>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, July 31, 2008

kundang tu menantang apa?


note: org utara punya 'menatang' tu bkn maknanya binatang ya...
memang dah orang utara suka perkataan 'menatang' ni...bunyi kasar tapi hati tulus hahaaa

aku dapat word kundang ni dari komen rizza kat blog erna.
aku dah tinggal komen..'kundang tu menatang apa?'
tapi aku google...

so aku dah tau menatang apa kundang ni
sila rujuk fotopages ini

Kat kampung aku kami panggil buah remia(baca loghat utara yaaa) tapi kak yan opis mate aku panggil buah rumania.

samalah juga ..ada bunyi 'ia' juga..hahhaaaa

or ni buah staq?(star) but it looks like more to remia laaa...

kalau buah staq besaq2 lagi...

apa2 pun staq ke remia...biji depa tetap purple kan???
erna, purple=ungu...

(ampun ampun)

Wednesday, July 30, 2008

soalan aku

korang aku ada soalan

kalau kita beli barang bayar secara ansuran/installment tu kira berhutang ke tak?

Bagi aku itu HUTANG......

Macam kredit card..
Andai kata kita guna then kita bayar balik 100% tanpa ansuran...kira kita hutang sekejap then bayar segera lah kan..

maknanya
kalau kita beli barang guna kredit card ataupun dibayar cash secara ansuran jual beli itu tetap hutang! Tak kisahlah cash installment ke kredit card ke selagi tak bayar gedebuk secara tunai hutang tetap hutang....

so sapa2 yang rasa bila beli barang bayar installment dgn cash tu tak hutang sila baca balik la bab hutang piutang ni...

sekian...aku menyampah!!!!!

nak tau menyampah sbb apa sms aku! kosong satu tiga dua kosong dua tiga tiga sembilan empat...

Petua2 berguna.

Petua
Dapat dari forwarded Email.

Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
Bagus tak yah guna bahan kimia

To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.
Sebaik-baiknya la kan

To make the mirror shine:
Clean with spirit

To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.
Kalau baju dari material tak tahan sejuk jangan le buat

To whiten white clothes
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes
Patutlah sabun pencuci yang memutihkan ada lemon

To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.

To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.

To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.
bau erk??

To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.
guna air+perahan limau pun ok

To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.

To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.

To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.


To check freshness of fish:
Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, it's fresh.

To check freshness of eggs:
Put the egg in water. If it becomes horizontal, it's fresh. If it becomes slanting, its 3-4 days old. If it becomes vertical, its 10 days old. If it floats, it's stale.
Ni nenek aku dah lama amalkan.

To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.

To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.

To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.
Bagus-bagus tak yah guna racun etc..environmental friendly.

Tuesday, July 29, 2008

pesanan ringkas

1. Aku maybe akan 'lembab' sikit bab membaca/meronda/melompat ke blog2 kawan-kawan semua
Sebab

A) aku busy (juga laa)

B) aku nak cuba elakkan gunakan sangat internet company ni(Almaklumlah ada org claim dia yang bayaq..aku tampo kang tersepai kot! cet!)

C) aku practise andai kata aku nanti kerja yang busy sampai tak dan nak ambik tau hal luar maka aku bleh kerja ngan aman damai.(aku serius nak kerja tu the really the KPI punya jenis so demi menjaga KPI aku ..aku kenalah belajar dari la ni..kat sini KPI aku takyah ambik kisah...bagus tera mana pun tak dak orang pandang..abaikan....)Demotivated sungguh kan...

D) hubbyku dah sediakan bagusnya punya internet kat rumah..walaupun bila aku guna sure aku ngamuk..sebab celcom BB lately sangat2 fork!Masa awal2 dulu berdesup desap lagi....La ni hushh.....Ikutkan hati nak je aku ketuk biar hancur!


2. serius aku tengah gila2 berangan nak jadi lawa/cantik/montok bagai..kahkahkahkah

Asyik dok pk lagu mana nak jadi cantik cun melecun (memang la aku lawa dah tapi aku gemuk...ada jerawat..kahkahkah)
Kalau gemuk tak de jerawat ok lagi tuh! Hahahaaaa

So..Macam entry sebelum ni..
Hubbyku wajibkan berjogging untuk aku dan dia...
Makan pun control juga...(tapi bila mai angin aku rajin memasak...pejam mata je laaa)

Kesannya tak derk lagi pun hahaaa

Makan tahun juga kot hahahaaaaaa

Jogging satu round tasik pun semput seh la nih..
Kalau 10 tahun lepas...ish 3-4 kali naik turun Bukit Larut tu macam tak de mende jerk...10 pusingan taman tasik taiping tu macam suka2 jerk! Itu dulu laaaaaaa...
So..la ni aku kena jadikan aku yang 10 kali pusing tasik Shah Alam pun tak de apa2..rilex dan macho lagi perkasa!

3. Aku kena belajar bawa kereta semula.
Aku kena lawan perasaan mata tak nampak aku nih...
Aku punya masalah la ni aku memang susah nak agak jarak....
Bahaya tu!
Apa-apa pun di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

berhenti memberi alasan..
Anda pasti berjaya..Ya ...aku pasti berjaya...

All the best...

Monday, July 28, 2008

Jogging

Daddy dah start buat schedule jogging on weekend.
Akif pun jogging juga.
Akif boleh jogging habis satu pusingan Tasik (yang dekat masjid tu).
Laju dia lari(orang jogging dia lari)


Lepas habis satu pusingan dia akan ajak mummy pergi playground (tempat mummy and SI moms buat gathering dolu tu)
Manakala daddy meneruskan memusing2 tasik.

Bila Daddy dah habis pusing-pusing daddy akan call ajak kami gi main ball kat padang pula.
Akif suka main bola...
Akif sepak sepak sepak....

Sekarang ni everyweekend Akif memang dah set "pegi taman(tasik) bagi fish makan roti..Main ball..." (pegi aman bagi pish akan enti...main ball...)

Saturday, July 26, 2008

malu malu la konon

Mummy dan daddy nak belikan dia sandal.
Sandal dia putus
In fact dia ada satu pasang sandal..satu pasang kasut sahaja
Memang tak beli banyak sebab kaki dia tu cepat benar membesar.

Dia punya sandal dah putus so mummy dan daddy pun bawalah dia gi beli sandal baru
yang lawaknya

akif meh sini kita pilih nak sandal mana.
tak nak
laa..meh laaa...ni ada macam2 ni
tak payahhh..tak payahh....
akif....
tak payah.. mummy tak payah beli la..
laa...kan tak ada slipper....
ni ada kasut...tak payah tak payah..
laaaa..

Maka mummy dan daddy pun tangkap dia bagi dia try sandal2..
Last2 dapatlah yang dihendaki oleh mummy dan daddy
Terus pakaikan kat dia..
sekali....

mummy simpan kasut ni...acif pakai yang ni(yang baru)

hee eleee..malu2 konon tapi suka!

Friday, July 25, 2008

mummy..han-psyen

han-psyen..lebih kurang gitu la bunyinya..maknanya handphone.

Aku ingat lagi masa zaman mula2 aku bleh berkenal (mesra) ngan anamiraa..
dia suruh aku sms aja jgn telefon sbb dia kata anak dia kacau ke apa ntah but reason dia sbb anak la..so la ni aku dah 100% faham dah reason dia....

La ni aku hadapi masalah..(ni masalah ka?) lebih kurang

Kalau ada org call aku..anak aku akan tempelkan telinga dia kat telinga yang aku tempelkan handphone...
Siap jerit2 buat bising...
Adeii...

Pantang ada sms masuk dia akan kalut suruh aku baca segera..
kalau ada org call lagilah kalut suruh angkat...

pendek kata dia amat2 berminat la ngan handphone..opss bkn handphone dgn pamggilan telephone...

"mummy han-psyen...cepat aaa....cakapppp.."


ku pinta...

Aku dalam perjalanan ke arah kehidupan yang lebih baik dan ke arah pekerjaan yang lebih bijak..
Maybe aku akan tinggalkan dunia engineer..maybe aku akan teruskan...(sah tak dak arah tuju)

Satu tindakkan drastik mungkin..

so kawan2 doakan aku ya..
aku tengah pulun ni..

btw selingan
tadi aku ada urusan kat TTDI...

so alang2 tak jauh dr IKEA bagai..maka aku rayau sana..kahkahkah..aku AL hari ni...
Kami ala2 dating gitu sbb tak bawa cik gedebi...
aku nak taip panjang lg tapi ada lagu latar...
"mummy mummy mummy mummy nak hanyen..mummy mummy duduklah sini...mummy mummy....acif kat sini..."
tak puas hati aku online ishh anak bertuah....

Wednesday, July 23, 2008

sungguh tak professional..but i have to...

Amaran:
Entry ini penuh sumpah seranah..so beware..
not good to read!

Ni
aku nak cerita
semalam aku kan bertekak ngan si ngok kat opis aku....AM daaa

Memang aku rasa stupid sangat ..the very the tak professional tapi aku rasa puas hati hahahaaaaa

Si ngok ni memang gaban bangangnya..Bukan tahap bangang biasa2 bangang yang melampaui...

Dah tu dia as a leader patutnya dia ni adalah management skill..
well people managemant skill dia aku bagi rating 0 (zero)
1. the very the broken english ever....
2. the very the emotional
3. no manner
4. interpersonal skill OUT!

Ishh takyah senarai laaaa

Kisah awal dia bengang ngan aku sebab dia kata aku tak teruskan buat test.
Memang aku tak buat. sebab bagi aku buang masa buang tenaga.
Dah PCB data dah bagi kat supplier/vendor untuk buat so mana boleh tukar2 lagi dah.

Lepas tu aku guna 'senapang patah' tu tangan aku sakit.Sebab mende tu dah rosak..partially damage la..angkara dia juga suka sangat bagi orang asing pinjam.Dah punah jahanam aku juga susah...

Aku tak tau sama ada over use the equipment yg partially damage tu or memang benar2 electrostatic discharge leaked ke tangan aku ka...whatever..aku sakit!
Hubby aku dah bebel tak sudah tau....

The part yang aku anggap itu ngok sangat tak pandai bermasyarakat is

dia kata ..dia actually nak anggap all of us(org bawahan dia ni) macam family...

aku katalah...
if that is ur intention u should be friendly with us...

ada ka family yang meletak gap sesama sendiri...adaaa tapi tu unhappy family laaa

then jawapan dia yang aku paling tak sangka

i don't want to be friendly with u all bcoz i don't want u all bully me..

ok aku translate dalam bahasa yang orang boleh faham..

dia tak mau friendly with us ni sebab dia takut kami pijak kepala dia!

Aku kata kat dia balik..
If u want us to respect u..u should and u must respect us..
U always under estimate us...

Dia sepertimana semua orang tau memang tak mau mengaku kalah...

In fact aku bertekak depan mr.menejer...
Gelabah juga itu pak cik hahahaa...

don't play with fire if u don't know how to use the fire extinguisher(eja salah erk?tapi bunyi ada sikit kan aci laaa...)


Satu lagi bab yang paling aku suka...
dia sound aku guna internet time kerja
Hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Udahhh..memang kerja ada sangkut paut ngan internet pun...
Lagi satu 100% kat opis ni memang salah guna internet pun
Ada yang siap bershopping..tempah tiket wayang bagai lagi..main game..lagi laaaa
(yang nyata..salah guna memang tetap salah la..)

aku kata samalah juga mcm smokers go to smoke during working hour.
dia kata satu batang rokok 5 minit
aku kata kalau 10 batang?

Aku memang lepas segala yang terbuku
Lantaklah

Aku siap kata..
I don't care who are you..how great u are...

kahkahkah

Aku tak takut daa..kecuali Allah SWT.

Tapi last2 dia slow talk balik la ngan aku.Mr menejer tinggalkan kami bila dah tgk api padam...

Namun hakikatnya...
kalau kita bekerja dengan orang tak professional memang kita akan jadi tak professional.

So fikir2kanlah...

Macam biasa la..
Aku harus keluar dari sini....

Tuesday, July 22, 2008

perlukan perhatian

Mummy dah sound daddy
jangan berjaga malam.
bayangkan tidur pukul 2am pukul 5am dah bangun.

Makanya the next day ngantuk gaban la..so malam tadi daddy 'request' dia nak tidur awal.
So mummy angkut segala mala suruh masuk bedroom.

Al kisah
Dia tak puas hati daddy tidur awal...
Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian daddy.
Menengis....menangis...(sebenarnya dia bukan menangis tapi anakku pandai benar berlakon menangis.)
Siap tersembam2 kat lantai menangis konon....
Baca buku salah..Tengok DVD salah..menulis salah...
Dia asyik berlakon nangis sahaja. Nak suruh daddy pujuk...
Mummy dah naik angin...bayangkan ...dia bukan main kuat lagi 'meraung' (lakonan semata2..) Mummy tegur lagi dia kuatkan..Air mata tak de pun..bunyi je kuat....

Dia nak duduk atas bantal la..Dia nak lompatatas katil la....
Macam2 agar diberi perhatian..Mummy tangkap peluk suruh 'hanyen'..Dah kenyang dia mula balik lakonan dia.

Then daddy terpaksa bangun layan..Tapi tak menjadi juga..Hati sudah terguris.

Pujuk punya pujuk akhirnya dia setuju untuk tidur dengan syarat daddy pasangkan DVD yang ada mickey.
Alaa buka je magic english...sampai 5am td baru daddy OFF.
Memang kami tidur diulit magic english laaaaa

Pagi tadi dia tak nak bangun.
Dia bangun bila dah sampai nursery.
Anakku sungguh bertuah dan bijak..

kihkihkihkih

Dia ni terasa sangat tau kalau dengan daddy...
Memang 'dahaga'kan perhatian daddy melebihi perhatian mummy..
Anak daddy

And we asked him again on 'adik'
Choopp kami bkn plan nak bagi dia adik ya..just nak tau apa pandangan dia.
Pendedahan awal.Kahkahkah

Akif adik tu apa?
Tak payah!
apa yang tak payah?
Adik!acif tak nak adik!Tak payah!
Kenapa?
adik nanti nangis...uwaaa uwaa uwaaaa...Hiiishh bising!
Erkkk..mana akif tahu adik akan nangis?
Acif nangis!

Erkkk....

so NO adik is allowed!

Monday, July 21, 2008

ultraman and raksasa

sorry naaahh..banyak entry satu hari...patut combinelah kan..tapi tak kisah la

cerita ultraman tiga.

Aku dah tak mampu nak elakkan lagi.ambik le apa yang positive...

Kat rumah aku ada Ultraman Tiga
Daddy, raksasa..acif ultraman tiga...mummy...mummy raksasa...

Apa yang jadi...raksasa dan mummy raksasa asyik kena lanyak sahaja dengan ultraman tiga
Mummy raksasa kadang2 sampai termenangis tau!

Budak yang tengok ultraman akan jadi gitu...Tapi depa beranggapan ultraman tu hero..

Kenapa akif suka ultraman?
Ultraman babab raksasa jahat.Raksasa jahat babab orang!

Alaa kalau bukan ultraman pun boleh babab raksasa..in fact mana ada ultraman dalam dunia ni la.
ada!
Mana...????
Orang jahat tu syame(sama) la ....raksasa (orang jahat tu samalah jahatnya macam raksasa)

Akif tak baiklah babab mummy betul2 mummy bukan raksasa..
Acif main aja...
Sakit laaaaa...
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
HUH???

Sekarang aku kena bagi tau dia betul yang ultraman, spiderman, monster, cicakman etc tu tak wujud!Hanya lakonan semata....

Tapi dia tak habis2 cakap orang jahat yang babab orang tu samalah macam raksasa...

Adeeiii

minta maaf kalau terguris

Dear readers,
 
Saya ingin meminta maaf andai kata bahasa yang saya gunakan/ayat-ayat serta penulisan saya ada mengguris mana2 pihak.
Hakikatnya..Inilah saya.
 
Kalau tang bab membebel tu memang sungguh2 punya perasaan.
Buat peringatan diri sendiri.
 
sekian, terima kasih
 
 

aku bebel lagi ya

Aku agak geram dengan ibu bapa yang kedekut!
Aku bukan nak cerita bab bagi makan anak etc tapi ibu bapa yang kedekut gila nak spend duit untuk bawa anak jumpa doktor biasa mahupun pakar.

Maybe ada yang ada masalah kewangan..Ok fine..bawa gi klinik kerajaan/hospital kerajaan
apa2 yang relevan..Janji bawa jumpa pakar perubatan jika anak sakit

contoh kes.
anak ruam sampai bernanah.
Masih fikirkan petua2..atas alasan bila tanya yang lebih senior depa kata bla bla bla...

Sorry yaaa...
Aku marah.
Sia2 je ko belajar tinggi2..sekolah paling koman SPM..kalau itu pun takleh nak common sense.
Bawalah anak jumpa doktor.
Takpun haa..bawa anak pi farmasi...tanya kat farmasist...

contoh kes 2
Anak beruam lepas kena cirit birit..
1. Lap le kering2 lps tukar diapers
2. apply nappy rash cream
3. bawa jumpa pakar berkaitan

Takyahlah buh tepung ubi tepung gandum tepung jagung.
Please laaaaaaa

Fikir2kanlah....

Apa yang berkira sangat ni?????

Amboi bila bab nak bawa anak berubat budget susut
kalau bab shopping..tak de cash guna credit card...
Kita ni kenalah tau mana yang patut kita beratkan mana yang patut kita ringankan..
mana yang penting mana yang kurang penting

cadangan aku...
1. Time kursus pra-perkahwinan kena strictkan satu subject- keibubapaan.
kena ajar apa kena buat bila ada anak.Kena bagi susu apa..kalau anak sakit nak buat apa etc...
Biar yang gatai nak kahwin bersedia awal or tau awal antara tanggungjwp
Takleh just cakap secara umum aja..kena makesure senarai one by one with suggested solution.
Aku kira memang kena buat gini since ibu bapa baru zaman la ni dah kurang common sense sbb tak de tulis dalam teks book.(spoon feeding education system)

2. Setiap ibu bapa diberi satu buku panduan khas penjagaan anak2 berserta address muat turun dapatkan info yang latest update.
Sapa tak ikut saman ja laaaa
Ha haaaa...
tak logik....

Dah tak tercadang dah aku
hahahaaaaa


Moral:
Nak jadi mak pak pun kena belajar juga bukan bleh ikut nafsu semata
Orang buat anak kita nak buat anak..orang beranak kita nak beranak....
Anak itu AMANAH...
Renungkanlah.

p/s: Sorry la kalau ada yang terasa tapi eloklah kalau terasa...Anda masih waras hehehee
p/s 2: kalau ada typo abaikanlah aku taip tanpa baca balik

Issue

ONE.
"Dah 2 tahun lebih kaususukan anakkau ni..Susu kaubanyak lagi ka?Ada lagi susu?"
 
Ada.Yes Ada..Banyak ke tak banyak...Menurut tukang minum Dia kata ada banyak..
"Acif minum ada syusyu..acif kenyang...burpppppppppppp"
Maknanya banyak le tu.Dia kenyang
so bukan issue le walaupun anak dah besar masih BF susu ada bnyk ka sikit
 
TWO
"Akif bila akif nak stop nenen?"
Angkat bahu tunjuk gaya tak tahu...
 
THREE
Lately this is favorite question yang orang tanya...
Bila nak tambah anak lagi..bila nak bagi akif adik...
Jawapan mummy macam biasa "tiga tahun lagi"
But jawapan akif berbeza....
 
Akif...Nak adik tak?
Tak nak adik!
Kenapa tak nak adik?
Adik???adik???adik????(dengan mimik muka adik tu apa?)
Alaaa adik tu baby ...Adik tu akan panggil akif  'abang'....
Tak payah!
Kenapa tak payah?
Acif baby..acif adik...hehenkul(school) banyak baby..Tak payah...Acif tak nak adik!!!!!
Itu kat school...
Tak payah...acif babab..iyakk iyakkk...
OK..tak payah ada adikkk....
 
 
Aku pun sebenarnya risau juga kot kalu anakku itu terover manja.
Hakikat sebenar dia memang manja tapi tak adalah sampai takleh nak berdikari langsung.
Kalau mummy dan daddy tak ada OK aja dia...Kalau ada je yang dia macammacam perangai.
Hendakkan perhatian...
 
 
 
 
 

Sunday, July 20, 2008

penjenayah?

Tajuk over

Seperti biasa setiap weekend tak kisah la sabtu or ahad we will go to Tasik Shah Alam near Masjid Negeri.Ala yang dekat Library tu la
Kalau sapa2 nak gather2 jom la..

Al kisah
Aktiviti wajib is memberi ikan/toitise makan roti.
Akif beli roti kat tesco sebungkus rm1.60.

On the way mummy akan koyak2kan roti supaya bila sampai akif bleh terus bagi fish and toitise makan...

Apa yang mummy nak cerita
Tengah kami happy2 bagi ikan and sang kura2 makan....
Datang segerombolan manuasia dari loghat bercakap sama ada org kelantan/pattani/yala/betong ka area sana laaaa.

Derang datang memancing
Ntah bangang org hulu hutan banat mana...Mai memancing tengah bandaraya.
Yang mana sah2 dah MBSA tulis dilarang memancing
Derang tak bawa joran but they bring the tali tangsi with mata kail..
Mai parking sah2 sebelah kami 3 beranak
Buat muka tak bersalah pancing ikan.
Bahalol!

Orang ramai yang tengah bagi ikan makan dengan anak2 semua terpinga.
Tuh si ngok2 tu siap buat kepoh arah kawan depa balik ambik jala..

aku tak tau apa masalah depa
tapi yang nyata depa memang tak ada etika tak ada manner...

Kami try call MBSA...Call number yang tulis sebarang aduan sila hubungi number yada2..tapi tak ada org angkat.

Akif terus ajak beredar..Tak sanggup dia nak tengok ikan2 yang dia dok jamu setiap minggu ada orang datang pancing.

Dalam tasik tu ada beberapa ikan koi..aku rasa tu spesis koi taiwan...dari rupanya yang kurang cun berbanding japan punya.

si bahalol2 tu siap nak tangkap ikan2 koi tu...

Kami beredar
Nak sound depa ramai dah tu jenis depa tu bknnya bleh bawa berkira jenis bodoh...
Merokok kat tepi orang tanpa rasa bersalah
Dah tu buat muka nak marah bila mana kami dan pengunjung2 yang lain bagi ikan makan..ya laa..ikan tak makanlah umpan depa

Kami beredar ke area playground..
Then intip2 dah hilang si bangang2 tu
Hubby kata nampak macam ada orang sound...Ntah la...

Seruan aku..
Walaupun ikan tasik Shah Alam tu banyak... sah2 itu kawasan larangan memancing
Kalu bodo bangang juga nak pancing...buatlah time orang tak dak..

Dah tu tadi depa tangkap ikan..ikan2 tu siap terlompat2 kena para pengunjung lain..

Yang funny

ikan2 besar didapati 'bijak' depa tak makan umpan tapi depa makan roti2 yang pengunjung lain bg hahahaaa




Saturday, July 19, 2008

bowling lagi

Dilema yang tak patut didilemakan tu akhirnya mummy terus buat derk.
Mummy balik naik bus gi nursery.Then daddy call cakap suruh mummy mandikan gedebi siap2 kat nursery so that balik nanti tak yah nak uruskan dia so mummy bleh mandi cecepat..siap2.
so mummy pun taulah daddy nak bawa kami heheheheeee

maka kami pun pi la.
Ya ampun anakku bagaikan peluru sesat yang fuhhh kalah hikari...nozomi bagai kelajuannya
Mummy pelik dia ni stamina kuat sungguh
Pi mai pi mai..Harus anakku ni kulatih jadi sprinter kalu! hahahaaaaa

Aktiviti 'tingkap' shopping juga lancar.
Kat Sunway pyramid ada pameran ke hapa mende entah...someting related with flower.
So sebagai pencinta alam sekitar..cik gedebi tak lepaskan peluang..'melawat flowers'
sangatlah banyak dan cantik maka cik gedebi terpegun sangat...


Friday, July 18, 2008

Mummy no wagamama

Mummy tengah dilema..dilema yang sepatutnya bukan dilema.
Yappa kono 'bijin' no wagamama ha!kahkahkah

Malam ni daddy ada bowling tournament.Cheewahh..
Mummy punya dilema is nak follow ka tak nak follow.

Kalau follow...Of course cik gedebi akan dibawa.
Jika tak follow...Mummy kena dok rumah ngan cik gedebi yang mana masa daddy start engine kereta dia akan start increase volume tangisan dia....

Kalau follow...Jenuhlah mummy kena main aci ligan (kali ni kat sunway pyramid)
Harus banyaklah 'tingkap' shopping ini malam.
Andaikata cik gedebi naik angin macam kes kat U-bowl hari tu?Sah mummy kena marah ngan daddy....

Jika tak follow..Selain dari akan mendengar raungan 'sakti' mummy juga bakal kena tahan kesabaran bila mana dia geram tak boleh ikut daddy dia akan buat macam-macam.Protes!

Mummy ingat nak bagilah daddy gi sendiri tanpa 'little monster' .Kasi chance dia berhiburan kahkahkah..

Tapi wagamama no watashi ha naka naka kare wo hitori de ikasetakunai..nancyatte....

dilema yang bukannya dilema..sepatutnya....

ada 5 minit lagi untuk fikir hahhaaaaaa...

34

Semalam mummy lupa so pagi tadi mummy teringat balik
Sekarang baru mummy tulis

Dengan ini diumumkan cik gedebi kesayanganku sudah berusia 2 tahun 10 bulan (+1 hari).
Alhamdulillah.

2 tahun 10 bulan jugalah episod penyusuan susu ibu buat kami.Alhamdulillah.

Thursday, July 17, 2008

nursery songs

Satu perkara yang buat aku SHOCK..(lagi) hahahaaaa

Sejak anak aku dah 'ganas' ni aku dah tak nyanyi dah lagu2 kanak2 haha
sebab dia ala2 tak mau dengar suara aku yang ntah apa2.."go back and practise"

Makanya kiranya dah bertahunlah aku dah tak nyanyi any lagu kanak2 (rebina)

Walaubagaimana pun sejak akhir2 ini anak aku dah mula menyanyikan lagu2 itu semula
Dengan rentak yang betul dengan butiran lirik yang betul

Aku 'ajar' dia last 1-2 years ago baru hari ni dia nak guna?

Aku terperanjat dan terkedu...

Anak mummy memang best

sekian sesi memuji anak sendiri...

p/s: lagu paling popular le ni
twinkle2 little star..siap ada star untuk dibawa menari dengan mimik muka yang penuh perasaan..yang ditujukan buat mummy.Thanks my dear baby boy yang dah besar...(nope acif baby sampai bila2 ya mummy..suka hati kamu laaa)

Kisah mummy pi ESP

ESP- Executive screening Program ..Kan???
Atau nama mudah medical check up
Dah 3 tahun ..Ka 4 tahun dah company mommy praktikkan mende ni.

So hari ni aku kena pi le SJMC.

Awat tahun ni aku tulis kat blog?
Sebab..
Aku terasa nan amat kolotnya aku nih hahahaaa

Aku last buat X-ray adalah pada tahun 2002 kat Tokai Daigaku(University) Kenkoukan...Semperna Zaikakusei kenkoushindan(medical check up for existing student daaa)

Tahun 2005 aku tak gi medical check up sebab tgh preggy 7 months.

2006- pergi tapi tak X-ray sbb bila aku tanya...Can a BF mom do x-ray?Nurse ngan muka cemas...I think you better don't...

2007- pergi tak buat X-ray juga ngan ayat.."i'm still BFing my kid"..Then nurse kata.."OK u don't have to do X-ray"

So tahun ni I'm still BFing but dah tak pumping ngan mak pun nak tau juga apa tahap kesihatan mak ni nyah oooiii...

So aku pun buat le X-ray
Yang lawak...
Berdebar2 nan amat nih....
Dah tu sampai turn aku kena tukar baju bagai..
Aiyaa ini baju ikat depan ka belakang?????
Mana2lah bantai je laaaa...
Kalau ikat belakang mana sampai tgn aku..so aku ikat depan huhu

Lepas tu laaa 2 minit siap noo...cettt....

Tapikan awat lelaki yang x-ray erk..
Sepanjang 4 kali aku wat medical check up kat Univ aku dulu perempuan yang buatkan untuk perempuan....
Japan lagi sensitive ye bab lagu ni
Shokku shokku....(SHOCK)


Note:
Menurut bacaan aku kat internet, tak de masalah kalau BF mom buat X-ray....
Tak ada kesan ke atas baby...

Tapi ada juga kata kena pump and buang the milk...

Tapi aku jumpa lagi bnyk yg kata itu myths....

So...X-ray is safe to BF mom
(kalau salah tolong betulkan)


Time ambik darah..
Haaa..aku ni memang pening darah hahaaa
Tapi harus aku ikuti perasaan aku nak tengok juga rupa darah sendiri..
Ishhhhh..poning gue....
Kebas tangan walaupun hanya beberapa ml aja yang diambik kahkahkah

Time ambik urine
kahkahkah
aku bleh collect 1/4 bottle ja sbb aku dah pee before aku sampai SJMC hahahaaaa
Nurse kata ok..so oklah kan...Memula dia nak 1/2 bottle...

ECG..
Betul ke nama ini test
paling aku benci
hahahaaaaa
Kena buka baju expose the B....huhuhuhuhu
Tak suka tak suka

Aku ada appointment 12 August ni plak untu jumpa doktor and tau result ESP.

Sekian laporan saya

Wednesday, July 16, 2008

menu bila mummy M!

Dah 2 hari rasanya aku tak blogging heheheheheeee
sibuk plus si gila kat opis tu tengah ngamuk hahahahaaaa

Jahat sungguh

Nak share sikit menu mummy malas memasak hahahahaa

menu 1

  • nasi- abanggg tolong masak nasi
  • sambal telur - rebus telur sebaik sahaj masuk rumah.dah masak kupas...belah bucu sikit then goreng.Lepas tu sambil2 tu keluarkan cili dan bawang kisar yang dibekukan. Tumis main baling2...letak garam gula asam secukup rasa potong bawabg besar utk hiasan...siap
  • potong timun sebagai ulam

menu 2
  • nasi- masuk je rumah cuci2 tangan terus tanak nasi
  • keluarkan ayam yang dah di'cair'kan. Cuci2.. Campak masuk periuk. Tumbuk bawang dan halia yang dah lama dikupas store dalam tupperware. Masukkan sup bunjut. garam gula secukup rasa. Perah air limau kasturi dan potong daun bawang serta daun ketumbar serta tumbuk lebam cili kecil campak dalam bowl. Ceduk sup tadi..taraaa jadi.

menu 3
  • nasi- abangggg tolong masak nasi.
  • Buka sardin in tomato sos hahahaha..masukkan dalam periuk.tumbuk bawang serna sikit. Masukkan ke dalam periuk tambahkan air masak atas api. Kupas kentang potong 8 campak dalam periuk. garam gula asam secukup rasa. taraaaa....
  • cuci taugeh. Celur dan tos. Masukkan dalam bowl letak kicap n minyak bijan 2-3 titik. Gaul rata..taraaa...sayur
Menu2 di atas untuk mummy and daddy untuk gedebi lain punya.

nanti bila mummy rajin mummy akan story ttg menu gedebi bila mummy malas hahahaaa


Monday, July 14, 2008

pasar malam and me

Kalau korang perasan aku ni suka sangat gi pasar malam.Hahahaaaaaa

Pasar malam dan aku....

Aku kenal pasar malam ni ketika aku dah darjah 2.
Masa tu kat kampung aku baru start ada pasar malam
Aku pergi pasar malam bawa rm0.50-rm1.00 sahaja.
Mana ada duit!
Blehlah beli jeruk..Kahkahkahkah

Then kalau mak aku kesian kat aku dia bagilah rm2.00 bleh la aku beli mihun sup ka laksa ka..masa tu RM1.50 sebungkus.

Kira grand gila la takat pi pasar malam tuh! Hahahaaa
Akukan orang kampung
Mana aku kenai bandaraya.
Kalau takat pi bus stand pekan kecik dekat kampung aku tu pun dah cukup gah dah.hahhaaaa

Then...
Masa aku matriculation setiap minggu aku akan pi pasar malam.
Masa dok Cheras pasar malam kat taman berhampiran.Jalan kaki ataupun naik bus mini...orang bayar 60sen aku bayar 20sen hahaaaa
sebab...konduktor bus gatai...kita borak sikit...then minta nak bayar 20sen kahkahkah

Masa dok BB Bangi... aku jalan kaki pergi..Ala seksyen berapa aku tak ingat dah...Tapi memang ramai student sana.
Ishh rindu plak pasar malam kat BBBangi ni...

Aku memang suka pergi pasar malam.

Hatta masa aku dok Japan, aku merindui pasar malam.
Aku paling suka time O-bon...
Sebab akan ada banyak yatai...
hahhaaaa
Aku bukan nak beli sangat pun aku suka suasana.
Hiruk pikuk pasar malam.

Cuma aku takleh pi pasar malam masa aku dok asrama hehhe..sebab outing time 10am-7pm sahaja.
Tak dan....
Dah tu pi Taiping bkn ada bus..kena jalan kaki...
Wah rindu plak jalan kaki di taman tasik Taiping hahahaaaaaa

Mulalah aku ni melalut lari dari tajuk...

Just for information je la

Isnin-pasar malam sect 18 SA
Selasa- pasar malam sect 17 SA
Rabu- sect 24/depan giant stadium
Khamis-aku tak tau..tapi area subang sana ada...
Jumaat- sect 25 SA..
Sabtu - Sect 19 SA
Ahad- pasar tani mega SA, kat stadium sana/bukit Subang

kihkihkih

Actually apa motif entry ni????

RM1.20 and 80 sen

Wakakah
bahana kenaikan harga minyak petrol....

Dah 2 minggu rege ayaq kat pasar malam dah naik RM0.20


Dulu rm1.00 se-cup
la ni rm1.20 se-cup

TAHNIAH!

Maka dengan ini aku isytiharkan aku boikot pembelian ayaq kat pasar malam/pasar tani.

Aku sanggup pi beli kat 7-eleven dari aku beli yang rm1.20..ntah ayaq tu ayaq masak ka ayaq paip semata.

Aku dah mula 'ajar' anak aku yang ayaq kat pasar malam tu 'tak sedap'...'dirty'
Ambikkkkkkk....

Nasib la labu....

Dan hahahaaaaaa

aku beli ayam kat pasar malam lagi hahahaa

RM15.80
Tapi aku bayaq RM15

Kak...RM15.80
Ohh ye ke....(sambil belek2 ayam yang aku dah ambik...)
Kaki ayam tak de erk?Tadi bukan timbang ngan kaki ayam??
Nak ke kaki ayam?
Erkk..ada ke saya kata tak nak????
Kenapa tak cakap...
Saya beli ayam dengan kakinya sekali kan?so sepatutnya saya dapat semua lah kan...
Ni kaki ayam....
Nah 80 sen....

Ohhh kalau bayar tak cukup kalut..kalu kaki ayam aku depa ambik depa tak kisah cessssss

Aku ni teruk tau..aku rela buang je kaki ayam tu dari aku kayakan peniaga ayam...dengkinya aku ni!(btw...takat 2 kaki ayam bleh kaya ka????)

Down

Gedebi demam selsema

Sabtu malam Ahad tu siap 'shaking' lagi
Adeiiiii

Risau sungguh

Friday, July 11, 2008

ada lipstick


Aku tak tau relevan ke idak aku tulis mende ni kat blog.
Tapi bantai laaaa
 
kes 1
 
Aku memang hari pergi kerja hubby akan hantar sampai depan main gate kilang.
So sebelum berpisah aku akan salam dia and kiss kat dia punya pipi.
Dan hari2 aku akan sebut mende ni....
 
"Ada lipstick (kat pipi)"
 
Dia akan jawap..
"tak apa..."
 
Aku pernah tanya kat dia sekali...
"Tak malu ke kalau abang gi office ada 'chop' lipstick kat pipi?"
 
Dia jawap
"Buat apa nak malu...halal..."
 
Erkkk.....Andai katalah korang jumpa laki aku yang 'berchop' lipstick kat pipi korang pelik????
 
 
kes 2
 
Pagi tadi.
 
"Ayang..Abang ni nampak tua ke?"
"Apasal...?"
"Tua ke?"
"Mmmm...nampaklah tua sikit dari saya waaupun saya lagi tua dari Abang.."
"Ye ke?"
"Laaa dah tanya...jujur la ni...awat??"
(aku baru nak tanya balik aku ni nampak tua dgt ka...Tapi...)
"Shanaz kata kat Abang...U nampak tua tapi wife u muda..."
(Shanaz tu manager dia)
Aku bantai gelak kahkahkahkah...
Dia tak puas hati....
 
"Betul ke Abang nampak tua?"
"Dah Abang suka wat perangai cam orang tua...Hahahaaa"
"Eleeehhhh"
"Ok what kalau saya nampak muda dari Abang..Tak de maknanya nampak muda ke tua..kalau tiap2 tahun usia meningkat lambat laun tua juga..."
 
Ntah apasai tiba2 ambik kisah sangat orang kata dia nampak tua hahaaaaa
In fact tahun depan kami 30 years!
 

Thursday, July 10, 2008

aku itu ini


Aku ni banyak complaint dari melakukan ke?
aku ni walk  the talk(betui ka ayat ni????) ke idak?
 
Aku agak busy la ni sebab tengah ada new project yang mana leader dan manejemen hampagas...
Tak habis2 aku compalint kan
 
 
So untuk NYAH kan depa adalah arienai banashi laa(tak mungkin)
Aku yang kena NYAHkan diri aku dari sini.
 
So kawan2 tolonglah doakan aku dapat kerja lain .
.
Ya Allah jika memang rezeki untuku di sini KAUlapangkanlah mindaku permudahkanlah urusanku jika di sini bukan untukku KAUberikanlah aku jalan agar aku perolehi hakku yang KAUtetapkan untukku.
 
p/s: sapa2 rasa nak menuntut bahasa jepun hire la aku jadi cikgu hahhaaaaaa
 
p/s 2 :Kalau ada kerja2 yang bersesuaian ngan aku sila2lah inform aku.
 

Wednesday, July 9, 2008

Unik

Aku kan tak suka tau nak compare aku dengan orang lain ataupun compare anak aku dengan anak orang lain.
Bagi aku masing-masing unik dan istimewa.

Aku jadi naik angin tau bila people keep comparing anak depa
anakaku 4 bulan dah meniarap ..
anak aku 8 bulan baru meniarap

Apasal suka sangat nak compare2?

Pada pandangan akulah kan.
kalau anak korang jenis lambat progressnya bawa je jumpa pakar tanya A sampai Z..Ala spend sikit ja

Takyah korang dok tanya orang2 tak bertauliah bagi pandangan berdasarkan pengalaman depa semata tak pun berdasarkan apa orang tua kata..
Hahahaaaaa

Zaman kita ni kemajuan dunia perubatan juga tak boleh dinafikan
Siap ada chart pembesaran/tumbersaran? tu
Tapi adalah wajib anda tahu semua itu panduan semata mata..actual adalah perkembangan anak masing2

So tak perlulah nak compare anak sendiri dengan anak orang

Aku faham sangat jiwa naluri ibu baru ni...Tapi gunalah akal yang waras.
Berfikir dengan bijak. Rujuk pakar bukan ntah siapa2..

OK..

membebel lagi....

p/s: Aku busy la le ni ..mood nak mengarang pun tak de..uhukssss

Tuesday, July 8, 2008

just bebelan aku

Kalau kita rasa kita tak berapa pandai kita JANGAN sekali-kali ajar orang juga jadi tak pandai

Kalau kita tahu kita bodoh kita belajarlah dari yang pandai.

sekian bebelan aku...

Dalam makna tuuuu

sapa nak tau makna sila sms aku
hahaha
kosong satu tiga dua kosong dua tiga tiga sembilan empat.

story aku hari ni

interview or to be paling tepat presentation appointment pada pukul 10am.Aku sampai 950am.
Dalam pukul 1056am gitu tamatlah sesi.

so dari itu 'presentation' session...
depa nak 2 orang
shortlisted 4 orang
result akhir bulan ni baru dapat
Kalau dapat kena pi Nihon/Japan 2-3 weeks for trainning.
Mmmm......Aku le ni 50-50..Dapat pun tak pa tak dapat pun lantak...
Sungguh tak berwawasan kan..Kahkahkah..
Ni plan A..kalau dapat..Kalau tak dapat aku execute Plan B..Plan C pun ada Plan D pun ada.....
Aku la ni dah jadi more aggresive...
Aku dah tak wait and wait lagi sebab aku rasa aku tak akan berubah selagi aku tak cuba ubah(memanglah kan)

Kalau hubby stay kat Subang memang aku 80% nak itu post tapi bila dia dah berjaya  ni aku dah jadi 50-50...
Berkadar songsang sungguh aku ni.

Abih je itu presentation kami(sekeluarga..ni salah satu slide ni) pi SMC untuk folo up cik gedebi.
Tup tup daddy lupa bawa documents utk pi renew road tax and insuran serta claim RM625 hahahaaaa
So mummy suruh daddy balik ambik, mummy and gedebi aja jumpa Dr.L.

Ya ampunn tobat...
Udahnya aku main aci ligan dengan pakaian nan formal kasut 3 inches(ni wajib pakai high heel untuk cover kelebaran aku dengan meninggikan sedikit ketinggian hahahaaaa)
Huhh kusss semangat sib baiklah tera juga control kasut tumit tinggi...kalau idak..
Tapi end up bau hangit le ngan peluh
So gedebi dah takyah follow up..Alhamdulillah

Pi post opis Giant 13...Wow tunggu sampai 80 org tuh....
Lama sungguh
Dah tu renew road tax bagai dapatlah rm625..hehehe...aku la la tu suh bank in account aku kahkahkahkah..
Tapi atas dasar persaudaraan kahkahkah...aku redhalah dapat rm400 je kahkahkah..zalim zalim....

Sekian.



Monday, July 7, 2008

Mencari Syurga

Cerita ni oleh RASHBIR!

Kisah dimana 3 wanita bermadu
Along/Som, Angah/Senah(?),Adik/Zana

Isteri kepada Haji Abu

Along isteri pertama menjodohkan suaminya dengan si Angah atas dasar kasih sayang dan ingin melihat Haji Abu berzuriat tapi Angah juga tidak memberikan Haji Abu zuriat. Lantas setelah masing-masing berumur, Along dan Angah atas dasar belas kasihan melihat si Zana, ingin mengambil Zana sebagai madu mereka.
Juga atas dasar ingin melihat suami tercinta berketurunan.

Haji Abu menolak tapi atas desakan isteri-isteri tersayang terutama Along dia menerima cadangan itu

Haji Abu menikah dengan Adik.

Tidak lama kemudian Adik didapati hamil.Bukan kepalang gembiranya seisi keluarga.
Namun rezeki ditangan Tuhan.
Adik keguguran kerana terjatuh dibilik air yang mana belum siap dicuci oleh Along
Di sini conflict bermula

Adik mula cemburukan ketulusan cinta Haji Abu terhadap ALong. Haji Abu terlalu menangkan Along sedangkan dia isteri termuda.

Dia 'guna'kan Haji Abu hingga Along diusir keluar. Merempat.

Angah dijadikan macam orang suruhannya

Haji Abu yang 'digunakan'nya jatuh sakit lantas di'buang' jauh.

Ternyata bagi Haji Abu Along tetap pujaan hati. Biar pun tua biar pun miskin.

Adik diserang penyakit ganjil.
Ya bala.. atas kejahatannya.
Memberi suami makan makanan kotor menganiaya si madu yang tidak berdosa.

Apabila dia tersedar, sudah terlalu lambat buatnya. Along meninggal sebelum Adik dapat bertemunya.

Along digambarkan sebagai isteri yang terlalu meredhai ketentuan Illahi.
Angah digambarkan terlalu takut akan kesusahan.
Adik manusia lupa diri
Haji Abu suami tidak berperanan setelah 'kena' buatan isteri mudanya.

Cerita Rashbir memang begini lah....

Moral of the story..
Orang berbudi kita berbahasa.Orang memberi kita merasa.Jangan mudah lupa diri.

Satu langkah harus

Alhamdulillah
my dear hubby promoted.
But the his new office is a place in Sepang! Yup....The international airport! (Or the LCCT?mana2 la)

The issue is...Aku memang nak dia terima. To stay in current office of cos lah boleh but the bosses only can promote him next year (not sure juga verbal maaa)
So since dah dapat ni kenalah terimakan. Bukan senang oii nak dipromote gini. Depa punya system bleh tukau2 Dept...

Aku..Yup..Aku juga harus melangkah....(hari ni genap 5 tahun aku kerja ini multination company..but aku tetap kuli cabuk..what the heck?)
Tapi aku agak kaget ..Terbantut sikit la.
Kalau area SA juga mang aiii jawuhnya ngan Sepang! Kot kalu promoted new salary hanya tampung duit petrol hahhaaaaaaaa

Kalu aku tukau kerja somewhere in bangi ka cyberjaya ka..relevan juga....

Untuk aku jadi SAHM sungguh tak termampu lagi.Aku kena juga kerja sampai hutang yang tak patut dihutang tu settle..Kalau udah settle aku takyah pk lagi dah...

Andai kata aku dapat new job tak jauh dr Sepang...Aku pk pula alahai itu cik gedebi
ciannya dia nak kena sesuaikan diri dengan new school.
Ini yang aku maha berdebar tau....
Aku under estimate anak aku ka?
Aku akut new school tak faham dia!
Ya Allah permudahkanlah.

Yang aku tahu....
Aku mesti sahut cabaran ini...

Peluang bukan selalu.Gunakanlah sebaiknya

Wish me luck....

bowling

Sabtu daddy ada bowling game antara department dia
So macam biasa kami akan jadi 'ekor' la

Namun kali ni gedebi in bad mood
Dia asyik mengamuk sahaja
So mummy ajak dia pergi window shopping kat 1-U dia setuju
Kami masuk every relevan shop..

Dia yang decide to go in or not
Antara kedai pilihan adalah kedai2 barangan baby/kanak-kanak..book store...toys shop

Disebabkan dah lama sangat berjanji akhirnya mummy belikan juga lappy untuk dia.Ala lappy kanak2 la...bukan sony vaio..Hahahhaaaaa

Member syiok le dapat lappy ajak mummy 'return' tu U-bowl nak tunjuk kat daddy dia sekali daddy tak layan sebab ya la orang tengah lawan bowling.Lantas merajuk pula.Moody all the day la jadinya
Salah sikit marah salah sikit jerit
Opismate daddy dah pandang pelik dah kat dia tapi dia tetap layan moody dia adoooiiiii
He keep saying 'daddy babab'
Tak puas hati sebab tak dilayan plus sakit hati dia tak boleh main bowling..
Mummy laaa..Mummy kata nak bagi dia main bowling but rupanya kat Malaysia ni bdak kemetot cam gedebi blom layak main erk?
Mummy ingat lagi masa mummy masih kat Japan mumy selalu juga gi ngan oka-san dan kawan2 main bowling tapi awat masa tu ada bola etc untuk bdak kemetot?
Bowling ctr tu kat area Syibuya-City sana...
Siapa kat Tokyo tolong buat kepastian...kat Nihon semua bowling ada untuk budak2 kecik ke idak?? Ada kan?

keputusan perlawanan..team daddy menang so kami dapat le voucher ISETAN

ehem ehem ehem....

Friday, July 4, 2008

Aku bebel..jangan mare

Salam
Aku memang member HPA
Maknanya beli HPA harga member la
Tapi alahai tak puas hati..Aci dak lagu ni?


Aku selalu terima call dari orang bertanyakan aku"kat mana kedai nak beli barangan HPA"
Hubbyku ada blog on HPA ni...So dari sana la depa dapat No. tel aku.
Bukan aku takleh nak bagi tau..Tapi aku ralat sikit..


1. Tanya kedai HPA kat area yang memang aku tak tau...Bleh tau tapi kena buka website HPA la

2. Tanya kalau nak beli nak member price boleh tak?-Boleh..jadilah member..la ni rm30 seumur hidup....

3. Yang paling tak suka call cakap macam ni..
"hello"
"Hello"
"Saya nak tanya ni...Kedai HPA area XXXXX kat mana"
"Ohh maafkan saya...Area tu saya tak tahulah saya tahu kat area Shah Alam sahaja..Siapa ni ya"
"Ohh tak tahu ya..tak apa laaa...."
"Siapa ni?"
"Tak apa tak apa..."
talian terputus/diputuskan...

Woiiiii!Tak dak manner ka....Patutnya ko call aku ko bagi tau la sapa ko....Ni bila kita tanya tak mau bagi tau..Hishhhh

Lagi satu ada yang keda HPA jauh dari rumah.Then aku kata aku boleh belikan tapi kena tanggung la kos penghantaran...
Tak mau plak... suruh aku hantar
Hish....Dah tu area yang aku pun tak tau nak pi....

Aku bukannya manusia yang buat bisnes besar2an ya..Aku join HPA untuk aku guna sendiri. So kalau orang nak aku belikan aku boleh belikan tapi andai kata kalu beli then aku kena hantar sah-sah la aku tolak harga bukan member..Kalau aku beli then mai ambik dari aku boleh la consider harga member....Takkan aku ja kena rugi..Think think think la sama...Minyak kereta kena beli bukan free...

Menyelesaikan peihal permasalahan TV

Kami ada seunit peti TV sahaja.

Pada peringkat awal anak aku memang conquer habis!
Tpi sejak akhir-akhir ini kami sudah sepakat.

Jadual menonton TV telah ditetapkan.
(Taklah jitu tapi macam dipersetujui laaa)

Gedebi boleh tonton TV channel kegemaran.
Tapi weekend sahaja or if dia bangun early in the morning while mummy sibuk memasak kat dapor daddy sibuk menyidai kain baju.

Malam weekday boleh tengok TV tapi hanya boleh tengok DVD (magic english)
Malam boleh tengok TV tapi kalau mummy nak tengok berita gedebi tonton DVD guna lappy

Sabtu malam Ahad..Gedebi ka daddy ka takleh tengok rancangan TV apa-apa sebab mummy nak tengok cerekarama.
Ni memang pakat bagi peluang kat mummy.
Gedebi guna lappy ngan daddy belajar online.Main game kat whatever asalkan mummy tengok cerekarama dengan tenteram.

Daddy nak tengok sport channel...Berjagalah lewat malam.Hahahaaaa
Tak pun bangun le awal pagi hahahaa
Cuma kalau F1 je boleh layan sekeluarga hahahaaaa

Namun aku dapati anak aku suka tengok cerita SERAM! dengan cerita yang 'geli' yang ada cacing ka ada ular ka ada lipas ka..Aiya!Opsss...actually apa sahaja yang ada animals!
Untuk animal world ni mummy memang bagi dia tengok sebab dia akan compare yang kat TV dengan dalam dictionary animal dia. Mummy rasa oklah kot untuk perkembangan dia.



Thursday, July 3, 2008

to cook?to buy?to what?

Mengenai makanan anak.
Nak masak sendiri ke nak beli ka nak suruh orang lain masak?

Pilihan ditangan anda tapi jika aku ditanya jawapan aku.
I PREFER cook it by myself.
Ya aku masak hari-hari untuk anak aku. Dan hari-hari untuk seisi keluarga hahahaaaaa

(ada la makan kat luar juga tapi percentage amat rendah tambahan pula sejak harga petrol mahal ni)

Kalau anda tak mau masak hari(dengan apa jua alasan) bolehlah kiranya masak 2 hari sekali ka 3 hari sekali ka.

apa yang boleh kita buat bagi mempercepatkan kita memasak?
  • bawang,halia etc tu kopek,potong/blend siap masa weekend.sejuk bekukkan
  • cili etc blend juga simpan dalam freezer.
  • sayur etc cuci siap-siap.Kalau nak potong siap-siap pun OK.
  • ayam ikan etc cuci bersih-bersih simpan dalam potion sekali masak(ikut kuantiti masing-masing). Kalau bekukan pagi sebelum pergi kerja bawa turun ke ruangan sejuk, kalau nak masak pagi malam tu turunkan awal-awal
  • kalau nak makan pizza etc base pizza tu buat masa weekend sejukbekukan. Topping etc pun sama
  • Kalau sup pun boleh sejuk bekukan.
Heheheh
so conclusionnya, gunakan masa weekend anda prepare segala benda dan gunakan peti AIS anda untuk simpan.
Ada orang tanya tak apa ke semua dinginbeku?Tak apa...
Kalau aku..Aku jenis bahan perisa hanya garam dan gula sahaja.Tiada perasa tiruan.walaupun makanan aku sejukbeku sekali pun aku yakin lebih berkhasiat dari any instant food in the world.setuju tak?
Kalau anda boleh yakin dengan makanan segera apa kata yakinkan diri dengan makanan yang dimasak sendiri yang disejukbekukan heheheheeeee
Lagi pun bukan kita makan beku-beku, kita panaskan baru makan. Hehehehehee

Tapi kalau rajin boleh sediakan hari-hari....lagilah bagus
heheheheee

quality time

How you spend ur time with ur kid(s)?

Sebagai ibu bekerja aku amat tertekan tau kalau bab masa bersama anak nih.
Hehehehehehe
Tambahan pula sekarang busy yang amat.

Jadi antara langkah-langkah yang diambil bagi menjadikan aku bersemangat aku telah.

  • ajak anak aku sama-sama bekerja didapur.Dia selalunya tukang tumbuk dengan menggunakan lesung batu.
  • aku akan suap dia makan.Dia akan suap sendiri pada mulanya duduk semeja 3 beranak tapi setalah 50%makan dia akan minta mummy suap.Masa suap makanan ni sempatlah mummy bertanya itu ini.
  • Mandi. Dia akan request nak mandi dengan siapa/nak siapa mandikan bergantung pada statistik keinginan dia.
  • Dan breastfeed.This is a must bagi aku.Masa ni jugalah masa paling dekat dengan anak aku.
sekian.

Siapa anak mummy

Siapa anak mummy
Sya-ye
Siapa
sya-ye...
Siapa anak mummy
ape mummy ni banyak-banyak kali

lowi ntahpapah
hah??
tu nampak?
Ohh lorry sampah.
Haa lowi ntahpapah


Nak nasyik nak nasyik
kejaplah mummy masak
nak nasyikkkkk
sekejap la
Lapa lapa lapa
sekejap la
nak ayam ko-kok
ok kejap lagi mummy masak
cepat cepat cepat...

wan tu teri for piffe syik seben egg nine ten...
eheee akif dah tau count
tak ade...
iyee
tak ade laaa...
iyee...
mummy tu nampak ade 3 dogs...
aik macam mana akif tahu ada 3 dogs?
wan tu teri...dogs..
haaaa kan akif pandai count..
tak adeeee...(sipu2)

Everybody hungry everybody's eating everybody wants to eat

Bila plak pak budak ni tulis?

Aik..Tak perasan
Bila plak 'gedaddy' nih tulis?
hehehee

Fid and Taska

taska..

This is my personal opinion.

1. Why I can’t accept Babysitter
Aku ada kenal seseorang yang menjawat jawataan “babysitter”/kerja mengasuh/menjaga anak orang ketika parents kanak-kanak tersebut bekerja.
I can’t tolerate with her style of handling the kids.
Dia boleh tinggalkan the kids kat rumah dan dia pergi jemput anak dia kat sekolah, pergi klinik, pergi kedai.
Bayangkan if anything happen. Fire ka…Budak bergaduh ka..Whatever…Ajal maut siapa duga kan?
Lucky dia tak pernah ‘terkena’ lagi benda-benda itu.
I understand.I can’t assume all the babysitters are like that.But, plus minus sure ada juga.(Since aku ada 3-4 contoh yang aku tengok)
Kesimpulan, aku tak boleh percaya pengasuh persendirian.
They LOVE my money more than everything!
Lepas tu ambik cuti emergency semedang .ohh tidak

Namun, aku pasti masih ramai babysitter yang kerja ikhlas lillahhitaala.
Kalau dapat babysitter yang sayangkan budak amatlah bertuah si anak dan ibu bapa.

2. Why I don’t want maid.
The main reason is, I don’t heve that much money to ‘hire’ them. I can’t effort it.
I don’t like Indonesian maid in my house (from my previous experience…..)
I don’t want stranger in my house.
Bab maid ni aku tak mau cakap banyak heheheee…

So aku straight forward mencari taska.
Dealing with taska ni aku macam dealing bisnes la.
Aku bayar dan aku dapat service yang aku nak.
Aku tak kisah to pay more andai kata apa yang aku nak aku dapat.
Aku tak nak ada orang cuba ‘nasihat’kan aku suruh ikut cara depa bela anak depa..cara depa bagi anak depa makan etc

Setakat ni, taska masih pilihan aku.
Maybe juga sebab dari anak aku kecil lagi dah kat situ, so mereka pun dah arif tentang tabiat dia. Apa dia suka apa dia benci..apa dia alergi etc.

Dan aku normally will tell the carers apa yang anak aku suka dan benci juga. Hehehe..(see how this mummy is ‘selling’ her son’s reputation…)

Aku tak nafikan bukan semua taska itu bagus,Ada yang hampagas! Jangan tak tau.
Aku dengar cerita ni dari carers anak aku. So kawan-kawan area Shah Alam sapa2 nak hantar anak ke taska sila sms ke email aku ya nanti aku minta carers taska anak aku risik…
Hahahahaaaa


Tapi itulah taska OK, carers OK, owner OK…Parents budak-budak bukan 100% ok.So ana terlayan boleh la layan yang tak terlayan buat derk aja. Sama je la kat mana pun.Hehehehehee

Cadangan aku untuk mereka yang cari taska
1. Dekat dengan office atau tempat kerja – Jangan la office utara, rumah selatan taska timur.Susah nak hantar anak.
2. Owner-Kalau boleh pilihlah yang Islam.
3. Pengasuh warga Malaysia beragama Islam
4. Bayaran bulanan dan pendaftaran yang berpatutan
5. Bersih
6. Kemas
7. Selamat-mempunyai cirri-ciri keselamatan. Masa pergi tengok tu kalau Nampak benda pelik-pelik Tanya..awat lagu tu awat lagu ni.TANYA.
8. Tanya berapa bilangan baby/toddler/transit
9. Tengok keadaan budak-budak .Kalau tengok selekeh.Comot.berselut tu better takyah hantar anak kat sana.
10. Tengok dan Tanya jadual depa.Ada class ka..Makan, mandi,tidur ada schedule tak
11. Tanyakan tentang menu makan.(agi anak yang dah makan-toddler)
12. Tanya tentang terima ke tau EBM (bagi yang nak fully breastfeed anak)
13. Tanya cara mereka uruskan EBM(bagi yang nak breastfeed anak)
14. Tanya, kalau anak sakit macam mana, depa terima ka kita kena cuti ka.
15. Tanya tentang cuti taska
16. Tanya tentang waktu operasi
17. Tanya tentang overtime charges and any hidden chargers.
18. Melawat bilik baby, bilik toddler, bilik makan, bilik main, bilik solat, bilik air dan dapur taska.
19. Perhatikan segala peralatan depa.
20. Kalau sanggup curi-curi check habuk kat lantai kat tingkap etc._sah aku cerewet.
21. Bawa baby pergi tengok Taska
22. pandai-pandailah test carers heheheheeee

Itu je terlintas sekarang heheheee

Lagi satu kalau nak masak sendiri untuk anak.Bagi tau awal-awal niat anda.
Lepas tu senaraikan segala do and don’t anda.
Habaq clear2 naa…


Sekian bebelan saya pada hari ini

Wednesday, July 2, 2008

impak maksima

ni salah satu drama TV related ngan ahmad idham.

Aku tak fahamlah apa message drama ni
Sungguh sekunder tau!
Pergaulan bebas seolah2 dihalalkan...

Apa yang nak disampaikan?apa yang nak diketengahkan?

Aku tak follow pun cerita ni maybe aku tak boleh nak komen sangat but..Dari apa yang aku tertengok last monday aku amat-amat tak boleh nak faham...

Terlalu 'moden'?terlalu maju???

What's that???

Whatever his reason aku tak suka cerita macam apa yang dia buat.

Aku sebagai penonton berhak nak kutuk nak komen nak komplen
Alaa setakat sorang je macam aku apale kesannya kan...

walaubagaimana pun..adeii teringinnya aku nak tonton SEPI!
Aflin ka tak mau ka bagi aku tiket free hahaa..
any bank of malaysia or Europe ka tak de ke tiket free utk filem Sepi ni?Amboi kalau citer mat saleh nak ja korang bagi kami tiket free....
Nih citer malaysia ni...silalah bagi tiket free...
hahahaaaa

News on kak laili mamaampang


salam friends
 
Aku baru terima sms dr kak eton/szaiton masa aku morning ass'y tadi
 
"baby laili mamaampang pulang ke rahmatullah petang semalam.insya Allah kebumi petang ni at ampang.ekside suffocate terlangkup dalam buai.dia minta kawan-kawan tolong doakanagar arwah dicucuri rahmat.al fatihah."
 
takziah buat kak laili sekeluarga.
 
Al Fatihah

Tuesday, July 1, 2008

aku DOWN lagi

Salam
Dear Friends,
Aku down lagi
Kali ni aku cirit birit ..loya..pening..seram sejuk bagai.
Dari Ahad lagi tapi semalam aku gagahkan juga diri aku namun hari ni aku kalah.Aku takleh nak bangun pun.
Ni lappy ni pun anak aku yang tolong angkat dan buka untuk aku.

melepek je aku.

Ni aku gagahkan bangun juga sebab anak aku lapar nasi nan amat.

Aku pesan kat dia
"kalau tak nak gi school hari ni dok kat rumah baik-baik..mummy tak larat.akif tak boleh nakal..."

So dia tengok aku tergolek je dia tak minta makan pun..dia nyusu sahaja.Then aku bagi dia roti..aku tido dia tido..tapi maybe dia pun tak tahan lapar dah....Dia nangis lapar nasi.kesian dia..
Aku masak nasi ngan goreng bilis je bagi dia..habis.aku masak 1 pot beras...3/4 dia bantai..lapar sungguh tu...

Aku pasti boss aku kat opis tu sure kata aku tak bagi komitmen ngan kerja..malahan sekor beruk tu siap bg tau HR dia tak nak ambik dah engineer perempuan..konon women can't give full komitmen
What the fork!
Dia yang bahalul..
Apa kejadah weekend pun nak kerja
kita ada life bukan macam dia...nak menghambakan diri kepada company....Kalau company sendiri tak pa la..
target dia at least dia jd DGM...nasib ko lah..kalau ko DGM company itu harus tutup dek kegilaan ko....

Tapi pelik la..dia tak pernah sakit tapi logik la iblis memang macam tu kan...Nah aku samakan dia ngan iblis...

Aku harap adalah company lain nak ambik aku bekerja
sapa kata aku tak boleh bagi komitmen?????
Dah kalau sampai takleh bangun nak menyulur ke ke opis??
what the heck???

Aku dah tak larat nak keluar masuk toilet dah
Arghh...
it's not watery anymore it's totally water!!!

Cepatlah sembuh....