Sunday, June 15, 2008

peniaga ayam- tidak jujur?

aku pergi pasar malam kat section 19 SA last saturday(semalam la)
aku beli seekor ayam.Ayam harga rm6.50/kg for whole chic.(ya la kat giant tesco aja yg ada pilihan w/o head and feets etc kan)
so ayam aku beli tu whole chicken la(with feets and head).Cost me rm13.60
Then time aku nak bayar tu(aku sediakan duit ngam-ngam) ada seorang perempuan bersama anak dia(kecil lagi sorry mak cik terpijak kaki anak)..Perempuan ni nak beli kaki ayam.
"kaki ayam ada?"
"ada..."
"bagi rm1"

aku macam terblur sekejap...kaki ayam rm1 dapat banyak mana ya?
Tapi aku tak le tunggu nak tengok sebab aku tak tahan berat bawa barang aku nak cepat jer la.....

Sampai kat kereta(hubby and akif tunggu) aku bagi tau la hubby ada orang nak beli kaki ayam kat peniaga ayam tadi...
aku pun katalah silap tul lah saya tak bagi dia 'kaki ayam kita'...
Hubby jawap..mana ada kaki ayam kita...peniaga tu bukannya bagi...

aikkkkk
kalau kat Baling depa bagi la kaki ayam tapi saya yang awal-awal kata tak mau...
hubby kata tak caya balik jap lagi tengoklah ayam yang aku beli with head and legs tu ada ke idak......

so aku balik siang ayam tu ternyata kaki ayam aku beli tu tak de....hati ngan apa ntah barang dalam tu pun tak dak! aikkkk...Kalau kat kampung aku semuanya ada siap disiangkan.

Sungguh tak jujur peniaga ayam SA nih!
Kalau ya pun aku memang tak nak kaki ayam dan segala isi perut ayam tu biarlah aku yang cakap.."tak nak kaki tak nak hati etc" macam selalu aku beli ayam kat kampung aku.

Dahlah ayam aku beli tu ditimbang seekor dengan kaki dan isi perut..tapi aku dapat ayam semata aja...dah tu kaki ngan hati ayam etc derang jual pula kat orang..amboi untung berganda nampak!

Patutnya takat nak beli kaki ayam rm1 tu bagi free dah la..kaki ayam tukan dah dibayar!

zalim sungguh!

lain kali aku beli ayam aku balik siang kat rumahlah...nak tengok derang akan potong ambik kai ke idak..ke ambik kaki ayam ngan isi perut as upah potong?????
maknanya service potong ayam tu kena upah dgn bagi kaki ayam dan isi perut ayaM?
Berapa gram ya?

Hahahahahaaa
macam terlalu berkirakan aku...tapi bayangkan kalau satu hati ayam berat 2g....kalau 100 ekor ayam???
sekg hati ayam berapa rm?
Ishh kena berkira nih...
Aku rasa tak lama lagi harga ayam akan naik lagi ni sejajar dengan kenaikan harga petrol..maklumlah ayamkan minum petrol!!!!

4 comments:

Mommy Lyna said...

ayam kat sini zaman minyak xnaik pon dah rm8.50-rm9/kg. skg ni minyak naik tatau la. woohaaaa!!!! tak makan ayam dahla kamek orang!

mado_ct said...

macam tu pulak kiranya...tak aci la timbang ayam dgn kaki n perot. bek potong sendiri..kat sini kan dah biasa potong sendiri..sure hang tera dah bersiang ayam kan?

Fid said...

lina
ayam mahal tak pe janji bg semua apa yang kita beli...hahaaa

madoct
hahhaa
penangan dok kat nihon la aku mmg 'master' ntah phd dah bab potong ayam ni....
kahkahkahkah.....

ngan pisau lecik pun bleh potong ayam hahahaa

hang beli ayam order ke ada org gi jual?

aku dulu 3 eki dr umah aku ada kedai ayam ngan kekadang join senpai order ayam nun dr Gifu hahaaaaaaa
tak pun kat Ueno je laaa

Crazee Choc's said...

hmmm....semua nak untung...tak pe fid.. elpas ni sila buat kajian...tgk dia ambik ke tak kaki ayam tu

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search