"nak tak baik..tak elok bermain kejar-kejar dalam surau..surau tempat beribadat..."
Tidak lagi
Namun hakikatnya kita perlu selalu diingatkan
Melayu mudah lupa??Tidakk..Bukan hanya melayu yang mudah lupa!
Manusia memang PELUPA...
Bukan Bangsa-bangsa tertentu sahaja...Selagi kita manusia itulah antara sifat kita
Pertama.
Surau(Saya tidak mahu menyentuh tentang masjid kerana masjid terlalu luas penggunaanya..ini hanya sebuah surau yang hanya beberapa meter persegi luas yang syarikat sediakan untuk kita menunaikan solat ketika waktu kerja)
Ya surau di tempat kerja kita
Boleh dikatogerikan surau syarikat saya bekerja agak luas.
Ohh sebelum itu sekali lagi dijelaskan,
surau di tempat kerja disediakan untuk kita menunaikan solat (dan kira 'aci' la untuk ibu-ibu pump susu...)
etika ketika berada di surau
1. Jangan bercakap kuat
2. jangan mengumpat
3. Jangan la buat surau sebagai tempat lepak ataupun tempat tidur...
Hakikatnya
kalau ada orang sedang solat, kita yang sedang mebaca Al-Quran harus memperlahankan suara kita...Agar bacaan kita tidak mengganggu kekusyukkan mereka yang solat
(ini Ustazah saya ajar ketika saya baru darjah 2...Di negeri kedah ketika itu kelas Quran Tajwid bawah kelolaan kerajaan Negeri hanya akan ambil pelajar dari darjah 3/tahun 3 sekolah kebangsaan namun saya 'special case' maka tahun 2 dah boleh sertai kelas itu...Kira pelajar yang paling muda dan ustaz ustazah memang akan ajar sungguh-sungguh pelajar ini..every single thing!Bertuah kan....)
Ok....
Kita juga tak boleh baca bacaan dalam solat kuat2 dikhuatiri orang yang solat disebelah kita terganggu..(lain keslah kalau kita imam)
Kita digalakkan bersolat di saf depan.....
hakikatnya..kalau kita datang awal elok sangatlah kita duduk di saf depan ..Agar mereka yang datang kemudian tak perlu melangkah depan kita.
Untuk menjaga kekusyukkan kita etc.
Kalau kes solat berjemaah memang kena penuhkan saf depan dulu.....
Saya memang terganggu jika ketika saya solat didepan, mereka yang selesai solat di saf belakang bergelak tawa tak tentu pasal...
paling tak suka...kalau disebut..
"si polna si polan ni la dulu dok pam susu kat surau...hishh tak kuasa aku...beli ajalah susu..pam pam plak.."
Ohhh langsung terjejas solatku....
Marilah kita menjaga etika dan tata susila di dalam surau.
2 comments:
oooo...harus aku pun terganggu lagu tu! yappada! baru je solat dah 'anyam ketupat'..huhu nauzubillah..
ehhhh, tak tahannya orang mcm gini! geramnya! fid bleh sabar ke? kalu anne la, sure nak kena moero attack dah!
Post a Comment