Friday, December 19, 2008
apa rahsia saya?
Thursday, December 18, 2008
bahasa anak saya
aku ada rahsia
sale sana sini
Wednesday, December 17, 2008
Ohisashiburi
buang anak-sakit-kenolehan anak-bf
1. buang anak
Rentetan dari blog anamira(arinacasa.blogspot.com) aku ingin mengomel sedikit
Buang anak/bayi merata-rata septutnya bukan kerja manusia.
Hatta ibu kucing pun dia tak buang anak dia.
Yang pertama – Nampak amat kejam.
Yang kedua- Apakah penyebab si ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan itu sanggup buang anak?
Yang ketiga- ibu bunuh anak/tanam hidup-hidup anak yang dilahirkannya.
Kekejaman…Memang kejam,
Semua perbuatan itu adalah kerana syaitan dan nafsu.
Manusia sudah terpesong dari penciptanya.
Namun jika kita renung dari sudut yang lain.
Apakah punca ibu itu bertindak luar batasan sedemikian???
Aku yakin ibu-ibu itu sebenarnya meronta-ronta jiwanya..menangis-nangis hatinya malahan mungkin sudah meraung-raung.
Anak yang sebati dengannya sekian lama akan dibuangnya!Akan dibunuh!
Dan aku rasa mereka juga punyai rasa penyesalan walau sebesar
Kenapa aku kata demikian…..???
PILIHAN.
Itu sebenarnya
Mereka buntu dalam pertimbangan membuat PILIHAN.
Selalu kes begini kes kehamilan tanpa nikah.
Dan kita sedia maklum, jika kehamilan tanpa nikah, berdosa dan terseksa dek kejian orang dan sebagainya.
Bayangkan ‘benda’ yang membusung di dalam perut anda tiba-tiba keluar, dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dan kenyaringan suaranya anda berkenalan.
Sanggupkah anda mencabut nyawanya???/
TIDAK bukan???
Namun jika ‘mereka’ fikirkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak itu..dengan hidup mereka yang tiada arah tuju…
Dan pasti mereka pejamkan mata butakan hati…maka berlakulah pembuangan bayi merata-rata dan pembunuhan kejam.
Tiada PILIHAN.. bagi mereka yang tiada panduan dan pedoman.
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Adakah mereka dan keluarga mereka????
Kalau nak tahu siapa bersalah kita kena kaji dari A-Z baru jumpa puncanya.Kalau nak tunding
Maka apakah peranan kita
Pertama…ya jaga adik beradik kaum kerabat anak pinak kita agar tidak terpesong dari pegangan hidup kita
Ke-2 Jika JADI juga…..Kita elakkan mengutuk keji dan hina.Berikan mereka nasihat dan panduan.
Anak itu tiada dosanya yang berdosa ibubapanya.
Ubah persepsi kita, Buka minda untuk lebih menerima.
(menerima tidak bermakna menggalakkan ya)
2. perihal tentang sakit dan penyakit
Adalah amat-amat dikesali jika anda bertanyakan tentang sesuatu penyakit berbahaya(ataupun tidak) kepada seorang jurutera elektronik dan mengharap dia dapat membantu anda menyelesaikan masalah anak anda yang batuk berkahak.hahahahahahaaa
Dan sesungguhnya dengan muka tak bersalah jurutera tersebut akan cakap “pergilah jumpa doctor”
Aku pelik
Tak nak yang swasta pergi yang kerajaan.
Kenapa suka sangat nak amalkan petua itu ini?
Kenapa?
Ooo…macam tu ya
Then how about petua yang ntah apa2?
Guna minyak itu ini?sahih ka selamat????
Dan akan dijawap
“laah orang dulu2 ok ja amalkan petua tu..selamat”
Baiklah puan puan…
Sendiri mau fikir la….
Anak sakit tolonglah bawa jumpa doctor.
Tak nak bagi ubat tak pe tapi pastikan keadaan anak tu
Lung dia OK ka….kahak tahap mana….
Kalau nak kena ‘gas’ ataupun nebulizer tu ambik ja la..
Mende tu boleh mebantu mencairkan kahak.
Kalau nak kena sedut/fisio pun buat ja la
Kalau fisio tu memudaratkan dah lama dah Kerajaan Amerika Syarikat ban. (apsal aku sebut amerika syarikat bukan
3. Berikutnya perihal kebolehan anak
Aku suka baca orang tulis blog tentang anak depa dan aku pun tulis tapi aku tak suka cerita pasal kebolehan anak aku kat forum..kihkihkih..
Haruskah aku nyatakan kenapa?
Sebab…..kang orang meluat..kok..macam aku aja punyai anak…idak gitu buk?
Anak aku umur berapa dah boleh apa?
Mmm….
Nak show off?
.sekadar renungan…..nak show off apa kes?kebolehan seseorang tu adalah kebolehan dia anugerah dari Illahi…
Anak aku lahir secara ceasarian kerana besar(dah berkali bagi tau….Tok sah la tanya sebab apa besar…Daddy dia pun tinggi 180cm….genetik- maka nak declare la..aku memang telan semuaaaaaaaaaaaa vitamin ka pill apa2 aja yang gynea bagi yang kata good for preggy woman….haa jgn nak kata sbb aku makan segala pil gynea bagi anak aku besar…anak aku besar sebab memang dia ketuunan besar..full stop)
Lahir-lahir keluar ja ke dunia terus memberi laluan kepada udara melalui lung dia..kok kok kek kek..then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..(dia tak bunyi uweekk uweekk pun)
Then dia buka mata dia luas-luas..dia perhati sekeliling OT….Bulat biji mata…..(Harus tak akan kubuang budak ni!)
Then dia kencing kat nurse hahahaaaaaa
Nurse jerit dia pun jerit juga…then dia diam….
2 jam kemudian aku jumpa dia kat bilik ward.
Ketika usia 20hari+ dia jatuh sofa sebab percubaan pertama untuk meniarap
Manalah kita sangka budak 20 hari+ nak meniarap so memandangkan sofa masa tu luas..letak la atas sofa..sekali..
Gedebukkk…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…bila angkat ngan muka macho….berhenti nangis….
-fact…anak aku tanggal tali pusat ketika berusia 20 hari..kira record keluarga la! Hahahaaaa
Orang lain dalam keluarga paling lambat 7 hari..dia bantai 20 hari..
Sebab musabab ..tak tau tapi kemungkinan sebab tali pusat dia besar!
(Hubby kata plasenta/uri dia memang besar sangat!)
Anak aku berjalan ketika genap 1 tahun 1 bulan…..lambatlah kiranya
Tu ja serba sedikit perihal anak aku…(padahal dah bersepah dalam blog ni kahkahkah)
Dan yang terakhir buat masa ni..
4. perihal penyusuan susu ibu.
Kitakan kalau bebetul nak susukan anak selama yang mungkin silalah tolonglah belajar. Akan selok belok penyusuan susu ibu nih
Tolonglah beli buku ka baca kat internet ka…tanya LC..tolong laaaaaaa
Toksahlah merepek merapu meraban ntah mana dalil mana fakta mana pembohongan.
1. susukan anak ketika mengandung adalah BOLEH..tak salah tak berdosa selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak. Dari segi medical juga. Ok selagi ibu mengamalkan cara hidup yang sihat.
2. susukan anak secara tandem nursing juga adalah boleh..harus…tiada kesalahannya.
3. Orang susukan anak tidak semua yang lambat period…Kalau menyusu dan lambat period adalah perkara biasa..kalau period pun biasa…Kalau tak period pun tetap ada peluang mengandung lagi…susukan anak tidak memandulkan ibu!
4. Botol berputing BUKANnya jawapan kepada semua permasalahan penyusuan.Boleh try sudu..botol bersudu..syringe dan banyak lagi feeding device.sila google sendiri. Guna internet tu guna la bebetul bukan takat forward2 email…copy blog orang hantar ikut email bukan…dapatkanlah info sepatutnya.
Baiklah sampai di sini sahaja bebelan aku…panjang lagi kalu banyak sangat typo hahahahhaaaaaa
Tuesday, December 16, 2008
sayonara JS-Kit
Baby tetap baby
"sayalah baby dalam keluarga ini!"
kisah anakku
Hari itu anak aku amat-amat menguji kesabaran aku.
Dia hendak menyusu tanpa henti sekejap kanan sekejap kiri dalam sela masa 5-6 minit sahaja dan menukar-nukarnya. Aku merasa sangat penat dan lenguh seluruh badan.
Aku tahu kenapa dia berbuat demikian.
Bukan kereana tiada susu tapi kerana dia tidak selesa.
Dia ada batuk-batuk sedikit. Dan dari pemerhatian aku, jika dia ada masalah batuk dan kahak dia memang akan kerap minum susu.
Adakah kerana dia tahu susu ibu itu penawar terbaik atau kerana dia inginkan ketenangan?
Apa jua tujuannya dia membuat keputusan yang tepat.
Namun pada tengah malam itu mommy di dalam ‘out of control’. Mommy marah sebab dia asyik ‘instruct’ mommy….’ini belah’ ‘
Maka mommy mengiring membelakangkan dia…
“tak pee acif minum air sahaja”
Sedih juga mendengarnya tapi mommy sudah tidak larat lagi.Sudah pukul 2 pagi.
“Tak ape acif minum air aje”
Meruntun jiwaku.
Dia pun membelakangkan mommynya.
Adakedengaran sedu sedannya.
Mommy kasihankan dia.
Mommy offer dia ‘nenen’
“taka pee..acif minum air masak aje”
Kasihan anakku.
“Alaaa..minumlah..mommy tak marah..minum….tapi please don’t instruct me this and that…”
Dia minum.
Oleh kerana menyusu sepanjang malam(dan juga minum air yang banyak kerana dia nak legakan tekaknya)
Maka pagi tadi dia terbabas.
Dalam pukul 7pagi didapati basah tempat tidurnya.
Mommy dan daddynya mengangkatnya dan menukarkan pakaiannya tanpa berkata apa-apa.
Dia terjaga dari tidurnya…
“acif terkencing…..”
Mommy dan daddynya senyum…
“Tak marah acif?”
Mommy dan daddynya geleng…..
Dia meluru turun dari sofa(tempat dia diletakkan kerana mommy dan daddynya ingin menguruskan katil-ala kain lapik ja pun..Thank to waterproof bedpad!!)
“Yey!”
Ubat batuk!
Hari Sabtu lepas, dia kata dia nak ‘corn in cup’ jadi aku punbelikannya.
Sekali dia tengok ada coklat macam M%m tu tapi ni yang jenis macam ubat tu
Dia minta aku beli.sepapan rm0.50
Dalam kereta dia makan corn dulu habis corn dia kata
“mana ubat batuk acif tadi?”
Aku yang blur terus blur..
“ohhh ni ubat batuk acif….”
Oooooo…itu rupanya ubat batuknya
“ohh batuk lagi la….makan satu…batuk lagi makan 2…”
Nampaknya makin makan ubat makin batuk ja!
Dan….Habissss……
“Mommy nah sampah..ubat batuk acif dah habis….dah tak batuk dah!”
Mommy pun kira la berapa biji ada RM0.50 ada 22 biji
“Bang..ni kalu sungguh ubat batuk mau naya!22 biji tuh!”
Monday, December 15, 2008
Can u recite 1 until 10..
Angguk
Can u say it now
Geleng
Sudahhhhhhh
Jenuh aku pujuk dia..dia tak nak…
Malu!Makin aku pujuk makin lembik leher dia menunduk tengok lantai…Sudahhhhhh
Akhirnya dia bagi tahu aku…
“Acif nak belajar dalam tu la…”
Dia tak nak sebut kat bilik teacher nak sebut dalam ruangan belajar!
Insya Allah 3rd week of Jnauary aku akan bagi dia start Kumon.
Ambik Maths dulu.
Harap-harap dia bekerjasama.
Aku ada tulis kat sini ..cara anak aku belajar la ni...
search@yuitsumuni
Cari@susuibu.com
