Friday, August 15, 2008

dudukla

Anak aku sekarang dia dah mula pandai nak complen...
(hakikat sebenar aku ni memang suka complen....)

Tapi anak aku bukan complen orang lain dia hanya protes ngan ibubapa dia aja....

Dia ..maybe rimas kot tengok..
daddy..pantang dia sepah daddy akan kemas...
mummy...sikit2 cuci tangan sikit2 iron baju...sikit2 lap itu ini....
sikit2 pesan dia itu ini...pot pet pot pet....

apa dia buat...

kalau mummy start pot pet pot pet...
dia....gunakan tangan dia tutup mulut mummy...."mummy diam buleh?"

kalau daddy mula kemaskan apa dia sepah...dia pi sepah benda lain..
"daddy kemas buleh?"

Kalau mummy dok pi mai pi mai...sana sini...
dia akan cakap..."Mummyyyyyyyyy...Duduk laaaaaaaaaaaaaaa....sini..sini...duduk la....."

tak pun dia cakap..."mummy tido...bleh?"
dia suruh aku tido..aman dunia.....!!!!!!

Check it OUT!

daddy punya citer
Tak dapat den nak nolongnya

Thursday, August 14, 2008

ONE PARAGRAPH THAT EXPLAINS LIFE!

Diperolehi dari forwarded Email.

So sama-sama kita renungkan dan ambil apa yang relevan...hehehehee

ONE PARAGRAPH THAT EXPLAINS LIFE!

Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he
got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983.

From world over, he received letters from his fans, one of which
conveyed: "Why does GOD have to select you for such a bad disease"?

To this Arthur Ashe replied:
"The world over -- 50 million children start playing tennis, 5 million
learn to play tennis, 500,000 learn professional tennis, 50,000 come to
the circuit, 5000 reach the grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi
final, 2 to the finals, when I was holding a cup I never asked GOD 'Why
me?'. And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?' "

gedebiku sayang

salam

Update on my gedebi

Gedebi makin hari makin BIJAKsana....
Makin banyak akal..yang auta pun banyakkkkk

kes 1
Dia tiba2 nak pakai diapers semula kalau kat rumah..kat taska OK aja pakai seluar kecik...

kenapa nak pakai diapers?
acif tak nak e-pesh
kenapa?
acif penat la pergi encing....
Hah???
acif nak main..nak tengok mickey nak tengok jerry...nak baca ABC....penat nak encing....
(penjelasan apa yang mummy faham: Dia tak nak buang masa gi kencing sebab sayang nak tnggal aktiviti dia yang best2)

Habis tu kat school boleh pula pergi toilet....
itu school.....
apa beza school dengan rumah?
rumah best..acif suke...
mummy...speechless......

kes 2
Akif dah besar tak perlu diapers2 ni...
tak nak..nak e-pesh juga...
orang besar tak pakai diapers la
mummy pakai...
hah?
mummy pakai...(terus masuk bilik then keluar bawa something..)
ni e-pesh mummy!
Ni bukan diapers...Ni PAD la...
sama aja macam e-pesh...
Mana sama....
sama....
tak sama...
ayaaa mummy tu...SAMAAAAAAAAAAAAAAA...UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
mummy....speechless

kes 3
kenapa nangis pagi2 bila mummy hantar pergi school
ada orang babab acif
siapa...
ada la..
nanti mummy cakap kat kakak2 jangan bagi orang babab akif...
cakap yaaaa.....
iye....
cakap yaaaaa......
iye.....
apa mummy nak cakap?
Erk....

Kes 4
Asalkan nak tidur aja dia buat katil tu tempat melompat...Daddy marah la..katil bukan tempat main...

Hehhh daddy....apa marah2 acif????
tak baik cakap macam tu...
daddy babab acif...acif kecik lagi...
mummy babab daddy...ok?
tak payah!
akif babab daddy la kalau macam tu....
tak payah....
habis tu???
Acif tak nak tidur dekat daddy!!!!huh......
(ambik kau....anak bengang!)

kes 5
Acif tak nak selipar.nak kasut
kenapa?
selipar pakai kat school..kasut jalan jalan...
oooooooooooooooooooooo................

kes 6
mummy mana ni?
ni apa?
ni...ni..ni..(tunjuk area rak buku)
apa 'ni'?
ni.....
Ohhh nak worksheet....

Huh..penat aku.....ini pun 'ni'..itu pun 'ni'....worksheet pun 'ni'?????


kes 7
asalkan mummy buat muka nak marah dia terus nangis ala2 baby..konon dia kecik lagi tak layak dimarahi......

tak habis mummy terkena...

Wednesday, August 13, 2008

mood-membaca

La ni mood aku: malas nak tulis entry..
so aku nak tengok berapa lama aku bleh tak de mood macam ni hahahaaaa

Sebab la ni aku punya semangat membaca tengah gila2...
Banyak sangat benda/books yang aku nak baca...so aku rasa macam malas nak menaip....

blog org aku gi baca sebab itu MEMBACA...

Kalau Email pun aku baca..sebab MEMBACA....


Happy READING! Aku nak gi 'menembak' sambil baca nota!

Monday, August 11, 2008

rojak campor

sabtu ahad hari tu aku ada banyak sangat nak blogging tapi aku tak blogging sebab aku tengah gila nak habiskan novel2 aku hahahaaa

dalam usia yang dah suku abad lebih nih aku masih dok pulun baca citer oleh sidney sheldon hahaaaaaaa

Ingat ka dan habis..tak dan juga
dah berbulan baca ni
15 minit sahaja sehari..bayangkan bila kurun mau habis.
aku baca atas bus....

Aku nak baca direct sampai habis tak terdaya..banyak lagi buku aku nak baca...banyak lagi kerja nak buat...bagi aku kira aci la sehari 25 minit hahahaaaaa

baca buku hasil penulisan pak cik ni bagi aku....aku suka...bahasa dia mudah aku faham.
aku kan tak reti omputih..tapi baca buku pak cik ni aku bleh sedih..takut...gelak..bagai..kira aku faham la hahahaaaaaaaa

Lepas tu...
aku tetiba ada juga baca novel cinta remaja..kihkih
aku pinjam dari pengasuh akif..kihkih..baru abis sebuah....
hahahaaaaaa

alaa takkan aku nak baca bab2 technical aja kan..sekali sekala aku kenalah baca juga
walaupun aku tau novel2 melayu ni jalan cerita dan ending lebih kurang aja..aku layan juga hahaaaaaa

Masa aku form 3 dulu aku gila baca 'budak setan'

Lepas tu ntah apa2 novel cinta lagi...sampai aku masuk matriks..
jgn tak tau masa musim SPM org baca nota untk persediaan akhir aku layan novel cinta pinjam dari bdak junior la...akak matriks laa....
tukang nak bagi pinjam plak serba salah...
(aku nak baca nota SPM apa daaa..aku dah pos balik kampung semua buku aku....kahkahkah..time SPM time jawap soalan bukan time baca nota...see...smartkan aku..GILA!!!Sambil dok tengok juara lagu kutuk siti nurhaliza...Jahat sungguh..Ohh tapi aku tiap pagi akan bangun tgk rancangan motivasi Dr.Fadhilah Kamsah..)

Sebut motivasi
Yaaaaa..Aku ni jenis manusia benci baca buku motivasi....
Kalau dengar aku suka..baca aku tak suka..So..kalau aku baca apa2 yg bab motivasi aku akan baca kuat2 hahahaaa

Tukar topik

17 september 2008 ni anak manja aku akan 3 tahun..
La ni itu kanak2 sudah mula dok sebut.."bila happy birthday acif..."

pantang jumpa kedai kek..."nak happy birthday.."

Bab praktis nyanyi lagu birthday jgn cakap laa..hari2...
tiup lilin pun praktis juga....

nak berapa batang lilin?
"LAPAN!"..tapi jari tunjuk 3...

"Nak happy birthday ade ultraman.."(nak kek ada ultraman)

"Tak yaaah laaa..."

"Ade doraemon pun tak ape..."

UWAAAAAAAAAAAAAA........

Aku tengah fikir nak advancekan upacara tiup lilin...
Nak buat kat rumah 3 beranak aja hahaaaaaaa

Tapiiiiiiii...
"acif nak happy birthday kat school"

"Bawa goodies aja ke school tak boleh ka...?"

Buat muka sedih....adoiiii...

tahun lepas birthday daddy belkan basikal....
Tapi basikal tu buat hiasan aja....

Tahun ni?????

Friday, August 8, 2008

bila perlu pisahkan tempat tidur anak?

Aku pun selalu fikir juga tapi buat2 tak layan..
So aku pun search laaaaa..

dari segi barat ..segi Islam...
aku jumpa beberapa artikel so aku tempek kat sweetstory aku...sila laaaa

Tapi aku simpulkan sikit la

1. Pisahkan bila anak dah boleh bezakan baik dan buruk...
2. Pisahkan setelah mencecah 7-10 tahun.
berdasarkan Hadith

"Order your children to observe Salat when they reach the age of seven and spank them for not observing it when they reach the age of ten, and arrange their beds (for sleeping) separately." (Abu Dawud)

Gimon ga toketa!

Bagaimana beras diproses secara tradisional.

Padi..
Beras...
Beras makin mahalkan sekarang.Kasihan kita.
Alasan kenaikan harga apa ya...
keperluan melebihi bekalan kan?

Perkara ini membuatkan aku teringat balik kenangan-kenangan?Or bagi aku more to my experience when I was 4-5 years old. Awat aku kata 4-5 years old?Sebab bila aku 6 years old aku dah masuk Tadika dan aku tak dak masa nak perhati dah sebab aku sibuk! Kahkahkahkah...Sibuk ooo..zaman tadika....Lagi pun lepas tahun2 itu teknologi pertanian makin berkembang maka apa yang aku dapat tengok dan masih ingat asa aku 4-5 years old dah tak wujud lagi.....

Aku mulakan perkongsian ini dengan nota peringatan..

Nota peringatan :ni cara tradisional orang kampung aku tanam padi..proses beras 24-23 tahun yang lalu.
Dan ada juga yang au tak berapa ingat...tapi layan la juga ya..

Penyediaan benih dan semaian

Selalunya benih padi akan dipilih dari baka paling baik dan kualiti juga yang terbaik dari hasil tuaian musim sebelum

Padi-padi yang ingin dijadikan benih akan di asingkan dari padi yang hendak dijadikan beras

Padi benih ini akan direndam dalam air.Selalunya dimasukkan ke dalam guni dan dicambahkan..
Bila dah bercambah, benih-benih ini akan disemai di tapak semaian.
Tapak semaian ini selalunya dikhaskan di satu sudut sawah/bendang
Kalau grandparents aku, depa selalu khaskan satu bendang untuk tapak semaian sebab depa ada banyak bendang2 yang lain.....

Lepas anak semaian dah sampai tahap boleh ditanam, anak-anak semaian ini akan dicabut, dan diikat. Untuk ikat ni selalu guna tali dari kulit pokok (aku tak tau pokok apa..tapi ayah aku la tukang carikan)
Tali kulit pokok ni tak akan cederakan anak semaian.

Kemudian anak-anak semaian akan diangkut ke bendang2 yang sepatutnya.

Bermulalah proses menanam.
Cara tradisonal, guna jari jemari atau guna 'kuku kambing'.
Masa aku kecik2 dulu aku sedih sangat sebab aku ingat kuku kambing tu ambik dari kambing..kesian la kambing...rupanya diperbuat dari kayu tapi bentuk sebiji macam kuku kambing....sebab tu panggil kuku kambing...
Letak anak benih tekan ngan kuku kambing dan benih pokok akan terbenam masuk ke tanah bendang berselut itu.

Setelah proses menanam tamat, adalah beberapa peringkat tapi aku tak ingat..peringkat takung air ...keringkan air etc..

Bila padi dah berbuah....dan hampir masak bendang dikeringkan sebab
1. dah dekat nak menuai..takkan nak tuai dalam selut
2. sifat pokok padi makin berisi makin menunduk..kot kalu menunduk tu padi masuk dalam ayaq..beras terhasil tak berkualiti..perang ja jadinya..kalu tok aku(nenek) dia bagi kat ayam2 dia ja beras type ni....

Tu pasai org2 dulo2 amat sensitif bab musim hujan panas ni depa matchkan dengan time menuai menanam etc...

Dan akhirnya tiba masa menuai...

Pokok padi dipotong/dikerat dan dikumpulkan.
Diikat dalam kuantiti sesuai untuk proses meleraikan buah padi (kami panggil memukui)

Lepas ikat pokok2 padi itu dijenur dulu di bawah terik matahari..relevannya untuk memudah penceraian dari tangkai2nya.

Setelah itu proses meleraikan(memukui) dijalankan dengan cara pukul itu ikatan pokok padi kat sejenis alat yang aku tak ingat nama...hahhaaa
ada macam satu bekas then dilitupi guni ada ruang kecik ja untuk kita pukul itu pokok padi...
Terlerailah padi dari tangkainya

Kemudian, padi2 akan dijemur. Selalunya orang kampung aku depa guna guni2 baja etc untuk buat tukar penjemur...
guni2 dicuci bersih2...di cantum2 dengan cara dijahit dengan tali rafia...

Proses menjemur ni untuk memudahkan beras lekang dari kulit padi.

Bila dah cukup kering maka padi2 ini akan ditumbuk.
Jangan risau bukan nak tumbuk hancur hanya tumbuk bagi kulit lekang dan selalunya mudah lekang sebab dah dikeringkan secukupnya

Next, beras bercampur kulit akan dianginkan dengan guna nyiru dan sejenis kipas(untuk hasilkan angin...ni manually pusing yaaa...kena dua org buat sorang pusing kipas sorang pengang nyiru)tapi kalau musim berangin/musim kemarau mmg angin datang semulajadi....

Bila beras dan kulit padi dah diasingkan bleh la kita guna beras tu tanak nasi...Fresh tu!edappppp.....bau pun wangi aja....Dah bertahun lama aku tak merasa beras 'segar' dari sawah...

Semua proses ni aku tak pernah buat..Aku tukang perhati sahaja..aku dok atas batas ban saja..Takleh jejak bendang kang tok wan(Atuk) aku ligan jenuh aku nak lari....

Tapi..Bila aku meningkat remaja semua ni dah tak wujud sebab mesin padi dah ambik alih..mesin asingkan padi dan beras dah ada...

takyah nak jemur2 dah....guna mesin padi....tuai..dari mesin padi tuang masuk lori terus hantar ke kilang taraaaa..dah jadi beras.

Dahulu...setahun sekali aja buat bendang bila dah makin maju setahun 2 kali ntah dah 3 kali.....

Tapikan...walaupun kemajuan teknologi dalam bidang penanaman padi ni....masa aku kecik2 dulu aku memang
suka sangat musim menuai hahaa..tradisonal ka ngan mesin padi ka..aku memang tunggu....

Dan satu sahaja peluang aku nak masuk bendang...
time nak bersihkan bendang..tolong kumpul jerami untuk dibakar...
Dan.....satu kampung berasap....bendasing hitam2 terbang merata2 hahahaaaaaaaa
Kalau kena baju sekolah..menangis kau kahkahkahkah...

Normally kalau time bakar jerami di akan buat ikut turn..bkn serentak....pak cik A dulu bila pak cik A punya bendang settle baru pak cik B boleh bakar...

Cara orang kampung jaga alam sekitar...

Lepas tukan hasil bakar tu bertukar jadi baja asli....untuk next punya penanaman...

sekian sahajalah flash back aku 23-24 tahun yang lalu...
Ni kali ke 3 aku bercerita...
1st kat hubby aku 2 hari lepas..
2nd kat opis mates aku...

Hahhahaaaaaaa

p/s: masa mesin padi baru diperkenalkan kat kampung aku ayah aku buat satu teka teki...

apakah benda sambil makan dia berak...?

Jawapannya mesin padi....dia potong padi dia buang jerami...huhuhuhu

sapa tak pernah tengok mesin padi sila angkat kening sebelah!

Thursday, August 7, 2008

Itu AKU

 
Apa aku nak share is cerita aku yang korang akan gelak..
sebab aku sangat2 ^&*(#$%^
 
OK..Nak tau apa dah jadi????
 
Ceritanya macam ni
 
Aku minggu ni 3 hari mai opis lambat...
Ponteng morning meeting
Nampakkan.....apa yang aku nak sampaikan
 
pagi tadi..menejer panggil aku sebaik saja dia nampak aku.
So dia suruh aku ikut dia la..
 
then dia kata....
Dia nak talk ngan aku bkn macam boss ngan staff la...dia ala2 fren gitu..Buleh?
 
(so u wanna to listen my true feeling la ya)
 
OK....
 
So dia tanya aku awat lately aku ni suka benar buat hal..
(macam bdak sekolah asrama protes je gayanya)
 
Aku pun bagai org mengantuk disorongkan bantal....
From A-Z.....laaa
 
Aku siap tanya dia...
 
Apa aku dapat tau..
 
Bayangkan project yang aku involve gah dipersada market...US/UK sana la...Untung juta2..menejer promoted..apa aku dapat???????
 
menejer kata...Dia amat2 puas hati ngan prestasi aku project lepas tapi awat project la ni aku buat nak tak nak aja...
 
so jawapan aku...
buat apa aku nak pulun kalau hati tidak senang...
Aku tak dapat apa2 melainkan gaji bulanan..which is akan dipotong every minute aku datang lambat..so aku kata..aku dtg lambat pun company tak rugi...
sbb depa potong gaji aku
 
susahkan ada staff BIJAK lagu ni???
 
Dia tanya awat aku tak pi morning meeting
aku jawap "aku tak suka tengok muka #$%^"
(jawapan paling ikhlas)
 
Dia angguk...dia tau aku tak suka itu orang
Dia kata dia tau aku ni bukan jenis pendam..aku jenis akan luahkan apa aku tak suka...ITU AKU!aku bukan Yes boss type..
(bagus dah faham aku..bagus...)
 
tapi dia kata aku takleh emo laa..aku kata macam mana aku tak emo kalau lahanat tu emo?lahanat tu dah menejemen level patut professional la....
kepimpinan melalui teladan la kan...(ni aku curi ayat kak yan kawan aku..hang ada good point la kak yan..)
 
Aku terus bg tau aja kebenaran yang almost 97% kami mmg tak suka itu lahanat...
 
Dia kata dia akan buat sesuatu..
OK aku tunggu dan lihat
tapi dia minta aku...ubah cara aku fikir jangan negative...
 
korang bayangkan kalu hari2 kita masuk dalam environment with negative charge...
charge +ve dalam kita ni static..tapi charge -ve bergerak...
(apa aku belit ni?)
 
concept dia..charge -ve and +ve akan bertarikan bg meneuralkan tapi kalau charge -ve banyak dr +ve maka wujudlah suasana -ve..logik tak teori aku???
 
Aku tengah pk ni..aku nak back to 'real me' ke nak maintain ''%^&*$% me'?
Oh NO...I'll be a 'better me'
 
ceh konon nak kata aku hebat la konon....
Dia kata aku ni VERY SMART...
I know u r VERY SMART.
Dah kalu aku smart sangat awat hangpa tak nampak potensi aku?AWATTTT?????????????
 
Ya aku memang SMART..BIJAK..BERKARISMA..CEKAP..DAN SEGALA MALA POSITIVE ALTITUDE!
 
Itu aku!
 
soooo WHAT???
 
sekian lepas perasaan yang sebenarnya dah lama terlepas....
 
Aku appreciate juga sebenarnya sebab dia sudi luangkan masa dia nak heart to heart ngan aku
Arigato..
I'm waiting for the improvement
 
Fu-in-ki wo kawate kure yo!
 
p/s: please ignore all the typo or grammar mistake..layannnn
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, August 6, 2008

tensi

la ni pukoi 1120pm
hubby baru balik dr main futsal.
anak aku mengamuk dari 8pm tadi
kes..daddy dia pekena dia
suruh dia mandi ngan aku..bila dia keluaq bilik ayaq daddy dah cabut
macam nak runtuh pintu rumah dia kocak..gegar bagai..jeritttttttttttttttttttttttt

aku kena gigit...cermin mata aku kena hawing(lempaq)...tangan kaki betis aku habisss dia gigit..dagu aku pun! bayangkan...
memang mamat kemetot tu angin sungguh
tak daya aku
aku on lappy dia shut down
aku connect 3G device dia disconnect.......

menangis menangis sampai daddy dia depan pintu dia diam tunduk merajuk
anak manja

lepas tu
adeii
taska anak aku tukar owner
aku tak tau lagi mcm mana tapi macam kureng jerk...
aku..kalau org nak deal ngan aku main ala kadar aku mmg tak de masa...
so aku akan tengok perkembangan macam mana...
dah hampir 3 tahun tuh anak aku dok situ

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search