Aku menaip kisah ini bukan untuk mem'provoke' ke apa sekadar aku nak sisipkan dalam lipatan sejarah aku..Yang aku pernah kena macam ni..Dan aku pernah bertindak macam ni...
Ishhh
Di dalam kawasan pagar company aku yang terkemuka ini ada 2 buah surau...1 for audio div and 1 for video div.
And I use both to pray and pump ikut mana dekat with my work place....Kalau kat Office I prefer video div's and if I work in lab i prefer audio div's.
To cut the story short...
Aku tengah mengepam tiba-tiba aku terdengar satu suara...
"pam susu?"
"Ya" (this' the best answer lah kan since I'm pumping now hahhaa)
"Banyak susu" (this's the question that i hate most...)
"Alhamdulillah....."
"Kenapa pam?" (Argghh i hate this qustion too)
"Anak saya nak minum" (and this' the best answer too hahaha)
"Kenapa tak bagi susu tin aja senang tak payah nak pam-pam!" (Hahahaa soalan lazim..Aku selalu terfikir should i answer or not..this kind of question.....Mmm...kalau tak jwp kang kata apa plak....jawap je laaa)
"Anak saya tak minum susu lain.." (Yesss This' the answer to all)
"Kecik-kecik ni la kena ajar..Kalau besar nanti tak susah...Anak akak Lepas pantang aja dah bagi botol senang nak kerja.....Tak payah nak fikir....Baik awak ajar anak awak minum susu botol.." (wow!she's teaching me how to feed my kid!)
And with this question what is the answer..What should I reply? Just ignore?No no no....
"Tak kisah..Tak nak susu lain pun..In fact anak saya memang tak minum susu guna botol pun..." (Ada sedikit bara dalam intonasi suara aku...Aku sedaya upaya mengawal agar aku terus rasional dan beradab sopan...)
"Kenap paksa..."
"Ohh tak nak..Saya tak nak ajar anak saya dengan paksaan..alau tak minum guna botol pun dia akan tetap boleh minum susu...."
"Susahlah orang nak jaga..."
"tak kisah..Sebab saya bayar..And I willing to pay extra if they ask for that..."
"naK tinggal anak susah la nanti besar.."
Mmmm.....Aku dah mula pelik..
" Nak tinggal ke mana?"
"Nak ke mana-mana laa..."
"Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah.."
"Anak berapa bulan.." (Sepatutnya u MUST ask this question first before you ask me the above questions...)
"2 Tahun 2 bulan..."
"Laaa baru dua bulan...."
"Bukan dua bulan 2 TAHUN 2 BULAN..." (Ampun aku bukan nak riak ke apa aku hanya nak bagi tau umur anak aku....)
"Hah??????...2 tahun minum susu badan lagi?????"
"Ya" (Simple...)
"Cukup ke susu?"
"Alhamdulillah.."
Dan setersnya dia sampuk oleh individu lain...
"Macam mana awak buat sampai tahan bertahun2 ni...Akak dulu 4 bulan dah kering tau...sayang sangat...."
mm...Ada juga yang berminat nak tau ya...
"Saya memang bagi anak saya menyusu dan saya pam time kat office"
"Akak tak sempat le nak pam.."
"Alaaa bukan lama 10-15 minit je...Akak bleh pam time rehat..Tak pun time dok brak2 ni apa salahnya pam....."
"Mana akak nak simpan susu ni?"
"Boleh simpan dlm peti ais..kalau tak de guna je beg mcm saya ni letak ice bnyk2...."
"Beg awak tu mesti mahal.."
"Taklah mahal sgt tapi buleh laaa....Tapi yang murah2 pun ada..tak rugi kalau beli..."
"Akak minat laaaaa.....Rugi tau tak bagi anak susu badan..kat spetal kerajaan memang dok canang pasal susu badan ni"
Dan di sampuk balik oleh individu pertama..
"ko pun nak pam...Buang masa aja..."
Dijawap oleh individu ke-2 semula....
"Dia boleh buat aku pun boleh buat laaaa..Ko tu nak senang jee.."
Aku pam buat derk jeee....
Moral:
D mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau kita ada pengetahuan tapi tak tahu cara mengamalkannya pun tak guna....
Apa2 pun susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda....
p/s: Tajuk tu aku main letak je sebab tak tau nak letak tajuk apa
6 comments:
ish hangin tul la bila masuk part nak mengajar orang tu. hang tu dah sah2 tak boleh pakai sibuk nak mengarah orang ikut cara hang.
ish naik bulu roma aku bila kena dengan orang2 macam ni. rasa nak bagi aje sedas dua!
alfatihah untuk muhammad aiman http://mylife.blogdrive.com/
habaq kat depa, bag mahai tu lebih kurang rega 2-3 bulan beli susu tin ja
gitu laa ye Fid.. kalau takde umat2 camni, tak meriah le.. hehehe
aku kalau dpt soalan2 lazim ni, aku senyum jer. tak larat, nyah....
suka la post kali ni... saya setakat ni tak dak lg yg kondemn kat ofis. org tanya saya jawab... malas nak kecoh2... org tak tanya saya pun tak ceta.... (bukan tak nak ceta.. tp tak nak org ngata belakang.
Post a Comment