Hari itu anak aku amat-amat menguji kesabaran aku.
Dia hendak menyusu tanpa henti sekejap kanan sekejap kiri dalam sela masa 5-6 minit sahaja dan menukar-nukarnya. Aku merasa sangat penat dan lenguh seluruh badan.
Aku tahu kenapa dia berbuat demikian.
Bukan kereana tiada susu tapi kerana dia tidak selesa.
Dia ada batuk-batuk sedikit. Dan dari pemerhatian aku, jika dia ada masalah batuk dan kahak dia memang akan kerap minum susu.
Adakah kerana dia tahu susu ibu itu penawar terbaik atau kerana dia inginkan ketenangan?
Apa jua tujuannya dia membuat keputusan yang tepat.
Namun pada tengah malam itu mommy di dalam ‘out of control’. Mommy marah sebab dia asyik ‘instruct’ mommy….’ini belah’ ‘
Maka mommy mengiring membelakangkan dia…
“tak pee acif minum air sahaja”
Sedih juga mendengarnya tapi mommy sudah tidak larat lagi.Sudah pukul 2 pagi.
“Tak ape acif minum air aje”
Meruntun jiwaku.
Dia pun membelakangkan mommynya.
Adakedengaran sedu sedannya.
Mommy kasihankan dia.
Mommy offer dia ‘nenen’
“taka pee..acif minum air masak aje”
Kasihan anakku.
“Alaaa..minumlah..mommy tak marah..minum….tapi please don’t instruct me this and that…”
Dia minum.
Oleh kerana menyusu sepanjang malam(dan juga minum air yang banyak kerana dia nak legakan tekaknya)
Maka pagi tadi dia terbabas.
Dalam pukul 7pagi didapati basah tempat tidurnya.
Mommy dan daddynya mengangkatnya dan menukarkan pakaiannya tanpa berkata apa-apa.
Dia terjaga dari tidurnya…
“acif terkencing…..”
Mommy dan daddynya senyum…
“Tak marah acif?”
Mommy dan daddynya geleng…..
Dia meluru turun dari sofa(tempat dia diletakkan kerana mommy dan daddynya ingin menguruskan katil-ala kain lapik ja pun..Thank to waterproof bedpad!!)
“Yey!”
Ubat batuk!
Hari Sabtu lepas, dia kata dia nak ‘corn in cup’ jadi aku punbelikannya.
Sekali dia tengok ada coklat macam M%m tu tapi ni yang jenis macam ubat tu
Dia minta aku beli.sepapan rm0.50
Dalam kereta dia makan corn dulu habis corn dia kata
“mana ubat batuk acif tadi?”
Aku yang blur terus blur..
“ohhh ni ubat batuk acif….”
Oooooo…itu rupanya ubat batuknya
“ohh batuk lagi la….makan satu…batuk lagi makan 2…”
Nampaknya makin makan ubat makin batuk ja!
Dan….Habissss……
“Mommy nah sampah..ubat batuk acif dah habis….dah tak batuk dah!”
Mommy pun kira la berapa biji ada RM0.50 ada 22 biji
“Bang..ni kalu sungguh ubat batuk mau naya!22 biji tuh!”
No comments:
Post a Comment