Friday, November 30, 2007
Selamat maju jaya
Hari ini merupakan hari terakhir rakan2 sekerja yang mengambil VSS bekerja.Maka hari ini merupakan sesi fotografi.....Majlis perpisahan di pejabat kami....
To Ummizz
Selamat Maju Jaya...Terima kasih atas segalanya...Ilmu dan panduan yang diberikan dan dikongsi bersama..keep in touch yaa...
to fab4...
Dulu kita fab5 kemudian kita fab4 sekarang dah fab3.....
Tak lama lagi gambar kuku kat atas tu akan jadi 3 aja sob sob sob.....
Paling den takut tnggal satu kuku...uwaaa..yg mana kalaulah kuku tu kuku aku uwaaaa...sob sob sob.....
gedebi.kurubi
gedebi=gedempol baby..kurubi=kurus baby
But ok la..He'll become gedebi again....
Gedebi already stop taking antibiotik.Complete course..
And Alhamdulillah he's getting better and better and better....
Sekarang hanya ambil dexa(for the phlegm) 4X a day...Brycanyl 4X a day...and singular one/day....
Dan dia memang dah sporting sangat bila nak bagi ubat..Sebab mummy cakap
"kalau baby minum ubat ni ikut jadual, ubat ni akan habis cepat dan nanti baby tak yah minum ubat lagi..."
Jadi gedebi sedaya upaya akan minum ubat sebab dia nak ubat tu cepat habis.....
Use ur brain mum.....Kihkihkihkih
Dan semalam dia dah mula lasak..Alhamdulillah,,,The daddy reported that the gedebi sepahkan rumah and the daddy was very tire sebab kena kemas balik...satu pertanda baik..Anak dah sihat!Alhamdulillah
Nasi....
"Nak nasi tak"
"nanak asyik..."
So mummy tak bagi dia makan nasi..Mummy bagi pasta..mkn dengan sup....
The daddy cakap dia makan bnyk..Dan petang semalam mummy balik mummy mkn pasta juga dia nak mkn juga..dia makan bnyk...Malamnya mummy dan daddy mkn pizza dia pun nak pizza juga....Alhamdulillah walaupun dia tak nak nasi dia mkn mknn lain..Good boy....
The daddy juga bg tau si gedebi mkn biskut 5 keping tea time....Good...
Air masak?
The daddy kata tak ingat berapa kali isi dlm cup dia..maknanya lebih dr 2 kali laaa...
dan seperti biasa kalau kat rumah EBM is prohibited...No EBM can go through his throat...Dia tunggu 'nyen' aja....
Selera menyusu is back to normal cuma pagi2 dia tak nak sgt dah...sebab..nantuk nanak nyen..(ngantuk tak nak nenen)
Tak kisah laaaaaa
Maka hari ni gedebi dah gi school.....Esok pula mummy kena kerja..Daddyla jaga dia esok.....
Wednesday, November 28, 2007
Bebelanku
Nak promote buleh tapi jgn menyentuh beberapa perkara sensitif haaa...apa yg sensitif?
Promote ala kadar laaa...Kalau yang jual barangan yg related ngan kewanitaan kelelakian kesuburan tu cerita dah la usah dok tanya le masalah rumah tangga etc...Sebab Alhamdulillah kami bahagia...luar dan dalam...
seterusnya..
Kalau nak meniaga...Sila nyatakan harga barang yang diniagakan. Kalau pandai email or sms aku sila nyatakan harga ya..Jangan nak sms or email ajak aku jumpa...Aku tak de masa nak jumpa ya.....
let say jual corset..mentang2 aku gemuk...(minat juga aku tapi bila tak bg tau harga jd tak minat)
Aku paling concern bab harga then baru aku akan fikir yang lain...Sebabkan...kalau corset memang le ni melambak yang berkualiti dan macam2 method tapi harga je yang membezakan....
FYI..aku bab jenama aku tak kisah....ahahahhaaa
Aku naik angin tau kalau orang meniaga tak mau bagi tahu harga...siap cakap nanti kita jumpa i bg tau u harga..poodahhh...tak hingin aku!!!!
Jangan paksa aku beli...Kalau paksa aku tak akan beli..Ni strategi korang kena flexible dan kreatif lagi inovatif serta optimis.....
Aku tak mudah korang nak knock down..harharhar....
Lagi satu aku jenis kalau aku nak beli aku akan usaha cari korang...so just bg tau aku apa korang jual dan sebut harga..Kang sampai masa aku akan kontek..kalau aku minat laaaaa
Contoh HPA punya produk
aku nak guna aku punyalah usaha gi cari mana agent mana dealer...aku mmg join tapi join sbb aku nak guna.....memula ingat nak jugalah buat MLM tu tapi tengok dari skill dan minat aku....Mmmm..tak sesuwai.....drop!
tu aja hehehehee
Dugaan oh dugaan
(ingat setiap kali..maknanya anak aku keraplah admitted...3 Kali!)
1. Ramai orang mula tak yakin dengan kualiti susu aku..hahahaaaaaa
Good!
Ramai yang akan cakap..
"kata bb susu ibu jarang sakit tapi anak ko nih admit la apa la..."
Mmm....Dulu2 aku pun naik sangsi dengan susu aku tapiiiii...sekarang tidak lagi....
Susu aku tu sebenarnya membantu dia....Bab dia kena infection la jangkit demam etc....Bayangkan alau dia dok dlm 30 org lain yg demam batuk bagai...kalau dia maintain sihat sungguh takjublah kan....Kira aku tak yah pk duit medical la kan..kalau anak aku boleh resist pada segalam mala virus hanya kerana dia breastfeed baby...Kira indahnya hidup ...Hahahaa..kira akan hilanglah modal orang nak konderm susu ibu.....
Aku terima hakikat...Anak aku selalu sakit kerana persekitarannya.....
Bila ingat persekitaran rasa angin juga kat mak bapa yang hantar juga anak ke taska walaupun anak sakit.....
Takleh ke cuti jaga anak?Ini aku paling confuse
Kat office ni aku dah ke tahap unpaid leave tapi ramai yang kata kat aku..itulah PENGORBANAN IBU.....
Duit boleh cari ....Tapi tanggungjawap sebagai ibu....Itu yang utama....
Jadi bila aku duduk dalam kumpulan yang tahu akan pentingnya ibu berkorban aku jadi ralat dengan parents yang pentingkan kerja sampai tak kisah kesihatan anak.
Hahaha..membebel pula aku....
2. Bertambah satu ilmu.....Hanya kita yang lalui tahu.....
3. Allah maha penyayang..Maha pengasih..Maka dia duga kami.....Allah tak beri kita sesuatu dugaan melainkan Dia tahu kita mampu hadapinya....
Apa yang aku pelajari time aku dok 'melepak' kat hospital...
1. Anak kalau sakit ubat paling mujarab adalah ibu bapanya
2. Kalau demam panas serius....kepala dan leher akan panas tapi kaki dan tangan sejuk bedi!Macam ais....
3. Kalau demam tak kuat sgt seluruh tubuh akan panas...
4. Kalau bnyk kahak jgn minum air sejuk jangan mkn buah
itu aja kot
Akif hari ni di rumah dengan daddy.....
This daddy satu kisah...Mmmm..Takut aku dia buli anak aku....
Tahap kesabaran ibu dan bapa ni memang jurang langit dengan bumi......Ibu2 bapa2...anda pasti teranguk2......
Ibu mmg lebih sabar..mungkin kerana itu Allah bagi kita peluang mengandung..melahirkan ..menyusukan etc....Walau apa pun kerenah anak....walau dah sampai limit kesabaran...kita tetap boleh waras....demi anak (ni tolak tepi kes mak buang anak la yaaa..tapi aku yakin depa buang anak tu pun sbb sayang...yg bunuh anak tu pun aku tau depa sayang...tapi depa tak guna akal fikiran sebaik mungkin...mungkin buang dan bunuh sbb tak nak anak derita..namun membunuh etc tu zalim!Allah tak suka kezaliman....Sedangkan ibu binatang pun sayangkan anak......Tipulah kalau ibu kata tak sayang anak.....!!!!!)
Bapa....Base on the daddy in our house...kadang2 tu anak tarik janggut pun dia melenting.....Setakat tarik janggut kontot tu apalah sgt....
Anak kacau dia buat kerja pun nak marah.....Aku kena ajar lebih sikit this daddy agar jadi daddy yang disenangi anak dan isteri hahahaaaa...(Nilah susahnya kalau anak tak dibesarkan oleh ibu bapa sendiri...) Aku kena tune dia ....
Tuesday, November 27, 2007
admitted...
demam yang berlarutan serta kahak yang melampauan sampai dia tak nak makan tak nak minum
Aku dari awal dah tau kalau aku bawa jumpa paed sure kena tahan tapi aku buat2 tak tau laa..Aku ajak hubby gi SMC mula2 dia tak nak tapi aku ajak juga
Aku takleh tgk lagi dah anak aku tak nak nak makan tak nak minum...tak nak nenen!Jumaat tu kami dah bawa gi Poliklinik SMC...Tapi bagi je ubat dia muntah balik
sampai naik masam satu rumah dek muntah dia.....
Gi SMC dapat giliran no.5....Dan seperti aku dah predicted...Masuk la ward...Tapi Dr.L janji by Selasa dia bg balik hahahaaa Paling concern bab bila nak balik hahahahaaaa
Bermulalah kebosanan...
Sabtu- Pukul 11am gitu dah dapat masuk bilik,,,,cepat plak insuran buat kerja kali ni......Daddy dia ada sekali...Malam tu daddy takleh join tido sbb...alaa dok 2 bedded daaa..Jiran sebelah mak aja jaga so kami pun kenalah mummy aja..
Ahad- Pagi2 buta jiran sebelah dah pindah...gi dok single room......tak tahan dengar akif jerit ngamuk tak nak susu tak nak nebuliser tak nak ubat kot..plusss kalau ada anak 3 mmg susah kalu dok 2 bedded....susah kalau anak dtg reramai....
Isnin...Daddy kerja....balik lewat...akif hangin laaaaa..Daddy dtg lepak SMC...Tido situ sekali....Dia nak tido atas daddy....Daddy sewa lazy chair jerk....Ada ka patut dia nak lazy chair tuh!Jadinya dia kat lazy chair ...mummy ngan daddy bantai tido kat katil harhar Tengah malam baru bleh angkat dia naik katil sbb dia marah kalau dia sedar...Mmmm...
Selasa....3 beranak bangun awal....Dok pakat tunggu doktor datang memberi green light....Doktor datang....Alhamdulillah..Boleh balik....
Aku risau juga le ni sbb Akif asyik tido je...Sebab mkn ubat bnyk sgt kot..kesian dia
Esok aku kena kerja.....Daddy ambil cuti jaga dia......
Thanks kepada rakan2 yang sms calling2 etc...Thanks atas doa kalian.....
Thursday, November 22, 2007
pengalaman mendewasakan....
Ishhh
Di dalam kawasan pagar company aku yang terkemuka ini ada 2 buah surau...1 for audio div and 1 for video div.
And I use both to pray and pump ikut mana dekat with my work place....Kalau kat Office I prefer video div's and if I work in lab i prefer audio div's.
To cut the story short...
Aku tengah mengepam tiba-tiba aku terdengar satu suara...
"pam susu?"
"Ya" (this' the best answer lah kan since I'm pumping now hahhaa)
"Banyak susu" (this's the question that i hate most...)
"Alhamdulillah....."
"Kenapa pam?" (Argghh i hate this qustion too)
"Anak saya nak minum" (and this' the best answer too hahaha)
"Kenapa tak bagi susu tin aja senang tak payah nak pam-pam!" (Hahahaa soalan lazim..Aku selalu terfikir should i answer or not..this kind of question.....Mmm...kalau tak jwp kang kata apa plak....jawap je laaa)
"Anak saya tak minum susu lain.." (Yesss This' the answer to all)
"Kecik-kecik ni la kena ajar..Kalau besar nanti tak susah...Anak akak Lepas pantang aja dah bagi botol senang nak kerja.....Tak payah nak fikir....Baik awak ajar anak awak minum susu botol.." (wow!she's teaching me how to feed my kid!)
And with this question what is the answer..What should I reply? Just ignore?No no no....
"Tak kisah..Tak nak susu lain pun..In fact anak saya memang tak minum susu guna botol pun..." (Ada sedikit bara dalam intonasi suara aku...Aku sedaya upaya mengawal agar aku terus rasional dan beradab sopan...)
"Kenap paksa..."
"Ohh tak nak..Saya tak nak ajar anak saya dengan paksaan..alau tak minum guna botol pun dia akan tetap boleh minum susu...."
"Susahlah orang nak jaga..."
"tak kisah..Sebab saya bayar..And I willing to pay extra if they ask for that..."
"naK tinggal anak susah la nanti besar.."
Mmmm.....Aku dah mula pelik..
" Nak tinggal ke mana?"
"Nak ke mana-mana laa..."
"Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah.."
"Anak berapa bulan.." (Sepatutnya u MUST ask this question first before you ask me the above questions...)
"2 Tahun 2 bulan..."
"Laaa baru dua bulan...."
"Bukan dua bulan 2 TAHUN 2 BULAN..." (Ampun aku bukan nak riak ke apa aku hanya nak bagi tau umur anak aku....)
"Hah??????...2 tahun minum susu badan lagi?????"
"Ya" (Simple...)
"Cukup ke susu?"
"Alhamdulillah.."
Dan setersnya dia sampuk oleh individu lain...
"Macam mana awak buat sampai tahan bertahun2 ni...Akak dulu 4 bulan dah kering tau...sayang sangat...."
mm...Ada juga yang berminat nak tau ya...
"Saya memang bagi anak saya menyusu dan saya pam time kat office"
"Akak tak sempat le nak pam.."
"Alaaa bukan lama 10-15 minit je...Akak bleh pam time rehat..Tak pun time dok brak2 ni apa salahnya pam....."
"Mana akak nak simpan susu ni?"
"Boleh simpan dlm peti ais..kalau tak de guna je beg mcm saya ni letak ice bnyk2...."
"Beg awak tu mesti mahal.."
"Taklah mahal sgt tapi buleh laaa....Tapi yang murah2 pun ada..tak rugi kalau beli..."
"Akak minat laaaaa.....Rugi tau tak bagi anak susu badan..kat spetal kerajaan memang dok canang pasal susu badan ni"
Dan di sampuk balik oleh individu pertama..
"ko pun nak pam...Buang masa aja..."
Dijawap oleh individu ke-2 semula....
"Dia boleh buat aku pun boleh buat laaaa..Ko tu nak senang jee.."
Aku pam buat derk jeee....
Moral:
D mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau kita ada pengetahuan tapi tak tahu cara mengamalkannya pun tak guna....
Apa2 pun susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda....
p/s: Tajuk tu aku main letak je sebab tak tau nak letak tajuk apa
Wednesday, November 21, 2007
TV dan anakku
Anak aku suka sangat menonton TV. Dah tu daddy plak jenis suka ikut apa anak buat....(this man selalu porak perandakan plan aku....Ikutkan hati nak je aku tukul..Mmm...Konon tu cara dia tunjukkan kasih sayang..Maybe to those yg membesar tanpa kasih sayang....)
Aku search tadi aku bantai letak keyword...TV babysit...
Nah keluar melambak-lambak...Kebanyakkannya cakap negative..TV tak bagus untuk budak..Memang pun! Aku tau!
Aku ni antara budak yang membesar tanpa TV...Bukan sebab mak aku tau TV tu tak bagus tapi sebab mak aku tak mampu nak beli TV/...Hikmahnya.....Aku ni wujud....seadanya
Setakat ni Akif kalau menonton TV memang berteman dan kami akan sama2 gelak ketawa dan mengikut apa yang kat TV tu buat...Selalunya tengok PHDC...Or Cartoon Network kalau dia nak tengok Tom and Jerry..
I hate Jerry dan dia plak loves Jerry...Cerita Tom and Jerry ni Daddy yang tengok beria..Katanya masa kecik teringin nak tengok tapi tak leh tengok..apa2 laaaa
Kalau Noddy dia suka 'say it with Noddy' tu dia akan sebut macam Noddy sebut...paling suka 'me' hahahahaaaaa
even mi goreng pun dia sebut as 'me' wowen....
Sesame street dia suka ....So far aku bagi dia tengok program yang membantu dia develop diri dia...
Ultraman etc tu kat umah aku memang tak bagi tengok tapi kat Taska ada tengok sebab ada kawan2 dia bawa CD..Ishhhhhh
Aku sebenarnya risau sangat anak aku ni jadi kaki TV so le ni kami ubah dia punya tumpuan gi belajar guna laptop
Jadinya kalau kita on laptop tak bagi kat dia..Dia dengan tanpa segan silu datang tutup...."tak agi acif ..acif tutop!" (tak bagi akif..akif tutup) Ugut weeee....
Makanya bagi le dia tengok slide flash card dia...tengok web2 yang ada game ABC 123 ka....Apa2 yang dia suka lah sampai dia dah natnat(penat) dia nak nyusu plak then dia tidur then sapa nak guna gunalah laptop tu.....
aku ingat nak repair desktop aku yg power supply meletop tu...Kata kedai PC power supply ori mahal kalau yang tak ori adalah dalam 150-200...Mmmm..Nak beli ke idak erk?
Aku dok pk nak beli 'laptop' kanak2 je untuk dia..Kalau rm200-300 ada tak?
Hubby kata yang rm40-50 pun ada tapi aku tak mau la yang jenis tu feature tak bnyk..screen kecik...Ntah2 ROHS tak pass....Tak de CE approval..Radiation tinggi...Ishh tak boleh tak boleh....
Berbalik kisah TV dan anak...
Aku seboleh2nya kalau anak aku menonton TV aku akan pastikan ada orang dewasa (hubby or me) dengan dia untuk menceritakan/terangkan kat dia apa yang kat TV tu..
Kalau aku tengok drama aku akan suruh dia tidur hahahahaaaa...
p/s: Petang smlm dia demam lagi...Masa aku sampai kat taska dia..dia hanya berdiapers aja..derang tengah menjelumkan kan dia...
Ya Allah sihatkan Akif....
Tuesday, November 20, 2007
catatan tentang selera anak aku
kalau ice cream dia hanya minta nak kon sahaja...
Kalau aku masak kek..dia akan rasa sahaja. memang rasa semata2..secubit je dia rasa
Dia suka nasi putih...plain rice
Kalau bagi nasi putih dia makan sungguh-sungguh
Dia suka pasta kosong
Dia suka sup.(sup ikan/ayam/daging)
Air masak tu minuman kegemaran selain breastmilk.
Dia suka sayur.Steam vege (carrot/broccoli/caulif flower etc)
Ada orang kata..
"tu la ko tak bagi sangat dia makan..Kan dia dah memilih makanan..Itu tak nak ini tak nak"
Komen aku...
OK apa..Anak aku makan makanan yang sihat-sihat sahaja. Aku suka dia tak suka ice cream..Aku suka dia tak suka makanan manis..Tengok gigi dia cantik je tersusun..putih (kadang2 karat juga sbb dia ada mood...gosok gigi)...senyum manis je ngan gigi dia yang penuh....
"ko ni cakap je la ko malas..ada ke patut bg anak nasi kosong pasta kosong"
Komen aku
Ok pe....Dia makan makanan yang sihat pe..nasi tu kaya ngan khasiat pe....Senang nak gi mana2...Bagi nasi kosong pun ok....
Tu la antara 'complaint' orang tentang selera anak aku
Sesungguhnya aku tak kisah pun anak aku tak makan..tak minum makanan yang manis2 nih...Lagi senang.....
Namun dia sudah belajar nak makan Calsiyum....perisa strawberry or anggur...
Haaa tapi..Kalau makanan masin ni dia suka sikit..Ni aku kena control lebih sikit.
Seruan aku
Makanan untuk anak kita eloklah kiranya kita masak sendiri.
Demi memenuhi hasrat itu aku yang tangan 'kayu' ni sedaya upaya belajar masak sendiri...masak kek..roti dan sebagainya.
Monday, November 19, 2007
Aku
Aku ketika berumur 11 bulan (menurut nota yang ayah aku tulis belakang gambar lee)
Ni kalau tak salah aku gambar kat umah tok aku belah ayah...Kat bahagian umah atas...Aku jumpa gambar ni dalam longgokan gambar yang adik aku bagi kat aku masa balik raya lepas....album dah kena baham anai2 so gambar yg terselamat tu adik aku kasi kat aku...sbb most of the gambar dlm album tu gambo aku.....
p/s:yg hitam kat tgn aku tu bkn tangkal tu 'gelang hitam' org beli masa pi Mekkah....
Aku blom tunjuk kat Akif lagi nih...Agak2nya dia percaya tak itu gambar mummy dia
btw
aku EL hari ni
Akif demam..Panassss....seriau aku...
Doakan Akif cepat2 sembuh....
Dia tengah tidur....
Saturday, November 17, 2007
kerja tapi tak
Kisahnya anak aku demam laaaa.aku plak sakit urat hahahaaaa..ni sebab kes angkat brg pindah opis laaa....
so hari ni satu hari si baby asyik berkepit je laaaa.....
cute sangat aku tengok....
Mula plan nak baking2 tapi tak jadi sebab baby tak kasi......
Friday, November 16, 2007
Period kurangkan susu?
ye ke?
Setiap ibu akan respon kepada menstual cycle's dengan cara dan kesan berlainan. Ada yang tidak akan merasa apa-apa perubahan pada kuantiti susu dan ada yang found that her milk supply is decrease dan ada yang seminggu before tha period dah rasa perubahan susu dan kembali normal 2-3 days during the period.
During menses time , there is a steady decrease in blood calcium level, and some mothers have had success stablizing their supply by adding calcium supplement to their diet.
Manakala for me, during menses or normal time...Basically no different..
It's depend on my kerajinan sahaja..Semata-mata....
Ramai yang dok 'nghoyak' susu deme decrease maut time period....Aku dok la fikir biar benor deme nih....
Mmm..sesungguhnya setiap individu itu berbeza......
Kita kena 'study' ability kita haahaaaaaa....(ntah apa2 le aku nih)
Ngeeee...
bab how's mik supply established..
Memang bergantung sangat-sangat kepada demand/supply process.
Bila nipple distimulasi...badan akan menghasilkan prolactin...Prolactin ni directly akan merangsang kuantiti susu yang badan ibu hasilkan.
During the early months of nursing, the prolactin reseptors are laid down that control the body ability's to provide BM long term.
Some research indicates that during the first three to four months of life milk supply is controlled through this process in the endocrine system. After that time it moves to the control of the autocrine system, leading some to think that milk supply can not be significantly increased after that time other than in situations like normal growth spurts. For mommies trying to breastfeeding in a cyclical pattern or routine that means that your ability to breastfeed long-term may be influenced by how carefully you maintain a flexible routine. So to those who wanna Breastfeed their baby long term please be patient.
Milk supply is also influenced by how effectively the breast is emptied. When the breast is emptied, the body signals the cells that make milk to begin making more. Prolactin release and milk removal both depend on adequate stimulation through a good latch.
The release of prolactin is dependent only upon nipple stimulation, but the release of oxytocin can sometimes be inhibited by the release of adrenaline. Learning how to relax can greatly help the mommy that must pump long-term, or the mom who is having trouble with the milk ejection reflex (let-down) because of stress. If the milk does not let-down, then the breast will not be adequately drained, more milk will not be made, and thus the concern for supply.
More milk is made when prolactin levels increase due to stimulation and when milk is removed from the breast. That means that when your supply is low, increasing the frequency of your feedings will help build your supply to the level that your baby needs. Another way to increase overall stimulation is to use a hospital grade pump/pump yang bagus to pump each breast an additional ten minutes after each feeding.
When breastfeeding, mommies should seek to maintain a healthy nutrition intake, with a healthy fluid intake
Note;
- Cigarette smoking decreases prolactin levels
- Introducing artificial nipples before breastfeeding is well established can lead to difficulty getting the baby to feed at the breast. If mom then resorts to bottle feeding, this can result in a cycle that eventually leads to low milk supply.
That's all....
Aku sepatutnya post this post kat mysweetstory but cincai la..sini pun ok laa..
Thursday, November 15, 2007
plan yg terbengkalai
Masa cuti Deepavali hari tu aku bercadang nak belajar buat roti harharharhar...tak jadi...
aku dah buat tapi kureng jadi...lps tu aku tak jadi buat Macam mana den nak buat...anak den asyik nulong nimbang tepung..lain aku timbang lain aku dapat mmm....
weekend ni plak aku cuti ahad je....sabtu kerja uwaaaaaaa..
Kalau sempat nak juga bake something......
Ni hari2 fikir nak buat kek kukus nih ishhh malam bila yg aku free nih.....???
Wednesday, November 14, 2007
Usah dipaksa
Aku lebih suka meminta..memujuk..memberi peringatan (tp bab memberi peringatan ni kalau aku apply kat hubby mahu 3 depa muncung dia!Hahahaha)
Kalau dia nak buat dia buat..kalau dia tak nak ..kang bila dia dah sedar akan kebaikannya dia akan buat....
Ada orang kata cara aku tu terlalu memanjakan anak...
Aku manjakan?yaa..memang tapi aku ada ketegasan.....Bukan manjakan menonong....(Nak kata dia juga yg betullah tuh....tukul tukul)
Apa yang aku dapat dari 'method' aku tuh...Anak aku PANDAI berfikir sendiri tentang do and don't yang aku bagi tahu dia...Dia dah pandai buat keputusan dalam sesetengah perkara (bg aku at his age too young untuk dia )
Cuma kadang-kadang tu naluri nakal dia tetap menang juga hahaha
nak buat macam mana nama pun budak 2 tahun......Tapi aku suka tengok muka bersalah dia bila dia buat sesuatu yang dia tak patut buat...Cara dia nak minta maaf...Cara dia nak ngaku salah..Cara dia nak tunjuk yang dia serik...soooo cute..kawaii....
Mummy....acif jatuh...sakit....huk huk...mummy acif ilap(silap) huk huk...acif dih dih(sedih)..mummy....(sambil hug mummy dengan muka yang sangat cute)
-Senario bila mummy kata..
"kalau nak panjat boleh tapi kalau jatuh sakit"..Akif degil akif panjat juga lepas tu akif jatuh...so tu le ayat dia....
penat?
Office baru masa aku balik td masih lintang pukang
sitting baru ni tk best! sebab kena duduk dekat ngan minah perasan..mencinyaaaa........
aku pelik benor ngan aku ..nape aku alergy benor ngan minah tuh......bkn aku je ramai lagi! Hahahaaaaa
btw...
akhirnya...
siapa nama?
acif
What's ur name?
Acif
Akhirnya dia faham...what's ur name tu maknanya siapa nama kamu!!!Tahniah Akif tahniah.....
Onamaewa nan desuka?
mummy nyi..natnat(penat) yaaaaa
Onemaewa nan desuka?
Acif..ACIFFF ACIFFF ya....(dgn muka bengang...tu la mummy asyik tanya nama je apa hal?)
Tuesday, November 13, 2007
pindah
Dari block video gi ke Audio....
mmm..Ntah lah macam mana...kat sini mmg macam padang jarak padang terkukur laaaa...macam kawasan Garuda terhempas pun ada juga!
Dah pindah kang nak ngemas plak.....
Apa-apa pun.....
Kompeni ni dah offer VSS kepada yang kerja 5 tahun ke atas..aku tak layak la sebab aku muda lagi hahahhaaaaaa
Good luck!!
Monday, November 12, 2007
Anak mummy baik
Akif cuti sekolah 9 days....
03 nov-11 Nov...
03-04 nov...sabtu ahad...
05-06Nov..kat rumah with his mak cik
07-11 Nov...Mummy cuti....
Jadi semalam..mummy and daddy asyik ingatkan Akif...
"Esok akif kena pergi school"
Dia sengeh aja...
Daddy tanya..
"Esok nak gi school tak?"
Dia jawap
"Nak...nak nangish.."
Mummy cakap..
"Pleaselah akif don't cry..Mummy terseksa kalau tinggalkan Akif..Akif is crying..Please Akif help mummy....Mummy janji balik awal...."
Dia sengeh....sambil sebut.."Nak nangish uga(juga)"
Mummy pujuk juga....
Pagi tadi dia bangun awal....
Then sampai School....
Dia hulur tangan dia ...Pergi ke dukungan pengasuh dia, angah....
Tak nangis cuma muka tak puas hati je...
Mummy cakap petang ni balik awal....
Mummy pula tak habis2 ingatkan daddy...by hook and by crook..Hari ni wajib ambik akif awal..Risau dia buat hal lagi....Dah cuti lama dia sporting gi school hari ni kita kena tunaikan janji agar dia terus percaya kita
Anak mummy baik!
Update....Akif...Daddy mungkir janji!!!Nanti Akif mogok ngan dia ya...Geramnya mummy kat daddy......
Talk about this guy...I wish he will go outstation overseas again!Again and again.....and agaiiinnnn
Dia ni kalau dok senegara ngan aku dia memang 'eksyen' dia kena dok negara lain ngan aku baru dia ada 'akal'....
Geram geram geram nih!!
Cara kita mendidik anak
Aku selalu kagum dengan orang yang pandai didik anak pandai displin anak.
Aku takut sangat anak aku tak berdisiplin ...susah dididik..susah dibentuk...Aku takut!
Aku sedaya upaya mencari panduan cara-cara terbaik untuk aku bentuk sahsiah anak aku.
Aku baca blog ibu-ibu...semua menyatakan cara mereka didik anak adalah yang terbaik...Walaupun ada yang bagi aku..Aku rasa tak betul...Hahahaaa
Aku kagum pula macam mana diaorang boleh yakin cara mereka terbaik sedangkan apa yang aku pelajari bertentangan dengan cara mereka..Mmm.....
Apakah cara terbaik aku nak ajar anak aku nih?
Ikut cara mak aku?Cara nenek aku?Cara MIL?Cara FIL?
Aku tak boleh ikut cara mereka..Aku kena ada method tersendiri....
Aku susah hati sebenarnya...Sejak anak aku 2 tahun ni dia makin mengada-ngada...Daddy dia pula selalu ikut kehendak dia....oh suamiku tolonglah ikut acuan yang kita persetujui....
Ke mengada-ngada dia tu dah minima punya level ya?
Ada masa anak aku ni menunjukkan perangai dewasa lebih dari umurnya....
Normal lah ye?
Jangan tak percaya aku dah pernah pergi jumpa pakar kanak-kanak semata-mata nak 'bincangkan' tentang perangai anak aku..Relevan dengan umur ke...Melampaui batas ke...
Doktor gelakkan aku hahahahaaaa...
Doktor kata anak aku tu terlalu normal laaaa....tantarum dia tu level average....Dah cukup time hilang le...Betullah le..sekarang dia dah tak tantarum...Dia dah banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu....
aku selalu dengar dia 'berbual' dgn diri dia sendiri...
1. acif nak anjat(panjat) tp kalu acif jatuh sakit..mummy marah daddy babab...ishh sakit sakit...tak yah anjat yaa....
2. acif nak nulish dending(dinding)..nanti kotor...eeeii yek....tulish book laaa
macam mana pun kat dinding umah dah bnyk juga lukisan..ish ishish.....
3. acif nak makan ni (mende yg tak patut dia mkn..cthnya sambal udang)....Hiii dash dash...(pedas pedas)...maghan(makan) asyik(nasi) aja yaaa
dan banyak lagi...
Dia selalu 'study case by case'
Sekolah....
Kang nanti dia dah patut masuk sekolah...sekolah mana aku nak hantar nih?
kangaesugi ke aku ni?
yameyo yameyo....
Haaaaa....
satu cara nak didik anak yang aku berpendapat sangat efektif.....
senantiasa berpesan2 kepadanya ketika dia nyusu dan nak tidur....
Baca ayat2 suci then pesan2 kat dia...Time tu juga aku ajar dia apa aku nak ajar..dia tak ikut pun...tapi 2-3 hari lps tu tiba2 dia tau sebut.....
Alhamdulillah....
aku nak mengomel
senario 1
aku bawa anak aku ke 'pusat hiburan keluarga' kat satu pusat membeli belah terkemuka tanah air (ye ke?)
Aku beli token rm4 (budget laaa) untuk anak aku..
Anak aku nak main 'basket ball'
1 round rm1....
Aku pun masukkan rm1...keluarlah 20 biji bola kecik2 sesuai ngan anak aku yang kecik itu....
Anak aku ambik sebiji bola tiba tiba.....
3 orang budak lain..Dari pengamatan aku dalam umor 3-7 tahun datang..rampas all the balls depan kami....
Aikkk?Aku terpinga sekejap....Ni tempat main berbayarkan?Aku yang bayar akulah yang berhak mainkan?
Anak aku yang nak main jadi aku bayar ni budak 3 'ekor' ni datang dari mana.....Anak aku dah pandang semacam..sebab budak2 tu tolak dia.....
Aku minta balik all the balls but budak2 tu tak bagi
aku pusing belakang cari mana mak pak budak2 ni.....
aku tengok sorang pompuan sengeh kat aku..maid budak2 tu kot...
aku terus gamit panggil dia...
"ni anak2 awak?"
"bukan..ini anak majikan saya"
"ohh..Ni nak bagi tahu...mainan ni saya yang bayar untuk anak saya main...Boleh awak panggil anak2 majikan awak ni?"
"mereka mahu main.."
"Mahu main...Boleh bayar sendiri?saya bayar untuk anak saya...Kalau main sama-sama oklah ini mereka yang main...tolak anak saya...apa kisah nih?"
Dia belah tinggal anak2 majikan dia....Then datang ngan sorang perempuan....
"Ada apa?"
"Ohhh awak ibu budak2 ni?"
"Ya.."Dengan eksyennya
"Boleh ambil anak2 awak dari sini..Anak saya nak main...Ni tolak2 anak saya ni apa kisah..."
Aku memang bengang tau.....Dah la salam tak bagi meh ala2 nak serang aku.....
"Ni tempat untuk semua orang..biarlah anak2 saya main.."
"Ya memang tempat untuk semua orang main...Tapi mainan ni kena bayar...saya bayar untuk anak saya main anak awak datang rampas tolak2 anak saya..ingat saya ni siapa?"
"Alaa..main sama2 apa salahnya"
"Excuse me....main sama2?Ni ke gaya main sama2...?"Aku tunjuk anak2 dia dah rampas mainan dari anak aku....
Dia baru perasan...
"Ehh kena bayar ke?"Mula menggelabah....
Terus tarik anak2 dia belah dari situ....
Apa ke ampeh punya perempuan....Dah la tak minta maaf....Patut la anak2 pun macam pelesit.....
Ada juga mak jenis macam ni ya.....
Speechless aku....
senario 2
Aku pi tunggu hubby aku kat KLIA....
So bawa anak aku main kat playground KLIA....Free la kan....
Tak ramai sangat budak....Tetapi ada dua beradik ni..Dah besar2 dah....Bukan baby....Dah sekolah dah aku rasa....
Dok mengawal all the mainan..Tak bagi budak2 lain main...
Anak aku pula nak main dilangkahnya budak tu punya kaki...budak tu marah sebab kononnya itu mainan dia yang punya...Aikkkk....aku terus tanya...
"What's ur problem?"
"Ini mainan saya.."
"What?"
"Mama saya suruh saya main kat sini.."
"Main aja la..tak perlu halang orang lain.."
"Saya tak suka orang lain main sini"
"Balik main di rumah kamu la"
"Saya cakap mama saya baru tau..."
"Cakap laa"
Macam siot je aku kena 'gaduh' ngan budak2..hahahaaa
Dia berlalu...Then datang ngan mama dia.....
Time dia datang tu playground tu makin ramai orang ...
Dia tolak2 budak2 lain....Ada satu bapa budak lain ni marah dia....Dia jerit2 panggil mama dia..mama dia macam tak kisah pun...
Mmm.....Tak faham aku...mak yang boleh biar anak besar2 ni biadab gitu.....
Dah nampak anak buat anak orang lain tegur2 laa..Ni buat buka stone je..ampeh....
senario 3
Kat McD sect3 (ke 2 erk?Alaa yang shah alam tu laaa...)
Anak aku macam biasa main kat playground...Ada 5-6 orang budak lagi...Tiba2 datang sorang budak perempuan...Dia halang semua budak lain naik tangga gelongsor sambil sebut..."Tepi tepi tepi ni aku punya!!!"
Terus mulut aku yang tak de insurans ni
"Ehhh..ni anak siapa ni ya?"
Tiba-tiba datang sorang lelaki panggil anak dia yang tak cukup diajar tu...
senario 4
kat Tesco Shah Alam..Ada budak dok main tangga bergerak tuh...dia lari ke atas lari ke bawah....
Tak nampak plak mak bapa dia....
Aku tanya..
"mana mak?"
Dia kata
"Dalam Tesco"
"jangan main sini..gi cari mak..."
Zaman anak dok hilang ni pun ada juga orang yang boleh biarkan anak gitu ya..Kalaulah anak dia tersepit kat tangga tu putus kepala ka...apa dia nak kata ya?nak salahkan tesco?Nak salahkan security?
Cukup 4 senario tu....
Kepincangan dalam institusi kekeluargaan ke nih?
Ibu bapa tak ambik kisah?
Salah siapa?
Friday, November 9, 2007
doa dan zikir
(ke mmg semedang entry aku memeningkan?)
Tadi pagi(8 nov) lepas masak nasi lemak requested by my adik aku pun on TV..Sekali terbuka CH Oasis(ke mcm mn ntah ejaannya)
Rancangan seorang ustazah ni(aku tak ingat nama ustazah ni but popular la kalau ngan Astro) dengan tetamu jemputan nya wardina safiyya..
Dah ada wardina tengok sat la..kot2 bab BF ka...hahahaa
Rupanya bab ayat2 al Quran..zikir yg bagus utk diamalkan (aku dah oN TV time nak habis daaa)
Apa yang aku dapat tangkap
1. Surah Al Baqarah bagus utk diamalkan...melindungi rumah/rumah tangga dari segala kerja syaitan....Boleh baca hari2 ,...worst case Ustazah tu cadangkan beli je tape/CD ngaji surah Al Baqarah play je....At least ada diperdengarkan surah Al Baqarah....Katanya syaitan memang menci ayat suci Al Quran so...Kalau tak baca sendiri rakaman pun ok..Tapi baca sendiri la lebih afdal..
2.Ayat Kursi..Ni memang syaitan laknatulallah tak berani...
Amalkan selalu
3.Amalkan baca 3 Qul 3 time each..Insya Allah...
4. Ada 2 zikir lagi...Aku lupa/ta ingat sgt so tak berani nak taip..nanti aku confident aku update...
5.worst case kalau nak kuar rumah...baca je A u' zubillah himinassyaitanirajim...
Itu yang sempat aku tangkap...
123456
Dia akan sebut 1-6 setiap kali dia count untuk start buat sesuatu..
Tak kiralah nak lepaskan toys dia kaa..nak susun balik buku dia ka..apa2 aja lah...nak baca doa makan pun le ni kena count dulu 123456...awwah huma......bla bla bla....
Bagi aku..Alahai comelnyaaaa....
Aku tanya kenapa 123456 ..kenapa bukan 123?
123456 banyak yaa..
kenapa tak 123456789 10?
acif nak 123456 aja yaaa..
Ohh mcm tu pulaaaa...
baby baru lahir...
kalau kita addresskan diri dia 'baby baru lahir' dia akan buat gaya mengada2 kononnya baby baru lahir tau nangis je laaa..lain tak tau..Tapi sgt cute!
Dia dah besar dan bijak...Mummy suka!
Dia akan kemas semua mainan dan books dia lepas main/guna....
Dia akan angkut bantal selimut dia semua masuk bilik kalau dia bawa keluar dari bilik....
Dia akan letakkan pinggan/cawan yang dia guna ketika makan di dapur (sama ada di sinki atau kabinet) setiap kali habis makan...
Dia akan lap cepat2 kalau dia tertumpahkan air..kalu cari kain lap tak jumpa bantai guna kain lampin laaa.adushhhhh
Dia akan sapu atau pun kutip sampah2 yang dia buat....
Cuma satu je dia tak boleh buat...Dia tak boleh berpisah dengan nyen..hahahahaaa
sampai bila akif nak nyen ni?
ampai(sampai) bila bila bila ya
sampai dah besar?
ump......besar besar besar....ni kan mummy acif..
what's ur name?
buat muka tak paham..
who are u?
acif.....
salah didik ke aku nih?
Thursday, November 8, 2007
Yeyeyeyeyeee
Akif takleh tidur malam tadi...Namun terlena jua setelah jam 6am...Ntah kenapa exciTed ke rindu amat ke......
Hari ni pertama kali akif naik komuter dan bas...Mummy bawa akif gi KLIA naik komuter dari shah alam sampai nilai then ambik bas gi KLIA...pandai lagi mummy naik public transport kat Malaysia nih.....
Cerita dalam komuter
Almaklumlah...Pertama kali...kejakunan amat terserlah....
macam thomas and friends ya mummy....
wow bleh jalan jalan wooo
Dan macam-macam lagi perkara2 yang naik biol mummy nak handle
Naik bus
Akif dah penat berfikir dalam komuter tadi so akif sleep..jaga bila sampai KLIA...terus nampak ballon...nak one...
Sampai KLIA awal..Memang mummy sengaja gi awal sebab mummy dah ponat nak melayan kat umah...Ngan ponat nak bagi alasan...
Kat balai ketibaan.....
Akif orang 1st yang nampak daddy dia...Dah tu daddy sampai saat2 akif baru lepas kena jentik telinga ngan mummy sebab akif nak main guling2 kat lantai ngan belon.....Nampak aja daddy dia terus terpa...huk hukhuk..melentok2kan badan ke atas bahu daddy dan sebagainya jadi macam drama...ada 3-4 org tengok adegan budak kemetot menyambut kepulangan daddynya......
Alaa baru 5 hAri....rilex aaaaa...
Malam akif tak lena tidur lagi sebab happy terlampau....
Banyak perasaan sungguh la kamu ni akif oooii...
Dia punya cara melepaskan rasa happy tu adeiii....ngan lompat2...gelak2 melukis..membaca menonton muka asyik manis penuh macam bulan mengambang dengan senyuman...
Baguslah akif dah happy...Mean masa daddy tak de tu akif sedih la yaaaaaa
Alahai anakku...
Wednesday, November 7, 2007
cuti day 1
Aku cuti hari ini.
Si akif bangun aja tidur around 830am terus cari daddy...
where is my daddy?
dia panggil daddy daddy daddy...
Erkkk....
akif..how many time should i tell you?Daddy is not around...Not in our house...not in this country.....
Then...where is he?alahai muka tak puas hati ditonjolkan...
Ok ok ok...esok daddy balik.....
yeeeeeeeeeeeeeee yeeeeeeeeeeeeee.syok daddy blik(balik)...
Aku tau tahap macho dia dah mula tipis.....
Dia dah mula takleh nak control macho..
Tak leh nak sabar lagi....
Kesian anak aku........
Aku horhorhor.....
Kesempatan hubby tak dak kat sini aku gunakan sepenuhnya....Aku pi salun kihkihkihkih..ala salun biasa je laaa..jgn bayangkan yg canggih2 tu......tp namanya tetap salun laa..
aku mengurut dan facial je...
alasan ngurut....tangan den sakit daaaa...salah posisi masa BF kot ..ni kali ke 2 dah ni ngurut sebab salah posisi....kalau org yg baru nak belajar BF baca mau naik seriau...
tak de mendenyaaaa...cuma bila ada anak bijak ni dia pepandai 'arahkan' kita ikut cara dia..harharharhar
facial..alasan...Uwaaaaaaaaa...jerawat muka aku ni melampau2 la..masa aku before umor 21 tahun aku tak de jerawat..tp lepas 21 tahun menjadi2 laaaaaaaa...i hate jerawat! Huduh!!
Alang2 ngurut..aku minta akak tukang urut ..urutkan lagi melancarkan susu....Namun Alhamdulillah..happy..kak Ana kata tak yah urut dah...susu dah banyak..urat tu aktif bangat...
so how old is ur baby..
Ohhh too old hahahaaaa...2 years plus...
hah?2 tahun gini gaya urat susu?
apsal kak?
Susu banyak...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..Alhamdulillah.....
Tuesday, November 6, 2007
daddy sono 2
Semalam aja 3 kali dia call aku masa aku kat opis....Katanya sunyi tak de aku ngan akif....
Aku kata ..tu la kalau ada aku dok marah sangat aku ni kononnya kuat bebel....
Tau pun dia sunyi kalau hari2 tak de orang tanya...henpon dah ambik?wallet?kunci?...Rumah dah kunci?lampu dah off?
Tau pun dia sepi dunianya tanpa aku harharharhar....
Dia tanya aku...Adakah aku rindukan dia?
Aku gelak aja....Patut ka aku berterus terang?
Aku pun pelik....Aku tak de plak rasa rindukan dia macam perasaan rindu setaraf aku rindukan dia masa aku dok Japan dulu..mengong...
Aku cuma risaukan dia....Nak rindu maut tak de...Tapi risau maut ada....
Sebab apa erk?
Tapikan aku tak sabaq tunggu dia balik....Awat?
Al kisah last night daddy called....Si akif bukan main lagi happy....Dia punya sengeh mmg menaikkan lagi seri pipinya itu hahhahaaa
tak abih2 dok sebut daddy daddy daddy.....(dia cakap ngan daddy)
OK daddy daddy..ok...daddy..angguk ...geleng...oh daddy...
sampai talian diputuskan....
Lepas tu aku ajak makan..Bukan main banyak lagi dia makan nasi kosong.....(anak aku mkn nasi kosong pun dia tak kisah)
Semalam aku balik on time..sampai rumah masih siang....
Akif nampak aja aku dia punya suka sampai melompat-lompat.....
Hari ni aku keluar awal....Dia masih tidur..Tak sabar nak tunggu time balik.....Yeee esok cuti.....
btw...hari ni sampai time ni dah 2 kali hubby call aku....
Excited la plak...
Kalau dia kat Malaysia ni sehari sekali je dia sms aku..call?mmm...aku je call dia...Tak pun dia call aku sebab nak marah aku selalu call dia..buleh?
Sebulan bill/prepaid dia rm30 pun tak abih..kalau abih pun aku yang perabihkan....Hahahahaa
Kalau berjauhan sekali sekala ni bagus juga no.....
Sejak aku ada anak tak pernah lagi aku berjauhan dari suami aku....
First time ni...Hahahaaa
Monday, November 5, 2007
Apa yang memotivasikan breastfeeding?
Perlu. Buat apa pun kena ada motivasi kan...
Bagi aku....Apa yang menaikan motivasi aku
1. Anak aku (ni tunjang utama laa)
2. suami - ni kalau tak bagi kerjasama takyah le jadi bapa la
Yang lain tu kena sendiri mau ingat..Kena
ada
- ilmu
- kesedaran
- kesungguhan
- semangat
- kesabaran
- ketekunan
- keikhlasan
- keyakinan
- kekuatan
- kerajinan
- kemahuan
- kecekalan
- dan segala sikap dan sifat yang positif..
Sejak aku ada anak ini baru aku faham dan mula belajar tentang breastfeeding, tentang mitos dahulu kala dan zaman moden tentang breastfeeding...
Memberi alasan untuk TIDAk mahu menyusukan anak memang banyak......Memberi alasan MAHU menyusukan pun banyak.....Paling molek berhenti memberi alasan....
Hahahahaaa
Aku mula2 dulu ada juga konon nak 'mendakwah' kwn2 untuk breastfeeding....Kononnya secara lisan..ala ajak macam 'jom kita pi makan'..Tapi tak mungkin la kan...Jadi itu pasal aku ada mysweetstory dan blog ini..
Tak secara terus terang mengadap depan...Tapi biar cara merapun meraban macam gaya aku nih kihkihkihkih......
Atau paling mujarab ..Kena aku sendiri buktikan?
Insya Allah akan kubuktikan....
Breastfeeding ni nampak susah kalau kita tak faham konsep..Kalau dah faham...Insya Allah akan mudah..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami...
daddy...
Si Gedebi dah tahu yang daddy tak ada..Dan tak akan balik dalam masa 2-3 hari ini..Tapi dia seolah-olah mencuba melupakannya..(Lupakan yang daddy tak ada kat rumah)..Aku tengok dia macam sedaya upaya menghiburkan dirinya agar tak mencari daddy walaupun aku tengok 2-3 kali juga dia merayau-rayau dalam rumah...Mencari-cari 'sesuatu'...Bila dia teringat dia akan sebut dengan perlahan..
"Na yaa (Mana la) daddy ya(Daddy saya) ni...wooo daddy ya work (Ohhh daddy saya work)"
Lepas dia sebut dia akan pandang arah aku kot kot aku dengar aku buat muka tak tahu apa-apa...so dia senyum...Risau takut aku tau dia miss daddy...
Dia ada juga cari daddy belakang pintu (daddy suka sembunyi dari dia kat belakang pintu)
Bila tak ada daddy kat situ dia akan tarik muka masam....Dia akan ke pintu depan renung ke luar dan kemudian datang kat aku...
Aku tau dia rindu daddy dia.Sejak dia besar ni mana dia pernah ditinggalkan daddy dia lama-lama....Kalau daddy balik lambat dia dah bising ini berhari-hari...Mmmm..
Sabar ya baby....
Hubby ada call 2 kali petang semalam...Dia janji nak call malam tadi but dia tak call..Si Gedebi macam tertunggu-tunggu panggilan telefon...dia asyik jeling-jeling arah telefon...Itulah daddy janji nak call tapi tak call......
Malam tadi Gedebi tak selesa tidur..(Dia kan tidur cium ketiak daddy hahahaa)...Dia macam tercari-cari daddy dia...dilonjak-lonjak badan dia sampai ke kepala katil 3-4 kali aku bangun betulkan.....
Anak aku ni aku tengok memang kuat 'control macho'..Mmmm.....
tokorode (ni perkataan kalau bahasa jepun kita nak tukar topik tak bersangkut paut d tengah2 topik lain hahah)
Last Saturday..Aku kena kerja..Terpaksalah kan but aku ambik halfday.....
Pagi tu Daddy bawa baby pergi opis dia ambik sport shoes yang tertinggal (kononnya laa) tapi aku tau dia nak gi buat kerja dia....Nak bagi tau direct takut kena fire so sengaja2 la kan tinggalkan kasut..padahal kasut lain kat rumah pun ada....
Kat opis daddy tengah daddy buat kerja baby sibuk main game....
Al kisah ada satu mamat ni pi sound daddy
"Anak hang ni beghapa taun?"
"2Tahun.."
"awat kecik sgt?Anak aku masa 2 tahun besaq..."
"Mana gambaq mai aku nak tengok.."
Si mamat ni pun tunjuk laaaa..
"Cehhh kughus kedekiang....Apa yang besaqnya?"
"Anak aku minum susu banyak ooooo...Sebulan 6 tin"
"Anak aku tak minum susu-susu tin nih....Dia ni 100% anak manusia...."
sigh.....
Komen daddy....
"benci aku kalau orang nak compare-compare anak aku ngan anak depa..."
Komen mummy
"Tau tak paaaa"
Saturday, November 3, 2007
zaman berubah
Aku tiba-tiba emosional apabila baca satu topik kat Forum tentang menyusu ketika hamil.
Sesungguhnya menyusukan anak ketika hamil tidak salah dari segi agama dan kesihatan selagi tidak memudaratkan si ibu dan anak.
copy paste sekali lagi laaaa
SOALAN
SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.
Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?
RINA
Kuantan
Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.
Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.
Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.
Dari harian metro online.Kalau nak search taip aja 'menyusu ketika hamil' ataupun 'hukum menyusukan'....
Apa yang menggeramkan aku adalah..kenapa pada zaman yang serba berteknologi tinggi ini..Pada zaman yang ilmu dihujung jari ini..Masih ada manusia yang masih mengamalkan 'orang tua tua kata tak boleh itu tak boleh ini?'
kenapa?
Pada pendapat aku, kalau sesuatu amalan turun temurun nenek moyang dahulu kala tiba-tiba dapat dibuktikan dari segi agama dan kesihatan dan logik akal manusia tidak benar, kenapa kita harus terus mengamalkannya?
Lupakan sahaja....
Ramai yang bertanya kenapa kalau orang tua tua tu amalkan menjadi?
Pada aku itu tentang spirit dan keyakinan mereka ..Secara kebetulan...
Berbalik kepada kes menyusu anak ketika hamil....
Tiada istilah minum susu bahagian adik ya..sila hati-hati dengan pengamalan tanpa usul periksa ni dikhuatiri menjurus ke arah syirik dan kurafat.
Itu aja...
p/s: Kerja hari sabtu ni tak best laaaa....
Friday, November 2, 2007
Ngeeeee...
Saya tak suka la kalau kena kerja pada hari sabtu....
Tapi minggu depan saya kerja 2 hari sahaja....
Cuti Deepavali panjang....
Plan saya pada cuti panjang minggu depan saya ingin mencuba menggunakan oven saya hahahahaaa..
sekian..
Thursday, November 1, 2007
kokoro wo komete
kokoro wo komete aishiteiru....
(Sejak aku tau bahasa jepun aku ada masalah lah nak translate to any language lain yang aku tau sebab masa belajar nihongo dulu sensei aku ajar aku how to think in japanese..Dia tak ajar how to translate...They don't speak other language accept Japanese..Kalau kami tak faham bahasa isyarat la jawapnya...Maybe oleh kerana sebab itu budak- program matrix jpn kami buleh bertutur bahasa Jepun dengan baik...)
My hubby keep 'blaming' me because i don't teach him Japanese...(Tambah-tambah le ni dia banyak deal dengan japanese kihkih..pity u laa..or hire me la..ur personal translator..)
Reason why i don't teach him...(I WANT to teach him but i don't.. )
I WANT him to be like me hahahaha..Think in Japanese speak in Japanese write read etc...But he MALAS....
My 1st rule...
Must recognize, remember at least Hiragana (In jpns language there are 3 main character...Hiragana,Katagana,Kanji...)
I don't want to teach him Japanese in roman-ji (alphabet) susah wehhh...kalau dalam character jpns is easier sebab nahu, sabdu semua senang nak explain....(kalau kita ajar org baca al Quran kita ajar dalam jawi/arab kan bukan kita eja ngan alphabet kan...)
Aku tak suka ajar orang bercakap Jepun..Aku suka ajar orang memahami bahasa itu....
Kalau aku ajar dia bercakap I have to list down all the sentences but if I teach him how to undestand he can build sentence by himself....
And he cannot agree with my teaching method so I don't teach him....
Ikut cikgu la..demand plak....Dah la free....
Aku punya teaching/learning method kena ada usaha dari 'student' laa..Kalau nak harap aku feed semua mana buleh....
Dulu masa aku baru join this 'marvelous wonderful' company i was assigned to be Japanese teacher...Sungguh aku tak suka....Depa dah belajaq lama dah tapi apa pun tak tau.....Aku tak suka nak ajar orang translate..Tak suka tak suka..Last-last aku ignore aja..Ye la bukan company bayar pun kan.....Setakat charity je buang karan je..buang masa break aku je.....La ni kelas bahasa jepun tu dah terbenam ke perut bumi....
La ni Company assign orang luar(jpns) ajar Senior Eng/Exec ke atas...
Yang lawaknya Staff Eng sorang tu dulu dialah 'pengetua' kelas bahasa Jepun kat Dept kami nih tapi dia pun kena join kelas yg company buat nih....
Dia punya Jpns language skill memang jauh ketinggalan la dengan aku yang memang mendapat pendidikan formal ni kan..Tapi ada 3-4 incident dia bertekak ngan aku (masa kelas jpns) tentang penggunaan word dalam kelas...
Ada ka patut nak lawan ngan aku yang perapera ni....
Ish ish ish....
hakikatnya walaupun aku tau bahasa jepun kat company ni tiada maknanya...Kalau aku cakap jepun..jepun2 tu cakap english....Hahahaaaa
Cuma aku tetap maintainkan skill aku agar tak jadi macam english aku..Ohh tidak...
p/s: counter-measure untuk improve english aku adalah..aku kena gi tinggal 2-4 tahun kat negara yang guna english hahahahaaaaa..Buleh?