Showing posts with label Untuk anakku. Show all posts
Showing posts with label Untuk anakku. Show all posts

Tuesday, December 23, 2008

membina keyakinan diri

Anak kecilku

Bagaimanakah harus mommymu lakukan agar kaudapat bina keyakinan dirimu.

Mommy tahu kamu amat bijak.

Kamu amat cerdik tetapi mommy dapati tahap keyakinan diri kamu amat minima.

Kenapa kamu harus malu untuk menonjolkan dirimu.

Kamu seakan-akan mahu sembunyikan kebolehan kamu.

Kenapa?

Kamu risau mommy akan riak?

Tidak anakku..mommymu tidak akan berbuat demikian.

Kenapakau harus sembunyikan aduhai anakku.

 

Tahukah kamu mommy amat tertekan apabila kamu bersikap begini

Tunjukkan dirimu yang sebenar

Nyatakan isi hatimu.

Luahkan apa yang kauingin sampaikan.

 Mommy ingat lagi

Kaupernah bertagak-taagak ketika kaumula belajar berjalan.

Nampak sangat kau tidak yakin..sehingga dikau terperanjat apabila kauberjalan tanpa sedar…

Kenapa sayang??

Anakku

Adakah kautahu yang mommymu amat perihatin terhadapmu.

Mommy tahu kamu boleh mengira 1 hingga 20…(satu hingga dua puluh…one hingga twenty)

Tetapi kenapa kamu selalu buat-buat tak tahu??

Kamu tahu alif bat ta hingga ya..kenapa kamu malu-malu????

Kamu tahukan ABC hingga Z..kenapa kamu membisu?

Kamu tahukan D.I.A B.E.R.A.K kat T.O.I.L.E.T…kamu tahukan????

Kamu fahamkan jika mommy dan daddymu berbicara menggunakan ejaan..kamu boleh bentukkan ejaan itu jadi perkataan kan??

Kamu boleh kan??

Tetapi kenapa kamu berlakon seolah-olah tidak tahu????

KENAPA anakku???

 

Tahukah kau wahai anakku..

Mommy menerima laporan yang kau selalu menyembunyikan diri setiap kali di dalam ‘kelas’…sembunyi ketika soalan ditanya…Kau menjawapnya dari bawah meja…dari sudut dinding..kenapa???

Jawapanmu betul anakku…Hatta salah sekali pun apakah silapnya kau jawap dengan memandang ke mata pendidikmu????

Anakku……

Selamat membina keyakinan diri

Mommy akan terus belajar dan belajar membantumu mencapai kejayaan…

Insya Allah


Link berguna untuk mommy!

BBC parenting

how to teach



Monday, December 22, 2008

cerpen nyata seorang aku

Gagalkah aku?

Anak kecil itu berlari-lari, melompat-lompat tanpa menghiraukan teguran aku.

 

Aku kaget. Aku buntu

 

Aduhai anak kecil, adakah kaudengar apa yang kuperkatakan?

Aduhai anak kecil, adakah kautahu apa yang kurisaukan?

 

Anak kecil itu masih dengan pendiriannya.

Apa keinginannya harus ditunaikan.

Gagalkah aku?

Gagalkah aku membentuk dia menjadi insan?

 

Hari itu aku benar-benar buntu. Jiwaku kacau.

Kenapa anak sekecil ini tidak mampu kupujuk????

 

Dilema aku seorang ibu.

 

Anak aku makin hari makin mejadi-jadi

Salah asuhankah dia?

Dia amat sopan dan tertib jika aku tiada bersamanya.

Bukan aku yang kata tapi kebanyakkan orang yang mengenalinya akan memuji akan kesopanannya…di belakang aku..ibunya.

 

Tetapi jika di hadapan aku, dia bertindak seolah-olah aku akan menjaga dan menyokong segala tindakannya.

 

Salah TV kah itu?Salah akukah itu?

Aku cuba sedaya upaya.

Aku pernah tidak izinkan dia menonton TV tapi dia makin ‘mengganas’

 

Aku sedaya upaya mengubah tanggapan keburukkan peti itu.

Sedaya upaya aku didik dia mengaplikasi peti itu dari sekadar tontonan kepada satu pembelajaran.

Di belajar tapi dia dah tak nak dengar sangat dah cakap aku?

Adakah kekerasan dapat mengubahnya

Tidak@

Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sangat ‘menjadi-jadi’ jika di depanku…

Jawapannya..

“Mummy sayang acif..mummy jaga acif…mummy peluk acif…”

 

Diterjemahkan sebagai ‘u r here to protect me’

 

Ohhhhh…..

Anakku……

Tuesday, August 26, 2008

Satu entry khas buat anakku

Mummy target anak mummy akan baca entry ni(jika masih wujud) 25 tahun lagi.Not now..not in this few years.

Sebab dalam 25 tahun lagi anak mummy akan jadi cukup matang untuk membaca segala rapu raban mummy dalam blog ini...25 tahun Lagi Insya Allah...

Apa yang mummy nak tulis adalah tentang anak manja mummy ni....
Ini hanya 0.00000001% aja kot dari apa yang sebenar.

Mummy bersyukur kepada Allah dianugerahkan anak mummy ini.
Alhamdulillah

Mummy bangga sangat dengan anak mummy.
Mummy bangga bila ada ibu-ibu kawan anak mummy cakap..
"kan best kalau XXX macam akif..."
Bangga tau sebab depa berangan nak anak macam anak mummy.
Mereka 'admire' anak mummy.....
Mummy tak pernah berangan nak anak mummy macam anak orang lain.
Mummy memang suka apa jua anak mummy....
Akif no arinomama ga suki desu.

Mummy suprise...impress..kandou bagai bila mummy tengok anak mummy pergi tesco kat fruit's area anak mummy start memperkenalkan nama-nama fruits kepada daddy....Dan bila ada orang lain turut terpegun dengan anak mummy.
Mummy bangga...Teruskan usaha...
Gambarou ne!

Mummy angin tau bila anak mummy buat hal.Mengamuk degil dan sebagainya
Tapi Mummy tahu itu adalah perkara yang wajib bagi setiap manusia..
Kadang-kadang Mummy jerit-jerit marah anak mummy...Mummy sayang anak mummy...
Mummy ingat lagi....

"kenapa akif mengamuk?"
"Mummy scold acif"

Anak mummy kata tujuan anak mummy mengamuk sebab mummy marah...
Ohhh..noooo....
Mummy rasa bersalah sangat tau.

OK....
Point mummy

In future andai kata anak mummy sudah berkahwin..beristeri....
Didiklah isterimu dengan baik.
Pilihlah isteri yang bijak...Isteri yang soleh.
(kalau boleh isteri yang minum susuibu ketika kecil..Over kah mummy?)

Mummy akan sedaya upaya mencuba menjadi ibu yang senantiasa meredhai anaknya.
Mummy akan cuba untuk tidak berkecil hati andai kata ada apa2 yang anak mummy buat mencuit hati Mummy..Kalau boleh, anak mummy janganlah buat hati mummy tercuit sedih.
Kalau boleh laaaa....Boleh tak?

Daddy kata mummy ni over protective...
Semua nak jaga..sampai anak Mummy tak kenal selut tak kenal semut!
Hakhakhak....
Mummy pun kelakar juga bila fikir...
Apsal ya?
Seperti biasa bila anak Mummy dah besar..Kau akan faham apa yang Mummy rasa sekarang.

Sekian..Nanti banyak lagi pesana Mummy...TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search