Friday, September 28, 2007

Pendirian aku

Masih kukuh..Masih utuh..SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI ANDA.
SUSU IBU ADALAH CECAIR PEMANGKIN IQ ANAK ANDA....

Aku menulis entry ini bagi menjawap message-message yang aku dapat dari sesetengah 'peminat' (kahkahkahkahkah) bertanyakan aku tentang penderian aku terhadap kebaikan susu ibu.

Soalan
1. U kata BM is the best, y u tengah 'research' tentang cow's milk pula?
2. What heppened?Nak bagi cow's milk?
3. Dah tak larat nak breastfeeding ke?
4. Apa kisah ni?Kat BM the best...Dah tak de kualiti ke ur BM?

Ini adalah kerana entry liquid milk aku tempoh hari la
Hahahaaa

Sekali lagi dulangi...Saya masih menyusukan anak saya dan masih memberikan dia EBM ketika saya tiada bersamanya.

Kenapa aku ingin mengenalkan anak aku dengan liquid milk..cow's milk?
Jawapan aku
Anak aku dah 2 tahun....Jadi aku dengan yakin merasakan tugas aku menyusukan dia 2 tahun dengan susu aku tu dah capai target.Walaupun sampai target aku tetap aku terus susukan dia sehingga dia sendiri yang tak nak.
Aku ingin kenalkan dia dengan cow's milk and whatever milk yang halal diminum oleh umat Islam kerana aku merasakan sudah tiba masanya aku mengenalkan dia dengan pelbagai jenis nikmat makanan dan minuman yang Allah jadikan untuk dia nikmati....
Yang aku tentang habis-habisan orang bagi anak susu selain dari susu ibu adalah mereka yang punya anak 2 tahun ke bawa...(baru lahir sampai 2 tahun)...Aku tak tentang mereka yang tak BF anak kerana tiada pengetahuan dan sebab2 yang tidak mengizinkan. Yang mana mereka akur dengan hal itu dan berazam utk berubah.Aku hanya tentang yg jenis tegar rasa bagus takleh dikongsi kisah breastfeed sahaja ya...Kalau yang bagi alasan2 bodoh tu memang aku tak layan punya...Biarkan dia dengan dunianya.suatu hari nanti dia sedar tentang indahnya nikmat susu ibu yag Allah anugerahkan buat anaknya itu.Insya Allah

Jadi kepada yang mengajukan pertanyaan ...
Aku ingin menyatakan sekali lagi...
Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda..
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bawah umur 2 tahun ingatlah dalam peringkat umor ini anak anda lebih memerlukan susu drpd sebarang mknn pejal ..so bagilah dia susu BM (mahupun FM)..usahlah paksa dia makan solid food kalau dia belum bersedia...Kenalkan solid food setelah anak berusia lebih dari 6 bulan (bukan bermakna anak 6 bulan je terus kena bg mkn)

Kepada anak yang sembelit tu
kalau anak tu minum BM....Jagalah diet anda..ya anda ibu dia...
Kalau anak yang minum FM..maybe FM tu tak sesuai dengan anak anda. Carilah FM yang sesuai..FM mahal bukan bermakna FM tu terbaik.FM ni ikut brand..yang mana jual brand tu yang selalunya mahal..yang jual product tu harganya berpatutan...
Kalau anak minum BM dan dah dipaksa ambik solid food dan kena sembelit...stopkan dulu solid food or maybe dia tak sesuai dengan menu yang anda bg...kena pandai2lah ..
Kalau anak asyik sembelit tak pulih2..bawalah anak jumpa pakar kanak2 yang pakar (bukan yang klinik sekadar tulis 'pakar kanak-kanak' tu ye...) Dapatkan nasihat ya

Btw, malam tadi ntah macam mana emak aku cerita tentang macam mana anak buah aku(anak adik aku) bercerai susu..tragis..aku 'marah' sangat mak aku serius..haha
Kesnya
babysitter anak buah aku tu bawa anak buah aku balikkg dia tidur smlm...Then balik esok mak aku larang adik ipar aku susukan anak buah aku dengan alasan....susu dah masam..Beristigfar panjang aku...(nasib baik masa cerai susu tu anak buah aku dah 2 tahun lebih)
Aku cakap ngan mak aku..kenapalah mak bawa 'dakyah' macam tu....
mak tau tak tak de istilah susu basi..mak aku kata..itulah apa yg mak dia ajar dan mak mak dia mak mak mak dia ajar...
aku kata meh aku nak 'ajar' plak....
susu ibu yang dok dalam badan ibu tu tak akan basi walaupun 2 minggu anak dia tak minum..melainkan kering aja la...Manusia ni bukan lembu...susu lembu pun kalau kita tak perah sehari tak de nyer basi..susu yg boleh basi tu susu yg dok luar badan manusia/lembu/kambing/unta etc.....
Takkan mak tak leh nak ubah sikit pemikiran..cuba tgk kitaorg...susu diperah simpan dalam peti ais...mak juga pernah tolong jaga akif pernah tolong cairkan susu pernah tolong panaskan malahan tolong suapkan akif..ok ajakan..dulu mak pernah kata susu manusia akan tukar jd darah kalau kita perah keluar tapi mak sendiri tengokkan susu dalam peti ais tu beratus2 botol kekal susu sampai akif minum....
Dah nanti Haya(adik ipar aku) beranak anak ke-2 ni jangan dok ulangi lagi kesilapan salah faham tentang susu badan ni..

Mak aku kata..
Manalah mak tauuuu
Hahahaa
aku kata ni la yang bagi tau ni.....Takpe nanti orang 'ajar' Haya...mak jgn kacau nooo...
mak aku kata...mak jadi tukang masak ja la nanti,....
aku kata
bagus

terkilan juga sebenarnya...Rupanya mak aku takleh terima lagi tentang pendirian aku dgn susu badan ni hahahaaa
Aku iye iye dok berkempen susu ibu ni rupanya mak sendiri aku tak terkempen...nyesal nyesal....
Itu blom tok(nenek) aku lagi tau...mahu kecoh kalau berdebat ngan dia hahahaaaaa
Ishh ishh Ishh

Walaubagaimana pun di sini aku attached sekali intisari rancangan halaqah tajuk susu ibu yang telah dipost ke forum susuibu.com oleh mommy_d&d aka erna...

-Ustaz menerangkan maksud ayat dlm surah Al-Baqarah ayat 233

"dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu patut beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (Tafsir pimpinan Ar-Rahman)

1. Dalam ayat itu, permulaan ayat diterangkan pasal hak anak untuk disusukan selama dua tahun (utk melengkapkan penyusuannya) Diterangkan juga kelebihan dan khasiat kolostrum yang ada sesetengah pihak beranggapan ianya susu basi etc. Hatta penyelidikan dan khasiat susuibu telah terbukti sejak dahulu kala sehingga adanya 'aR-Radha'ah' iaitu kajian/kitab khusus membentangkan secara panjang lebar mengenai penyusuan.

2. Ustaz turut menerangkan betapa berat tanggungjawab dipikul oleh ibu utk menyusukan anak-anak. Maka Allah telah sambung ayat tersebut dengan "..dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya"
maksudnya disini ialah upah yang berhak diberi kepada isteri sebagai tanda sokongan kerana memberikan susuibu kepada zuriat mereka. Bukanlah bermakna isteri/ibu boleh meminta/demand tetapi suami/bapa harus memberi dorongan dan semangat baik dari segi mental,emotional dan juga harta benda sekiranya mampu. Ini menunjukkan betapa berharga susuibu itu disisi Allah s.w.t.

3. Hukum najis bayi yang menyusu
Terdapat pelbagai pandangan mengenai najis bayi menyusu. Yang saya ingat ustaz tu kata, bayi yang hanya menyusu susuibu sahaja tanpa makanan lain (makanan lain ni yg tidak mengenyangkan maknanya jika bayi itu ditahnikkan
dengan tamar/zam-zam still consider boleh dicategorikan dlm belum makan selain susuibu)
Kencing bayi lelaki boleh direnjiskan sahaja: sebabnya
(seperti yg lovebaby sebut sebelum ni)
1. anak lelaki ni kencing merata2.
2. org selalu dukung boy
3. Rasulallah dl dukung baby boy then baby boy terkucil Baginda hanya renjis2 aja....
tambah satu lagi
4. kencing bayi lelaki kurang hancing berbanding kencing bayi perempuan


4. Disebut juga tentang penyusuan anak angkat/ibu susuan
Dalam hal penyusuan anak angkat pula perkara ni tak seharusnya dipandang remeh sebab melibat hukum apabila bayi dewasa kelak. Untuk menjadi ibu susuan kenalah mendapat kebenaran daripada suami dan kebenaran daripada ibu dan bapa bayi(jika ibu susuan)
Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan bayi itu muhrim dan anak susuan:
1. ibu susuan akil baligh (menurut radhaah sekurang-kurangnya 9tahun qamariah)
2. Bayi susuan tidak lebih daripada 2 tahun
3. Penyusuan hendaklah 5 kali kenyang (bukan satu kali penyusuan 5 kali sendawa, okes!) maknanya disini 5 kali penyusuan pada waktu berbeza.
Dan mestilah dipastikan bayi kenyang betul dan susu masuk ke perut utk membina otot-otot/tulang etc i.e tumbesaran bayi.

5. Hubungan bapa susuan dengan anak susuan
Hubungan jadi halal kerana aurat juga halal. Maka bapa haram berkahwin dengan anak susuan.
Dlm hal ni itu yg ditegaskan supaya mendapat izin/memberitahu suami sebelum menyusukan anak angkat/anak susuan kerana dah jadi halal hubungan bapa dan anak susuan.

6. Penyusuan anak oleh bukan Islam
Boleh. Sebab telah wujud bank-bank susu diluar negara.
Lagi satu, Rasulullah juga telah disusukan oleh Suwaibah hamba kepada Abu Jahal dan Halimahtus Saadiah




7 comments:

Rizza said...

fid,,
org2 yg bertanya soklan bodoh tu,,semua tu konon menunjukkan pro bf le..sedangkan derang tu tak berjaya tapi nak hentam org je....
hehheh

biaq pi le..

kita ni dah berjaya bf hingga 2 tahun...dah masa kita kenalkan dengan susu lain.....nggok le derang tu....

tak faham ape istilah menyusu susuibu hingga 2 tahun...tu pasal le tak berjaya....dok sumbat makanan macam2 hingga anak tau mau menyusu.....dah tu mau salah kan susuibu lak...betul2 org yg tak bijak...

bukan nye kita stop teurs2 lepas anak 2 tahun..
aku kadang bosan baca topic yg ngok2 tu....tak faham2 bahasa le...

sabo je le...
hehheh

Fid said...

rizza
aku dah agak dah ko sure akan komen mcm ni hahahaaa

derang salah konsep....kihkihkih

Rizza said...

fid..ko ngan aku kan leh masyuk..heheehe

knv said...

ramai jugak orang yang suka menyibuk yea...

takpelah, depa takde keja nak buat tu, tu pasai sibuk sms/pm hang..

ha ha ha ha.. aku memang pelik perangai manusia ni..

nuhaafnan said...

sapelah yg tanye soklan2 bengap tu, fid? saja jer nak menyakitkan hati lah gayanya.

Mama Hasif said...

fid, terjumpa ur link kat my fren's blog.. kagum bila tau kau nyusu kan anak smpi umo 2 taun.. aku ni ibu br.. anak lelaki sulung.. cita2 mmg nak susu kan anak smpi umo dia 2 taun.. so far Alhamdulillah.. baby minggu dpn dah masuk 6 bulan, membesa ngan BM (waktu mlm) and EBM (waktu pegi keje).. mmg ada org tny apsal x nak campo susu.. diorg igt anak aku memilih psl tu x mo minum FM.. pd hal mmg kitorg nak try BF selagi terlarat.. mcm mana kau maintain kan susu ek smpi 2 taun menyusu kan ni..? series aku kagum tp jadik kan aku lagi semangat berkobar2 nak susu kan my boy smpi umo dia 2 taun..

Fid said...

raggedyanne
hehehe....kita abaikan je derang tu

mama hasif
Insya Allah...
Janji kita MAHU.....

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search