>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, July 3, 2008

to cook?to buy?to what?

Mengenai makanan anak.
Nak masak sendiri ke nak beli ka nak suruh orang lain masak?

Pilihan ditangan anda tapi jika aku ditanya jawapan aku.
I PREFER cook it by myself.
Ya aku masak hari-hari untuk anak aku. Dan hari-hari untuk seisi keluarga hahahaaaaa

(ada la makan kat luar juga tapi percentage amat rendah tambahan pula sejak harga petrol mahal ni)

Kalau anda tak mau masak hari(dengan apa jua alasan) bolehlah kiranya masak 2 hari sekali ka 3 hari sekali ka.

apa yang boleh kita buat bagi mempercepatkan kita memasak?
  • bawang,halia etc tu kopek,potong/blend siap masa weekend.sejuk bekukkan
  • cili etc blend juga simpan dalam freezer.
  • sayur etc cuci siap-siap.Kalau nak potong siap-siap pun OK.
  • ayam ikan etc cuci bersih-bersih simpan dalam potion sekali masak(ikut kuantiti masing-masing). Kalau bekukan pagi sebelum pergi kerja bawa turun ke ruangan sejuk, kalau nak masak pagi malam tu turunkan awal-awal
  • kalau nak makan pizza etc base pizza tu buat masa weekend sejukbekukan. Topping etc pun sama
  • Kalau sup pun boleh sejuk bekukan.
Heheheh
so conclusionnya, gunakan masa weekend anda prepare segala benda dan gunakan peti AIS anda untuk simpan.
Ada orang tanya tak apa ke semua dinginbeku?Tak apa...
Kalau aku..Aku jenis bahan perisa hanya garam dan gula sahaja.Tiada perasa tiruan.walaupun makanan aku sejukbeku sekali pun aku yakin lebih berkhasiat dari any instant food in the world.setuju tak?
Kalau anda boleh yakin dengan makanan segera apa kata yakinkan diri dengan makanan yang dimasak sendiri yang disejukbekukan heheheheeeee
Lagi pun bukan kita makan beku-beku, kita panaskan baru makan. Hehehehehee

Tapi kalau rajin boleh sediakan hari-hari....lagilah bagus
heheheheee

3 comments:

NeroEcha said...

Ko mmg rajin le memasak kan..aku dl btl masak kan utk thaqif masa dia setahun sampai 2 thn lepas babysitter kate tak pyh dia masakkan..Sekarang since babah dia dah jg aku kena le rajin kan diri sendiri...anak aku pun suke mkn sup le fid..today i cooked sup ayam...

Ms Lola said...

Mak setuju tang frozen food lg berkhasiat drpd instant food.

Marisa said...

aku pun setuju dgn Fid....aku mmg ok jek.. Tapi pendapat laki aku tak sama dgn aku. Dia nak mkn mknn fresh hari2... konon perut sensitip... tapi tak pe... dia yg rajin benor nak masak.... so biarkan. Aku cuma masak weekend jek...semua mknn lebih2 aku freeze kan dan aku jugak yg makan. last2 aku jugak yg gemuk sorang2.