Monday, December 22, 2008

hey kawan!

Ni entry ke berapa buat hari ini aku pun tak tau

 

Terlajak published malas nak unpublish…

 

Aku meminta maaf jika entry aku yang bertajuk ‘nak menunjuk’ itu benar2 menonjolkan keriakkan.

Aku bukan nak riak..

Kok ..riak apanya beli sokmo idup sekali….

Kahkahkah

Kesian aku!

Aku sengaja meletakkan tajuk ‘menunjuk’ itu demi nak bagi tau yang aku bukan nak menunjuk tapi nak habaq ja kat kawan-kawan aku..yang kenai dan suka mengenali aku…(perasannya..)

 

Akhir-akhir ini(ke dari dulu lagi?)

 

Blog aku ini amat berjasa mengenalkan aku ngan kawan2 semua.

Walaupun ada yang masih belom pernah bersua muka..mendengar suaraku yang lunak merdu ini…..kita bagaikan pernah bertemu walaupun sekadar maya…ohhh dunia maya….

 

Sebenarnya apa yang hendak aku bebelkan….

 

Ingin berkongsi sedikit satu kisah teladan(gamaknya laaa)

 

Kes 1

Kami ke Giant seksyen 13 Shah Alam(berhampiran Stadium Shah Alam) untuk men’survey’(survey dalam BM apa?) harga barangan.

Di depan pintu utama nak masuk ke hypermarket Giant tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi tangisan 2 orang kanak-kanak…

“makkk..makkk…MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK”

 

Aku ngan mulut tak de insuran terus cakap “Sapa plak boduss…tinggai anak merata-rata ni??”

 

Pusing belakang tengok ada 2 kanak-kanak lelaki berusia maybe 5 dan 4 tahun kot……

Dan ada 2 women sedang tenteramkan.

Kanak-kanak berdua tu selipar pun tak pakai.

Mereka sedang bermain di playground sedar-sedar ibubapa mereka hilang…..

Maka seruan aku…..

Andai kata kita ni nak bagi anak kita main playground kita tunggulah anak kita…

Malang tidak berbau…..

Kalau anak hilang?satu Malaya kena carikan…

Kalau anak kena bunuh..satu Malaya juga kecoh

Kalau anak kena culik..ya satu Malaya juga susah….

Jagalkah anak kita, jangan biar mereka merata-rata…

AMANAH

Kalau rasa takleh pikul amanah…janganlah buat anak!

 

Kes ke-2

Macam biasa

Kalau bawa anak pergi playground sila ajar anak bermain bersama-sama orang lain

Terutamanya playground yang berbayar.

Hatta yang free pun mainlah bersama..else anda akan ditegur oleh seorang kanak-kanak montel..

“hai kawan…mayin la sama-sama…”

“hai kawan..bukalah selipa…kasyut..kotor la taman(mainan)”

 

Aku agak terpampan bila anak aku tiba-tiba menegur kanak-kanak lain (dan ibubapa mereka yang kurang sensitive)

Tak tahu nak bagi reaksi macam mana….

 

Pengajaran….

Sebagai ibubapa kita hendaklah lebih peka..(jangan pekak)

Dan anda tak boleh marah anak saya jika anak saya sound anda dan anak anda…bab-bab menjaga kebersihan dan ketenteraman taman permainan..

Kihkihkih

6 comments:

NeroEcha said...

Dahsyat ko fid dlm sehari dah bpe blog ko post ni...kagum aku..laser jugak acif tu yer..dari sape ler dia perturun tu..jgn mare..

Tepi Sungai Batu said...

Fid,
Mengingatkan kawan-kawan tentang benda baik, ok tu...tq.

knv said...

tang suara lemak merdu tu aku setuju 200%!!

suara hang memang lembuuuutttt menawan kalbu. tak padan ngan hang yang brutel hahahahahhahahah!

Rizza said...

bagus akif....

cts said...

hebat la akif:)

Crazee Choc's said...

aku tak rasa pun kau menunjuk2.... lagi pun aku baca intonasi menunjuk tu dlm nada suka2.. saje2... aku paham benor....

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search