Wednesday, October 29, 2008
petrol turun harga tapi..
Aku baru perasan
Kat pasar malam(takyah citer la restotren besar/mewah ya)..pasar malam dah la
Laksa sebungkus rm3!
seingat aku masa aku baru balik ke Malaysia kat shah alam ni rege laksa sebungkus baru rm1.50
lepas tu naik jadi rm1.80..rm2.50 dan sedar2 dah rm3
petrol naik rm0.78(kan) harga air kat pasar malam naik rm0.20.....
Al maklum semua makanan disebut memang masak kena curah petrol!
Monday, July 14, 2008
RM1.20 and 80 sen
bahana kenaikan harga minyak petrol....
Dah 2 minggu rege ayaq kat pasar malam dah naik RM0.20
Dulu rm1.00 se-cup
la ni rm1.20 se-cup
TAHNIAH!
Maka dengan ini aku isytiharkan aku boikot pembelian ayaq kat pasar malam/pasar tani.
Aku sanggup pi beli kat 7-eleven dari aku beli yang rm1.20..ntah ayaq tu ayaq masak ka ayaq paip semata.
Aku dah mula 'ajar' anak aku yang ayaq kat pasar malam tu 'tak sedap'...'dirty'
Ambikkkkkkk....
Nasib la labu....
Dan hahahaaaaaa
aku beli ayam kat pasar malam lagi hahahaa
RM15.80
Tapi aku bayaq RM15
Kak...RM15.80
Ohh ye ke....(sambil belek2 ayam yang aku dah ambik...)
Kaki ayam tak de erk?Tadi bukan timbang ngan kaki ayam??
Nak ke kaki ayam?
Erkk..ada ke saya kata tak nak????
Kenapa tak cakap...
Saya beli ayam dengan kakinya sekali kan?so sepatutnya saya dapat semua lah kan...
Ni kaki ayam....
Nah 80 sen....
Ohhh kalau bayar tak cukup kalut..kalu kaki ayam aku depa ambik depa tak kisah cessssss
Aku ni teruk tau..aku rela buang je kaki ayam tu dari aku kayakan peniaga ayam...dengkinya aku ni!(btw...takat 2 kaki ayam bleh kaya ka????)
Sunday, June 22, 2008
harga barang banyak yang dah naik
Note: Aku taip ni on Ahad 22 so aku akan adjust date jadi ahad 22 june lah ya
Internet kat rumah aku problemo la pula
Malam tadiaku pergi pasar malam.
Kan aku dah kata..SURE harga barangan lain yang tak ada sangkut paut secara terus dengan petrol akan naik harga
1. keropok ikan tamban tu
Dulu 1 pack RM4, 3 packs RM10, tapi semalam 1 pack RM5!
RM10 dapat 2packs je la.
Dialog:
Keropok ni sebungkus berapa?
lima ringgit kak.
Hah?Dah naik harga..Ishh korang ni..seringgit pula tuh.
(si peniaga tersengeh)
2. apple, green apple
Sebelum ni RM5 for 11 pieces
But yesterday RM5 for 10 pieces only..rugi sebiji...
Uncle, ini berapa ringgit ..
RM5 saja...
Berapa biji?
10 biji..
Aiyaa..last week 11 biji ooo...
Halege minyak suda naik looo..
Aiya uncle ini apple siram minyak ka?
Tak loo...tapi kasi angkut guna lori pakai minyak....
Itu macam tak boleh kila la uncle...Saya datang sini pun naik keleta pakai minyak ooo....saya beli RM10 kasi 2 biji extra laaa..
1 biji extra la..
ok la sebiji pun sebiji la....next week i datang lagi ya mau 3 biji extra!
aiyaaaaaaa
Seee!PM5 tau ka semua ni??
Itu belum lagi aku rayau area jual makanan seperti laksa, mee etc....
Dan satu lagi...
Adakah peniaga ini cuba menipu????
aku beli, bawang besar, kentang dan cili kering rm1..
OK ini sahaja.Berapa ya
enam ringgit empat posen...
Aku kan jenis ala-ala particular tak menetukan...sebab tadi aku tengok dia tulis kat plastik pembungkus harga setiap barangan aku beli tu dari congakkan aku it's only RM5.40..
Kat depan-depan tu juga aku 'punggah' balik bungkusan barangan aku beli.
Aku kira kuat-kuat..
2.10, 2.30,1...5.40...Chik ni RM5.40 aja laaaa..Kenapa saya kena bayar RM6.40 ni?
Erkk..ye ke?
Dia ambik balik, dia kira...
Ahaaa..RM5.40..sorry ya kak..(ekau patut panggil aku anak)
Ehem..pak cik..ni salah kira ke memang sengaja salah...
Betul kak tersalah kira..
Ok OK..hati-hati ya mengira..kalau salah kira dah jadi menipu..menipu berdosa.kita meniaga kena sentiasa jujur ya....
baik baik....
Nasib baik saya perasan..kalau saya tak perasan ni saya balik rumah baru perasan mahu saya tak halalkan rm1 tu..hati hati ya....
ya yaaa...
Tak kisah la apa peniaga tu nak rasa...Serius aku sound direct tapi masa tu tak ada orang tak de la aku memalukan dia...
Then aku pergi kat gerai jual air plak..Masih RM1 se-cup
Tapi harga yang dipamirkan macam tak clear...
Kak ni harga air ni tulis dan tampal biar jelas ya.Jangan mengelirukan pembeli....Ni singgit ke singgit 2 posen ni?
singgit...ohh baik baik...
Aku memang kepoci ya tapi aku rasa aku kena buat pemantauan macam tu...
hahahaaaa
search@yuitsumuni
Cari@susuibu.com