Friday, October 10, 2008

Jebak

aku...
Aku berpendapat bahasa inggeris(BI) adalah satu bahasa yang penting tetapi bahasa malaysia/melayu(BM) juga tetap penting

Masa anak aku masih kat dalam rahim..aku bercadang nanti dia lahir aku tak nak ajar BM..Nak ajar BI dan BJ sahaja(BJ=Bahasa Jepun)
Sungguh..konon bila ada speaking BI berabuk.hebat..power...dahsyat!

Tapi bila anak aku lahir..persepsi aku berubah.
Aku ajar anak aku 3 bahasa....

aku nak bebel hari ini adalah tentang mengajar anak BI sahaja dengan mengabaikan BM dengan alasan nanti masuk sekolah pepandailah dia belajar..

kalau anak tu sambung sekolah english Insya Allah dengan english dia..dia akan terus maju

kalau anak tu hanya fasih BI..limgkup BM...hantar sekolah
kebangsaan...Hahahahahahaaa...Penatlah anda...
Subjek lain maybe anda akan tak kisah tapi bila datang bab BM...anda juga akan rasa nak menangis...

Kalau anda memang akan tinggal di negara yang cakap BI selamanya OK..takyah ajar anak anda BM...

Hakikatnya anak aku bahasa apa pun dia tak berapa fasih lagi..aci la baru 3 tahun (aci ka?)

Yg pelik iya iya nak suh anak speaking omputih....tak mo bagi cakap BM....kenapa BI je?Bahasa lain?

Ada yang kata tak nak anak confuse...
Budak kecik ni ajarlah 10 bahasa pun Insya Allah dia tak confuse dengan syarat yang mengajar tu guna teknik betul...

Tak salah nak ajar anak bahasa bukan bahasa ibunda kita tapi janganlah sampai ke tahap anak anda rasa BM tu bahasa tidak bermartabat...

Yaaa Aku tau BI penting...aku pun ajar anak aku BI....Tapi aku taknak la abaikan BM....

Sebenarnya bebelan aku ni berdasarkan kepada satu pengalaman aku time raya hari tu...

Aku lepak kat umah tok ngah aku pada suatu petang ketika anak dan suamiku tengah tidur petang(raya)

Aku tengok husband2 sepupu2 mak aku tengah dok siap2 nak keluar...so aku pun tanya

"pak-pak semua ni nak ke mana?"
"Pi tangkap ayam hutan" dijawap ringkas oleh sepupu mak aku yang aku panggil mak yah ..muda setahun dari aku..Tapi memandangkan org kampung aku amat mengikut adat melayu..hahhaa...panggilan kena ikut salasilah keluarga

"Ayam hutan???Kat mana????tangkap????"

"Haa..nak pi menjebak ayam..."

"hah????"

"apa hah?"

"Jebak ayam???bahasa apa tu???"

"Bahasa melayu laa.."

"loghat Baling???"

"Dak....bahasa buku.."

"Awat jebak??bukan jerat?pikat?"

"pikat tu pikat dengan bunyi-bunyi...macam lelaki mengorat perempuan...jerat...ganas sangat...."

"jebak?"

"Guna jebak laaa"


Tahukah anda (korang tau kot) Jebak adalah sejenis perangkap burung yang diperbuat daripada rotan....

Jadi..menjebak ayam adalah menangkap ayam dengan cara menggunakan jebak....

Maka bermulalah perbincangan tentang bahasa ni....

Sepupu2 mak aku tak sekolah tinggi mana pun..sorang ja grad Univ yang lain SPM...
Tapi bila kurenung-renung kutilik-tilik...vocabulary mereka dalam BM amatlah banyak berbanding aku....

Alangkah......






3 comments:

Nur said...

haha fid..cam janji la pulak wat entry lagu sama...

bm penting sbb aku x nk anak aku lupa asal usul dia, bleh?

bi penting tp jgn sampai bm pun diketepikan...

tp gedebi lg best, tau 3 bahasa!caiyokkk!!

Ms Lola said...

Wah, JEBAK??!!! Macam terjebak ke kancah *dot dot dot*

knv said...

pada pendapat aku, yang aku nampak ok ada english background ni untuk budak2 yang nak belajar math dan science in english. tapi actually memang tak sesuwei gomen introduce benda ni SELAGI pembelajaran english tu tak diupgradekan. kesian budak2 kampung yang langsung takdak pendedahan dalam english. anak aku yang pre-school english medium pun dok terhegeh2!

sekian terima kasih.

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search