Tuesday, April 10, 2007

Update si Gedebi

Dia dah faham semua percakapan kami. Macam remote control, sebut aje apa kami nak dia lakukan, kalau mood dia tengah OK dia akan ikut semua 'arahan' kita. Kalau mood dia tengah tak OK, dia buat tak tahu sahaja.
Dia suka:
  • Tolong mummy sapu laman rumah
  • Tolong daddy cuci kereta
  • Tolong daddy susun kasut dalam rak kasut
  • Tolong mummy 'kemas' dapur
  • Mandi kat laman rumah
  • Sorok barang-barang di tempat rahsia; hujung ceruk katil...
  • Baca buku sampai satu rumah buku bertabur
  • Dan banyak lagi
Dia dah pandai:
  • Berebut nak tonton rancangan TV kegemaran dia. Dia suka CH63. Kalau kita tengok channel kita dia akan buat-buat lemah, tak bermaya tetapi kalau kita tukar je ke CH63 dan dan dia jadi 'kuat' dan ceria.
  • Minta air atau makanan
  • Minta nak mandi
  • Dan banyak lagi 'akal'nya
Dia tak suka:
  • Orang paksa-paksa dia
  • Orang larang dia
  • Orang tayangkan video dia menangis
  • Orang ambil gambar dia-makanya fotopages jarang nak update gambar tak de!
  • Tidur sorang-sorang-Jemaah lebih afdal!Hahahahaaa
Sekarang, dia alahai dah pandai sepak/tendang...adushhhhhhh

Bagi dia,
  • kalau salam kena lambai say bye bye
  • kalau tukar diapers kena cepat-cepat gi buang kat tong sampah
  • kalau masuk rumah kena bagi salam
  • kalau menyusu kena baring! adushhhh
  • kalau rasa nak gigit, cepat-cepat gigit mummy, lepas sebelum mummy 'cepuk'...
sekian update...Hehehheee

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search