Wednesday, April 30, 2008
The true color of motherhood
Frankly speaking, mempunyai anak yang sedang berkembang pesat membina minda dan sel-sel otak nan aktif ini amatlah mencabar..minda, mental,rohani dan jasmani....
Bayangkan si anak meminta anda melayannya 24 jam..Meminta anda bersamanya 24 jam...semua kena buat dengan dia....Tanpa dia...TAK BOLEH
Akif Hafiy...
Antara pengetahuan yang sedang dia cari
1. Ingin mengetahui the taste of every single thing!
- Percubaan merasa urine dia
- Percubaan merasa air buangan mesin basuh
- Ingin merasa segala ice cream!
- Ingin merasa segala gula-gula!
- Ingin merasa segala jajan(included yg KAYA dengan MSG)-naik berang mummy tau
- Ingin merasa apa rasa dinding depan..dinding dapur..lantai..tikar kapet etc..Dia JILAT OK. Dan bila kita tegur..jawapannya "acif nak'Ayer(rasa) sikit je"
- Teringin nak rasa garlic, anion etc..Tapi peppers tak hingin plak dia rasa "acif tawu...edassss"
- ETC
2.Dah mula 'concern' on jantina
Dia dah mula bagi tau aku...
"mummy...jaja tak ade ini(merujuk pada bird dia)..Hilang ...."
OMG! What should I do?
"Jaja girl...Akif boy...so memang berbeza..."
"Kenape?"
"Itu ketetapan Allah..."
"Kenape ?"
"Nanti besar Akif tahu.."
"Bila acif besyar?"
"soon.."
3. Dia dah mula demand...
Apa daddy dan mummy beli untuk mummy dan daddy kena share dengan dia...
SEMUA!
4. Mogok...dan merajuk....Perkara biasa....
5. Yaaa...Sekarang dia dah buat schedule sendiri..When to read..when to write ..when to watch TV..what movie going to watch...and paling impact mummy punya schedule...TIME TIDUR! Tak mungkin mengatuk selagi tak 12am+
Itulah cabaran terkini untuk mummy akif hafiy
Tapiii..Yang mummy suka...
Sesame....play with me!
Dia tukar...
MUMMY....PLAY WITH ME!!!
"Akif sayang mummy?"
"TAKKKKK"
"Tak sayang mummy??"
"Takkkkkk...TAKKK..."
"Huh..tak sayang mummy...."
"Syape tak yayang mummy??"
"Akif.."
"Iyee???..Acif yayang mummy yaa...tak payah ya tanye...Acif yayang mummy hari hari"
hari-hari tu maknanya SELALU..
moral:saya memang sayang mummy..so tolong la jangan tanya...malas saya nak jawap soalan berulang-ulang...
Dia memang pantang kita tanya same question berulang...
RHBBANK ONLINE BANKING
Tuesday, April 29, 2008
welcome to celcom BB
Masa aku final year dolu..Kat Japan tengah boom Yahoo BB(broadband)
2 bulan free international call bagai....
Unlimited internet access!
Sungguh terpegun aku dibuatnya....Bayar Yen3000 shj....
Then..
Last week suamiku telah meng'order'(beli laa) dan langgan celcom BB...
Semalam baru dapat the device....Dan Dah start guna malam tadi
So hari ni dia nak gi terminate Streamyx.
Mmmm......
Apa motif aku ni?
ohhh...nak bagi tau aku dah start guna celcm BB kat rumah dan dah nak stop guna streamyx
Lagi satu yang aku happy dgn celcom BB ni...
aku boleh angkut pi mana2
asalkan aku bawa devicenya, laptop dan area aku pergi tu ada 3G signal or GPRS....
Tapi kalau GPRS signal slow la sikit..but never mind la..asalkan aku connected to the 'world'..Aku sukaaaaa
Aku punya addict to internet tak boleh nak bendung dah.....
Memang tahap tak jumpa internet sehari lemah badan...Dahsyat kan???
Mende ni le....
Tapi ini hubby beli atas nama benefit staff itu company....
For corporate use!(Tapikan malam tadi dia gelabah bila tetiba dia takleh connect to server company dia...laki aku ni loyal staff tau....takleh idup kalau sehari tak connect to server company dia...Tapi bertuah dia ada wife yang macam aku....kahkahkah...)
Device ni kalau org macam aku nak beli mau cecah RM1XXX (sampai ka tua la aku tak beli hahaha)
Tapi hubbyku dioffer RM3XX
Tup tup bila pi bayar disuruh bayar RM2XX
WOW!
Lesson:Kita beli bila ada discount SAHAJA..Tak dak discount tgk je lee.meleleh ayaq lioq...
Monthly fee RM90..Internet access unlimited..24hours 365days
Setakat guna semalam..OK la..laju la dari streamyx aku yang package RM44 (6ohours/month)
Tapikan.....
Macam aku ngan hubby dan si anak teruna bagai akan berebut je nih!
Anak teruna pun malam tadi nangis guling2 nak try tgk YouTube Mickey ...Mmmmmmm
yang daddy plak tgk gelabah takleh connect to server company dia...lawak lawak....
Yang mummy plak kalut nak buka MHU..kahkahkahkah
Riuh rendah kahkahkah...
Guna sama2 yaaa
Monday, April 28, 2008
Hilang
jumaat malam sabtu
daddy gi rumah kenduri ada tahalil
dia kat rumah dengan mummy
(daddy lari sebenarnya masa dia gi pee kat toilet)
Bila dia sedar dia mula mencari daddy...serata rumah...bawah almari
bawah katil..bawah kerusi(tak de logik langsung tak akan daddy muat nak masuk bawah semua tu kan..dia lain laaa...)
"mummy..daddy mane?"
"Daddy?"(mummy buat2 tak tahu...
"A,,Daddy acif mane?"
Belom sempat mummy jawap....
"mummy daddy hilang......daddy..daddy....Mummy daddy hilang..."
"Daddy tak hilang la....Daddy ada.."
"Mane?"
"Daddy pergi rumah kenduri.."
"mane?"
"pergi rumah kenduri..."
"ken-tuwi tu ape?"
"Kenduri tu majlis keramaian..."
"Ape tu?"
Mummy garu kepala lagu mana nak explain...
Maka mummy tukar topik..
"soo kita nak belajar ke nak main ke nak tengok TV ke nak buat apa?"
"Nak tunggu daddy..."
Hari Sabtu pagi mummy plak gi 'merewang' kat rumah kenduri...
Dia tak bangun tidur lagi masa mummy keluar rumah...
Dia 'rusuban' ngan daddy la
"Daddy..nak mummy"
"Mummy tak ada kat rumah."
"mummy..mummy..."
Cari mummy satu rumah ala2 macam cari daddy juga
"daddy..mummy hilanggg.."
"Mummmyyyyyyyyyyyyyyy"
Daddy mandikan dia then bawa gi rumah kenduri...
Nampak aja mummy..
"mummyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....mummy acif tak hilang yaaa"
Malam tadi pula daddy 'lari' lagi gi ambil kereta sebab nak simpan kat umah le since dah bleh masuk..masa kenduri kereta tinggal kat area umah flat...
Jalan tertutup dek pelamin...
Bila dia perasan daddy tak ada
Dengan deraian air mata...
"Mummyyy...daddy hilang lagi!uwaaaaaaaaaaaa"
Adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Tak de nye mummy ngan daddy nak hilang!
Sunday, April 27, 2008
weekend
so daddy yang baik hati tu tak lekat kat umah laaaa
mummy le nak kena entertain anakanda
ni mummy tgh dok update FP cik abe teruna manja ituuu...
ala bukan ada gambar apa pun gambar dia ngan blocks..
Dia la ni..machinery skill Alhamdulillah makin mantap
siap bleh buat aeroplane...turtle ngan blocks...
penuh kepuasan di wajahnya tiap kali buat presentation depan mommy
tahniah anak mummy.....
ni mummy tengah cari bahan utk books dia...
Friday, April 25, 2008
Another story of BF
Diceritakan semula oleh pengasuh anak aku.
Pada suatu hari ada seorang FM promoter dr company X telah berkunjung ke Nursery anak aku.
Dia datang bawa sample FM.Ini bukan cerita tentang FM but cerita tentang BM.
Anak aku tak tidur tengah hari itu sebab dia baru aja bangun pagi(pukul 12pm).Ish ish..anak terun anak teruna
Apabila pengasuhnya keluar untuk entertain 'this lady' dia pun interframe le.
Lantas
"Besarnya 'baby'"
"heheheheheh.."
"berapa tahun ni"
"2 tahun lebih"
"Ni mesti minum susu badan ni..."
"Memang pun..sekarang pun minum lagi.Tapi macam mana you tahu?"
"Tengok dari perwatakkan dan badan dia ni kita dah boleh agak.."
"Oh ye ke.."
Maka si promoter FM itu tetiba tukar topik ke BM..Dia cerita bagaimana dia yang susukan anak dia sampai anak dia 7 tahun....
Siap tinggalkan message untuk aku lagi...Suruh aku teruskan BF si akif as long as possible/i can.
Betul erk kita boleh kenal budal BF hanya dari luaran???
Maybe yes bagi yang berpengalaman
I support breastfeeding
I love breastfeeding
I breastfeed my son...
I love my son.
Books for him
Antara yang mummy buat
1. slide dengan power point
a) ABC slide berkisarkan apa yang Akif biasa lihat.
A for Akif
B for baby
C for cat
...
...
....
Z for zoo(sebab dia dah biasa pergi zoo)
b) Berkisar tentang pancaindera
Mummy ambil gambar mata dia..hidung dia etc dan mummy masukkan kat slide.
c) Slide my family.
This is my father
This is my mother
This's me, akif!!!
Letak gambar sorang2
This is my family-Letak gambar sekeluarga
2. Mummy print slide buatan sendiri mummy
a) laminate
b) mummy lekat kat manila kad mummy guna packing tape mummy 'balut'
3. Mummy cari kat internet free flash card..
alphabets, numbers, clothes etc mummy save and print
Then mummy laminate.
Cara mummy laminate
Mummy tak ada laminating machine.
Maka mummy guna iron.
iron board-laminating film with paper inside-kain-iron panas..
Mummy beli laminating film kat kedai buku..
So far
#1 size half A4(B3?B5?) 100pcs RM25
#2 size 1/6 A4 100pcs RM19.90
#3 size A4 100pcs RM69.90
Tapi yang mummy guna yang no #1 dan #2 sahaja.
Mummy kan dolu belajar kat Nippon..Buku-buku kat nippon(zaman mummy la) kecik2 molek.Maka mummy memang nak buat buku kecil-kecil je buat Akif.
Lepas tu mummy juga buat poster kecil untuk dia dan juga poster besar.
Yang kecil guna A4 size or 1/2 A4(size apa ya 1/2 A4 ni)
Yang besar guna manila kad.
Reason mummy tak mau beli buku untuk dia
1. Dia suka sangat conteng buku- dah guna laminated ni conteng tak lekat
2. Dia suka koyak buku- laminated takleh koyak
3. Dia suka 'mandikan' buku- laminated tahan lasak sikit.Kalau dia 'mandikan' mummy jentik dia..dia tak akan ulangi lagi.
4. Dia mudah bosan- Kalau mummy buat sendiri mummy boleh buat ikut peredaran kesukaan dia pada masa-masa tertentu
5. Kalau dia dah bosan dengan satu2 buku yang dibeli kadang-kadang dicubit kecil2 kertas2 itu lalu dia kunyah2!Bila hancur dia luahkan..buleh?-Bila laminated tak boleh nak cubit tak larat nak kunyah.
6. Kalau buku mummy buat tu rosak mummy boleh buat lagi!
Cuma rugi mummy buat sendiri..Mummy takleh le dapat pengecualian cukai hahahaaaa
Mummy sekarang tengah plan nak buat buku cerita pula.(walaupun anak mummy tak pandai baca lagi) Nanti pandailah kan...
Apakah tajuk dan tema masih dalam dilema.(Banyak sangat tema dan tajuk best hahahaha...haru la mummy ni)
antaranya...
-lightening and thunder (storm)!-(Beratkan tajuk....Tapi ni topik anak mummy suka..Dok PK nak guna character apa jadi cas positif negatif...awan lagu mana..ishhhh interestingnyaaaa...)
Wednesday, April 23, 2008
Mummy's yada yada
Apa yang mummy ingin perkatakan adalah mengenai anak bujang mummy(lagi)
Mummy ni sebenarnya bukan 100% faham pun apa dia cakap
Tapi mummy guna 'haha no kan'..(kan-jigai janai yoo.ka-n)-->ni kena baca ala2 mak2 bdak jepun cakap time ngajar anak depa...bertutur...
(mummy's 6,7,8,9,10 senses(macam ni ka eja?kalau salah lps mummy check nanti mummy betulkan))-->banyaknya kurungan macam nak solve rau\prasu hoteishiki la plak(mummy tak ingat nak eja dalam english lagu mana)
Mummy main teka je dia kata apa bagi word yg samar2 halwa telinga mummy ala2 yes right no may be...
Bila teka tu BETUL mummy rasa..."yappa atashi ha kono ko no haha oya da!"(yessss i'm his mom..)
Tapi bila SALAH "atashitte honto no haha-oya nano?"(aku ni betul ka mak dia nih?)
Tapi memang mummy ni mummy dia pun...
nancyatte
p/s: Anak mummy ni makin banyak la merapu kempundeng dia..adeeiii
Tuesday, April 22, 2008
potty trainning update!
Hari ni kan mummy balik lambat
so mummy minta daddy la balik awal
Dah tu dua beranak tu tungggu la mummy kat main gate kawasan kilang nan terbentang luas itu....
maka pukul 715pm mummy pun terjah la
Assalammualaikum
depa tak jawap salam mummy tapi
dia poo poo
mummy acif u-uh...
abih tu???
laaaa..tak pakai diapers.
selalunya mmg balik ke rumah dr taska dia tak pakai diapers but ok la 10 minit aja
ni meh tunggu mummy..patutnya daddy pakaikan dia diapers....mentang2lah anak dah boleh bg tau...dia tak ingat yg anak blom cukup matang lagi tang bab poo poo....
maka sekecilku terpaksalah berdiri all the way home kesian kat dia....
nasib baik tak jammed..maka dalam beberapa minit ja sampailah rumah kami
mummy...busyuk yaa
ya la mmg busuk..nape tak tahan kejap
mummy ambat(lambat)
aik mummy plak salah?
acif akit(sakit) peyut(perut)...
faham fahamm....
akif jom kita belajar..
nanak baja(belajar)
abih tu nak buat apa?
nak jeyi(jerry=tom and jerry)
huh....tableh tableh...
buuuleeehhhh..
mummy tak suka la jerry tu...dia suka bully tom..mummy tak suka orang jahat...
mummy...pijam ya(pejam la)
errkkkkkkk
mummy tolong laaaa..toloooonggg..tolooong...
kejap la mummy nak update ni jap
mummy toooolooong...toolooong.....
kejap laaa
tooolooonggg...toooolong.............
teka dia suruh mummy tolong apa?
jawapannya
TOLONG BAGI DIA 'NENEN'!!!!
maka mummy kena stop...hahahaha
search@yuitsumuni
Cari@susuibu.com