>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, February 23, 2009

Latihan bina insan

Tadi masa aku berjalan dari surau ke office aku teringat satu kisah hahahhaa

tak habis-habis flash back aku ni..

Bukan apa.Aku rasa nak share juga

1. when I was 16(=tingkatan 4)

Minggu suai kenal antara existing student form 4 dan new student(those who join start from form 4)

Antara isian minggu itu

Kem bina insan…

Ya INSAN not MANUSIA

Macam-macam aktiviti ilmiah…Ada macam-macam pertandingan..Ada macam-macam kuiz dan yang paling aku suka…’jungle tracking/hiking bukit spedy)

Bukit Speedy adalah antara bukit-bukit popular di Taiping bandar bersejarah.Anda tahu apakah sejarah Taiping??

Di Taiping ada muzium pertama, mahkamah pertama, sekolah pertama..semua pertama laaaaaa….

Bukit Speedy terletak tak jauh dari sekolah aku

Dari tingkap asrama/dorm aku tu memang nampaklah…Bukit Speedy sebelah kanan…Bukit Larut/Maxwell Hill sebelah kiri dan depan(?)

 

Ada jungle tracking.

Aku dalam satu group yang aku tak suka..Ya aku ni pilih bulu ayam itik bagai

Aku tak suka member dalam group tu..yang kami panggil mat jilang….(nama dia azlan) Awat aku tak suka??Aura cannot GI!

Aku amat tak sukaaaaaaaaaaa dalam group itu tetapi aku gagahkan jua ..Ya aku harus lawan perasaan aku…Berhenti membenci kahkahkahkahkah

Be professional

maka aku berjaya mengatasinya

Aku pun bersatu dengan semua ahli kumpulan

bermula dengan jungle tracking

cross sungai etc…fuhhh…benci!basah baju I!

Lepas tu siap kena cross jalan berkawat tajam tu dah tu depa basahkan tanah bawah tu comot baju aku yang putih itu(aku buang lepas jugle tracking sebab pak cik dobi pun sure tak nak laan sebab masa tu varnis pink belum ada)

Kami meneruskan perjalanan ke bukit Speedy…Jalan punya jalan mengikut arahan sambil mengutip bahan yang disuruh….

Tiba-tiba kami pakat-pakat rasa nak beristigfar..berselawat…..

Maka (aku rasa 7-9 org gitu mix dirls n boys) pun bernasyid bagai bersama-sama..tiba-tiba kami disalak anjing….

Anjing milik pemilik dusun-dusun durian….

Sebaik sahaja anjing muncul kami semua tersentak…

DIMANAKAH KITA????

Kami sepatutnya tidak terlepas ke kawasan dusun tetapi apabila kami sedari ada 3 kumpulan lagi terlepas di situ kepenatan…

Ya kami sesat..telah sesat

Kami mula rasa penat….

Penattt…Dan kami dalam gabra yang terpendam buat-buat cool…cari jalan pulang pakat2 la baca ayat suci Al-Quran dan selawat semula….

Bila patah balik..

AIK….NIJALANNYA

Punyalah jauh kami tersasar……

Pengalaman perasaan tersentak itu tidak dapat digambarkan

Pada mulanya ami marah anjing itu apabila tersentak kami amat-amat hargai’penyedaran’ yang anjing kuning itu sampaikan….

 

2. When I was 17(tingkatan 5 dan galak bercinta sakti/sakan)

Lokasi:Kuala Gula, Kuala Kurau

satu kawasan perkampungan Nelayan berhampiran pulau burung(ya tempat burung dari hemisfera utara/selatan singgah)

Aku yang gatai amat frust apabila mendapati aku tidak sekumpulan dengan pakwe aku itu…gataiiiii

Aku relakan diri juga la

Perkampungan itu agak daif bagi aku

Perkerjaan utama mereka menangkap ikan dan mengopek kerang rebus dan hidup

Acara kemuncak juga jungle tracking

Kali ni not sooo jungle but more to paya bakau berikan belacak..yaaa..ikan tembakul batu belah batu bertangkup itu….

satu pengalaman baru

kami diarahkan menangkap belacak..yes belacak cans fly….

bayangkan ikan terbang…

kami redah masuk payah bertanah liat itu makin dipijak makin tenggelam….sekor belacak pun tak dapat melainkan muka berselut sampai ke kepala…

Then…there was a group of anak kampung itu datang…

mereka dengan selambanya masuk ke paya tanah liat tu sambil meniarap dan menyulur2…yesss..they did it!!!

Gitulah gayanya masuk paya berselut

takleh benam masuk kaki kena ‘apung’ atas selut…DOH!!!!

Tu laaa.buku sekolah tak tulis maka DOH!

Apabila kami meniarap dan menyulur di atas selut ami dapat tangkap belacak..bukan belacak sahaja…ketam juga!!!

Dari itu aku dapatlah sedikit pengajaran….

1. menyulurla kalau nak jalan kat atas paya berselut jika anda memang tak reti..hahah..lagi dibenam kaki lagi tenggelam…graviti force!!

2. Ikan tembakul..patutlah dalam cerita batu belah batu bertangkup tu cerita TELUR ikan tembakul…

Ropanya tembakul haiwan 2 alam…TELUR SAHAJA yang kita boleh makan….hahahahhaaa

 

3. When I was 20- Minggu motivasi Tokai University jurusan communication engineering

Lokasi: Hakano Yumoto

Satu kawasan pergunungan/bukit bukau yang indah dan permai lagi sejuk sampai ke tulang temulang

My 1st experience pergi kawasan ‘onsen’(hot spring)

Fuhhh…Masya Allah..INDAHHHHHHHHHHHHHH

Tiada jungle tracking tetapi…Mmmmm….Ohh tidakkkk…..Dilema tracking aku kira

Aku gagal..hahaha tak rela aku nak masuk onsen toge-toge reramai hahahaaaaa

End up aku tak mandi 2 hari!!!!

Nak mandi kat toilet air sangat sejuk! Suhu bilik saja pun dah –5, bayangkan airnya….

satu pengajaran baru…

remaja Jepun memang sosial…(ya la kan)

Tetapi aku berjaya memahamkan mereka tentang budaya dan pegangan hidup aku..ni alcohol…no pork..no guys in girl’s room..faham??

maka malam tu kawan aku bdak Taiwan tu mai tompang tido kat room aku(sepatutnya room tu aku share ngan 3 lagi japanese female friends akutapi depa dah ke ana pi aku pun tak tau)..Jadinya akulah pemilik mutlak room itu dishare denan Ryou kawan aku dari taiwan…

Apa yang aku dapat dari minggu orentasi itu

banyakkkkkkkkkkkkkkk…Dan aku simpulkan..’untuk belajar aku yakin aku boleh hidup di Jepun ni tapi alau kena kerja kat Jepun aku surrender….’ Itu aku…

 

Begitu lah cerita saya yang kononnya SATU tetapi TIGA!

p/s; bleh komen kat shoutBox

No comments: