Tuesday, December 18, 2007

Air

Air adalah sumber kehidupan.
Kita perlukan air untuk hidup.
Di sini aku nak share sedikit cerita tentang air.

Bermula dari Email mengenai ayam organik di ladang ternakan diperdengarkan ayat suci Al Quran.Kemudian timbul kontroversi dan melalut sampai lah ke Email di bawah (kejap aku paste) yang dihantar ke Alumni group sekolah aku oleh salah seorang old boy...

> > Assalamualaikum
> > > > Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa > > dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:
> > > > Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wism a Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :
> >
> > Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
> >
> > Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri > > satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
> >
> > Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. > > Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancark an dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu > > Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi > > rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
> >
> > Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul > > air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air > > apakah ini". > > Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat > > tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
> > > > Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan > > bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
> >
> > "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak > > air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
> > > > Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat > > mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

> > > > Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah > > diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
> >
> > Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah > > kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

> > > > Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya". Wassalam.


Lepas tu hari ini dapat lagi satu Email

Assalamualaikum wbt
Terima kasih atas emel yang dikirimkan.
Saya ingin memberikan sedikit komen berkenaan emel ini, yang mana saya takut informasinya agak melencong dari fakta yang sebenar. Kesahihan cerita tersebut saya tak dapat nak pastikan. Namun foto yang dikirimkan bukanlah foto sebenar yang boleh dijadikan bukti/dalil kepada cerita tersebut. Foto yang dikirimkan telah diedit dengan diputarkan dengan sudut tertentu daripada foto yang sebenar iaitu kristal air dari Shimanto River, Japan. Rujuk sini: http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm Namun saya ada terjumpa dari kajian Prof. Masaru Emoto ni jugak, berkenaan kesan kata-kata daripada 5 agama terbesar dunia. Hasilnya seperti jangkaan, kristal yang dibacakan ayat2 al-quran ini begitu cantik sekali. Prof. Masaru sendiri berpendapat sedemikian. Sila lihat hompage dibawah: http://www.hado.com/LABO/mizu-kao%202002-2.htm Maaf kerana isinya dalam Japanese. Dalam site English xjumpa artikel ni.
By the way, ni sebagai rujukan:
Bground ungu > Kristian




Bground biru > Yahudi



> Bground Merah: Islam



>Bground perang: Buddha

Bground hijau > Hindhu

(2 gambar ni malas nak paste)

Ruj site english: https://www.hado.net/ Hasil kajian terbesar Prof Masaru Emoto ialah kata-kata dan persekitaran memang mempengaruhi sifat2 air. Tidak mustahil cerita dalam email sebelum ini benar, namun kesahihannya tidak jelas. Tapi yang pasti, air yang dibacakan ayat2 suci al-Quran ada kesannya yang baik, subhanallah. Pastinya individu yang membaca al-Quran juga mendapat faedah yang sama, tubuh badan manusia hampir 70% adalah air. Semoga kita terus tetap dan tsabat dengan Din ini. Wallahua'lam

Gambar2 di atas aku ambil dr http://www.hado.com/LABO/mizu-kao%202002-2.htm
Website ni dalam Japanese.
(Tapi aku sedikit sakit hati bila baca tang air yang dibacakan ayat Al-Quran.Molekulnya memang paling cantik tapi ayat yang ditulis tu...ada ka patut tulis "(org islam) guna nama agama untuk berperang.,..."
Ishhhhh....

sekian copy paste dari Email...

1 comment:

Rizza said...

aku kan nampak cam snow flake je tu..
hehe betul wei..snow flake ni kalau yg baru2 turun tu macam2 bentuk n cantik2.....takjub ko...

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search