Saturday, December 9, 2006

lagi

Lagi, aku ingin memperkatakan tentang susu ibu. Kenapakah masyarakat kita ini susah sangat hendak menerima kenyataan yang SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI??

Memanglah makan terbaik bayi yang baru lahir hingga berumur 2 tahun. (dari segi islam dan perubatan ya). Bagi mereka yang tidak berpengetahuan tentang susu ibu, usah memperlekehkan susu ibu jika anda benar-benar tidak berilmu. Kata-kata anda yang tidak berasas itu bakal menghina diri anda sendiri.
Ada yang berkata susu formula kan ada senang dan mudah. Itu semua mainan pihak pengeluar susu formula!!! Dah mereka buat perniagaan mesti mereka akan promosikan barangan mereka semaksimum yang mungkin. Bagi anda yang berakal, janganlah mudah terpedaya.

Oh ada pula yang akan bagi email kepada aku kata aku ni ekstrimis susu ibu. Salah ka?? Aku sekadar hendak menyedarkan mereka yang belum sedar. Jangan anda fikir anda saudara kepada doktor dan jururawat, tindakan anda semuanya benar. Anda hanya saudara mereka. Dan bukan semua doktor arif tentang susu ibu ini. Harap maklum.

Kenapa saya kata bukan semua doktor tahu kebaikan susu ibu? Kerana saya pernah bertemu dengan doktor iru. Adakah dia kata anak aku minum susu tak elok. Dia kata susu aku tak sesuai untuk anak aku. Apa susu lembu tu bagus sangat ka????Terus aku blacklisted klinik itu.

Di sini aku ingin menyeru kepada semua, ibu-ibu, bapa-bapa, datuk-datuk dan nenek-nenek...SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI KITA. Mrilah wujudkan generasi yang mendapat manfaat dari anugerah Allah yang amat bernilai ini.

Lawati juga mysweetstory

1 comment:

Mama Hasif said...

tq.. tq sbb naik kan smgt aku blk.. kat opis ada gak sorg akak tu tny aku.. 'laaaa still pam lagi ke.. lom kering lagi eh..? kesian nye..' ms dia nmpk aku kemas2 brg2 lps operasi pam susu kt opis.. ada ke ckp camtu.. anak aku br 5 bulan lebih umo dia.. x payah la kot nak kesian kan aku sbb tu mmg tanggung jawab aku kasik anak aku minum.. no big deal la.. selagi ada rezeki selagi tu la.. tp tu la kadang2 bila aku pam ni kalau x de letdown, kurang la aku dpt..

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search