Monday, September 10, 2007

Anak aku dah besar ke?

Laporan dari Taska

1. Gedebi dah pandai/banyak cakap.Dah banyak soalan-soalan menguja akal.
Kat rumah tak de le plak dia banyak cakap. sekadar tanya apa tu? apa ni?kenapa erk? sahaja.
Dia tetap baby kat rumah.

2. Gedebi dia tak akan ke mana-mana kalau lepas mandi melainkan setelah dilap dan dabaluti dengan tuala. Baru dia akan jalan masuk bilik untuk berpakaian.
GOOD

3. Gedebi ada kawan baik.Kalau dengan kawan baik dia, dia langsung tak berkira.

4. Gedebi manja. Ni takleh nak komen apa2 sebab dia memanggggg manja.
Sekarang ni dia memang nak mommy everywhere...anytime...kalau kat rumah.

5. Gedebi dilaporkan dah tahu baca ABCDEFGH- sendiri. Ini mommy terperanjat sebab kat rumah dia sekadar baca sampai D sahaja. Kenapa dia tak nak baca depan mommy ya?
Kalau depan mommy dia tau baca buku animal je...Ngan nak dengar lagu Lonely no more.....

Dah besar ke anakku itu?

Gedebi gedebi.....
Apa yang aku setakat ni dapat kenal pasti, gedebi ni dia selalu tengok sesuatu dengan teliti. Kalau kita bagi satu gambar dia akan nampak benda2 yang kecil dahulu jika dibandingkan dengan benda2 besar. Dia akan sebut benda kecil dalam gambar itu yang kadang kalau kita terlepas pandang.
Semalam mommy tunjukkan dia gambar dia. Mommy ingat dia akan sebut itu dia...tetapi dia sebut...
"mommy.. tu nampak tak flower"
yang mommy dia ni plak...flower mana flower nih?terkebil2 cari....Nak tau flower tu kat mana?Flower tu kat dalam majalah yang dok kat atas rak dalam gambar tu.Kecik je nampak....
Then baru dia start sebut segala benda dalam gambar tu.
Lagi satu contoh..Kita orang berwindow shopping kat SACC Mall ....Dari jauh dia cakap..
"nampak tak tu fish"
Yang kami ni terpinga2 mana plak fish ni.....
Yang aku tau depan tu butik pakaian pengantin....
Dia berkeras cakap ada fish....Biar betul dia ni....
Dia melulu je ke kedai tu....Kami pun ikut la...
"Ni fish"
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ada satu balang kecik dengan ikan2 kecil kat tepi dinding butik tu..Uwaaaa..mommy ngan daddy tak pernah perasan pun!

"Mommy tau tak.."
"apa?"
"Fish tu ikan la"
"Good boy..."
"Baby..Baby tau tak?"
"Apa?"
"Fish tu ikan...fish tu sakana, in japanese fish is sakana"
"ohhh cyakana erk...fish ikan cyakana"



2 comments:

NeroEcha said...

Memang tanda2 dah besar le tu Fid...syok nye dia dah pandai ABCDE...tak sabar nak tunggu thaqif pandai ckp

Rizza said...

bagus2 akif
memang budak gitu le fid...
same le ngan hassan..sekecil2 australia flag atau map pun dia nampak..walaupun kami tak nampak..hehhehe

teruskan ko ajar je japanese tu nanti tetiba je dia cakap jepun...

good boy!!

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search