zoo
Kami bercadang untuk membawa Akif melawat zoo hujung minggu ini Insya Allah.
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Akif kepada haiwan-haiwan. setakat ini Akif hanya kenal cat (ki-et), bird (be-k)dan fish(fisshh). Kami dapati Akif mudah belajar jika ditunjukkan benda/objek sebenar.
Bagaimana reaksi Akif bila melihat pelbagai jenis haiwan nanti ya? Mesti dia suka.
Guruh
Akif tidak takut apa-apa kecuali guruh! Mungkin kerana guruh hanya ada bunyi tiada rupa.
Malam tadi di ruangan udara rumah kami terdapat banyak kapal terbang melintas dan semestinya bunyinya amat bising. Akif semalam ketakutan kerana dia sangkakan bunyi-bunyian itu adalah guruh. Dia asyik bersembunyi dan duduk di atas ribaan kami sahaja. Tidak banyak cakap dan tidak nakal. Naik susah hati melihatnya.
Puas kami terangkan yang bunyi itu bunyi kapal terbang. Akhirnya dia tertidur.
2 comments:
Memang seronok bawak anak-anak pergi zoo. seronok tengok diorang happy. sure akif pun enjoy nanti.
Saya (kanak-kanak dewasa) pun seronok bila gi zoo. Hahaha tak malu gua.
Post a Comment