Tuesday, September 4, 2007

Mendidik anak

Mendidik anak sendiri bukanlah perkara yang mudah. Susah sungguh menjadi seorang ibu bapa yang mendidik.
Setakat ini aku hanya amalkan pendidikan berdasarkan logik akalku, sedikit pengetahuanku dan dari pembacaan dan nasihat serta panduan dari kawan-kawan sepejuangan.

Melarang dengan penerangan
Aku amalkan setiap kali aku melarang Gedebi dari melakukan sesuatu yang membahayakan dia dan persekitarannya aku akan menerangkan kepadanya bahaya akibat dari perbuatannya.
Contoh perbuatan membahaya: Main dapur.Pulas2 punat(orang panggil apa ya) dapur memasak tu
Aku akan bagi tahu dia,
Dapur adalah alat yang digunakan oleh manusia untuk memasak makanan.Dapur akan menjadi panas apabila kita menghidupkan api. Panas adalah kesan dari api (takleh sampai kena cerita fenomena macam mn api terjadi pula). Kalau kena api akan rasa sakit. Aku bagi tahu dia kalau dia nak juga main dapur tu dia kenalah masak sesuatu untuk aku. Dia akan kata 'Nanak'...Haa..Kalau tak nak usah diusik dapur itu ya...
Kalau time dia pegang/main dapur tu time dapur masih panas, aku akan cari bahagian yg agak suam-suam untuk aku bagi dia sentuh jadi dia akan tahu bagaimanakah rasa 'panas' itu.Jadi sekarang dia dah tau sebut 'anash' maknanya panas.
Dia tahu kalau dia pegang benda panas dia akan mendapat sakit...(akibat melecur etc)
Setakat ni, benda yang dia tahu panas : dapur, cerek air electrik dan seterika.

Ajar juga walaupun dia buat tak tahu
Ini suasana bila aku cuba mengajar dia ABC ke 123 ke atau apa-apa sahaja.
Walaupun dia tak nak layan ataupun ikut apa yang aku nak ajar aku tetap teruskan kerana dia sebenarnya mempermain2kan aku sahaja.
2-3 hari lepas tu dia akan sebut apa yang aku ajar 2-3 hari lepas.
Selalunya mengajar secara tak formal ataupun bila dia 'request'.

Sekian sahaja untuk kali ini.

8 comments:

Rizza said...

fid..
ni la salah satu contoh yg bagus dlm mendidik anak...
teruskan ....

cara ko tu memang akan berkenan...(sebab aku pun buat..hhehhe)

knv said...

hmm... menggusarkan...

mado_ct said...

heheh... ni sambungan dr soklan saya aritu ek. Tq2... Kalau main benda yg tk bahaya tp kite takut benda tu rosak camne?cthnye..main remokon ke..

Fid said...

madoct
kalau dia main remocon...saya belikan dia satu hahahaha
just ingatkan dia je mende2 yang tak patut dia main.lama2 dia jemulah dan dia tak main......

NeroEcha said...

Same le kita..wpun agak payah gak nak bg drg faham..betul ke bila umur anak dah 1 stgh perangai drg megada2 lebih...skg thaqif mengada2 le fid...

Anonymous said...

yahaha....my mom always say to me....cara aku mendidik danial sungguh membosankan..sbb she said..im full of DONTS!!!! adoi larrrr.....heeee
kekadang terpikir gak..ada betulnyer gak...sbb lagi dilarang lagi tu larrr yg dia nak buat...heeee...so,suruh jer larrrr ..jgn dilarang gittew..buleh???! ihiks ;p

Rizza said...

zarina..lebih baik "DONTS" sekarng jgn dah besar nak "DONTS" tak jadik ape dah....

IbuAtHome said...

salam fid, my eldest, bila i kata no dia jwb ok bu, tapi dia buat gak, my second, bila kata no, kenapa bu, haaa zahra pulak, bila i kata no zahra, dia jwb, no no no no ibu! adeh hai. to me biar nak2 ni rasa sakit, sejuk panas dsb dan explain why, tapi kenalah control, jgn biar dia main api pulak.lain anak lain perangai,we r their role model, so parents sendiri kena jadi contoh yg baik, terbaik mungkin payah, at least yg baik, inshaAllah.

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search