Tuesday, July 10, 2007

ikut cakap bini

Tengok pada tajuk..
Aku tak suka word 'bini'..Bagi aku 'bini' ni kasar bunyinya...Ihiks...tapi dalam kerajaan brunei...ada pangkat 'pengiran bini'..So bolehlah aku guna perkataan 'bini' ni ya....

Bini...atau dalam bahasa indahnya isteri.
Kalau lelaki yang selalu bersetuju dengan kata2 isterinya akan dicop...'ikut cakap bini', 'takut kat bini' dan sebagainya.
Salah ke takut kat bini ataupun ikut cakap bini?
Bagi aku...Suami boleh ikut cakap isterinya selagi tidak mencalarkan martabatnya sebagai suami.

Macam kes aku..Aku memang nak suami aku ikut cakap aku, guna pakai idea dan pendapat aku, kerana aku isteri dia yang senantiasa bersama dia susah dan senang. Malahan masa zaman berkawan (aku guna istilah berkawan bukan bercinta ya..sebab aku masih lagi bercinta dengan dia....)..Zaman berkawan dulu pun aku selalu membantu dia. (bukan mengungkit tapi kenyataan)

Yup dia harus ikut cakap aku..kalau bukan aku siapa lagi huhuhuhu...Akulah satu2nya manusia yang paling dekattttt dengan dia....
Parents dia?
Lelaki harus dahulukan ibu tetapi dalam kes suami aku, dia pun tak kenal ibu dia....
Dan mereka yang bantai cop dia tu 'ikut cakap bini' adalah sedara mara sahaja yang bagi aku...aku lebih berhak ke atas suami aku..Sebab aku isteri dia..Buleh buat andaian macam ni?
Selagi aku isteri dia la..Insya Allah dunia akhirat dengan izin Allah aku akan tetap jadi isteri dia....

Aku selalu tegur adik aku jangan ikut cakap bini dia sangat..Dia marah aku sebab...Aku tak bagi dia ikut cakap bini dia tapi aku nak laki aku ikut cakap aku....Macam cakap tak serupa bikin...
Aku kata dalam kes aku....Laki aku menyusahkan aku bukan mak pak mahupun adik beradik laki aku....Tapi dalam kes dia..Dia susahkan mak bapa adik beradik dia..Maka..dia perlu ikut cakap mak aku..buleh????
Adik aku kata..aku asyik nak menangkan aku aja...Hahahahaa..Yes I'm..sebab aku tak susahkan side laki aku...buleh?

Bagi akulah kan....Kita tak berhak nak cop seseorang lelaki itu 'ikut cakap bini' sebab dia sah2 kena ikut cakap bini dia la..kalau idak sia2 je dia bernikah kalau idea dan pendapat bini yg bernas2 dia takleh aplikasikan....(ni kes bini yang menyenangkan suami) Tapi bagi kes bini yang mempokaikan laki..(asyik2 nak perabot baru nak gelang baru nak semua baru...) Aku nasihatkan laki tu cari je bini baru! Buleh?

Aku dok tenung2 anak aku..Mmm..ada talent jadi anak mak.....Aku dok pk kalaulah anak aku nanti jenis 'ikut cakap mak' macam mana isteri dia nak hadapi ya?
Mula2 aku kena tacklelah isteri anak aku (ni kes kalau anak aku tu memang jenis ikut cakap aku la)..aku kena sporting..Aku kena buka minda aku..Dan aku kena didik anak aku agar boleh berdikari....Buleh?BOLEHHHHH (advance nyaaa..anak aku baruuuu setahun 9 bulan hahahahaha)

sekian sahaja bebelan saya tentang 'ikut cakap bini'

7 comments:

knv said...

insyaallah kalau kita didik anak kita betul, allah akan balas yang baik kat kita.

mamaDhea said...

Fid..

aku setuju... ;)

Fid said...

anamiraa
yupppp

sya
hahahhaaaaaa (kerja gelak je la aku)

NeroEcha said...

Aku pun tak suka word bini tu..keras amat..tak sesuai...harap2 anak aku tak le takut isteri dia..jadi suami yg bagus satu hari nanti...

pinkytoe said...

aku ingat lagi dulu aku tak nak 1st born aku girl. Sebabnya nanti girl dia ikut laki dia, sian kat aku nanti. Tapi aku tengok diri aku cam ok je. Dedua family aku ok. Ni aku nak balik gi remind laki aku betapa bertuahnya dia dapat bini cam aku. kuang kuang kuang

wanie said...

setuju sgt2...

Rizza said...

kalau bini nye ok ..leh le ikut cakap bini..kalau bini tu tak leh pakai idea ..tu yg tak leh ikut hehheh....

teringat aku..ari tu ade kawan hubby tumpang sini....bini dia sah2 le pandai....belajar pandai..n aku tegk leh berdikari....
boleh dia tak nak amik pendapat bini dia walaupun pendapat tu bagus...dia nak ikut kepala dia je..
....ni cth nye... derang carik umah...pastu ade satu rumah tu...bini dia kata ok le..public transport sennag...sebab laluan bas..pastu kat situ dekat la gak ngan uni....laki tu leh kata .."jauh..jauh"..tak gitengok lagi.. n tak pikir betul2..ngok..ngok...
last2 hubby aku tgk balik address umah tu..hubby aku kata..dekat le gak nak ke uni..n sennag ade laluan bas....mase tu le aku dengar bini dia kata.." tu le org dah cakap ok tu..." hehhehe
yg ye nye...tak reti hidup berumahtangga lagi kot...

saje je menyampuk..

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search