Terfikir pula..Apakah tujuan sebenar si bapa bertopi keledar? Kerana undang-undang? Aku rasa bukan...Jika si bapa betul-betul mengikut undang-undang jalan raya, pasti dia tidak membawa 2 orang anaknya menunggang motosikal. Kerana keselamatan? Zalimnya...Si bapa hanya pentingkan keselamatan diri sendiri..sungguh individualistik!!! Bagaimana dengan keselamatan anak-anaknya???
Jadi apakah tujuan dia bertopi keledar?
Aku faham...Masyarakat kita bermotosikal kerana, antaranya:
- tidak mampu beli kereta
- mahu menjimatkan kos petrol dan toll
- mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Kalau yang tidak mampu berkereta tu, memang dia terpaksalah menggunakan motosikal kalau itu sahaja yang termampu..Namun tolonglah jaga keselamatan.
Belikan anak-anak anda topi keledar. Tolonglah..Bayangkan andai anda di sentuh sedikit sahaja dengan sebuah kereta, maka motosikal anda akan terbalik. bayangkan apa akan berlaku kepada anak anda yang tidak bertopi keledar?
Bagi kes mahu menjimat kos, fikirkan juga keselamatan anak-anak anda.Ya betul anak anda bukan anak saya..tapi kalau berlaku depan mata saya, anda bakal menyusahkan saya. Adakah anda fikir saya boleh tidur lena setelah melihat seorang kanak-kanak sekolah yang tidak bertopi keledar jatuh tergolek dari motosikal di tengah-tengah kesesakan jalan raya?
Sebagai ibu bapa kita haruslah memastikan anak kita selamat dari segala bahaya.Insya Allah..
Tiba-tiba teringatkan anakandaku di Taskanya. Adakah dia selamat di sana?
Ya Allah Kau berikanlah keselamatan dan ketenangan kepada anakku.Lindungilah dia Ya Allah....Amin...
No comments:
Post a Comment