagfirullah hal a'zim....
Kalau aku dengar semua orang kata mahu aku korek kubur kambus sendiri....

kita ni dalam dunia nak susukan anak sendiri dengan susu sendiri ni..
1.rezeki
2.usaha
3.semangat
4.kesungguhan
5.keazaman
6.kekuatan
7.keyakinan
8.istiqamah
9.keredhaan
dan segala mala positive things and altitudes..
Kita yang utama...Kita takyah nak tuduh orang tak support ka tak apa ka....selagi kita tak 100% komited...
faham ka bahasa belit2 aku ni???

Ada orang kata kat aku jangan melentingla..kalau orang konderm aku bab BF anak ni
aku pun nak pesanlah orang yang tak BF anak pun janganlah melenting kalu baca blog aku ni..hahahahaaaa

Ya tak salah tak BF anak tapi SALAH kalau kutuk/conderm orang yang BF anak!

Ada ayat2 aku conderm those yang tak BF anak???
Tak adakan...
Tapi kalau ayat2 yang membuatkan terasa tu nak buat macam mana kenyataan...

There is no freedom of choice for humans if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,but an obligation to the choice.
Give your child the freedom of choice

peace!



Thursday, July 3, 2008

Bila plak pak budak ni tulis?

Aik..Tak perasan
Bila plak 'gedaddy' nih tulis?
hehehee

Monday, June 23, 2008

lactogenic foods?????

Salam
aku nak bebel tentang 'makanan yang menambahkan susu'
Secara umumnya banyakkk sangat makanan yang kita boleh senaraikan boleh banyakkan susu badan manusia.Tapi haruslah kita ingat, setiap manusia itu berbeza, maka kesannya pun berbeza-beza.

Kalau kita nak sangat tambahkan susu kita, paling utama kita kenalah rajin merangsang penghasilan susu.Kalau telan segala supliment, segala lactogenic foods tapi malas nak susukan anak secara direct ataupun mengepam/perah tak ada maknanya.
Apa yang aku nak bebelkan di sini adalah....

Beramal WAJIB ada ilmu!

Tak semua makanan yang orang kata boleh tambahkan susu berkesan ke atas diri kita.Ingat tu!Cuba cuba cuba dan cuba dan cubaaaaaaaaaaa

Insya Allah ada jalannya.

All the best
Breastmilk is the best for your baby!

Friday, June 20, 2008

suami dan breastfeeding

Alhamdulillah aku diberikanNYA suami yang memahami aku. (walaupun kadang-kadang tak hahaha)

Tips ‘asuh’ hubby menyokong breastfeeding.
mmm.Apa ya?

Tapi kalau dari logic akal aku.

Satu: Gunakan kelebihan kewanitaan anda.
Dua: Kenali suami anda.Kalau anda tak boleh pengaruhinya maka anda masih tidak mengenalinya.(Bukan nak riak tapikan aku kankalau aku ditipu mesti aku tau..hahahahaa..aura tuh)
Tiga: Bertukar-tukar fikiran
Empat : berlaku jujur. Laporkan segala aktiviti anda agar dia tak curiga. (term and condition apply)
Hahahahaa…Aku pun tak tahu macam mana.

Aku..Memang jenis aku suka bercerita dgn suami aku..
Apa yang aku tau semua aku cerita (bayangkan betapa talkativenya aku)
Hatta kawan2 aku yang aku tak pernah jumpa pun hubby aku bleh kenal hahahaa,,,,
Aku memang tak boleh berahsia dengan dia so apa aku baca ..apa aku buat aku bagi tau dia.
(kalau dia nak berahsia nasib dia la)

Itu cara aku la

Aku memang ‘ajar’ husband aku tentang breastfeeding
Aku beli buku aku suruh dia baca kat internet..Aku ceramah aku tarbiah semua cukup.
(bayangkan betapa aku ni banyak bercakap ya hahaha)

Dan juga aku rasa why husband aku boleh faham tentang breastfeeding ni adalah kerana dia adalah seorang lelaki yang waras dan berakal.logikkan.

Ha.lagi satu aku ni.Kalau jumpa doctor WAJIB hubby aku ikut. Ari aku tau aku preggy sampai sekarang.Wajib pergi wajib masuk sekali bilik doctor.
(ada 2 kali je kot hubby tak ikut aku gi jumpa doctor..sekali time pregnant sekali time akif jumpa paed)
Begitu juga dengan family planning
Kalau tak nak ambik apa-apa method berteknolgi boleh guna method ‘manual’

pilihan ditangan anda.
Berbincanglah suami isteri.Ni hal terlalu peribadi.

Dan semestinya dalam membincangkan hal diatas suami dan isteri haruslah mempunyai cara berkomunikasi berkesan.

Pelikkan. Waktu mabuk bercinta bukan main lagi boleh berkomunikasi bila bernikah mula nampak pincang.

Aiseh membebel pula aku ni

OK.
Kembali ke tujuan asal aku menulis entry ini.

Bagaimana menjadikan suami kita seorang suami yang menyokong penyusuan susu ibu.

Sentiasalah belajar bersama-sama.
Berkongsi pandangan (ini bukan setakat BF aja..lain-lain pun)

Namun dari segi tanggungjawap sepatutnya si suami perlu labih tahulahkan bab tanggungjawap makan minum anak ni kan…

Setiap individu berbeza.
Terimalah seadanya.

p/s:sah tak ada conclusion!

Nanti aku request husband aku tulis entry tentang BF la.

Thursday, June 12, 2008

I can't help myself to love this article

Aku suka sangat article ni

Why Formula Milk Should be Illegal

Kalau ada masa bacalah ya....

There is no freedom of choice for humans
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,but an obligation to the choice.Give your child the freedom of choice.

Monday, June 9, 2008

Bila susukan anak yang dah lebih dari 2 tahun....


Anak minum susu apa?

Satu soalan yang aku tak suka.tak suka ditanya dan tak suka menjawab.
Anehkan.
Apa susahnya. Jawab sajalah.

“minum susu ibu”

Hah????Berapa tahun ni?

Bulan 9 ni 3 tahun…

Minum susu badan lagi?

Ya…

Bolehkah minum susu badan sampai besar macam ni?

Boleh…

Mana awak tahu?

Saya baca kat internet.

Alaaaa benda kat internet tu bukannya semua betul
Orang-orang tua kata tak boleh bagi anak minum susu kita lama-lama.Tak elok.

Kenapa tak elok?

Minum darah!Nanti tak cerdik!

Ada kajian?

Tak ada la…tapi orang-orang tua kata kita kena ikut…

Kenapa kena ikut?

Bila orang tua buat pantang larang tu mesti ada sebab…

Sebab apa?

Ala ikut aja…mereka lebih berpengalaman.lebih awal makan garamlah kata kan…

Saya tak percaya. Dan saya ada sumber tersendiri. Jadi saya tak kisah apa orang-orang tua kata tentang extended breastfeeding ni.

Tak eloklah macam tu….

Alaaa…pantang larang orang dulu-dulu pun bukannya semua betul kan..sama la juga macam pandangan awak apa tertulis kat internet tak semuanya betul..betul tak?


Anda bagaimana?


Aku memang masih breastfeed anak aku.


Tak kisahlah apa jua comment orang sekeliling.


hukum berkaitan


Monday, April 7, 2008

extended nursing

  1. extended nursing 1
  2. extended nursing 2
dan banyak lagi....

Aku dalam katogeri inilah sekarang ni
Mmmm....


sedikit tak puas ati hahaaa
(ada aja tak puah ati minah nih)

Orang selalu terperanjat bila nengok anak aku nyusu hahhaaa
Ya la badan mcm bdak besar tapi tak de la besar mn lagi..kecik lagi.pelat dah telor lagi...
Cakap pun ala2 baby lagi

What make me comfortable with breastfeeding?
Anak aku!
Aku suka..
Bau dia...fe'el dia....
Gaya dia..telatah dia....
Kebanggaan dia bila dia boleh nyusu...
(bdak kecik ni dia bangga tau..)

Aku tgk citer Bella sambil2 tunggu daddy dia jemput kami kat Taska
Anak si Bella tu nangis tak henti2..
tup2 anak aku kata..
"aya baby angish bagi ya hanyen(nenen)"
Terperanjat aku..
Dia pun tau ka budak nangis nak ditenangkan...dan ketenangan itu dengan breastfeed dia...

"mummy...yayan(kesian) baby..bagi ya hanyen(bg la nenen)"

Akif nak share dengan baby tu?

bagi baby diam?

Ahaaa...

Mummy tom(jom) bagi....yayan(kasihan)..

Lagi satu....

Mummy..kat hehen-kul(school) baby $%^&&(tak tau nama apa) angish...nu-num(minum) susu tak besh(tak best)...waa waa waa..angish.....

Abih tu akif buat apa?

nenok(tengok)...baby nak hanyen tuuu...

Kenapa akif tahu dia nak nenen?

acif angish nak hanyen....

Ohh..IC....

Mummy nak hanyen!

Bila anak dah besar ni nursing in public pun senang
dia yang akan decide to bF or masih boleh tahan dahaga...
Kalau dia nyusu dia akan tolong cover..
kalau ada orang tgk dia..dia akan tanya..."ape?..acif hanyen laaa"


From Ivillage
Question:

I am a mother of three breastfed children. Once my children reached the age of one, my family, friends and the general public began to give glances of disapproval. Is there a reason to nurse past one year of age?

Answer

Many moms wonder if there are really benefits to nursing a baby past his first birthday. In the United States, most babies are weaned before they turn one. We are surprised to see toddlers and even older children at the breast, though this is commonplace in other parts of the world.

The natural time of weaning will vary from child to child. In cultures where children are allowed to nurse as long as they want it has been found that natural weaning takes place between three and four years of age. Extended nursing seems to be the human norm.

In this culture, we often see breastfeeding only as a means of providing optimal nutrition coupled with immunological protection. Breastfeeding provides much more than just nutrition. Toddlers really enjoy nursing -- they don't nurse for milk alone. Breastfeeding soothes your child. It comforts him when he is tired, sick or hurt. Nursing is your baby's way of touching base with you as he busily explores his world. Parents often worry that their child will become clingy and dependent if they are nursed for an extended period of time. Providing your little one with this loving and secure base actually helps him to become independent.

The health benefits of breastfeeding do extend throughout the entire time you nurse. A longer duration of breastfeeding has been found to be directly associated with not only fewer infant illnesses, but subsequently, fewer toddler illnesses. (Gulick EE, 1986. The effects of breast-feeding on toddler health. Pediatr Nurs 12(1):51-54)

Mothers also benefit from extended nursing. You continue to benefit from the hormones of breastfeeding. The "mothering hormone," prolactin, relaxes you, while oxytocin stimulates loving , nurturing behavior. As mothers of nursing toddlers know, this can be very important to your mental health and well-being. Life with a toddler is not always easy! You also benefit from the intimacy that nursing provides. Taking time out of a busy day to cuddle is as important to moms as it is to their babies.

Extended nursing may delay the return of fertility by continuing to suppress ovulation in some women. Breastfeeding also provides protection against these diseases:

  • ovarian cancer (Schneider AP, NE J Med, 1987)
  • uterine cancer (Brock KE, Med J Australia, 1989)
  • endometrial cancer (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
  • osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994). Breastfeeding also has been shown to decrease insulin requirements in diabetic women (Davies HA, British Med J, 1989).
It is very helpful for moms who nurse past one year of age to surround themselves with a good support system. If your friends and family are not comfortable with extended nursing, you may find great support in the company of other nursing mothers at a La Leche League (LLL) meeting. Check your phone book or call 1-800-LA-LECHE for the name and phone number of a LLL leader in your area. Best wishes!

nursing manner

Ya pesan kat anak kita..yes yesss..
(rupanya cara aku buat selama ni betul)

Sunday, March 16, 2008

room for breastfeeding

Antara sedar atau tidak sedar..Hakikatnya masyarakat Malaysia kini makin hari makin didedahkan dengan keindahan penyusuan susu ibu.
Sudah banyak hospital rakan bayi..Malahan hospital kerajaan semuanya hospital rakan bayi(walaupun bkn semua staffnya faham)

Polisi penyusuan susu ibu Malaysia pun ada...anak hendaklah di susukan dgn susu ibu sahaja selama 6 bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga 2 thn..bila anak dah 6 bln baru bleh bg makanan pejal....

Apa yang ingin aku katakan pada pagi nan gelap ini.....

sejauh manakah masyarakat malaysia ini faham tentang kenapa di pusat membeli belah (segelintir laa)di Malaysia ni ada sediakan feeding room/bilik penyusuan?
Adakah anda fikir itu untuk bayi2/kanak2 yang minum susu dr botol?
Atau adakah anda fikir bilik itu untuk tukar diapers semata2?
Atau tempat berehat??

Pada pandangan aku..bilik2 penyusuan itu disediakan untuk ibu2 yang perlu menyelak demi menyusukan anak..Demi memudahkan ibu2 ini yg nak shopping bg anak depa susu....

Manusia ni walaupun ada yg sekolah tinggi...ramai yang takleh fikir common sense..sbb tak de tulis dlm buku..
Tak de buku pun tulis BF mom kena selak sikit untuk susukan anak so that kenalah ada 'perlindungan'

Namun tak apa la ni bnyk nursing cover etc which is amat relevan dan mudah digunakn oleh ibu yg susukan anak di tempat awam..
Tak ada yg mmg khas utk cover pun tak apa..bawa je kain lampin ka selendang ka buat tutup...

Tapi bila kita ttp2 ni pun menimbulkan 'syak' gak dr golongan kurang upaya mencari makna ttg susu ibu ni....

Namun tak de hal punya....kita bukan kacau org...

Maka ..aku berpendapat...
menyusu anak dgn susu ibu mmg relevan di semua zaman..semua tempat dan keadaan..

yg penting si ibu kena ada pengetahuan...fikirkan yang logik dan common sense...

Tuesday, February 26, 2008

cerai susu 2

doshite kono koto nitsuite ki ni tsuku daro?

Cerai susu

Again I'll like to say something about this....

Just wondering di zaman serba canggih ilmu dihujung jari ini masih ramai yang tidak tahu memanfaatkannya

1. Aku masih aneh dan pelik kenapa wanita di tanah airku ini yang menyusukan anak2 mereka 'tak suka' nak guna peluang maklumat dihujung jari ini untuk cari info2 yang berguna utk BF..
Sorry.....

KIsah ttg nak wean..
Yess ...U r free to do so...

But again..the reason....

Aku suka yg ada target....cth nak susukan 2 thn shj lps tu nak stop...Bagus dan tahniah...
Mmglah tertulis 2 tahun utk sempurnakan penyusuan susu ibu.anda sudah berjaya....anda berhak stop atau teruskan...

Yang aku agak ralat yang nak stop BF anak sbb 'bukan ke kita hanya kena BF anak 2 tahun sahaja!'
Ya ampun......
tolong ya ..tolong 'belajar' sikit
In fact aku pun sblm ni ingat bila anak 2 tahun wajib stop BF tapi Alhamdulillah....DIA bukakan hatiku untuk terus 'menuntut' ilmu....

Kita TAK WAJIB stop susukan anak ketika 2 tahun....
dan
Kalau pregnant pun kita BOLEH susukan anak selagi tak memudaratkan (morning sickness yg terlampau...badan lemah etc)

Aku jadi terpana bila semangat sesetengah ibu utk stop BF anak setanding semangat ibu2 yang nak BF anak hahahaaaa
teruk sungguh aku.....

Ohhh sorry...Aku bkn nak conderm org wean anak ya...aku cuma berharap cara pemikiran bangsaku akan berubah sikit je.....
tang bab menyusu anak nih....
Hehehehee...mmg le aku ni BF anak tak stop2 lagi dan aku tak force sapa2 utk ikut cara aku..(aku bknnya cth teladan terbaik)..But marilah kita fikir lebih luas sikit je dr apa yag kita tau...
Aku pun lambat laun kena juga wean anak aku.....

Lg satu tang dok pk asal wean BF kena bg anak FM....
Kalau org cadangkan bg je feshmilk...depa tanya plak apa beza fresh milk ngan FM bkn ka 2-2 dtg dr sumber yg sama?
Yaa..sumber yang sama..
Bezanya tang pembuatan...tang formulasi..tang sedikit ingredient.....tang rasa...
korang bg anak korang FM..korang pernah rasa FM dia?
Tapi kalau fresh milk korang minum jugakan?
Bagi aku fresh milk lg sedap dr FM.....(aku pernah rasa susu isomil soy base tu yuckkk..aku tak suka!!!)
Anak pun dah 2 thn lebih mmg agak memilih bab mkn minum kan?
sure kalu bg yg lebih sedap dia akan suka...
So kalau bg fresh milk pun ok juga...bila anak dah 2 thn lebih..
kalau bg chess pun ok juga..
btw...tau tak apa reason nak bg susu?
Paling utama sbb sumber kalsium kan?
kalau anak tak nak susu kita juga bleh bg mknn alternatif susu...mknnn lain yg kaya kalsium....

hanya pandangan saya...

sekian....

update 15.06pm

aku mmg kena tinggalkan forum 'itu' la
takleh gi dah aku sbb aku balas sikit je dah jd ala2 kontroversi

aku tanya apa reason depa nak wean anak ...aku sah2 tulis reason memasing just nak make clear..

susukan anak lbh dr 2 thn tak berdosa
susukan anak time pregnant tak berdosa...tak haram..tu je..tak de hukum minum susu org lain

tp mcm lain je jwpn2...ke aku je yg perasan?
apa2lah kan

Monday, February 25, 2008

menyusukan anak menyusahkan??

entry ke-2 hari ni
MMm....
Aku nak bagi sedikit pandangan aku ttg breastfeeding(sedikit?)

Menyusukan anak ni tidak akan jadi sesuatu yang menyusahkan kalau kita tahu caranya

Aku baca forum....(forum biasa laaa)
Cepat2 aku terpaksa jauhkan diri....
Sebab biasalah aku ni kalau bg 'pendapat' suka sgt bg yg jelas2....jadi kalu org mudah terasa..kang hot ropik majlis2 org bertemu plak kan..hahahaaaa

Pelbagai masalah penyusuan ini....
Ada kata ikut rezeki masing2.
Yess mmglah rezeki masing2

Apa yang aku nak perkatakan adalah berkaitan dgn org yang MEMANG ada susu
Yang tak de susu tu aku tak mau ambik kisah...(sudah rezeki memasingkan???)

Aku jadi agak tak selesa bila org yang ADA susu complaint breastfeeding menyusahkan dia...

Pada pandangan aku, paling penting dlm susukan anak ni kita WAJIB TAHU apa yang kita buat...(kalau kita tak tahu itu yg masalah tu)
menyusukan anak secara exclusive=menyusukan anak dgn susu kita semata2 tak bg apa2 mknn/cecair lain
menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya=anak tu minum susu badan je susu lain tak minum tp minum air masak..makan makanan pejal..
itu defination aku
(kita bleh buat definasi kita sendiri berdasarkan ilmu)

Ada bg alasan..
tak larat nak BF anak malam2....
Tau tak?org yang kena bangun bancuh susu kat anak tu lagilah tak larat..tak percaya tanya mereka ....
Kalau BF anak just 'selak'

Ada bagi alasan
susah nak tinggalkan anak
Nak tinggal pi mana?

Ada bagi alasan
Nak mengandung lagi
Ini paling aku kesian...Kau nak ngandung ko buatlah activity2 yg boleh menyebabkan ko mengandung...yg ko pi stop susukan anak ko tu apa hal?(mmglah hak memasing)
Lps tu dok kalut susu bnyk nak wat mcm mn nak bg susu kering...adoooiiiiii
p/s: mengandung pun kita boleh susukan anak....
Ada yang kata kalau BF susah nak mengandung....Tang ni tak nak guna alasan rezeki masing2 ka?
Setahu aku kaedah family planning (LAM) dgn BF ni 6 bln pertama kelahiran je boleh guna pakai..lps tu pandai2lah control..maknanya kalau BF anak pun kalau sudah rezeki...kalau kena masa..mengandunglah juga....

Itu antara contoh alasan orang yang ADA susu bg..yang mana aku kurang suka lasan2 gitu

Lagi satu..Uwaaaaaaaaaa....suka sungguh depa tanya aku pendapat..uwaaa..dah ada susu bg je la kat anak....uwaaaaaaaaaaaaaa

btw..
sekadar nak ingatkan diri sendiri
kalau nak susukan anak

TAK WAJIB
1. pakai nursing bra-pakai yg biasa pun ok..so alasan tak de budget nak beli nursing bra maka tak BF tu lapuk ya.....tp kalau pakai nursing bra memudahkan sikit la..maybe 20-30%...
2. pakai nursing top/blaus etc.....sama macam bra..kalau ada memudahkan..kalau tak de tak jadi hal
3. beli 4-5 jenis pam...beli aja satu yang kita sesuai....belajar guna yang satu tu sungguh2...

nak pam kat opis
aku akui mmg agak susah tapi...kita BOLEH..
guna lunch time....
15 minit jeeee...
kalau time gi solat ka...10 minit....
kalau time period tu time guna utk solat tu gunalah utk pam....so tak yah la komplen period susu kurang bagai....

tempat..
bantai je labu..kalau toilet pun toilet laaaa....
tak rela nak masuk dlm bilik kecik pam je depan sinki....

ayat2 power org buta BF
paling senang takyah layan..buat pekak....aman dunia...

sekian aku mengomel...

Sebarang cadangan/pendapat membina dialu2kan..
.

Sunday, February 24, 2008

cerai susu

aku amat2 berminat dgn tajuk ini..
Aku belom ceraikan lagi dan tiada sebarang plan (ish ish ish)

rupanya menyusukan anak lebih dr 2 thn lebih dahsyat dugaannya dr time aku dok pulun gigih sakan buat EBm..ish ish ish...
dihujani soalan yang menguja minda
dihujani pendapat2 yang tak diminta

Tang bab disebut dalam Al-Quran Mothers shall give such to their children for two whole years, for those who wish the suckling to be completed if after consultation, they choose by mutual agreement to wean the child, it is no offence for them (Al-Baqarah: 233).-->dipetik dr salah satu artikel yg aku tempek kat mysweetstory.wordpress.com
tang 2 tahun tu depa tau tapi berapa kerat sgt yg buat?
Tapi tang bab pakat 'nasihat'kan berhenti sbb anak dah 2 tahun sungguh rsmsi ish ish
(opsss....bg yg nak stop BF bila anak dah 2 thn silakan aku bkn menghalang ya dah 2 thn..dah complete mmg BOLEH wean...tiada halangan ..anda sudah BERJAYA..tahniah!!!)
aku mengomel kat sini bila org kalut suruh aku wean anak aku

AWATTT?????Aku ambik depa punya ka???
petikan lagi

As for the question whether a mother can breastfeed past the two years, the answer is: there is nothing in the sources to indicate that it is wrong to do so. So you are free to do so if you deem it conducive to the wellbeing of your child.

ada yang gila2 bermati-matian nak wean sampai buat 'petua2 gila'..(in reality suka hati korang la anak korang but sila sila...tok sah nasihat aku yg degil ni ikut cara tu as long as aku tak minta nasihat ...)
Aku bknnya takbur bagai ya...cuma..izinkan aku dengan caraku..kerana aku tak kacau cara org..itu aja..

lepas geram

Jangan ingat aku tak pk ttg weaning nih
aku pk..sbb aku tahu lambat laun kena juga..takkan nak BF sampai bermisaikan??

Macam2 aku pk tau...
If aku kena pi mn2 ka
If aku sakit ka
macam2 ...mmg kalau aku layan mmg bleh pengsan...tu pasai aku tak pk ttg weaning nih...

Anak aku mmg tak suka susu lain melainkan susu mummy dia..
Alhamdulillah rezeki untuk dia....

Malahan kadang2 aku rasa lawak plak...
Dah 44X aku dok pk nak je aku turunkan balik pam2 aku dr kabinet simpanan..Macam nak start pam balik!(weng?)
aku kerja 8-6 but hari2 macam 7pm baru jumpa anak aku yg aku tinggalkan pkl 740am..
12jam juga oo
mmg hari2 bengkak...
tapi aku tak pam...dan anak aku mmg nyusu sampai dia bg tau aku "mummy susu dah habis laaa"
so aku ada masa sejam buat apa patut memasak bagai dia akan minta lagi (ni bila hari bekerja)
night feeding mmg kerap...setakat aku sedar ada dlm 4-5 kali yg tak sedar infinity laaaaa kot
Aku sebagai ibu..buat masa sekarang melihat pada 'permintaan' anak aku..Aku mmg tak sampai hati nak wean dia...
Aku bekalkan dia 125mlX6 kotak fresh milk...1.5-2 weeks baru abih dia minum kat taska..
sbb dia boleh sabar tunggu mummy...
Pada pandangan aku mungkin stop bg EBM tu salah satu dr langkah2 persediaan aku nak wean dia in future...

Agak2nya cukup tak kalsium yg anak aku dapat?
Insya Allah cukup
Tapi being a smart mummy (hahahaha) aku mmg campur susu lain dalam masakan yang bersesuai utk anak aku..hehehehehehehe
antara resepi yg aku taruk cow's fresh milk
1. white sos utk baked pasta (mmg la org tua punya punnnnn )
2.sebarang masakan yg sepatutnya letak santan aku bantai letak susu kalau aku nak bg anak aku mkn
3. aku wat sendiri 'jajan' dia...cookies bagai...
dan bnyk lagi...

Mmm...cakap bab anak aku ni
mamat ni kelakar juga...
aku sejak dia dah 2 thn ni mmg kalau bawa kuar mkn aku order mknn utk dia juga

kalau aku tak pesan time order 'tak nak ajinomoto etc yada2' aku akan pesan mknn lain utk anak aku..iaitu..nasi putih...
dia ni mmg kalau mkn nasi putih amat2 berselera..
sampai org pandang aneh kat arah kami..
apahal la mak bdak tu...depa laki bini mkn sedap2 anak bg nasi putih..hahahaaaa

tp sejak akhir2 ni aku 'upgrade' sikit...
nasi putih+telur mata..
or
nasi putih+ sup kurang garam dan tanpa ajinomoto
hahahahaa

macam zalim je aku nih...

tak kisah tak kisah...

I cook for my son everyday(morning)
mmg aku yakin aku punya masakan mmg the best utk anak aku...kihkihkih..

mmm..blogging kalu sebut pasai anak ni mmg buat aku tak leh stop..syok sendiri ..hahahahaa...maka baik aku stop nanti melalut jauh...







Monday, January 28, 2008

konsep bf cara saya

Salam...

Aku nak meluahkan sedikit isi hati aku ini.
breastfeeding

Aku memang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya....
Namun ada yang salah faham tentang pendirian aku ni dek kelancangan aku ni laaaa...
Di sini ingin sekali lagi saya jelaskan...
konsep bf cara saya

Yang pertama
saya memang wajib susukan anak saya

yang kedua
saya memang tak paksa orang susukan anak mereka

yang ketiga
saya tak suka orang yang tak nak susukan anak/tak berjaya susukan anak nak ajak orang lain gagal/jangan susukan anak

yang seterusnya
ada yang kata aku ni kalau bab FM je nak marah..nak pangkah org
suka hati orglah kan
aku mmg buleh bg depa suka hati depa kalau depa pk pakai akal

antara 'masalah' depa
1. anak i tak mau FM....skrg ni i mmg kena perah susu....
Bagi aku...bagus la tuh anak hang pandai...itu pun mau kata masalah ka?

2. anak i mmg fully bf tapi i malas la nak pam time kerja....i nak tanya la FM apa yg terbaik
Bagi aku..tu hang punya masalah laaaa..carilah penyelesaian sendiri..takyah nak minta tolong org kalau diri sendiri malas.....

3. anak i tak nak nyusu susu i..
Kalau nak teruskan susukan dia jumpalah pakar dlm bidang berkaitan....kalau tak mau...bg je la apa2 susu yg relevan..takyah la nak tanya org itu ini tp bila org nasihat nak suruh usaha nak marah org....minta pendapat org...org bg pendapat yg dummm kena batang idung naik angin....

4. cakap bagai nak rak tapi tak buat...ini aku tak suka...

seterusnya
aku la ni dah 'masak' dah ngan org yg betoi2 bf anak ngan hangat2 taik ayam punya cara buat statement...so sebaik yg buleh aku elakkan....

seterusnya....
tang anak susuan sapa ni
setahu aku ibu susuan ngan anak susuan ni terjadi antara manusia ngan manusia aja..
maka yg mulut jahat kata sapa minum susu lembu anak lembu tu mmg TAK ada ilmu....atau mungkin tak faham konsep....(tp ada yg hanya buat perumpamaan)
Dan yang mendengar tu...juga tak faham konsep
tak de gunanya nak terasa kalau anda BENAR...
Dah mmg tak mampu nak susukan anak terpaksa bg susu lain..nak buat macam mn (bg yang dah berusaha..atau bg yg tak ada ilmu lagi masa tu....)
tapi wajiblah terasa jika anda SALAH

seterusnya.....
susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda...

sekian...

Tuesday, January 22, 2008

Berapa banyak baby minum dalam sehari?

Apabila soalan di atas ditanya oleh seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu sendiri.(malam direct feeding siang feed EBM)

Bila aku baca soalan tu dalam hati terus terdetik...
Baby tu refer to anak ko ke anak aku?
Hahahahaaaaa

Dan yang pasti anak dia la kan takkan nak tanya pasal anak aku plak.

Setahu aku..Tiada jawapan untuk soalan itu.
Ibu bapa itu sendiri kena observe etc....
Setiap manusia lain seleranya.

Kalau sekadar buat panduan boleh tapi kalau nak buat comparison better not!

Anak aku dulu minum EBM kat taska
2-6 mon-->20-32oz/day
7-12mon-->almost 16-28oz/day+solid food
13-18mon-->16-24oz/day+solid food
19-24mon-->4-12oz/day+solid food
23-26mon-->4-8oz/day+solid food
Lepas tu stop EBM...Minum je la fresh milk(cow's milk)-->suka hati dia nak minum bnyk mana...+solid food.'jajan' etc

Tapi jangan plak tanya berapa liter dia minum BM secara direct feeding...mahu pengsan aku...
Rasanya more than seliter la/day hahahaaa
bayangkan kalu aku pam 15 minit aku dapat 5-8oz..itu pam manual.....
tapi kalu pam 'original' 15 minit mmg perut buncit burrppp panjang....
kalu satu sesi 15 minit....sehari average 8 sesi..(7pm-7am)...tak ke berliter2?

sekian bebelan saya..

Wednesday, December 12, 2007

kalau susu ada

sebelum merepek rapu raban..nak bg tau ..hari ni mood nak merapu kat blog amat HIGH!
memandangkan tengah tak bnyk kerja.kerana Engineer sample new project kami blom sampai ke tangan aku...(project apa jgn tanya lg ya...tahun depan kami umum hahaha)

Kalau ada susu...
Aku agak tertekan bila ada orang jawap begini kalau diajukan soalan,
"nanti anak lahir nak susukan dengan susu badan ke tak?"(actually soalan ni pun tak wajar ditanya haahaha)

Kenapa?
Kerana....
Marilah saya ceritakan hakikat sebenar bagaimana saya boleh celik tentang penyusuan susu ibu ini....
(aku selalu pegang kpd ..tak kisah macam mana time take off janji time landing wajid cantik!...merujuk kpd kapal terbang....hahahahaa...)
Ini nak cerita macam mana aku 'take off' ke dunia penyusuan susu ibu.

Tahukah anda dari kecik lagi aku berpendapat..(dari aku sedar aku hidup kat muka bumi ini...seingat2 aku masa aku 1 tahun lebih.....aku ingat sbb time tu aku dengki ngan tok aku..aku pee kat atas tikar dia tengah anyam...but tok aku bangga gile ngan cucu dia sorang ni sbb umor sthn lebih dah ada perasaan dengki hahahaa..kes aku ajak gi meronda kampung tok aku lambat2kan...cucu bertuah!)
aku berpendapat setiap manusia yang jadi ibu WAJIB susukan anak dia dengan susu dia..sebab mak aku susukan aku dan seterusnya 3 lagi adik aku....
Ini pendapat jujur aku sejak aku kecik.....
Aku selalu pelik tengok cousin aku yg sebaya dok 'gonggong' botol dia hulu hilir (ada gak teringin nak rasa susu dlm tu kot2 sedap tapi mak aku kata mak aku tak de duit nak beli so aku kena minum susu mak aku laa)...Jadinya disebabkan diterapkan dalam minda aku kalau orang tu EMAK dia kena ada susu...Sampailah aku pregnant.....
(aku tak gi kelas apa2 tau sebab aku memang tak ada ilmu langsung bab tu tambahan plak suamiku masa tu busy kalau menteri!)

Persediaan bersalin...menyambut anak aku prepare kain baju..diapers...napkin...bedak losyen semua tu sahaja....aku memang tak prepare botol2 susu nih!....Tetapi suamiku beli juga 2 biji...yang akhirnya aku bg kat anak sedara aku....

Maaf agak melencong mukadimah untuk sampai ke point utama tajuk hahhaaaa
Kalau ada susu..Aku memang tak suka perkataan 'kalau' kat sini..sebab dari hati murni aku aku yakin ibu wajib ada susu....(korang yg tak de susu jgn marah ni pegangan aku masa aku blom ada anak yaaa)

Aku yang tidak tahu menahu sangat tentang kabaikan susu ibu ni akhirnya melahirkan bayi lelaki 4.41kg melalui c-section.
Bukan main kuat lagi dia nangis..Kemudian dia stop pandang sekeliling.....Then sambung nangis....Habis kisah OT....
Setelah berehat lebih kurang 12 jam aku dibenarkan menyusukan anak aku. Dalam kesakitan, ubat bius dah hilang kebal aku bangun..berdiri berjalan 2-3 tapak duduk di kerusi...nurse tolong alaskan bantal atas riba aku...dia letak anak aku...
Bagi menyusu...Dia hisap..Mula dari saat itu sampailah ke hari ini.
Bila anak dah nak cecah 2 bulan baru aku belajar tentang khasiat susu ibu ini. Sebelum tu aku susukan dia kerana aku yakin itu tanggungjwp aku dan susu tu hak dia....clear crystalkan hati aku masa tu hahahaaa...

Ok...tentang 'kalau ada susu'...aku sungguh tak boleh nak fikir kenapa orang yang belom pernah melahirkan anak boleh cakap 'kalau' maknanya dia tak pernah didedahkanlah ya tentang penyusuan susu ibu ni masa dia kecik????(bior le se'ngok' pendapat aku janji aku tau aku bertanggungjawap susukan anak aku...)

sebab tu ada slogan...'breastfed baby will breastfeed' ye?

panjang berjela ayat aku nih isi ke mana selingan bersepah...

summary la balik
aku start bf anak bukan sbb aku tau susu ibu ni bnyk khasiat tp sbb aku rasa tu tanggungjwp aku
(laaa tu je summarynya....)
take off point aku- aku susukan anak sbb itu tanggungjwp aku
landing point aku- Alhamdulillah anak aku menyusu dengan susu aku 2 tahun lebih...

btw...akukan dpt anak sedara baru...smlm mak aku call confirm balik ngan aku...
1. bb hanya boleh minum susu ibunya...
2. tak yah bg air masak
Mak aku punya soalan..."ni adik alya ni kita tak payah bg ayaq masak kan bg susu mama dia saja kan...."
aku kata ya.
"tapi kalau nak bg ayaq zam2 sikit bleh dak?"
aku kata
"sikit ja noo..sikit jaaa..suku sudu kecik tu ka sudah laaa"dalam hati minta2lah baby tak mau....
Nampaknya mak aku dah boleh ikut rentak aku..Alhamdulillah...
Adik aku kata..kalau adik ipar aku tanya apa2 mak aku suruh adik aku sms aku..kahkahkahkah....mak aku anak 4..adik ipar aku anak 2..aku baru anak 1....Nampaknya mak aku dah terima usaha aku selama ni...
Thanks Allah

Friday, November 16, 2007

Period kurangkan susu?

Period kurangkan susu?
ye ke?
Setiap ibu akan respon kepada menstual cycle's dengan cara dan kesan berlainan. Ada yang tidak akan merasa apa-apa perubahan pada kuantiti susu dan ada yang found that her milk supply is decrease dan ada yang seminggu before tha period dah rasa perubahan susu dan kembali normal 2-3 days during the period.
During menses time , there is a steady decrease in blood calcium level, and some mothers have had success stablizing their supply by adding calcium supplement to their diet.

Manakala for me, during menses or normal time...Basically no different..
It's depend on my kerajinan sahaja..Semata-mata....

Ramai yang dok 'nghoyak' susu deme decrease maut time period....Aku dok la fikir biar benor deme nih....

Mmm..sesungguhnya setiap individu itu berbeza......
Kita kena 'study' ability kita haahaaaaaa....(ntah apa2 le aku nih)


Ngeeee...
bab how's mik supply established..

Memang bergantung sangat-sangat kepada demand/supply process.
Bila nipple distimulasi...badan akan menghasilkan prolactin...Prolactin ni directly akan merangsang kuantiti susu yang badan ibu hasilkan.

During the early months of nursing, the prolactin reseptors are laid down that control the body ability's to provide BM long term.

Some research indicates that during the first three to four months of life milk supply is controlled through this process in the endocrine system. After that time it moves to the control of the autocrine system, leading some to think that milk supply can not be significantly increased after that time other than in situations like normal growth spurts. For mommies trying to breastfeeding in a cyclical pattern or routine that means that your ability to breastfeed long-term may be influenced by how carefully you maintain a flexible routine. So to those who wanna Breastfeed their baby long term please be patient.
Milk supply is also influenced by how effectively the breast is emptied. When the breast is emptied, the body signals the cells that make milk to begin making more. Prolactin release and milk removal both depend on adequate stimulation through a good latch.

The release of prolactin is dependent only upon nipple stimulation, but the release of oxytocin can sometimes be inhibited by the release of adrenaline. Learning how to relax can greatly help the mommy that must pump long-term, or the mom who is having trouble with the milk ejection reflex (let-down) because of stress. If the milk does not let-down, then the breast will not be adequately drained, more milk will not be made, and thus the concern for supply.

More milk is made when prolactin levels increase due to stimulation and when milk is removed from the breast. That means that when your supply is low, increasing the frequency of your feedings will help build your supply to the level that your baby needs. Another way to increase overall stimulation is to use a hospital grade pump/pump yang bagus to pump each breast an additional ten minutes after each feeding.

When breastfeeding, mommies should seek to maintain a healthy nutrition intake, with a healthy fluid intake

Note;

  • Cigarette smoking decreases prolactin levels
  • Introducing artificial nipples before breastfeeding is well established can lead to difficulty getting the baby to feed at the breast. If mom then resorts to bottle feeding, this can result in a cycle that eventually leads to low milk supply.

That's all....

Aku sepatutnya post this post kat mysweetstory but cincai la..sini pun ok laa..

Monday, November 5, 2007

Apa yang memotivasikan breastfeeding?

Perlukah motivasi?
Perlu. Buat apa pun kena ada motivasi kan...

Bagi aku....Apa yang menaikan motivasi aku
1. Anak aku (ni tunjang utama laa)
2. suami - ni kalau tak bagi kerjasama takyah le jadi bapa la

Yang lain tu kena sendiri mau ingat..Kena
ada
  1. ilmu
  2. kesedaran
  3. kesungguhan
  4. semangat
  5. kesabaran
  6. ketekunan
  7. keikhlasan
  8. keyakinan
  9. kekuatan
  10. kerajinan
  11. kemahuan
  12. kecekalan
  13. dan segala sikap dan sifat yang positif..
positif positif positif........

Sejak aku ada anak ini baru aku faham dan mula belajar tentang breastfeeding, tentang mitos dahulu kala dan zaman moden tentang breastfeeding...

Memberi alasan untuk TIDAk mahu menyusukan anak memang banyak......Memberi alasan MAHU menyusukan pun banyak.....Paling molek berhenti memberi alasan....
Hahahahaaa

Aku mula2 dulu ada juga konon nak 'mendakwah' kwn2 untuk breastfeeding....Kononnya secara lisan..ala ajak macam 'jom kita pi makan'..Tapi tak mungkin la kan...Jadi itu pasal aku ada mysweetstory dan blog ini..
Tak secara terus terang mengadap depan...Tapi biar cara merapun meraban macam gaya aku nih kihkihkihkih......
Atau paling mujarab ..Kena aku sendiri buktikan?
Insya Allah akan kubuktikan....

Breastfeeding ni nampak susah kalau kita tak faham konsep..Kalau dah faham...Insya Allah akan mudah..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami...

Saturday, November 3, 2007

zaman berubah

Assalammualaikum
Aku tiba-tiba emosional apabila baca satu topik kat Forum tentang menyusu ketika hamil.
Sesungguhnya menyusukan anak ketika hamil tidak salah dari segi agama dan kesihatan selagi tidak memudaratkan si ibu dan anak.
copy paste sekali lagi laaaa

SOALAN

SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.

Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?

RINA
Kuantan


Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.

Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.

Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.

Dari harian metro online.Kalau nak search taip aja 'menyusu ketika hamil' ataupun 'hukum menyusukan'....


Apa yang menggeramkan aku adalah..kenapa pada zaman yang serba berteknologi tinggi ini..Pada zaman yang ilmu dihujung jari ini..Masih ada manusia yang masih mengamalkan 'orang tua tua kata tak boleh itu tak boleh ini?'
kenapa?

Pada pendapat aku, kalau sesuatu amalan turun temurun nenek moyang dahulu kala tiba-tiba dapat dibuktikan dari segi agama dan kesihatan dan logik akal manusia tidak benar, kenapa kita harus terus mengamalkannya?
Lupakan sahaja....
Ramai yang bertanya kenapa kalau orang tua tua tu amalkan menjadi?

Pada aku itu tentang spirit dan keyakinan mereka ..Secara kebetulan...

Berbalik kepada kes menyusu anak ketika hamil....
Tiada istilah minum susu bahagian adik ya..sila hati-hati dengan pengamalan tanpa usul periksa ni dikhuatiri menjurus ke arah syirik dan kurafat.

Itu aja...

p/s: Kerja hari sabtu ni tak best laaaa....

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search