Monday, October 27, 2008

pot pet pot pet cik gedebi

Jika anda adalah anak yang dibesarkan oleh pasangan ibubapa yang bekerja anda bayangkan..
Ibu anda tak gi kerja hari ni

Aku dulu mak aku menoreh getah.
Kalau hujan tak gi menoreh
mak aku kata kalau tak menoreh tak da duit la tapi aku ta kisah sebab aku suka mak aku cuti!

Tapi anak aku lain
selalunya mummy dia cuti ke kerja ka duit tetap masuk sama..tu bezanya

Anak aku tengah happy sangat2 sebab mummy dia cuti
Mummy dia kata
mummy dia akan jaga dia...suap dia makan..dan paling penting dia bleh nenen bila dia nak
takyah tunggu petang atau malam
Gembirakan

Jujur perasaan itu

So disini beberapa soalan/perbualan dengan budak happy

mummy nak epesh(diapers)
Tak boleh
Nak juga
Tak boleh budak besar takyah pakai diapers.Lagi pun dah habis.
dadddyyyyyyyyyyyyyyy..jom beli epesh
Nanti malam kita beli
Kenapa kena malam?
Siang panas
Panas?
Ya
Naik kereta panas?

Erkkk...
Kami memang tak bagi dia diapers kecuali bila dia nak tidur malam tapi kekadang mamat ni ada angin malas gi toilet so dia nak statik dan buat segala aktiviti.
kenalah kelentong sikit.

Mummy nak epesh..
dah habis.
alaaaaa
tak yah diapersla dah besarkan
nak
kalau pakai diapers no more nenen nenen...
kalau nak nenen?
nak nenen no diapers
nak diapers no nenen.
acif nak nenen.Daddyyyy tak yah beli epesh!

kami kelentong dia yang kami beli diapers tiap2 hari sekeping ja buat pakai tido..Hahahahahahahaa

Dan ada satu hari tu dia nak juga pakai diapers so aku tak bagi dia nenen...dia akur..tak nenen seharian sebab nak pakai diapers!
moral:Budak kecik ni patuh pada janji yang termetrai.
hahahaa

mummy
ape(kenapa) malam ada epesh
daddy beli
ape(kenapa) beli malam?
Balik kerja beli la
ini ari cuti..beli epesh?
Nanti malam kita pergi beli...
ape(kenapa) sikalang(sekarang) tak beli?
Kita rehat kat rumah sekarang
oooooooo

tak abis2 sekarang bab diapers...

mummy nak kek hepi be-day to u acif
nanti kita buat
nanti tu bila?
kejap lagi la
kejap lagi tu bila?
kejap la
bila?
jom laaaa....gi keluarkan butter...

kelam kabut dia gi cari bahan2 kek

Dan pihak pengasuh dia pun bercerita
ini budak kecik banyak tanya tau

suatu hari dia bangun tidur dah time minum petang
menu taska hari tu keledek goreng

kakak ape ni?
keledek
keledek tu ape?
keledek ni ubi
ubi ni ape?
ubi ni makanan
makanan ni apa?
makanan untuk makan
ape(kenapa) makan?
makan untuk besar dan kenyang
ape(kenapa) kenyang?
sebab perut penuh..
ape(kenapa) acif makan acif kenyang?????

Derang kata kekadang tak larat nak jawap
Tapi aku minta jasa baik derang tolong jawapkan juga...
else tukar la topik lain...

Pada pandangan aku
soalan2 bdak kecik ni kita kena layan bagi menjadikan mereka insan yang senantiasa berfikir hatta perkara2 kecil sekali pun.
Think think think

3 comments:

Rizza said...

yeah aku setuju.. layan je segala pertanyaan ...biar dia reti berfikir... dan layan je apa yg dia nak cakap..supaya dia yakin pada diri dia.. ok acif..very2 goooood boy.... geng ngan hassan ..hhehhe

Fid said...

za
ko tau
le ni fe'el baru
kalau dia tanya kita wat derk dia cekik! aduuuussshhh

Ms Lola said...

Kah kah kah!!! Serious aku tak larat nak jawab kalau anak aku tanya lagu tu weih.....

Anak aku, kalau aku jawab soklan dia dgn satu perkataan i.e. "YA", dia akan suruh aku jawab dgn ayat penuh "YA, ini baju baru Sofea"

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search