Sunday, May 6, 2007

nasib

Aku perasan sejak akhir-akhir ni aku suka sangat tulis blog tentang rasa tak puas hati aku..kahkahkahkahkah..nasib la..
aku memang tengah stress hahaha..kerja banyak weh......
heheheheheee

1) Susah nooo kalu ada boss yang tak cerdik....manager dept aku tu orang baru belum sampai setahun join company...Ketidakpandaiannya teserlah....Tapi suka sangat dia nak bagi idea..Idea yang 4 tahun lepas aku dah guna!
Masalah la macam ni...Kita dah try 4 tahun lepas dia paksa kita guna lagi tahun ni. Lagi satu dia ni pada pendapat aku kurang sensitif...Kalau tak tau tentang sesuatu bawa-bawalah cari jalan belajar macam mana nak faham dan yang paling penting cuba-cuba la belajar dan kaji tentang staff2..Jangan main nak fire je....Kang orang laser terbantut jiwa!

2) Susah noo kalau jadi project manager tapi tak tau apa benda yang sepatutnya dia tau..Ni satu haru juga.....Dia project manager tapi lagak macam cikgu tadika....Suka bawa pen sebatang ngan kertas sehelai ronda seoffice cari staff nak tanya progress..come on laa..Kita ada system...Dan tolonglah faham-faham sendiri..ramai staff anda tak suka anda cubalah ubah sikap....Kalau anda cabut ramai suka..Tapi kalau staff2 anda cabut anda yang susah.....Anda tu tak tahu sangat tentang technical..tak tau banyakkk.....

3) Lab...Satu lagi sakit kepala nak fikir....Bukan main lagi buat schedule...Last-last schedule ke mana apa ke mana.....

4) Terasa sangat-sangat nak cari kerja lain yang sesuai dengan jiwa aku. Aku suka kerja aku sekarang ni tapi aku tak suka dengan ketua-ketua yang ada....Mengikut logiknya..ketua-ketua tu akan kekal ada...Pihak atasan tak pandang pun kewujudan aku...Maka kalau aku tak suka ketua-ketua yang ada..Akulah yang kena angkat kaki say bye bye....Aku tengah dok fikir, aku nak jadi apa...Nak terus jadi engineer?designer?technician?Lecturer?Student?Bisneswoman?...Yang aku paling nak jadi suri rumah tangga yang berjaya hahahaaa...tak mungkin tak mungkin....
Aku ni kadang-kadang takut tau nak cari peluang lain..Aku banyak tanggungan....
Lagi pun alasan aku tak nak dok company le ni banyak kepada benci kat manusia....Manusia spesis tu kat mana-mana pun ada...Aku takleh lari punya laaaaaukan bela pekerja seksa lagi ada...Macam penjara...Pekerja diperlakukan bagaikan banduan....
Aku baru-baru ni kena sergah lagi oleh security kilang yang konon-kononnya interpol....
Ada ka patut dia nak tahan aku dari pergi buat kerja aku...memanglah jarak antara office aku dengan lab jauh..Kena redah ribut taufan untuk sampai...Pintu pun akan kunci bila tiba masanya..hanya insan-insan yang tersenarai sahaja boleh lalu pintu tu dan aku adalah salah seorang yang 'bertuah'...
'Oitt ni nak gi mana ni?'
Pusing dan pandang...
'lab'
'buat apa?'
'What????'
'Pergi sana buat apa?'
'Ada nampak saya bawa apa-apa tak?'
'Apsal tak register?'
'Kenapa saya kena register?'
'Ini procedure'
'Excuse me...could you please go up stairs and ask my GM..I've no time to talk to you, i just doing my job..don't disturb me'
' heeeeeeee.....'
Jalan buat tak tau

Kemudian..kali ke-2 pada hari yang sama
'Mana form?'
'What form'
'Form kebenaran bawa keluar set'
'saya tak perlu guna'
'apsal awak tak perlu guna?'
'I think you better check all your file before you disturb me ok'
'saya buat kerja saya la'
'Saya pun buat kerja saya'
'Ehhh'
' Boleh tolong pergi jumpa dengan GM saya'

Lepas tu aku buat complaint kat bosses......Nasib la

Kenapalah diaorang ni suka main sergah-sergah....
Aku memang amat marah kalau orang kacau kerja aku.....Lagi pun tentang kegunaan pintu dan kebebasan aku keluar masuk bawa sample set telah dipersetujui oleh pihak atasan. Bukalah file bacalah balik. Bukan kerja aku nak tolong ingatkan pak sekuriti tu!


Betullah
Le ni aku banyak sangat tak puas hati hahahahahahahahaa

Saturday, May 5, 2007

kan baik tulis blog

Aku berpendapat, bagi insan yang ada masalah dan tak ada tempat nak lepaskan masalah itu..apa kata tulis je blog...kalau tak nak orang tahu identiti..sorokkan identiti....tulislah isi hati......
Aku kurang minat orang meluahkan perasaan di tempat yang tidak sepatutnya....contohnya, blog orang lain ka...website orang ka..forum-forum ilmiah ka......

Bagi aku..aku tak kisah pun orang tak minat baca blog aku..hahahahaa..janji aku tak kacau orang....siapanak baca..boleh baca tak nak baca tak yah layan.....

Friday, May 4, 2007

Aku ingin berjaya dalam dunia penyusuan susu ibu

Hari ini mengikut kiraan ticker kat blog ni akif berumor 1 tahun 7 bulan 2 minggu 3 hari
bermakna sudah 1 tahun 7 bulan 2 minggu 2 hari aku menyusukan dia.
Seperti aku nyatakan dalam entry sebelum ini

Aku ingin berjaya at least 2 tahun menyusukan Akif dengan susu aku...

Mengimbau kembali saat mula-mula aku belajar menyusukan ..
Nurse bawa masuk baby, then mereka minta aku bangun dan duduk di sofa tepi katil aku. Mereka ambil bantal dan letak atas riba aku dan Akif diletakkan di atas bantal itu.
Bibir Akif didekatkan pada nipple aku dan ...dia terus nganga 'ngap' dan menyusu..siapa ajar dia?
Kando! Tak terkata....Itulah saat permulaan aku mula kenal erti menjadi ibu yang menyusukan anak

Akif masa dalam tempoh berpantang menyusu setiap sejam , maknanya dalam selang masa sejam dia akan lapar....2 jam menyusu rest sejam then 2 jam menyusu semula dan seterusnya....
Aku pada mulanya memang tak cukup tidor tapi lama kelamaan aku dah rasa terbiasa dengan keadaan itu .....Aku susukan dia, dia tido aku tidor.....Dia bangun aku bangun....
Mungkin disebabkan dia kerap merangsang susu maka susu keluar dengan banyaknya hingga membuka jalan kepada aku untuk terfikir untuk terus menyusukan dia....

Sampai sekarang, malam memang dia kuat menyusu...aku tak kira berapa kali dia minta susu...aku bagi aja...bukan kena bangun pun...dia dah tahu cari sendiri...
Malahan kalau dia penat sangat dia tak terjaga minta susu aku pula yang terjaga paksa dia menyusu..Ada masa dia marah ada masa dia minum aja tak banyak soal....

Pada pendapat aku, untuk terus menyusukan anak selama yang mungkin kita haruslah kuat semangat, tabah dan komited.
Ke tepikan segala halangan..Jadikan rintangan dan dugaan itu sekadar sampah di tepi jalan..Kita tolong sapukan dan masukkan dalam tong sampah....nanti orang MBSA datang kutip (bagi yang duduk kat area Shah Alam)

Aku ada lagi 4 bulan 2 minggu untuk capai target pertama .menyusukan akif selama 2 tahun..kemudia aku akan teruskan goal kedua aku..menyusukan dia sampai dia kata TAK NAK

Aku berdoa agar aku ditetapkan pendirian, dikuatkan semangat olehNYA untuk aku capai misi aku ini...Insya Allah.

gambare

Aku selalu fikir....
Bagaimana aku nak corakkan masa depan anak aku?
Mampukah aku menjadi ibu yang baik?
Mampukah aku tanggung segala amanahNYA.
Makin aku fikir makin aku takut...

Aku tak nak didik anak aku dengan cara aku dididik....Bukan aku nak kata cara aku dididik salah....Tapi aku tak suka....
Alangkah bertuahnya mereka yang memang sudah bersedia dari awal untuk menjadi ibu....
Alangkah ruginya aku kerana tidak betul-betul bersedia.
Dulu aku sangka..mengadung dan melahirkan itu adalah perkara paling susah...Hakikatnya...mengandung dan melahirkan amat mudah, tapi selepas dilahirkan itulah cabaran sebenar.

Aku perlu lakukan sesuatu....Aku BOLEH....Aku mampu melakukannya....

Gambare watashi...!!!!

berapa anak?

Berapa orang anak yang korang nak?
Aku?
Minimum 1..maximum 3...
Aku takut nak beranak ramai..Bukan takut sakit atau apa..Takut tak mampu menjaga amanah Illahi itu sebaik mungkin....
Memang anak itu rezeki.....Namun kita boleh membuat pilihan.Insya Allah ...

Masa aku balik kampung baru-baru ni...Aku dengar cerita, orang-orang kampung yang suatu hari dulu kutuk sakan sesiapa yang ambil pil perancang...sedang mengalami masalah..masalah anak tak terjaga tak terbela...rosak binasa..Banyak kes..kes maksiat la...kahwin dulu lepas tu baru nikah!
Baru nak menyesal..Menyesal anak ramai tak terdidik tak terajar....
Kalau terlajak perahu boleh lagi kita undur tapi terlajak tingkah....kena kendong juga sampai ke akhirat....

Thursday, May 3, 2007

Bagaimana dia mengenal 'animal'

CAT- Dia memang suka cat...
CICAK (sekarang dia sebut she-syak kekadang cak)- sejak pindah umah le ni adoiii bnyknya..maka secara otomatik dia kenal cicak..haru
DOG- selalu jumpa dog kalau pergi babyland ss2 PJ...Tapi adoii masa balik kg..dia nampak goat...tapi dia sebut...'mi tu dug(dog)'
BIRD- banyak birds....
BUTTERFLY- kenal dari TV....
Dan beberapa jenis haiwan lagi..Dia kenal melalui lawatan sambil belajar bersama mummy dan daddy ke zoo negara....

He's OK

Tadi balik kerja singgah klinik...Minta doctor check si gedebi....Alhamdulillah gedebi OK..But tak tau la apsal gedebi batuk..ponat den pikir....
Doctor bg ubat spare heheheh ventolin laa.....

Gedebi minum susu abih dua2 belah...kenyang burrppppp.....
Sampai umah dia sibuk nak ndi-ndi (mandi) then nak nak nak (nak susu lagi) seterusnya tidoooooo..Awal dia tido...

Petang tadi masa jemput gedebi.....Dia tengah main kat taman Taska..bukan main lagi ligat macam gasing...

Dilaporkan hari ni gedebi kurang aktif..Lepas makan or nyusu dia asyik tertido aja...
Doakan gedebi sihat ya...mummy nak update FP...

Susah hati le

Susah hati le...Akif batuk tak sembuh-sembuh. Ingat ke dah OK rupanya ada lagi batuknya.Masa balik kampung OK aja..Balik shah Alam kena semula...Petanda tak suka Shah Alam ke?
Mana boleh..Dari dalam perut lagi dia memang dok Shah Alam.
Makin susah hati bila, pagi tadi hantar dia ke Taska, para pengasuhnya kata dia nampak pucat..aisehh mummy ni rabun memang tak nampak sangat, daddy? Daddy tu bukannya tau macam mana pucat macam mana tak pucat.
Terbayang-bayang wajah Akif. Nampak kurus sangat..Dia sekarang memang susut....Tak tahulah kenapa..Nampak leher panjang je dah tak nampak ketak-ketak sangat dah.
Makan...Semalam dia makan nasi banyak...Mood makan dia bergantung pada selera dia. Kalau dengan mummy memang dia akan menyusu memanjang...
Dah naik segan nak jumpa doktor. Ke nak kena gi jumpa Dr.L nih?
Mmmm....Petang kang balik nak bawa jumpa GP jap....Nak minta check lung, hidung, telinga etc.....
Melihat pada cara dia batuk, macam dia tengah sakit tekak..Kesiannya.
Mummy plak bulan May ni sibuk yang teramat sangat.

Wednesday, May 2, 2007

p/s

Bulan May ni bakal menjadi bulan tersibuk aku pada tahun 2007 ini..Fuhhhh berdebar-debarnya.
Aku dah tanya hubby tadi in case aku terpaksa OT hari Sabtu ..apa komen dia....Kihkihkih...Dia....Diam...Buleh la kot....

Summary cuti 5 hari

27 april- Akhirnya aku dapat kepastian tentang reservation lab yang aku 'tempah', dan jadualnya amat ketat sekali..sebagai contoh, 3 may ni aku nak kena 'jalankan' 3 labs...maka sebelum 3 may lagi aku dah bg tau bosses...'i need someone to run the program'
mmmm....just wait and see what will happen on 3rd may...
Balik rumah tatkala maghrib..cettt..takleh nak bawa kereta masuk depan rumah sebab ada orang buat kenduri 29 april tapi malam ni dah pasang meja..adeiii.....patah balik park tepi main road angkut barang satu persatu....Si tuan kenduri selang 10 rumah dari umah kami....Hanya jemput by 'card'..Tak de pula bagi tau nak 'tutup' jalan..Menyusahkan betul.Tak suka sungguh orang buat kenduri dengan cara menyusahkan orang....end up tengah-tengah malam aku bergaduh ngan hubby sebab aku paksa dia pergi bawa balik kereta ke porch rumah..(derang alih meja sesudah tengah malam)
Memang kenduri kat Shah Alam ni Karaoke tu syarat sah kenduri ke syarat sah nikah???(kawasan rumah aku ni kalau kenduri kawen je memang ada le karaoke..sungguh aku tak faham..Tengah-tengah malam buta menjerit-jerit menyanyi..kacau anak kecil nak tidur...kalau suara sedap tak pe..ini..suara ...argghh...malas nak komen)

28 April- Bertolak balik kampung yang dah 6 bulan aku tak jejak...bertolak 9am sampai 2:30pm...Akif stop poo poo...etc...kat RSA...Kihkihkihkih....
Sampai aja kampung dia jumpa cat..maka malam tu mummy ngan daddy dah tidor dia tak tidor lagi..mengadap cat....

29 april- Pukul 5am aku terjaga sebab terperasaan akif ada kat sebelah aku hahaaa....Pergi 'pekan hari' ngan mak aku.
Beli buah nenas suruh mak buat pajeri nenas..menantu dia nak makan...

30 april-Bawa mak ngan ayah ke spetal ambik ubat and ayah ada appoinment ngan doktor. Petang plak pi ambik adik aku kat tempat kerja dia then kami pergi cari kek...Adeiii susah sungguh nak jumpa kek...kek konon nak wat sambutan 3rd anniversary laaaa.....

1 May- hari pekerja...merangkap ulang tahun perkahwinan kami yg ke-3 mengikut tahun masihi..Alhamdulillah. Pukul 9am bertolak balik Shah Alam...Singgah Taiping jap..makan mee combat.
Then sampai kat Bukit Suang pukul 5pm..hantar barang-barang yang mak aku kirim kat adik aku...Sampai umah kami pukul 5:40pm gitu....Tanam pokok pandan ,serai dan kunyit yang aku ambik benih dari kampung...Harap-harap tumbuh laaaa...

2 May- Petang tadi gi Babyland summit USJ..ada sale laaaaaa....aku gi beli bepanthene ngan sebamed mandian akif aja..Jap tadi tonton cerita Oshin...Then baru online..heheheh..Hubby tengah iron baju.....

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search