Puasa tahun ini Merupakan puasa kali ke-12 sejak aku 'couple' dengan hubby. Yang pasti hubby memang tak perasan. Aku bagi tahu dia semalam..komen dia "iye ke....."
Tak kisah la....
Sejak aku kawin dengan hubby 3 tahun lepas....
Puasa tahun pertama perkahwinan- tidor satu malam kat hospital sebab aku miscarriage
Puasa tahun ke-2 perkahwinan - Aku dalam pantang
Puasa tahun ke-3 perkahwinan - Tidur kat hospital 5 malam...Si kecik demam
Puasa tahun ke-4 (tahun ni) - Parents aku ada kat rumah.Emak aku sakit.Alhamdulillah dah beransur sihat.Esok dia nak balik kampung dah.
Bila aku kenang-kenangkan bulan puasa memang banyak sangat dugaan buat aku...Apakah sebenarnya Allah nak 'anugerahkan' kepada aku ya...
Aku ada pengalaman berpuasa kat Japan 4 kali...
Tapi aku lucky Ramadhan jatuh pada musim sejuk...Memang tak rasa sangat. Berbuka paling lewat pun 430pm....
Namun berbuka dalam kelas tu perkara biasa la. Aku bawa bekal air or prune or raisin selalu....
Kalau time tak boleh puasa selamba aja aku makan kat kantin...Ish ish
Raya....
Actually aku tak ada sagat nostalgia raya di Jepun tuh...
Seingat2 aku tiap kali raya aku memang akan pergi kedutaan.
Ntah raya tahun bila ntah aku beraya di rumah saudara aku (tahun tu diaorang baru sampai kat japan)
Kira tu je tahun paling 'sakan' raya....Gi sana sini tapi petang tu aku ngan kawan2 gi makan kat restoren mahathir kat Shin-okubo...
Kat restoren Mahathir ni aku suka mee rebus dia fuhhh sedap..Restoren ni own by malaysian.
Beraya kat negara orang langsung tidak menyedihkan aku Hahahahaaa...Aku paling malas call mak aku dekat nak raya..Dia suka sangat sebak aku plak jenis mmg tak de feeling la kalau setakat raya berjauhan nih....Ish ish ish...
Tahun pertama kawen aku beraya di kampung hubby....what can i say...Tak best langsung....
Tahun ke-2 kat kampung aku- hari ke 50 akif lahir..Best sebab ada Akif..Tapi bukan beraya mana pun...Dok ngadap Akif je
Tahun ke-3 kat kampung hubby....no komen...suruh dia je komen..
Tahun ke-4 bakal beraya di kampung aku......
Actually beraya kat kampung aku pun dah tak semeriah zaman kanak2 dah...Rasa suram je....Ntah le kenapa....Cuma meriah dengan kunjungan budak aja la....
Masa aku complaint raya kg hubby tak best dia pun complaint kat kg aku tak best hahahaaa
Aku cadangkan kitaorg beraya kat kg masing2 hahahaaa...Tau pun tak nak....
Tambah2 le ni Akif asyik nak 'mummy ya' aja...
Update si gedebi
Dia dah tak segedempol dulu lagi dah.Dah susut...Emak aku kata sebab dia dah lasak...Maybe laaaa
Dia memang tak kenal ABC-Z lagi tapi dia kenal J. V dan C..Kalau nampak J,V or C dia akan sebut
"mummy tu C"
"Mummy tu J"
"Mummy tu V"
1 comment:
fid..tu permulaan yg bagus tu..akif tau dah J.V.C..
begitu le aku ajar hassan...ape2 yg dia nampak dulu...pastu lama2 baru ajar ABC hingga Z walaupun dia tak reti sebut betul2 A hingga Z tu...
teruskan..
aku suke dengar perkembangan akif ni..
syabas ,,... n good luck!!
ye le..raya kat luar ni dah tak de feeling raye dah..heheh
aku cam biase le takde rase raya dah pun..sejak2 dok luor je....hehhhe
Post a Comment