Tuesday, June 26, 2007

pam oh pam kahkahkahkahkah

Semalam dalam menunggu suami aku yg gi KL meeting balik tersangkut dalam traffic jammed aku pun mengepam lah kat surau....
Taraaa...operator shift malam tengah solat....taraa...
Abih derang solat taraaa....
Diaorang terperasan aku sedang melakukan sesuatu...

"buat apa tu?"
"Pam susu"
"Baru start kerja ke?"
"Tak lah dah lama"
"Anak berapa bulan?"
"21 bulan"
"Hah?Ada susu lagi?"
"Alhamdulllah"
sorang lagi plak tanya..
"Anak berapa bulan?"
"setahun 9 bulan"
"Hah???"
"Aku dulu 8 bulan susu dah kering kontang"
Aku sengeh je...
Diaorang start 'interview' aku apa aku nak buat dengan susu ni...
Jawapan aku,
"Susu ni saya akan bagi anak saya minum kat Taska....Susu ni saya akan simpan dalam cooler bag ini kemudian sampai di rumah saya akan pindahkan masuk ke peti ais ruang sejuk atau pun ruang beku untuk simpan...Kalau ruang sejuk tahan 2-3 hari kalau ruang beku tahan 3 bulan bg peti ais dua pintu..."

"kalau nak bg anak nak buat macam mana?"

Jawapan
"mula2 cairkan...bagi yang beku kita boleh cairkan dengan lalukan bawah air paip atau rendam je dlm air..the panaskan dengan rendam dlm air suam...bg yang cair rendam air suam..."

"anak minum susu ni aja?cukup ke?"

"Alhamdulillah...Cukup..Anak saya memang minum susu saya sahaja."

Tapi kesian juga kat akak2 operator ni diaorang tak ada fridge kat line nak simpan susu kalau derang pam.
Maka aku pun kenalkan diaorang dengan cooler bag or boleh guna ice box beli je dr giant ke tesco ka careefour ke....
Ada seorang akak ni tengah sarat....
Dia nampak berminat....

Jenggg derang tanya aku..
"macam akak ni kerja kat production line bila akak nak pam?akak bukan boleh lari sana sini..."

Jenngggggg
macam mana den nak jawap..
"waktu rehatkan ada...tak pun waktu akak dtg surau ni akak pam le 10 minit..."
"mmm...boleh juga kan bukan lama mana pun...."
Then diaorang memang ada pengetahuan ttg susu ibu ni sebab diaorng bersalin kat spetal kerajaan....Mula menyedari banyak option kalau derang usaha lebih sikit...

Banyak lagi mereka 'interview' aku semalam...
Banyak soalan yang positive bukan soalan bodoh...and yang aku pasti diaorang confident sebab yang menjawap tu engineer kahkahkahkah....

Menyusu anak dengan susu ibu ni banyak faedahnya...
Kalau dari segi wang ringgit memang menjimatkan sesangat!
Kalau dari segi kesihatan memang banyak manfaat
Kalau dari segi hukum dan tuntutan agama..memang disarankan....\
Kita yang membuat pilihan..Pilihlah sebaik mungkin.....
Insya Allah DIA permudahkan...

5 comments:

Rizza said...

bravo!..bravo!....
syabas!!... ko memmg buat org lain bersemangat ..(hanya yg nak lee..yg tak nak tu sah2 le memperlekehkan...)..apa2 pun...bagus ko jadik contoh pada budak2 operator tu...

teruskan usaha...akif tak lama lagi 2thn....ok lee..jadik contoh yg baik..

Anonymous said...

syabas betti!!!! =)

knv said...

ye betui! memang berbeza soalan orang yang betul2 nak tau dengan soalan bodoh yang berbau provokasi....

Fid said...

anamiraa
bila akutgk nama ko aku teringat
sabtu lps jiran tetangga aku tanya anak aku minum susu apa..aku kata susu aku
derang tanya kerja mcm mn..aku kata perah then sorang mak cik ni cleaner kat mn tah la..kata...kat opis dia ada org pam kat roilet....dia kata sekali2 bau masuk
aku jwp....sapa suruh pam dlm lubang jamban...pam kat tetek je la....

knv said...

kah kah kah...mesti tenganga makcik tu dengar jawapan ko....kah..kha..kah..ha amik ko!

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search