Semalam aku tak masak pagi dan tengah hari..masak malam sahaja.Tu pun nasi goreng +ikan blis+mix vege..gi kenduri daaaa
Kenduri.
1. Cuti sekolah adalah musim kenduri kahwin.
Yang kahwin bukannya semuanya bersangkut paut dengan sekolah namun kenapa semua suka kenduri time cuti sekolah?
- Sebab nak suruh sedara mara semua balik.Cuti sekolah selalunya orang bagi alasan tak dapat hadir sebab anak sekolah.
Mmm...logik..Tapi bila terlalu tertumpu pada musim cuti sekolah sangat..Jadilah satu hari 4-5 krnduri nak kena pergi..Hahahaaaa
2. Kenduri kat kampung aku lagi meriah..hahhaaaa
Walaupun tak ada kompang..tak ada DJ..tak ada karaoke..tak ada joget lambak..tak ada bersanding.Namun tetap meriah
Pokok pangkalnya kemeriah dari hati ke hati hahhaaaa...
Bunyi pinggan mangkuk berlanggar bunyi riuh rendah tetamu berbual..bunyi saudara mara bergurau....
Bunyi ayam itik...semua itu dah cukup memeriahkan...
Namun kini dah banyak berubah.
Haaa...cerita bab lauk pauk masakan kampung aku..
kampung 1(belah ayah aku)
1.lauk gulai besar- ni kari daging yang dipotong besar2..dalam 3/4 tapak tangan gitu....
2.lauk gulai kecik- daging yang balance..lemak2 banyak punya part tu dipotong kecil2...dikarikan dengan kentang ataupun kacang...sedap tau
3.ayam masak merah (ni optional...kalau tak dijadikan antara main lauk dijadikan lauk alternatif bagi yang tak makan daging)
4.kerabu perut lembu+taugeh
5.acar timun/pajeri nenas/acar limau
6. sup tulang with buah nangka muda(ni aku sukaaaaaaaa...sedapppp)
Nasi pula ada nasi minyak dan nasi putih
Air sirap
Kampung 2 (belah mak aku)
1.lauk gulai besar- ni kari daging yang dipotong besar2..dalam 3/4 tapak tangan gitu....
2.lauk gulai kecik- daging yang balance..lemak2 banyak punya part tu dipotong kecil2...dikarikan dengan kentang ataupun kacang...sedap tau
atau
kari daging campung umbut batang pisang..
3.ayam masak merah (ni optional...kalau tak dijadikan antara main lauk dijadikan lauk alternatif bagi yang tak makan daging)
4.kerabu perut lembu+taugeh
5.acar timun/pajeri nenas/acar limau
Untuk dijamu dari sarapan pagi sampai pukul 11am gitu..
menu
nasi putih
kari ikan masin+pisang mudag/ikan bilis+pisang muda
ikan kering .(selalunya tamban kering)
ulam
sambal
kadang-kadang ada pulut dan ikan kembung goreng
Air sirap
kalau pagi air kopi ngan air masak kosong
ole-ole untuk tetamu
telur..bunga telur....
(la ni ada yang bagi gula2 aja)
Tapi aku prefer yang bagi telur rebus tu...hatta hanya guna tisu buat pembalut tetap best kalau dapat....
Kat kampung aku...menghis bilik pengantin memang satu2 yang diambil kira.
Tetamu akan gi masuk dalam rumah nak tengok bilik pengantin...
Meriah2....
Kecur ayaq lioq aku weh teringat lauk kenduri kat kampung
Namun zaman sekarang..Orang buat kenduri banyak benar lainnya...
Terutama kat area umah aku..
Hatta kenduri doa selamat pun ada karaoke..naik confuse aku
Aku dulu kahwin tak de pun bersanding.Memang sempoi habis..tapi majlis kenduri kahwin aku makanan memang meriah yahahahhaaaaaa
Orang kampung memang kalau kenduri nak makan sedap2.....
so OKlah tu
kihkihkih
Uwaaaaaaaaaaaaaa....teringinnya nak makan kerabu perut ngan taugeh..
sup tulang ngan nangka pun sodap....uwaaa uwaaaaa
p/s:
kat kampung kalau kenduri budak2 mmg bergembira
lari sana sini happy sungguh.....
ala2 raya le juga..cuma tak de dapat duit raya je...ganti ngan bunga telor...
3 comments:
Huhuhu.. ku tengah kelaparan ni baca menu2 hang makin bertambah laparnya perut ku ini... huhuhu..sup tulang+nangka muda?? mmg tak penah jumpe tapiiiii cm sedap je munyikner tu...
aku mmg tak merasa apa yg hang rasa sbb dr kecik membesar kat KL...
memang seronok kenduri kat kampung..lagi2 bapak aku memang tukang masak...so kalo ader kenduri jer bapak aku lah yg ketuanya....kat n9 famous ngan tulang masak asam pedas...memang sodap wei............meliuq jap..kat belah penang pulak..mak mentua kau memang terrer masak kalo kenduri jer mesti penuh org kampung mai...hang pernah dgr tak rendang babu...sodap betui
Post a Comment