Sunday, December 31, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Adha

selamat Hari Raya Aidil Adha.....

Thursday, December 28, 2006

Thanks God

“I don’t want to lose you.” That’s HIS ceo word when HE went to see him to tender his resignation letter.

HE told him, HE has no choice, to make HIS life better HE must go but HIS ceo said he will never released HIM. HIS ceo said, he will counter offer HIM.and he will fulfill HIS demand, meaning he will ensure the company will pay HIM same as what HIS new company offered.

Will they?

If Yes, HE will stay, if not……

And HIS ceo said, if he failed in negotiating increasing HIS pay, only he will let HIM go. The very touching part was, HIS ceo said, ‘the company will lose a very potential person if he go’

Really?Oh…Thank God…They realized it!

Dia bertanya kepada aku, apa pendapat aku. Yes! Aku inginkan dia pergi tetapi dia seakan-akan berat hati meninggalkan company sekarang. Aku berikan dia pilihan, seandainya company sekarang memang akan ‘offer’ better or same as new company he can stay, if not he MUST leave the current company. His reply was “YES”.

Wednesday, December 27, 2006

pindah=penat

Pindah=penat
Aduh! Penat sungguh pindah ni ya? Tak kusangka sebegini penat.
Kami 'mula' pindah pada 22 disember, sampai hari ini barang-barang kat rumah tu masih tak tersusun. Pagi tadi aku cari syringe nak bagi Akif ubat pun tak kutemui. Entah kat mana ya????
Dapur aku dah susun tapi aku rasa tak selesalah arrangement yang aku buat. Bilik..ichio dah kemas lah tapi aku rasa macam serabai je.
Bilik air..Ni area paling aku tak puas hati. Aku rasa tak bersihlaaaaa...Dah la toilet jenis ketimuran tu:bertinggung....uhuks...Sabar sabar.....
Bilik mandi...Mmmmm....memang aku tak suka juga tapi lama-lama oklah kot hehehee....
Streamyx..Uwaa..ni paling sedih...Kami belum pergi tukar address lagi..Maka, aku tak de internet la kat rumah ..sungguh aku tak tahannnnnnnnnnnnnnnnn.....

mysweetstory updated

Iklan
Dah update 2 post.
breast pam
peti ais dan peti sejuk

Saturday, December 23, 2006

Doaku terjawap

Puisi di bawah ini aku dapat dari seorang rakan sekolej.


Doaku Terjawab

Aku minta KEKAYAAN agar aku bahagia
Namun Ia memberi KEKURANGAN agar aku bijaksana
Aku minta KUASA agar aku dipuja sesama
Namun Ia memberi KELEMAHAN agar aku bergantung padaNya
Aku minta SEGALA SESUATU agar aku MENIKMATI KEHIDUPAN
Namun Ia memberi KEHIDUPAN agar aku MENIKMATI SEGALA SESUATU
Aku minta KESIHATAN agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BESAR
Namun Ia memberi ANUGERAH agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BAIK
AKU TAK SELALU MEMPEROLEH APA YANG AKU MINTA
NAMUN DOAKU SELALU TERJAWAB

Thursday, December 21, 2006

Lama tak update

Rasa macam dah lama aku tak update blog aku ni. Sibuk sangat-sangat. (konon)

Pindah
Esok Insya Allah kami akan berpindah rumah sewa. Barang-barang belom pack habis lagi ni. Adusss...
Malam ni kami akan ke rumah sewa baru sapu lantai hahahhaaaa...Esok pindah barang-barang besar seperti almari, peti ais, katil dan tilam.
Sabtu kami akan memindahkan segala harta benda yang ada..Insya Allah....

Susuibu.com
Di forum susuibu.com ni kami ibu-ibu berkongsi cerita, pengalaman dan pendapat tentang penyusuan susu ibu, penjagaan anak, resepi-resepi dan sebagainya..segala aspek kehidupan. Bila aku stress, kalau aku lawati susuibu.com aku akan rasa tenang. Siap ada aura lagi, kalau sehari tak jenguk rasa tak selesa je hahahahahaaa....
Di forum inilah aku bertemu dengan ramai rakan-rakan sepejuangan yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu. Tahniah to all!!!

SALES
Banyak betul SALE sekarang ni ya? Naik rambang mataku. Nasib baik aku tak banyak duit kalau idak habissssss....
Semalam aku masuk satu kedai handbag bersama Akif. Akif tolong pilihkan handbag untuk aku.Hahahhaaa
Then hubby datang, Akif tepuk-tepuk dada daddynya sambil cakap
"Dad..ni ni ni..mi ni...#$$%^%^&*"
Aku translate
"Daddy, belilah bag ini untuk mommy saya!"
Hahhaaaa
Then hubby tanya..
"nak ke?"
aku jawap
"Tak nak laa"
Aku nak sebenarnya tapi nantilah...lepas pindah nanti aku fikirkan semula. hehehee....baikkan aku???

Monday, December 18, 2006

mee-mel, ee-yaf......

Betullah, kanak-kanak memang mudah ajar. Patutlah pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebung' itu diguna oleh orang tua-tua. Seperti mana tujuan aku membawa Akif ke zoo untuk memperkenalkan dia dengan haiwan-haiwan yang wujud di alam fana ini, sebenarnya tercapai juga objektif aku itu. Semalam, aku bawa Akif ke Babyland, Kedai barangan bayi untuk membeli nappy rash cream dan Avent disposable liner, di sana juga ada menjual buku kanak-kanak. Akif pergi ke area buku dan mula membelek satu persatu buku-buku yang ada. Akhirnya dia jumpa satu buku yang dia minat, tajuk: ANIMALS....
Aku pada mulanya tak tahu apa isi buku itu. Aku nak tengok buku tu pun dia tak benarkan. Terus ambik dan 'baca', sampai nak bayar pun susah.
Dia bagi aku tengok buku dia tu dalam kereta, on the way balik.
"Mi, mee-mel..ee-yaf..di-yee, ber-k"
Guess what???
Dia kenal haiwan-haiwan yang dia jumpa di zoo!!!!Macam nak menangis aku.Aku peluk kiss-kiss dia. Dia marah sebab aku kacau dia 'baca' buku.

nota kaki:
mee-mel=camel
ee-yaf=girafe
di-yee=deer
ber-k=bird

Akif sudah pandai meniru cara aku mengenakan tudung, cuma dia tak pandai nak ikat sahaja. hehehehee...bab pakai tudung ni kalau dia tak tau pun tak apa..dia bukannya kena pakai tudung!!!

Saturday, December 16, 2006

Siapa suruh??

Hari ini aku tertarik dengan berita ini
Azab di Singapura

Bagi aku...Aku tak kasihan langsung!!Aku nak kata..PADAN MUKA!!!!
Siapa suruh terhegeh-hegeh nak kerja kat Singapura??Siapa suruh???
Dekat Malaysia ni berlambak-lambak kerja kosong. Orang luar berpusu-pusu datang kerja di negara kita, yang kita tergedik-gedik pergi singapura tu kenapa???
Gaji tinggi?Gaji tinggi kos sara hidup pun tinggi. Inilah susahnya kalau tidak berilmu/tak bersekolah.
Nak kata Malaysia ni tak de peluang pekerjaan, ada. Tak CLASS ya kalau kerja buruh kat tanah air sendiri???Buleh belah laaaa......

Nasihat aku kepada rakyat Malaysia, tak yahlah terhegeh-hegeh nak kerja buruh kat Singapura. Di Malaysia ni pun kerja melambak-lambak. Susah senang biar di negara sendiri. Ingat seronok ka duduk negara orang????
Kalau setakat pergi malancong memanglah rasa BEST yang amat. Kalau bekerja, ....no comment. Pergilah cuba!!!

Aku masih tak faham laaa.....kenapa nak sangat kerja di Singapura?????? Kalau anda bijak dan memang akan bekerja dengan penuh hormat dipersilakan, tapi kalau anda tak cerdik better don't go. Bahaya!!!

Mysweetstory

MYSWEETSTORY adalah blog aku yang aku khaskan untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dan panduan tentang penyususan susu ibu dan penjagaan anak. Aku memang seorang ibu yang 'baru' bergelar ibu. Hari ini baru setahun 3 bulan aku menjadi ibu.
Aku memang menyusukan anakku sepenuhnya sejak hari kedua dia dilahirkan. Aku berazam untuk menyusukannya hingga dia berusia 2 tahun sejajar dengan garis panduan agama suci Islam dan juga polisi penyusuan susu ibu Malaysia. Insya Allah. Semoga Allah berikan aku kekuatan dan ketetapan hati.Amin.
Apa yang aku coretkan di mysweetstory adalah berkesinambungan dari blog yuitsumuni ini juga. Sering berkaitan antara satu sama lain kerana penulisnya adalah orang sama!Hehehehee.

Jika kalian ingin mendapatkan informasi tentang penyusuan susu ibu bolehlah berkunjung ke blog aku itu ...Di sana aku ada Links kepada website-website yang amat berinformasi.

Kerja sabtu lagi!!

Hari ini aku kena kerja!! Aku memang tak suka kalau kena kerja Sabtu. Memang tiada mood bekerja langsung!!!
Errkkhhhkkhkkk..Tak sukanya!!!
Company ni suka sangat replacement. Geram geram geram...

Friday, December 15, 2006

tercekik roti

Semalam, akif makan roti. Selalunya mummy yang suapkan sedikit demi sedikit, tetapi semalam dia nak suap sendiri sekali, "@#$%%^%$#@"
Uweeekkkk...muntah terus.....Dia tercekik roti...Nah besar gedabak dia telan...Panjang lebarlah mummy berleter sambil paksa dia menyusu...

Terperanjat aku bila tengok Akif tercekik roti. Rasa menyesal sangat-sangat sebab bagi dia makan sendiri..Kalau tak bagi dia mengamuk. Mmmm.....

Thursday, December 14, 2006

Tips dari PDRM

Aku dapat ini dari forwarded Email. heheheee
Sure ramai yang dah dapat. So, bolehlah kita buat yg mana relevan.

Tajuk: Demi Keselamatan diri & keluarga.
Tips dari PDRM (not a joke)

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi
diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah
malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut
kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan
mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh
double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga
Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau
sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.

Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat
panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari
Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di
kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new,
sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda
buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap
bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada
jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing

giveppcthefinger

Kalau anda berminat silalah click link di bawah:
giveppcthefinger

Aku pun baru dapat hari ini.
  • Caranya:
  • click link di atas
  • baca term & condition
  • kalau berminat joinlah
mudah aja

Apa bende ni?
download report
report oleh Keith Bexter.
Di dalam report tersebut beliau menceritakan bagaimana
untuk menarik pelawat ke website dan blog anda TANPA
pay-per-click (PPC), search engine ataupun link strategies!
Setiap penyertaan di bawah anda, anda akan diberikan
komisen USD1.00. Jika orang di bawah anda sertai pula,
anda akan peroleh USD0.75 dan di bawah mereka pula,
USD0.50!

Maknanya, ini adalah 3-tier komisen yang anda boleh terima!

Jom cuba

Update baby

Update tentang baby Akif

Akif sudah mula belajar bercakap/bertutur/speaking/talking. Antara ‘ayat-ayat’/ ‘word’ yang dia sering gunakan:

  • Nanak=tak nak
  • Nak = nak
  • Mi, nak nyenyen = mummy, saya nak susu
  • Mi, #$%^& = Mommy tengok tu. (Aku tak boleh nak ebut ayat dia sebab bahasanya lain benar, tapi aku faham ayat ni dia guna bila nak mommy tengok pada sesuatu)
  • Dad, atit…nyi =Daddy, saya sakit kat sini
  • Mi/Dad nyak nyu = mommy/Daddy saya nak benda itu (sambil tunjuk)
  • Waaa ki-et =wah CAT
  • Ambik = sila ambik
  • *&^% $%^&&(*&^!@##$#= ceritakan sesuatu. (ni pun aku tak tau nak sebut tapi dia akan tuturkan dengan penuh emosi dan lengok kepala badan kaki etc..yang aku tau aku respond kat dia dengan ayat ‘ye ke’, ‘oh like that erk’, ‘oh ic’, ‘wahhh good boy’.)

Akif juga sekarang ini sedang gigih mengenal benda. Antara benda yang dia dah kenal: Dia akan lakukan perkara berikut bila kita tanya,

  • Fingers – goyang2 jari jemari
  • Mouth – muncung-muncungkan mulut
  • Cawan – pergi dapur ambil cawan
  • Book – pergi ambil mana-mana buku

Akif juga sekarang ini demanding. Dia dah pandai ajak mommy dan Daddy main bersama. Antara ‘permainan’ yang digemari

  • Main kejar-kejar
  • Main sorok-sorok
  • Baca buku

Kalau mommy dan Daddy menolak pelawaan dia bermain, malam tu dia tak akan tidur. Selepas main baru dia tidur. Siapa berani try la…hahhaa

Wednesday, December 13, 2006

EMC

Akhir-akhir ini aku agak sibuk dengan kerja terutama EMC test.
Apa itu EMC??
Meh aku ceritakan secara copy and paste dr note hahahhaahaa

EMC stands for Electromagnetic Compatibility. The term EMC has 2 complementary aspect:-
- the ability of the system to operate without interfering with other systems
- the ability of the system to operate as intended wihtin a specified electromagnetic environment

There are 3 essential elements to any EMC problem
a) Source - a source of an electromagnetic phenomenon, e.g.: radio transmitters, power lines, electronic circuits and etc.
b) Transmission path - a path that allows noise to transfer from the source to the receptor.
c) Victim / receptor - the victim that cannot function properly due to the electromagnetic phenomenon.

The 2 common transmission methods: -
a) Conducted - through external cables, power cords or I/O interconnector.
b) Radiated - by air or via free-space propagation.

Kita buat EMC test ini untuk memastikan product yang kita design itu tidak merbahaya leee...senang cerita
Contohnya, walaupun ada radiation tapi pada kadar selamat digunakan oleh manusia.
Begitulah serba sedikit

Kita juga hendak memastikan product yang kita design itu tahan pada EMC.
Contohnya kat area yang ada GSM etc tu, kita nak pastikan product kita mampu beroperasi walaupun ada gangguan.
begitulah serba sedikit lagi.
sekian

Tuesday, December 12, 2006

Baru kutahu

Baru kutahu rupanya
  • Memang ramai yang tidak faham tentang kebaikan susu ibu.
  • Ramai yang dah beranak ramai tapi sebenarnya belum cukup ilmu keibubapaan di dada
  • Ramai yang pentingkan standard dari keselesaan hidup
  • Ramai yang berbangga dengan kebodohan sendiri
  • Ramai yang tidak boleh menerima pendapat dan cara orang yang lebih muda
  • Ramai yang tidak boleh menerima mereka kurang berilmu dari orang yang lebih muda dari mereka
  • Ramai yang bodoh macam lembu!!!!!
  • Ramai yang bodoh sombong..

Kesimpulan...Aku nak kata orang yang aku maksudkan ini memang sangat-sangat tidak berilmu!!!

Cara nak pulihkan:Kesedaran diri sendiri dan keterbukaan menerima kenyataan ada orang lebih tahu dari anda walaupun anda rasa anda sudah cukup bijak!!!

Pergi ke zoo & busy

Zoo
Pada hari Isnin lepas Akif sekeluarga telah pergi ke zoo. Ingat ke tak ramai. Mak aiiiiiii...30 minit jugalah Q untuk beli tiket.
Pada mulanya nak pergi awal tapi atas sebab-sebab tertentu jadi lambat.
Mula-mula kami ke Kinderjik untuk beli spare part breastpump. Out of stock plak, so tak belilah. Then teruskan perjalanan ke zoo.
Sampai zoo dah 1:00PM. Then 1:30PM baru boleh masuk. Akif suka sangat tapi mummy peninglaaa...semua Akif calls 'CAT'!!!!!!
Tujuan mummy bawa Akif ke zoo untuk kenalkan Akif dengan pelbagai jenis haiwan, tapi Akif tetap sebut cat!! Gambar Akif melawat zoo belum update kat FP lagi. Nanti mummy free sikit mummy akan update.

Busy
Sejak akhir-akhir ini, aku amatlah sibuk dengan EMC test. Kononnya support QA! Tapi dah tahap 'kuli' dah ni!!!!!
Kat office ni pun, aku dah naik confuse, mana satu 'boss' yang patut di ikut. Mmm.. Masalah la kalau semua gila kuasa!

Monday, December 11, 2006

tak habis-habis

Sabtu hingga Ahad, aku dan hubby asyik berkunjung ke kedai perabot. Tak habis-habis dengan melawat kedai perabot (window shopping). Susah juga ya nak cari barang rumah ni. Ish ish ish....
Ni baru nak cari barang untuk rumah sewa, kalau rumah sendiri?? Masalahnya budget sikit, kalau budget banyak boleh angkat aja apa nak harharhar.

Saturday, December 9, 2006

lagi

Lagi, aku ingin memperkatakan tentang susu ibu. Kenapakah masyarakat kita ini susah sangat hendak menerima kenyataan yang SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI??

Memanglah makan terbaik bayi yang baru lahir hingga berumur 2 tahun. (dari segi islam dan perubatan ya). Bagi mereka yang tidak berpengetahuan tentang susu ibu, usah memperlekehkan susu ibu jika anda benar-benar tidak berilmu. Kata-kata anda yang tidak berasas itu bakal menghina diri anda sendiri.
Ada yang berkata susu formula kan ada senang dan mudah. Itu semua mainan pihak pengeluar susu formula!!! Dah mereka buat perniagaan mesti mereka akan promosikan barangan mereka semaksimum yang mungkin. Bagi anda yang berakal, janganlah mudah terpedaya.

Oh ada pula yang akan bagi email kepada aku kata aku ni ekstrimis susu ibu. Salah ka?? Aku sekadar hendak menyedarkan mereka yang belum sedar. Jangan anda fikir anda saudara kepada doktor dan jururawat, tindakan anda semuanya benar. Anda hanya saudara mereka. Dan bukan semua doktor arif tentang susu ibu ini. Harap maklum.

Kenapa saya kata bukan semua doktor tahu kebaikan susu ibu? Kerana saya pernah bertemu dengan doktor iru. Adakah dia kata anak aku minum susu tak elok. Dia kata susu aku tak sesuai untuk anak aku. Apa susu lembu tu bagus sangat ka????Terus aku blacklisted klinik itu.

Di sini aku ingin menyeru kepada semua, ibu-ibu, bapa-bapa, datuk-datuk dan nenek-nenek...SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI KITA. Mrilah wujudkan generasi yang mendapat manfaat dari anugerah Allah yang amat bernilai ini.

Lawati juga mysweetstory

who is helping who?

aku kerja kat R&D department, dua hari lepas tiba-tiba our product/project manager panggil aku ngan sorang lg rakan sekerja aku.
Dia bagi tau kami dia perlukan bantuan kami untuk support QA department buat EMC test. Kami ni nak ke tak nak mestilah kena kata YES bos!
Aku ada book ENC center untuk test beberapa models designed by our dept tetapi slot aku tu telah dirampas oleh pihak QA. Dan new info from product manager, aku hanya perlu test satu model sahaja (ni kerja aku bkn yg QA tu). Yang QA pula memang banyaklah kerjanya.
Memang tak sempat nak siap kalau dilihat pada deadlinenya. Jadi secara logiknya kami tak akan boleh siap.
Macam tadi, pagi aku run 2 labs!!!Pi mai pi mai aku. Kalau sebulan macam ni aku confirm aku akan slim cantik gila!! silap-silap hari bulan masuk ICU!!!
Berbalik kepada cerita who's helping who ni..Pihak QA tu dah jd salah paham pula..macam diaorg pula yang support kami.
Mmmm...Memang salah paham ni 'trend' company tu kot.

Wednesday, December 6, 2006

Pendirian terhadap penyusuan susu ibu

Ya betul blog ini bukan untuk aku paparkan kisah penyusuan susu ibu, tetapi kesempatan ini ingin aku gunakan untuk berkempen tentang susu ibu.

Aku memang penyokong kuat penyusuan susu ibu. Aku memang menyusukan anakku. Walaupun baru setahun 2 bulan lebih. Anak aku hanya minum formula separuh hari sahaja (hari pertama lahir) kerana aku tidak berupaya masih bawah pengaruh ubat bius (c-section delivery). Memang terkilan tapi aku puas hati bukan kehendak aku, itu ketentuanNYA. Lagi pun puting pertama anak aku kenal adalah puting ibunya bukan puting getah. Semasa minum formula pihak hospital gunakan cawan kecil bukan botol susu. Mungkin ini juga titik tolak permulaan aku begitu fanatik dengan susu ibu ini.

Aku paling tak suka mendengar orang bercerita tentang susu formula. Bagi aku tiada susu formula dalam dunia ini yang baik. Maafkan aku andainya ada yang terasa hati, jika anda tidak mampu memberikan susu ibu mungkin susu formula amat penting bagi bayi anda, namun tolonglah jangan bagi tahu aku susu itu terbaik. sakit telinga aku!! Kepada mereka yang merasakan susu formula itu baik, tolonglah hargai diri anda, susu anda lebih baik dari susu formula dalam tin itu!Anda mempunyai makanan terbaik untuk bayi anda!!

Tak kisahlah apa alasan yang diberi, bagi aku di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Susu tak banyak? Boleh banyakkan..Bagi aku kemahuan itu penting. Usaha tangga kejayaan. Kalau buat kerja yang kita tak pernah tahu kita boleh kenapa nak usahakan susu untuk anak kita tak boleh??

Apa lagi alasan nak bagi?Tak cukup masa? Masa berborak ada takkan masa mengepam tak ada??
Kerja?Ramai ibu bekerja susukan anak.
Apa lagi alasan???Malas???Boleh belah laaaaaaa...
Berilah apa-apa alasan pun, kisah apa aku anak kalian bukan anak aku! Jangan nak pandai-pandai ajar aku mengenal susu formula sudah laa. Ishhh paling senang, jangan berbangga dengan susu formula depan aku. Aku alergik!!

Satu lagi kegiatan yang aku tak berkenan, menambahkan nestum dalam susu formula anak. Ada yang kata nak ajar anak makan. Salah! Itu bukan caranya. Nak ajar anak makan kena suap solid food itu bukannya dengan cara masukkan dalam botol bersama susu formula.
Ada pula yang bagi alasan nak jimat susu formula. Padan muka, tahu pun parah nak keluarkan duit beli susu formula! Kalau bagi susu ibu kan tak perlu keluar duit. Padan muka padan muka.
Oh tentang menambahkan nestum ke dalam susu formula ni ada bahayanya. Aku tak ingat itu masalah besar aku. Sebab aku, kalau sebut je susu formula memang aku tak layan. Kena ubah sikap ni. Kena juga ambil tahu tentang bahaya ni.....Tambahan, aku dah jumpa artikel tentang bahaya dan tidak eloknya memberi bayi makan cereal menggunakan botol. sila bertandang ke SINI


Oklah, untuk maklumat lanjut tentang pendirian aku terhadap susu ibu ni silalah lawati blog aku yang INI

p/s: kepada mereka yang memang terpaksa berikan anak susu formula, bersabarlah ya cuba lagi untuk anak yang berikutnya.

Tuesday, December 5, 2006

Pindah rumah

Alahai rasa tak sabar pula nak pindah rumah. Padahal kunci rumah pun belum dapat.
Aku hanya berpengalaman pindah rumah masa study dulu sahaja. Pindah sekali sahaja. Dr Hadano-shi ke Hiratsuka-shi. Guna hikoshi center (moving center). Penat juga.
Mula-mula aku jumpa Fudosan ya san, aku cakap awal-awal aku nak rumah yang murah, ada bilik air, ada tandas, ada dapur harga below Yen40,000. Cari punya cari, aku direkemenkan rumah sebilik ini, sewa Yen37,000. Sebulan kemudian aku pun berpindah.
Pada mulanya nak pindah dengan meminta bantuan seniors dan kawan-kawan tetapi banyak alasanlah diaorang jadi aku buat keputusan guna hikoshi center. Kos hikoshi center Yen30,000 mahal jugalah. Oklahkan tidak menyusahkan sesiapa. Semua mereka yang buatkan. Aku hanya perlu kemaskan serba sedikit sahaja.
Lepas pindah tu rasa happy sangat, entahlah kenapa. Maklumlah rumah baru. Tingkat atas jauh dari cerun bukit. Rumah sebelum tu memang di cerun bukit. Setiap kali ada gempa bumi kecut perut aku. Ciri-ciri keselamatan pun kurang. Yang rumah baru tu dekat bukit juga tetapi jiran tetangga ok. Heheehee
Ishhh itu cerita lama lah...
Ini cerita baru. Insya Allah akhir bulan ni kami akan pindah rumah sewa. Semoga semuanya berjalan lancar.

zoo& guruh

zoo
Kami bercadang untuk membawa Akif melawat zoo hujung minggu ini Insya Allah.
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Akif kepada haiwan-haiwan. setakat ini Akif hanya kenal cat (ki-et), bird (be-k)dan fish(fisshh). Kami dapati Akif mudah belajar jika ditunjukkan benda/objek sebenar.
Bagaimana reaksi Akif bila melihat pelbagai jenis haiwan nanti ya? Mesti dia suka.

Guruh
Akif tidak takut apa-apa kecuali guruh! Mungkin kerana guruh hanya ada bunyi tiada rupa.
Malam tadi di ruangan udara rumah kami terdapat banyak kapal terbang melintas dan semestinya bunyinya amat bising. Akif semalam ketakutan kerana dia sangkakan bunyi-bunyian itu adalah guruh. Dia asyik bersembunyi dan duduk di atas ribaan kami sahaja. Tidak banyak cakap dan tidak nakal. Naik susah hati melihatnya.
Puas kami terangkan yang bunyi itu bunyi kapal terbang. Akhirnya dia tertidur.

stress

Pada mulanya aku berniat menulis blog di dalam bahasa Inggeris tetapi aku batalkan niat tersebut kerana, dengan level English aku ini, aku akan menjadi makin stress apabila menulis blog. Aku menulis blog antara sebabnya untuk mengalihkan rasa stress. Tapi apabila makin stress rasa macam menyusahkan pula. Jadi...seperti biasa, bahasa rojak!!
Tak tetap pendirian betul!!

Monday, December 4, 2006

How many blogs?

Huh.Make me thinking.Actually how many blogs I have?
4?5?
I have one blogdrive blog (my 1st blog), then i've 1 wordpress (my breastfeeding blog), then I've this blog and one more blogger blog, for jot down my Japanese lesson/class section (konon). Only 4...
I'm blogging just for fun. Bila rajin tulis bila malas??Abaikan. Tengah planning nak jadi rajin ni.


yuitsumuni


Yuitsumuni
It's Japanese sentence, direct translation=Only One No Two..That's why my blog title is Only One No Two!!
Above Kanji words are the Japanese sentence of yuitsumuni.
When I was in Japanese Matriculation Class, everyday we MUST do the exercise of sakubun (sakubun=make sentence/essay etc those need sentence harharhar)
But for word yuitsu the sentence already prepared by teacher we only have to memorize it.
Learning Japanese not so difficult, in other word..EASY!Believe me. After one week joined the class we are able to make simple sentence and can communicate with our Japanese teachers. Of course broken Japanese but quite good lo..I think my broken Japanese is better than my broken English...I think you all will agree!:-P
Opsss back to yuitsumuni...At that time this word is a very meaningful word for me. Jiwang beb!!I love this sentence forever....Since this word will lead me to my Jiwang explanation I'll stop writing about this. (wait for the jiwang2 entry laa)
Full stop

How long

Aku tak pasti berapa lama aku akan rajin update blog.Adakah akn jadi hangat-hangat tahi ayam macam dulu-dulu juga?Heheheeee....
Basically, aku memang nak update everyday. Harap-harap aku rajinlah heheheeee...

Sunday, December 3, 2006

I hate working on Saturday

Last Saturday, was my working day,according to my company calendar. I hate work on Saturday!!!
Disebabkan aku kerja, baby akif ditinggalkan di rumah dengan daddynya. Malam tu akif demam. Kasihan dia. Akif meang macam ni. Kalau aku kerja Saturday mesti dia akan tak sihat. Adakah sebab dia rasa tak cukup kasih dr mummynya??? Pity akif pity me!

Saturday, December 2, 2006

Welcome

Welcome to my blog!
Sebenarnya blog ini adalah sambungan dari SINI
Aku sayang blog lama tu tapi, aku tak berkenan sikit la..so aku move ke sini. Pada mulanya nak copy paste semua previous entry masuk sini tapi bila kulihat semula...amatlah banyak, maka cukuplah sekadar dengan link.

Aku dan blog
Pada mulanya, aku cuba guna blogger, tapi pada masa itu ilmu blogging ku amat sikit (totally zero actually..masa tu aku mmg tak paham amende pun ttg blog...so time tu blogdrive amat sesuai ngan aku yg buta blog..haaha)...ampun blogdrive....
Tapi sekarang ni aku jatuh suka kepada blogger....so here I am...

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search