Monday, December 18, 2006

mee-mel, ee-yaf......

Betullah, kanak-kanak memang mudah ajar. Patutlah pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebung' itu diguna oleh orang tua-tua. Seperti mana tujuan aku membawa Akif ke zoo untuk memperkenalkan dia dengan haiwan-haiwan yang wujud di alam fana ini, sebenarnya tercapai juga objektif aku itu. Semalam, aku bawa Akif ke Babyland, Kedai barangan bayi untuk membeli nappy rash cream dan Avent disposable liner, di sana juga ada menjual buku kanak-kanak. Akif pergi ke area buku dan mula membelek satu persatu buku-buku yang ada. Akhirnya dia jumpa satu buku yang dia minat, tajuk: ANIMALS....
Aku pada mulanya tak tahu apa isi buku itu. Aku nak tengok buku tu pun dia tak benarkan. Terus ambik dan 'baca', sampai nak bayar pun susah.
Dia bagi aku tengok buku dia tu dalam kereta, on the way balik.
"Mi, mee-mel..ee-yaf..di-yee, ber-k"
Guess what???
Dia kenal haiwan-haiwan yang dia jumpa di zoo!!!!Macam nak menangis aku.Aku peluk kiss-kiss dia. Dia marah sebab aku kacau dia 'baca' buku.

nota kaki:
mee-mel=camel
ee-yaf=girafe
di-yee=deer
ber-k=bird

Akif sudah pandai meniru cara aku mengenakan tudung, cuma dia tak pandai nak ikat sahaja. hehehehee...bab pakai tudung ni kalau dia tak tau pun tak apa..dia bukannya kena pakai tudung!!!

3 comments:

Rizza said...

hehheh.. same le ngan hassan ..kalau buku "animal" tu paling dia suke.. dah byk gak nama binatang dia pandai sebut...ade yg jelas ..ade yg seakan-akan je sebutan tu..hehheh..
sonok ajar budak ni..cepat belaja...

Anonymous said...

Pandainya Akif...I pun nak cium dia boleh? hehe

Fid said...

che-cheh...
boleh hahaaa

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search