Wednesday, April 16, 2008

Pendidikan anak-anak

Saya harus memilih.
1. Mengikut peredaran sistem pendidikan Malaysia
atau
2. Mengikut kehendak anak dan diri?

Ternyata selagi saya di bumi bertuah Malaysia ini, saya harus mempertimbangkan tentang 'sistem pendidikan Malaysia'.

Bagi saya, 'homeschooling' is the best, namun bagi ibu bekerja seperti saya, untuk melaksanakannya adalah terlalu berat.
Ya ada orang yang mampu melakukannya.Kenapa tidak saya?
Biar alasannya tidak disebut.

Makin hari makin menjadi-jadi, saya makin memikirkan ke manakah hala tuju pendidikan anak saya.
Saya tidak boleh mengikut ataupun meniru mereka yang sepenuh masa bersama anak.
Saya harus cari 'method' saya tersendiri.

Apakah 'method' saya?

Apa yang dilakukan sekarang....

1. Mengajar anak sendiri/bersama suami (salah seorang)
2. Mengajar pada waktu malam 1-2 jam sehari pada hari bekerja
3. Memgajar anak sendiri ketika hujung minggu
4. Memikirkan alternatif 'classes' available.(worst case senario)
5. Menyediakan sendiri material untuk anak gunakan.(dibuat sendiri ataupun dmuat turun dari internet)
6. Masa bermain bersama anak
7. Masa belajar bersama anak
8. Masa memasak bersama anak (hujung minggu)
9. Masa mengemas bersama anak

Pendek kata banyakkan aktiviti bersama anak.
Itu sahaja yang saya mampu..

Jadi anak mummy.....
Sila beri kerjasama

5 comments:

Anonymous said...

fid,
I faham sgt2 dilemma ibu bekerja ni!!Tapi takpa..kita kuatkan semangat..sementara anak kita masih seorang,kita cuba yang terbaik k,untuk bahagikan masa.

I rasa sehari 1-2 jam dah cukup.InsyaALLAH:)

Dengan berbekalkan sehari 1-2 jam secara istiqamah itu,membuatkan anak kita tertunggu saat 1-2 jam bersama kita itu setiap hari.

May Allah Bless Our Swit Family..

Rizza said...

fid ko nye list tu dah bagus tu....teruskan..dan sentiasa ikut jadual ko le... insya'allah....berjaya..

knv said...

yep!
buat apa2 pun asalkan berterusan. insyaallah ada hasilnya.

sikit2pun ok gak. aku 2 jam sehari bahagi 4 orang budak. so memang amat sikittttt/sekejapppppp je masa nak mengadap sorang2 tu. anyway yang penting harus berquality so that sikit2pun apa yang kita ajar tu meresap dalam kepala.

lagipun concentration budak2 ni memang sekejap2 je. so masa dia tengah excited tu for me is the best time nak buat apa2 aktiviti.

sometimes kita yang lebih2 depa pulak dah naik bosan.

apa2pun, gud luck ok!

Erna said...

yup! Quality much better than quantity! betoi bak kata ana tu, concentration budak2 sekejap jer, tapi dlm masa sekejap tu masyaallah, banyak yang meresap dlm kepala mereka actually.

mamafiza said...

Dear Miss lovebaby,

Wish you were in sweet moment.

Gambatte ne! *hugs* I'm totally believe you can do this.

Oh yes, agree with "Quality Time" is better than any other choice ^_-

I am truly happy & proud for lil Akif: Potty Training Success!

Smooches to lil Akif, go go momma!

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search