Entry ni sama content macam kat fidsweetstory.blogspot.com
Cuma aku nak menambah serba sikit hahaha
Bolehkah wanita yang dalam haid masuk ke dalam masjid?
Wanita yang haid tidak dibenarkan masuk dalam masjid kecuali untuk lalu sahaja atau untuk ambil barang sahaja, tanpa berada lama dalam masjid.
-->Ni ustazah aku sekolah Quran Tajwid dah bagi tau masa aku belom akil baligh lagi. Tapi orang2 tua kampung aku memang 100% kata takleh jejak.Ishhh
Bolehkah seorang wanita menunaikan solat jika terdapat tanda-tanda berwarna coklat?
Wanita tidak perlu menunaikan solat semasa dalam keadaan haid atau nifas. Tanda-tanda berwarna coklat semasa hamil bukanlah haid atau nifas. Maka, wanita tersebut mestilah melakukan solat.
-->Ni soalan kekadang orang yang dah 20 tahun berpengalaman ngan haid pun akan tanya juga
Bolehkah wanita menggunting rambut dan mengetip kuku pada malam hari atau dalam keadaan haid?
Tidak ada nas Al-Quran atau hadith yang mengatakan bahawa salah bagi wanita yang dalam haid untuk memotong rambut dan kukunya. Orang Islam dibenarkan untuk memotong kuku dan rambutnya pada bila-bila masa, siang dan malam.
--> Orang2 tua akan kata tak boleh
Adakah rambut dan kuku yang dipotong semasa haid perlu dibasuh sekali semasa mandi hadas (ghusl) atau adakah ia harus ditanam?
Memotong rambut dan kuku dibenarkan bagi wanita yang dalam keadaan haid. Tiada hukum yang bertentangan dengan perkara ini. Juga tiada hukum yang mengatakan bahawa apabila dia mandi hadas, harus membasuh sekali rambut dan kuku yang dipotong itu. Selain dari itu, adalah sunnah untuk menanam anggota-anggota badan yang terpisah dari badan seperti rambut, kuku dan uri. Akan tetapi, jika menanam itu sesuatu ynag menyusahkan, maka tidak mengapa jika ia dibuang dengan cara lain.
Bolehkah para wanita menziarahi kubur?
Menziarahi kubur boleh mengingatkan kita akan kematian dan hari akhirat. Malahan, anjuran tersebut telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadisnya. Anjuran tersebut umum bagi lelaki dan wanita.
Oleh itu, tiada salah bagi wanita untuk menziarahi kubur jika ia dapat mencapai objektif tersebut selagimana wanita itu dapat menjaga adab dan etika sewaktu di tanah perkuburan.
Bolehkah wanita dalam haid menziarahi kubur?
Umat Islam digalakkan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kita kepada kematian dan mendoakan kepada umat Islam yang telah meninggalkan kita. Ini termasuk lelaki dan wanita. Tiada ada nas Al-Quran atau Hadith yang melarang wanita yang kedatangan haid dari menziarahi kubur. Namun, wanita yang menziarahi kubur sebaiknya tidak datang berseorangan kerana ia adalah tempat yang sunyi. Juga wanita yang menziarahi kubur harus mengawal emosinya agar menjaga tertib dan adab.
--> bab ke kubur ni pun.Orang2 tua akan kata tak bleh.
p/s:orang2 tua merujuk kepada orang tua kampung aku.
Banyaknya fahaman songsang depa peturunkan ke anak cucu
so friends....apa orang2 tua kata tu kata..kaji selidik la dulu jangan menonong ikut..fikir2kanlah ya
UPDATE
Komen dari
***********************************************************************
Mommy Lyna said...ni dari ustaz/ustazah/segala cikgu cikgi saya plak. hehe. suka2 je nk share:
1. pompuan haid BOLEH MASUK masjid & BOLEH DUDUK di dalamnya selagi tidak ada khuatir akan mengotorkan masjid tu dgn darah haidnya. zaman skg dah ada pad wings lagi membolehkan darah2 tu tak bocor menitik2.
statement ni dinyatakan oleh ustaz di UTP dulu, sebab ramai Muslimah masa ada ceramah taknak datang atas alasan haid.
& terdapat khilaf dalam hal ni yg mana ulama2 syafie, ahmad, hambali & malik berpendapat bahwa wanita tidak bole duduk dalam masjid berdasarkan hadis Rasululllah bahwa org junub tdk bole mendekati masjid tp terdapat ulama2 yg membolehkan, berdasarkan peristiwa di satu Haji Widak yg mana Rasulullah membenarkan Aisyah melakukan semua perkara yg dilakukan jemaah haji kecuali tawaf & solat. & ulama2 bersepakat bahwa duduk di masjid termasuk dlm perkara2 yg dilakukan oleh jemaah walaupun tdk utk solat.
2. tanda2 coklat, sekalipun darah yg kuar di luar kitar haid, atau darah yg kuar semasa labor (sblm baby lahir) adalah bukan darah haid & diwajibkan solat.
3. ketip kuku, potong bulu adalah perkara2 fitrah dalam hidup manusia, xkire haid ke apa ke kene potong utk jaga kebersihan.
tak bole ketip kuku malam sbb zaman dulu xde lampu cam skg, & xde safety clipper. kang terpotong benda lain plak, naya kang. hehe.
4. orang tua kata kat kubur banyak hantu, org pompuan & budak2 tak bole pegi nanti kene rasuk. ekekeke.
dari pe yg saya belaja:
1. org pompuan salu xleh kontrol emosi. bila ikut sekali g kubur, takut melalak2 jadi histeria (sbb sedih sgt, bukan sbb kene rasuk), pitam ke (susahkan org plak nak ngangkat dia) dsb.
2. budak2 pegi kubur buat ape... bukan tahu amik pengajaran pon..(merujuk pada budak2 tak aqil baligh macam baby & budak2 yg hanya tahu maaaaain je 24jam) ziarah kubur kan utk orang2 hidup mengingat mati & akhirat.
mungkin larangan2 tu dari zaman turun temurun, bukan berdasarkan hukum agama. (ada yg betulnya tp 'sebab'nye tu tak relevan). tp orang2 tua skg still pegang benda2 tradisi tu meskipun orang2 skg dah bijak2 & belajar agama. hehe.
7 comments:
Ya, pikior-pikiorkanlah. Jgn main terjah aje - nanti otak beku :P
ni dari ustaz/ustazah/segala cikgu cikgi saya plak. hehe. suka2 je nk share:

alamak apsal la saya suka komen panjang2 kt blog k fid ni.
ms.lola
tu la
mommy lyna
nak copy komen ni ke entry la
betul rasanya malaysia punya budaya memang habih stringent untuk pompuan yang tengah berhadas besar. mungkinkah sebab mazhab?
sebab masa kat aussie dulu, pak2 pakistani, arabs kat sana kata BOLEH untuk pompuan tengah haid masuk masjid, even menyentuh dan membaca quran sekiranya niat untuk belajar. masa tu macam culture shock aku.
so sekarang ni aku pun dah agak lenient dengan benda2 ni. insyaallah kita berada di jalan yang diredhai.
anamiraa
bkn mazhab
ikutan
wah terasa kembang satu badan melihat komenku berada di depan. muahahahhaha.
ye betul.. biase nye ikutan atau pun tradisi(turun temurun nye petua2 lee...... ).. memang kena bijak la pikir sendiri.. bukan ikut2 je kan...
Post a Comment