Wednesday, November 21, 2007

TV dan anakku

Aku ada satu kerisauan....
Anak aku suka sangat menonton TV. Dah tu daddy plak jenis suka ikut apa anak buat....(this man selalu porak perandakan plan aku....Ikutkan hati nak je aku tukul..Mmm...Konon tu cara dia tunjukkan kasih sayang..Maybe to those yg membesar tanpa kasih sayang....)

Aku search tadi aku bantai letak keyword...TV babysit...
Nah keluar melambak-lambak...Kebanyakkannya cakap negative..TV tak bagus untuk budak..Memang pun! Aku tau!
Aku ni antara budak yang membesar tanpa TV...Bukan sebab mak aku tau TV tu tak bagus tapi sebab mak aku tak mampu nak beli TV/...Hikmahnya.....Aku ni wujud....seadanya

Setakat ni Akif kalau menonton TV memang berteman dan kami akan sama2 gelak ketawa dan mengikut apa yang kat TV tu buat...Selalunya tengok PHDC...Or Cartoon Network kalau dia nak tengok Tom and Jerry..
I hate Jerry dan dia plak loves Jerry...Cerita Tom and Jerry ni Daddy yang tengok beria..Katanya masa kecik teringin nak tengok tapi tak leh tengok..apa2 laaaa
Kalau Noddy dia suka 'say it with Noddy' tu dia akan sebut macam Noddy sebut...paling suka 'me' hahahahaaaaa
even mi goreng pun dia sebut as 'me' wowen....

Sesame street dia suka ....So far aku bagi dia tengok program yang membantu dia develop diri dia...
Ultraman etc tu kat umah aku memang tak bagi tengok tapi kat Taska ada tengok sebab ada kawan2 dia bawa CD..Ishhhhhh

Aku sebenarnya risau sangat anak aku ni jadi kaki TV so le ni kami ubah dia punya tumpuan gi belajar guna laptop
Jadinya kalau kita on laptop tak bagi kat dia..Dia dengan tanpa segan silu datang tutup...."tak agi acif ..acif tutop!" (tak bagi akif..akif tutup) Ugut weeee....
Makanya bagi le dia tengok slide flash card dia...tengok web2 yang ada game ABC 123 ka....Apa2 yang dia suka lah sampai dia dah natnat(penat) dia nak nyusu plak then dia tidur then sapa nak guna gunalah laptop tu.....

aku ingat nak repair desktop aku yg power supply meletop tu...Kata kedai PC power supply ori mahal kalau yang tak ori adalah dalam 150-200...Mmmm..Nak beli ke idak erk?
Aku dok pk nak beli 'laptop' kanak2 je untuk dia..Kalau rm200-300 ada tak?
Hubby kata yang rm40-50 pun ada tapi aku tak mau la yang jenis tu feature tak bnyk..screen kecik...Ntah2 ROHS tak pass....Tak de CE approval..Radiation tinggi...Ishh tak boleh tak boleh....

Berbalik kisah TV dan anak...
Aku seboleh2nya kalau anak aku menonton TV aku akan pastikan ada orang dewasa (hubby or me) dengan dia untuk menceritakan/terangkan kat dia apa yang kat TV tu..
Kalau aku tengok drama aku akan suruh dia tidur hahahahaaaa...

p/s: Petang smlm dia demam lagi...Masa aku sampai kat taska dia..dia hanya berdiapers aja..derang tengah menjelumkan kan dia...
Ya Allah sihatkan Akif....

5 comments:

aisyaimya said...

fid,
Betul kan aja PC lama tu kalau kos tak tinggi...
abah aisya (org IT lah kan)tak galakkan beli laptop budak kecik tu, dia belikan CPU 2ndhand (slow giler lah) RM200(beli kat S.Alam S19)tp buleh main vcd & install terus kat dlm PC tu.Jadi hari2 programme BumbleBee, Barney & Sesame Street thru media player aja lah(sampai naik hafal dah lagu2 semua)...

Fid said...

kak odi
thank u thank u..kena repair le cam gini..hehehe

knv said...

betullah tu. orang kat budak2 yang tengok tv lebih dari dua jam sehari akan bagi bad influence.

tapi anak2 haku jgn cerita laa.. boleh dok melanguk tengok katun sehari suntuk.

kalau kita kat rumah bolehlah kawal. kalau pi kerja tu yang haru tu..

aisyaimya said...

my bro nye advice to control budak tgk TV cite katun, stop using astro.. rumah kami mmg tak dak astro (since ada aisya dah tak sempat nak tengok TV, layan aisya lagi baik)so bill langgan astro buleh lah beli VCD sesame street & Barney bebanyak..

Rizza said...

fid..betul tu...ko..astro tu le yg byk mempengaruhi minda budak2...dan bukan semua cartoon tu sesuai n bagus utk pembelajaran/tumbesaran mereka...

seperti kak odi kata tu le..ko pasang kat pc je..tak pun kalau rajin wat sesuatu n pasang kat DVD player...leh tgk kat tv....macam aku buat le..hehheh

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search