>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, July 16, 2008

menu bila mummy M!

Dah 2 hari rasanya aku tak blogging heheheheheeee
sibuk plus si gila kat opis tu tengah ngamuk hahahahaaaa

Jahat sungguh

Nak share sikit menu mummy malas memasak hahahahaa

menu 1

  • nasi- abanggg tolong masak nasi
  • sambal telur - rebus telur sebaik sahaj masuk rumah.dah masak kupas...belah bucu sikit then goreng.Lepas tu sambil2 tu keluarkan cili dan bawang kisar yang dibekukan. Tumis main baling2...letak garam gula asam secukup rasa potong bawabg besar utk hiasan...siap
  • potong timun sebagai ulam

menu 2
  • nasi- masuk je rumah cuci2 tangan terus tanak nasi
  • keluarkan ayam yang dah di'cair'kan. Cuci2.. Campak masuk periuk. Tumbuk bawang dan halia yang dah lama dikupas store dalam tupperware. Masukkan sup bunjut. garam gula secukup rasa. Perah air limau kasturi dan potong daun bawang serta daun ketumbar serta tumbuk lebam cili kecil campak dalam bowl. Ceduk sup tadi..taraaa jadi.

menu 3
  • nasi- abangggg tolong masak nasi.
  • Buka sardin in tomato sos hahahaha..masukkan dalam periuk.tumbuk bawang serna sikit. Masukkan ke dalam periuk tambahkan air masak atas api. Kupas kentang potong 8 campak dalam periuk. garam gula asam secukup rasa. taraaaa....
  • cuci taugeh. Celur dan tos. Masukkan dalam bowl letak kicap n minyak bijan 2-3 titik. Gaul rata..taraaa...sayur
Menu2 di atas untuk mummy and daddy untuk gedebi lain punya.

nanti bila mummy rajin mummy akan story ttg menu gedebi bila mummy malas hahahaaa


10 comments:

Marisa said...

suka menu2 simple mcm ni. smlm kami mkn mee goreng.... pun simple gak.
tp anak aku join kami sekali mkn mee.
teringin aku nak tau menu anak hang tu...

rizza said...

hahah aku gelak bile part "abanggg tolong masak nasi" heheh

simple2 tu yg sedap..heheh

its me said...

ha ha tu laa tersengih bila baca part "abang tolong masak nasi" ha ha macam comel n baik sangat..

anyway fid aku dah addicted kat blok ko he he

memang best n selamba

mommy lyna said...

seronoknya ada abanggg yang bole tolong masak nasi. huhu.

kat rumah saya ada bibikkkk tolong masak nasik

Yan said...

ada la satu hari tu, turn laki aku masak.. ingatkan dgn nasik sekali dia ready.. sudahnya, lauk dah masak.. nasik takde.. tau jawapan dia apa?

"dah lama i tak masak nasik sejak kawen dgn you.."

amboi.. masak lauk aku rasa lagi complicated dari masak nasik pe..

Marisa said...

masak nasi pun kalau tak dak skilll... boleh lembik apa... hehehe

Siti Zaiton said...

Fid...
sardin tu kalu goreng skit dulu without sos dia lagi sedap...pastu baru masukkan sos & bawang & serba makneka yg lain...
aku ingat aku jer yg malas masak ni...heheheh
skang ni tugasan masak nasi tu dah jadi tugasan bibik...akak just masak lauk...muahahaha

anamiraa said...

simple tu yang sodappp!

Fid said...

kak eton
kalau goreng sardin dl aku kena jadi Rajin hahah disbbkan aku Malas so takyah buat semua tu

btw...hubby ku lagi pandai masak nasi compare ngan aku hahahaaa

Ms Lola said...

Menu 1 tu termasuk dlm kategori malasss??? Leceh benau aku bayangkan.