Wednesday, January 31, 2007

mysweetstory updated

Just wanna make an annoucement, mysweetsrory is updated.

Tuesday, January 30, 2007

gedebi

GEDEBI..ge-de-bi
apa mende nih?
gedempol baby!!
aku kadang2 call akif 'gedebi"
Dia amat tak suka ...Dia akan buat derk and tunjuk muka marah...Muka garang dia laaa..
Ada ka patut sedap-sedap nama dia , mummy panggil nama ntah apa-apa....sorry baby....

kalau nak 'marah' akif....aku tidak disyorkan menjegilkan mataku...kerana dia akan rasa sangat kelakar kalau mummy buat mcm tu..instead of takut..dia akan ketawa terbahak-bahak....
ponat je jegil-jegil mata...

Monday, January 29, 2007

kisah-kisah

kisah 1
Suatu petang di dalam kereta, aku terdengar aif sedang 'menyanyi'..Ya melody Old Mc Donald
"Old mc donald has a farm..i-e-ie-o...."
So Daddy and mummynya pun turut sertalah.....
"Old Mc Donald had a farm..i-e-i-e-o..And on his farm he had a horse i-e-i-e-o.With a neck neck here,and....."

Mummy: And apa bang?
Daddy: Ntah
Akif: Ne-nek..

full version...(horse)
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on his farm he had a horse,
Ee i ee i oh!
With a neck neck here,
And a neck neck there
Here a neck, there a neck,
Everywhere a neck neck
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!

Pada mulanya Mummy tertanya2 apakah ne-nek tu..opsss...Dia ingatlah lyric tu..ne-neck means neck neck...
Tak sangka! Anakku dah pandai!!!Alhamdulillah.

"Ya Allah....Abang..Anak kita dah hafallah lagu ni"
"Dia memang clever boy!"

kisah 2
Ketika mummy bertelekung nak solat....

"Awwahhh abat"(Allah hu Akbar)
"Akif kat sana mummy nak solat"
"Nanak"
"Ok macam mn Akif solat?"
Dia pun mula 'solat'
1. berdiri tegak...
2. rukuk -bengkokkan pinggang..tgn sentuh lutut
3. Sujud-meniarap terus....sambil "awwah abat"
Semua perbuatan tersebut dilakukan di atas sejadah..dah nak abih....bagi salam tengok kiri kanan atas bawah....
mmmmmmm...

kisah 3
"Siapa nama Akif"
"yesss.."angkat tangan
"mana akif?"
"yesss" angkat tangan

kisah 4
Nak makan...
Sebelum makan dia mesti akan tadah tangan dulu...'baca doa makan'

Seronoklah tengok telatah dia...
Rindunyaaaa...

Sunday, January 28, 2007

RAHSIA-RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Ni aku copy paste dari SINI

Tak salah aku hari tu aku ada baca and siap paste kat sini lagi ttg bunga kobis....Mmmmm

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang
menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.

Formula
ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam
bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab
dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada
usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji
keabsahan formula ini. Ini didorong oleh
penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam
yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh
penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat
menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan
untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik
dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat
galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati
berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak
seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan
madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk
membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang
mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak
berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan
ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak
dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan
dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan
penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi
akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit
lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah
susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu
hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan
malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan
menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan
mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan
ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah
badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya
mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda
sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung
dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh
dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan
mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan
menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.
Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa
yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya
Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan
Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak,
kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang
diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam
yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi
gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu
Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging
ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja
berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai
jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental
dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang
soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio
dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar
genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah
kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18)BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.
Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia
mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke
dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan
akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam
kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Usah nafikan kebaikan susu ibu

Sungguh berinformasi..aku copy paste .....

17 Januari, 2006 14:43 PM

Usah Nafikan Kebaikan Susu Ibu
Oleh Adibah Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.

Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.

Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!

Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

"Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan," katanya kepada Bernama.

Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

"Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan," katanya.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.

Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

"Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

"Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti," kata Siti Mariam.

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

"Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

"Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?" katanya.

Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

"Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan," katanya.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.

"Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi," katanya.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.

"Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya," kata Siti Mariam.

Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

BAHAYA AIR

Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.

Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.

Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

"Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun," katanya.

Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.

Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

-- BERNAMA

Thursday, January 25, 2007

topi keledar

Pagi tadi, (actually bukan pagi tadi sahaja waktu-waktu lain pun) aku ternampak seorang lelaki membawa 2 org anak perempuannya menunggang motosikal, 2 anak perempuannya pelajar sekolah kebangsaan (dr uniform mereka)...si bapa bertopi keledar tetapi kedua-dua anak bagaikan berkepala 'batu'...tidak bertopi keledar.
Terfikir pula..Apakah tujuan sebenar si bapa bertopi keledar? Kerana undang-undang? Aku rasa bukan...Jika si bapa betul-betul mengikut undang-undang jalan raya, pasti dia tidak membawa 2 orang anaknya menunggang motosikal. Kerana keselamatan? Zalimnya...Si bapa hanya pentingkan keselamatan diri sendiri..sungguh individualistik!!! Bagaimana dengan keselamatan anak-anaknya???
Jadi apakah tujuan dia bertopi keledar?

Aku faham...Masyarakat kita bermotosikal kerana, antaranya:
  • tidak mampu beli kereta
  • mahu menjimatkan kos petrol dan toll
  • mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.

Kalau yang tidak mampu berkereta tu, memang dia terpaksalah menggunakan motosikal kalau itu sahaja yang termampu..Namun tolonglah jaga keselamatan.
Belikan anak-anak anda topi keledar. Tolonglah..Bayangkan andai anda di sentuh sedikit sahaja dengan sebuah kereta, maka motosikal anda akan terbalik. bayangkan apa akan berlaku kepada anak anda yang tidak bertopi keledar?

Bagi kes mahu menjimat kos, fikirkan juga keselamatan anak-anak anda.Ya betul anak anda bukan anak saya..tapi kalau berlaku depan mata saya, anda bakal menyusahkan saya. Adakah anda fikir saya boleh tidur lena setelah melihat seorang kanak-kanak sekolah yang tidak bertopi keledar jatuh tergolek dari motosikal di tengah-tengah kesesakan jalan raya?

Sebagai ibu bapa kita haruslah memastikan anak kita selamat dari segala bahaya.Insya Allah..

Tiba-tiba teringatkan anakandaku di Taskanya. Adakah dia selamat di sana?
Ya Allah Kau berikanlah keselamatan dan ketenangan kepada anakku.Lindungilah dia Ya Allah....Amin...

Wednesday, January 24, 2007

kando

Akif tidor on the way balik dari Taska ke rumah. Dia tidor sampai pukul 9pm, kemudian bangun. So memandangkan dia belum tukar baju tidor aku pun menukarkan bajunya. Sebaik sahaja aku tanggalkan baju(kemeja) dan seluar(jeans) dia, dia minta pakaian yang aku tanggalkan dari badan dia itu. Aku pelik juga tapi aku bagi juga pakaian tersebut kepada Akif. Ketika itu Akif hanya ber'diapers'. Dia ambil pakaian kotornya itu dan dibawanya ke tempat bakul pakaian kotor dan memasukkan pakaian tersebut ke dalam bakul pakaian kotor.Fuhhhh..KANDO..maji de!!Anakku dah tahu apa dia perlu buat kalau lepas tanggalkan baju.
Aku ucapkan,
"Thank you akif..good boy akif!"*hug hug hug*
Akif, dia sangat gembira melompat-lompat sambil tersengeh!


note: kando=menyentuh hati jiwa perasaaan dan sanubari

Monday, January 22, 2007

Astro

Aku..Aku memang kuat 'complaint'
service sana tak ok service saya not god servoce sini ntah apa-apa....
Kali ni aku nak memuji pula lah...
Tentang Astro.
Pada hari selasa lepas, hubby baru sahaja fill in form 'borang pemohonan Astro"
Kemudian pada hari Khamis,kontraktor Astro call cakap nak datang buat pemasangan.Opss please come on weekend. Jadi kontraktor tu kata nak datang on saturday 1pm.
Then oklah.
Astro ni aku taklah nak sangat,so aku tak kisah sangat. Then pukul 12pm+ kontraktor Astro call cakap dah nak sampai.
Kemudian mereka pun sampai. pasang apa yang patut dalam 30 minit macam tu semuanya siap.Bagus betul.
Andainya streamyx dulu macam ni alangkah bestnya...

bersama anakku

Akif
Seronoklah kalau menghabiskan masa dengan dia....
aku dah update fotopages.

"mi tu'sambil tunjuk ke syiling.
"apa?"
"tu!"
"apa"
"tuuu...ce-cak"
"hah ada cicak?"
dia tunjuk tangan tanda tiada hanya gurauan....sambil senyum sinis terus lari

"mi..nyi be-bi" sambil tunjuk diri dia sendiri golek-golek atas katil gaya macam baby....
"ohh baby mummy..meh sini mummy nak dukung"
dia sengeh-sengeh...
"meh la kat mummy alahai baby ku"
"NANAKKKKKK.."
Terus turun dari katil...lari ke depan.

"mi..Da-de na?"
"daddy tengah paint bathroom"
Dia ambik baju daddy dia....Pakai...
"mi nyi da-de"
"No..u r akif not daddy"
Dia gelak sambil lompat-lompat dan main dengan baju daddynya.

Rindunya kat akif....

gila cerita melayu

Weekend baru ni aku memang 'gila cerita melayu' lah.
Antara cerita yang aku tonton
  • tanah kubur
  • sebuah ijtihad
  • makan duit amal (cerita indonesia)
  • sembilu kasih

Nak komen sikitlah tentang cerita-cerita tersebut

Tanah Kubur
Sungguh menginsafkan! Bayangkan, sekujur tubuh si mati dibiarkan begitu sahaja di ruang tamu rumah, ketika itu si isteri dan anak serta kawan-kawan sedang rancak membincangkan tentang harta pusaka.
Tanah kubur untuk bahagian si mati tidak ada kerana si mati tidak pernah menjejak kaki ke masjid walaupun masjid dan tanah perkuburan itu adalah hasil 'derma' dari si mati. Liang lahad menjadi sempit ketika mayat hendak dimasukkan...Muka mayat bertukar menjadi hitam. Ohhh sungguh aib si mati....
Cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar. Jika perkara tersebut berlaku di depan mata kita, bagaimanakah kita hendak menanganinya ya?
Semoga Allah ampuni segala dosa kita.Insya Allah

Sebuah Ijtihad
Sebuah cerita cerekarama TV3, dilakonkan oleh shiela rusli dan sofea jane. Bagaimana kehidupan Ida yang tiba-tiba dituduh sebagai pengedar dadah sedangkan dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.
Menceritakan bagaimana Ida, Zack dan Cat berkenalan di dalam cel penjara. Bagaimana kisah mereka...Zack dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh suaminya yang memaksa dia menjadi pelacur, manakala Zack dipenjarakan kerana dituduh mencederakan bekas suaminya.
Zack dibebaskan kerana bekas suaminya menarik balik tuduhan.
Aku amat tersentuh dengan hubungan persahabat 3 insan ini di cel penjara.
Ida sebenarnya dianiaya oleh suami sendiri..Dadah itu adalah perangkap. Suaminya adalah seorang pengedar dadah. Ida telah bebas di saat-saat akhir sebelum hukuman dijatuhkan.
Cerita begini sebenarnya ada berlaku dalam dunia realiti. Alhamdulillah jika sebelum hukuman dijatuhkan diketahui si pesalah sebenarnya tidak bersalah, lebih menakutkan setelah dihukum gantung baru diketahui. Hanya Allah yang maha mengetahui...
Ingatlah Dadah itu musuh negara!!
Hukuman gantung sampai mati terhadap pengedar dadah.

Makan duit amal
Sebuah drama indonesia menceritakan tentang wanita, isteri dan guru yang tidak amanah, yang akhirnya hidupnya dilaknati.

Sembilu Kasih
Aku tertengok cerita ini. Hubby suka drama ni. Aku tak sukalah cerita macam ni, tak habis-habis dengan masalah-masalah bodoh!
Fendi-apasallah ngok sangat, dunia artis memang penuh dengan maksiat, kalau tak jaga diri tergadailah maruah.
Zetty-Udah-udah laa..kalau aku dah lama aku berambus dari suami yang macam Fendi
Azman-Tak pandai nak jaga perhubungan suami isteri. Bukankah anak baru sahaja meninggal, jagalah sikit perasaan si isteri
Maria-Walaupun aku tak suka manusia yang berlakon ni, watak dia ok jugalah....terseksa hidup dengan suami yang tak mahu keluar dari rumah keluarga.
Bukankah dalam Islam juga tidak digalakkan tinggal bersama keluarga. Sudah kahwin tu pandai-pandailah bina kehidupan, pandai-pandailah uruskan rumah tangga.
Bilalah agaknya cerita Sembilu Kasih ni nak habis?
Dah meluat aku..
Tapi Azah Elite tu memang jadilah dia berlakon..Aku benci gila tengok muka dia dalam cerita ni.

Kihkihkih....
Aku tengok Tv sakan rupanya...
Mentang-mentang Astro baru pasang, aik..tapi..cerita yang aku tengok tu TV3, TV9 ohhh Tanah Kubur tu Astro Ria....

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search