>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, May 28, 2007

Interesting article

Aku nak baca tapi tak sempat sebelum 'hilang' baik aku link dari sini....

Cabar pembacaan anak kecil bukan tindakan bijak

Sunday, May 27, 2007

fish

Dia kenal ikan..
kalau nampak ikan dia akan sebut dengan jelasnya FISH

Semalam dia tengok mummy dia goreng ikan..

"mimi..FISH..yayan" (mummy, ikan kesian)

kesian ikan sebab kena goreng hahahahaaaa

Nak update

Nak update tapi tak de idea hahahahahahaa

hari ni aku dah lipat semua baju..Dah cuci dan sidai semua baju kotor dan dicuci...dah iron 70% baju......
dah iron 100% baju baby...
(nampak sgt tak de idea hahahaha)

Iklan
Mana mana syarikat yang perlukan translator japanese-bm, japanese- english bolehlah kontek saya.....


Friday, May 25, 2007

jammed

Mana hubby nih?
Erk?Jammed!!!
Kat mana?
Kat federal laaaa

Federal highway tu memang laluan ayaq ka?
Sungguh aku tak faham..kalau hujan je federal highway jammed....
Nape erk?
memang dibina untuk jammed ke?
Ishh ishhhhh....

Yeyeyeyeee..Cuti sekolah dah mula
Nanti isnin takleh jammed sangat jalan raya...

wakaranze

nancyatte nemurenai da!!

arararaaaa....
kawaii akacyang..atashino akacyan desu!Akif dayooo...

neyoooooo

Thursday, May 24, 2007

perghhhh

Serius aku tawaq ati betoi2 la ngan pihak pengurusan department dan seterusnya company aku kerja ni!Cam jebon sungguh...
Sungguh aku menyampah lagi meluat ..Kalau aku ni tak dak utang tak dak sapa2 nak tanggung..la la ni juga aku cabut!
number satu aku menci si fuwer...sekor ni gila kuasa nak tunjuk power
kedua aku menci si lalat..ni jepun sesat..under estimate org no.1 dasar penjajah....
yang ketiga aku manyampah kat pompuan gaji besaq tapi kerja tanya soalan 24 jam.hntaq email kat org pukui 8:55pm tulih ayat...tomorrow....setau aku tomorrow tu baru aku akan baca........pangkat besaq otak kecik akai tak dak.....
Aku tak paham..1...si fuwer tu pasai pa dia depa hire....aku tgk dia tu tak dak direction je buat kerja....
si lalat tu pula..bila la nak berambus balik tanah ayaq dia..
yg si pompuan tu pula bilalah nak pencen....10tahun+ lagi laaaaaa

perghhhhh serius aku tak tahan ngan manusia2 nih...
kalu pressure kerja buleh lagi handle...tapi pressure ada 3 ekor 'enoshishi' ni mmg tak guna laaaa

anginnya

Perghhhh
si mamat kecik kemetot tu le ni anginnyaaaa..
kalau nak sesuatu selagi tak dapat selagi tu la berbunyi..naik mengong aku!
tadi aku tak tau apa dia nak
dia kata nak susu...
aku pun bagilah
mula2 nak susu right side then nak plak left then nak nak nak..aku tanya nak apa dia kata nakkk ..nakkk...
tarik2 baju aku....
aku bagi right dia kata bukan..aku bagi left pun dia kata bukan..then menangis uwaaa uwaaa uwaaaa....
le ni musim budak lahir tahun 2005 mengamuk ka?
Lepas tu sib baik ada iklan 'si kuning'....Cepat2 aku 'cekup' sumbat susu dia tertido....

Believe it or not mummy?

Antara percaya atau tidak
Semalam aku bawa akif jumpa doctor sebab heat rash...Dahsyat!
So, kena timbang berat laaaaa
taraaaa.....

15kg

*clap clap*

Macam tak percaya je...
Alhamdulillah.....


Wednesday, May 23, 2007

anak kecilku

Rindunya kat anak kecilku
semalam balik lambat.Pukul 7:40pm baru ambik dia dari taska.
Dalam kereta dia menyusu dan tertido sampai 10pm.
Dia bangun menyusu dan main sekejap then kami ajak dia tidor.
Pukul 12am aku terjaga...Aku dapati dia belum tidur dia tengah 'bercakap' sendirian.Kesiannya...Dia duduk tengah2 antara mummy dan daddy dia bercakap pandang mummy pandang daddy....
Aku bangun...Peluk dia ajak dia baring sama2 dalam pelukkan.....
Pukul 1am aku terjaga dia dah tidor tapi dia macam tidor2 ayam aja..sebab bila aku buka mata dia cakap..."mimi..nakkk"
Dia minta susu....
Aku bagi dia menyusu..Dia tertido sampai pagi...Aku hantar kat Taska tadi pun dia masih tido.Aku kiss dia...dia marah sebab kacau dia tidor.

note:
"ABCDEFGHIIIIIII"
"be-be nak do-do" (bear nak tidur)-gambar bear kat cadar...
"a-yer a-yer"

Tuesday, May 22, 2007

join forum dan etika

Aku suka join satu forum ni.
Banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsi bersama terutama tentang penyusuan susu ibu dan ibu bekerja.
Tapi sejak akhir-akhir ini aku mula kurang berminat hendak membacanya. Aku hanya 'menyampuk' topik-topik yang aku rasa aku patut menyampuk sahaja.
Dipersetujui dan pihak webmaster pun pernah mengingatkan para forumer agar tidak menjadikan ruangan forum itu ruangan meniaga..malahan dulu pernah diperdebatkan. Tak bestlah kan..tempat kita share ilmu pengetahuan dijadikan medan meniaga pula..Pihak webmaster juga bermurah hati sediakan ruangan pengiklanan, tapi aku pelik tak ramai plak yang nak buat iklan secara yang dibenarkan.

Lately kat forum tu..bagi aku....
ada peniagaan/pengkilanan kat forum tentang lampin pakai buang. Bagus kalau nak share info tapi aku lagi suka kalau diiklankan diruang sepatutnya.Malahan pihak pengiklan ada website tersendiri alangkah moleknya kalau diiklankan dengan izin webmaster.Mungkin juga ramai yang tidak menyedari yang webmaster juga ada online shopping link...Lepas tu tadi ada aku terbaca ada yang buat iklan pad herba...
Tak salah aku webmaster pernah tegur agar tidak diiklankan barangan yang webmaster ada jual.
Dengan adanya mende2 yang macam ni membuatkan aku tawar hati nak join seaktif dulu....

Aku hanya baca yang mana aku suka..yang aku rasa'tak relevan' aku ignore.

Lagi satu
kalau kat forum online ni memang perkara biasalah tak sependapat....
Namun ada juga yang tak boleh terima hakikat ada antara pendapatnya yang tidak patut dikongsi dengan orang lain.
Ada beri pendapat then ada orang lain ramai2 kata tak betul, mula nak melenting.....Terutama kalau bab petua orang2 tua..hahahaaaaa
Lawak je rasa....

dame na haha oya da zeeee

nancyatte....

aku nak ajar akif potty trainning
maka aku pesan kepada dia...

1. If u want to pee, bagi tahu mummy..hari ini mummy tak bagi baby pakai diapers tau..baby pakai seluar tanpa diapers, kalau nak pee..ajak mummy pergi toilet....
dia angguk...

2. If baby nak poo poo..Baby bagi tahu mummy..
mummy saya nak poo poo...
Apa dia buat...dia memang bagi tahu..
"mimi...nyak u-uh.."

Dia berjaya mengikut pesanan mummy dia...tapi..........

mummy dia yang gagal!!!!

Dia bagi tahu
"mimi..nyak nyi"sambil londeh seluar dia....
mummy dia kata kejapppp...terus dia terkencing kat atas carpet..sian dia.....

kali ke dua..dia bagi tahu lagi...
"mimi..mimi....tom..."sambil berlari ke bilik air...mummy dia slow sangat dia terkencing depan pintu bilik air kesian dia....

kali ketiga...
"mimi..u-uh...u-uh"
mummy dia sengeh2
dia dah meneran...

kali keempat...
"mimi..u-uh..u-uh"
mummy dia kata poo poo aja la dalam diapers....

kesimpulannya....
Dia sudah berjaya..Mummy dia yang gagal....
Pandai buat pesanan, bagi arahan tapi tak pandai nak jalankan....

Aku belum beli 'toilet' untuk dia.....Ingat weekend ni nak beli..memandangkan dia amat mudah aku ajar.....Tahniah to my dear baby boy!!!!

Aku memang tak suka paksa anak aku belajar..Alhamdulillah..Sejak akhir2 ini dia berminat nak belajar.
Dia dah join class kat taska dia dan kat rumah dia akan minta kami ajar dia.
Mengajar dia memang best..Sebab sekali ajar dia akan terus dapat.....Aku suka tengok cara dia.....fast leaner
Dia bersungguh2 sampai nak kena pujuk suruh minum susu or tido..hahahaaaa

Monday, May 21, 2007

dia suka

dia suka iklan...
1. hari merdeka....
siap ikut angkat tangan sambil say..'te-te-ta'(merdeka)

2. digi.
Si makhluk kuning

3. TV3
sebab ada cat

4. Avanza
sebab ada cat.

5. Conetto
sebab ada cat

6. semua iklan disposable diapers
sebab ada baby

7. semua iklan susu ..
sebab ada kids and babies.

8. iklan mcD
sebab ada budak lompat-lompat

dan banyak lagi iklan....

perkataan dia

antara perkataan baru dia

nu-num=minum.
Contoh ayat:
Daddy, nak nu-num..
maknanya:
Daddy, saya nak minum.

ABCD...
Dia tahu sebut ABCD je dgn clear...

baa baa back chip..@#$$%^*&**
maknanya..baa baa black sheep...

Wednesday, May 16, 2007

mimi matuk

Hari isnin masa ambik dia kat taska,,,ebaik sahaja dia ampak aku dia terus melulu datang hug hug hug....
"opsss.baby..apsal mummy bau baby ni masam semacam aje ni?Poo-poo ya?"
"aaaa..u-uh"
"laa..apsal tak bagi tau kata poo poo"
"pe" (lupa)
"heh...mana boleh lupa kalau poo poo"
dia sengeh2...
"nape tak bagi tahu kakak yang baby poo poo..dah jom mummy cuci.."aku ajak dia masuk ke taska semula
"Ka-kaak...u-uh aaa"
Mummy dia buka baju dia etc...tinggal diapers aja..Dia melulu ke bilik air...
"mimi..matuk aaaa"
Dia ajak mummy dia masuk bilik air...
"ndi-ndi" (mandi)

Kando no hito koto...majide..anak aku dah bleh cakap sepatah dua hahahaaaa

Para pengasuh dia plak dok perhati dia mandi..mummy dia mandikan dia...
Then dah mandi pakat2 pakaikan dia pakaian...Dia dah siap dia salam semua dia berlari keluar jumpa daddy...

"tom...lik" (jom balik)

Tuesday, May 15, 2007

Ntah apa2 lah aku ni

Astagfirullah hal a'zim

Semalam sampai kat rumah dalam pukul 7:30pm...Bawa masuk akif yang tidur, barinkan dia kat katil susukan dia sekejap lagi....Manakala hubby seperti biasa, sibuk kat dapur cuci botol-botol EBM akif dan masukkan EBM hari ni kat fridge.
Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati aja. Aku terus melulu ke dapur terus buka freezer.
"hahhh?kenapa semua ni cair???"
Semua yang aku simpan kat ruangan beku cair...Aku buka pula bahagian sejuk...Tak sejuk!
Aku dah gelabah.....
Nasib baik EBM beku tak banyak makan tahap gelabah aku tu kuranglah sikit.....
Aku mula 'mengarahkan' hubby call TNB tanya ada shut down ka apa ka siang tadi...
Dilaporkan ada tiang letrik terbalik kat seksyen 18...Lega hati aku...Bukan fridge aku yang rosak....
Pukul 10pm aku buka freezer...tak sejuk!Tak beku!
Ya Allah rosak ke nih?
Baru je beli setahun lebih.....
Aku gelabah balik la jadinya....
Aku mula soal siasat hubby... Dia ni suka sangat tutup fridge tak rapat tau....Hahhaaa
Tak de alibi yang tunjuk dia yang salah..Hahahaaaa
Aku 'arahkan' hubby cari IB fridge...Dia pun cari..Masa aku nak tidorkan Akif hubby bagi tau dia jumpa dalam Instruction Book tu kalau ada shut down tertulis fridge tu ambik masa 9-14 hours untuk recover. Lega..Tapi aku terfikir kenapa masa setahun lepas masa elektrik terputus cepat je recover.....
Hubby kata maybe sebab masa tu baru beli....
Mungkinlah juga.
Pukul 2:48am aku terjaga sebab akif bangun menangis..Aku urut2 kaki dia..dia tidur balik....Aku teringat freezer aku..Aku ke dapur...Alhamdulillah dah mula beku...ais dah beku...techni ice aku ngan EBM tak beku lagi...Aikkk.....
Lantaklah janji susu tu sejuk...Aku pun tidur balik.
Pagi tadi kami terjaga lewat 6:30am...gara-gara bangun mengurut si kecik tu lah ni heheh..Nyenyak dia tidur.....
Aku ke dapur...Alhamdulillah freezer aku dah ok....
Memang gelabah la kalau frezer buat hal...
1. aku fikir EBM untuk akif
2. aku fikir tentang lauk2 yang aku simpan
3. aku fikir mana aku nak korek RM nak repair or beli baru
4. aku fikir mau pengsan...

Sunday, May 13, 2007

panas

Panas la hari ni.....Nak hujan lebat kot

Hari ni aku dapat banyak sms ucapan selamat hari ibu...Thanks...

Aku tgk Lee Chong Wei lawan badminton jap tadi..Dia menang tapi pada aku dia patut menang 21-14, 21-13 bukan 21-15...Apa-apa pun tahniah .....

Chops nak tanya....Kalau seorang guru sekolah susah ke nak cari masa untuk mengepam?Time break pagi ke..Memang sepanjang masa ada kelas perlu diajar ke? Bukankah lebih flexible?
Aku pelik tau, kawan2 aku yang kerja guru sekolah ramai yang tak susukan anak sepenuhnya....Memanglah hak masing2...Tapi aku tertanya2 la macam mana suntuk sangat masanya....
Macam aku yang kerja dari pukul 8am sampai 5:45pm ni memanggg kena pepandai cari masa..Ada kala meeting non stop..ada kala dok dalam lab tak keluar2..nak keluar tapi tak sempat nak keluar..Namun berjaya juga aku dapatkan masa untuk mengepam....
Hanya persoalan di kepala aku...
keyword...hendak seribu daya.

Aku sejak akhir2 ni ubah lokasi tempat mengepam..Aku tumpang ngepam kat surau Audio division...pada sesi mengepam petang...Dan heheheh...mata-mata asing memandang dengan penuh kehairanan....Ada yang siap duduk betul2 ngadap aku dengan sengajanya sebab nak tengok apa aku buat..aku ignore aja..buat derk....

Anak berapa bulan?
Haa....Ohh...20 bulan...
2 bulan?baru masuk kerja ke?
Bukan..20 bulan..setahun 8 bulan..
Hah?Ada susu lagi?
Alhamdulillah...
Apasal susah2 perah?
Tak susah lah...
Kang susu tin banyak....Bagi je susu tin..Senang
(huh?sapa ko nak pepandai ajar aku?)
Anak saya tak minum susu lain...
Hah?Tak bagi susu lain?
Tak
Cukup ke susu badan aja?
maksud awak?
Cukup ke dia minum?
Alhamdulillah...20 bulan setakat ni cukup
Kenapa anak tak minum susu lain
Sebab saya tak nak bagi...Lagi pun susu saya ada..berkhasiat plak tu...
Susu tin pun sekarang ni dah macam2 ditambah banyak khasiat juga
tak sehebat susu badan...
Betul juga ya..kat tin tu ada tulis susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda
(tahu tak pe)
Ada pula masa nak perah ya..
Kena pandai2lah ..Waktu lunch ka waktu solat ka...Dari dok berborak baik buat sesuatu...
Betul juga...

Dan banyak lagilah yang menegur...Menkritik dan sebagainya
Aku dah lali...So steady laaaa....

Nak cerita sikit tentang mummy n me exhibition kat MV semalam..
Aku kurang berkenan sikit la

1.Nestle
Ada macam kuiz gitu..soalan tntang produk derang la....Semua soalan aku tak tahu jawapan sebab anak aku tak makan/minum produk diaorang....Hahahahahaha
Aku masak sendiri untuk anak aku...

2. Buku-buku
Buku-buku yang dikatakan bagus bagi kanak-kanak dan bayi...Ada promoter iye2 promote kat aku..terus terang aku tak berminat...
Aku lagi suka aku buat sendiri apa yang anak aku perlu belajar..Aku pelik tau ada orang sanggup berhutang sebab nak belikan anak buku2 yang mahal2..Tak fahamnyaaa....Pada aku buku mahal2 tu tak penting sangat..Biar apa sekali method yang dikatakan bagus...kalau parents tak ajar sia2 aja ...harapkan anak tengok CD or tengok sendiri buku2...

3. sikap pilih bulu
Ni siot laa..Mentang2lah aku ni selekeh...Tak dilayan.Diaorang layan yang pakai bergaya2 je..siot le....Tapi memang aku tak de RM pun nak beli hahahahahhaaaa..Especially yang promoter perempuan......
Nilah sikap promoter/peniaga malaysia..kebanyakkanlah

Itu aja hahahaaaaa

Saturday, May 12, 2007

selamat hari ibu

selamat hari ibu kepada semua ibu.

Tadi aku tengok berita buletin utama tv3, ada segmen tentang ibu bersalin. Ada interview ibu-ibu tentang sakit bersalin. Aku kurang setuju dgn jawapan diaorang....Diaoarng siap boleh cerita macam mana rasa sakit bersalin. Aku memang rasa sakit kontraksi tapi tak de sesakit macam komen diaorang. Ada orang kata sebab aku c-section.Memang la aku c-section tapi aku llui juga sakit kontraksi......
komen aku..Sakit memang sakit tapi dah lupa...Kira takle teruk sangat sakitnya, sebabnya aku masih hidup.Alhamdulillah.
Sakit memang sakit!!!
Hahahahaa

Tadi siang gi MV gi Mummy and me exhibition, mmmm..macam tahun lepas juga.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
.

Friday, May 11, 2007

kahkahkah

kahkahkahkah
semalam aku sampai kat rumah pukul 9pm!buat julung kalinya tahun 2007 ni aku balik selewat tu.ponat!
aku terus susukan akif sampai dia buurrpppppppppp....
then aku mula memasak...masak simple je....nasi+masak kicap ayam+ikan tamban kering digoreng..sayur tak dan nak masak aku laparrrrr
pukul 1030pm kami makan..lewatnyaaaa
Sepanjang May ni maybe aku akan senantiasa balik lambat adeeiiiii

Aku rasa aku patut nyah la dari company ni..Tapi Engineer kilang macam aku ni buleh kerja apa lagi ya?
Takkan aku nak pindah ke kilang lain?
Ishhhhh
Sebolehnya kalau aku tinggalkan company yang besar ini aku tak nak la masuk kilanglagi dah....

hahahaaa
aku tak ingat hari apa punya berita
rupa2nya ada akta/undang2 denda ke atas ibu bapa yang lalai..yang anak hilang kes macam Yin tu
denda tak lebih rm5000 or penjara 2 tahun...ini apa aku dengar dari buletin utama TV3 la....
Jadi...Prents Yin tu kalau pihak berkuasa Malaysia benar2 jalankan undang2 yang termaktub tu diaorang kena denda la...
Jadi tak salahlah aku salahkan diaorang kerana cuai sampai anak hilang kat SOGO tu....
Jadi orang yang maki aku sebab aku berkeras nak salahkan parents Yin sila buka mata sikit.

Dan...memang ramai sangat kanak2/remaja bawah 18 tahun yang hilang.....kat Malaysia ni....

Dengan keluarnya kat berita tentang undang2 ni aku mula tertanya2 kenapa pasangan Myanmar tu plak yang disoal siasat..Parents yin plak dibelai2?Padahal Parents Yin tu BERSALAH....

Kasihan memang kasihan tapi sebagai pengajaran...

Wednesday, May 9, 2007

tahap apa ntah la

aku busy amat amat...
sampai nak pi toilet pun kena fikir...kahkahkahkah..
makan ..aku bawa bekal hari2 sbb aku tak larat nak pi kantin....ngan aku rasa buang masa aku beratur nak bayar..masa amat penting bagi aku.......
Aku nak bekerja time opis hour sahaja sbb aku nak balik on time....tu pun hari ni aku balik 30 minit lepas chime penanda abih masa kerja....

aku le ni pam susu kat opis 2 kali
dalam pukul 12pm ngan lps abih kerja
pam pukul 12pm tu aku pam kat klinik...pam yg lps habis kerja aku pam kat surau sbb klinik dah tutup daaaaaa
stok susu la ni mmg tak de...ada sebotol je kot..
tadi pam dapat 15 oz....
kira le ni aku pam hari2 mmg ngam2 permintaan akif sahaja..tak pe tak pe....AKU BOLEH
Aku le ni cool sikit dah
kalau stok tak de pun aku dah boleh rilex...steady ....
sebab bagi aku
hendak seribu daya.....
Lagi pun..aku ada susu..kalau pam keluar la..maka kalau aku rajin aku boleh pam2 bila2 masa aku nak....
Tengah2 malam ni pun aku pam gak....saja nak bg ada stok huhuhuhu...
Sekarang ni hubby and akif yang risau bila derang buka freezer tak de stok susu hahahahaaaa..
Malam..Aku memang suruh akif minum puas2....sampai dia marah..hahahahaaaa
Kalau kat rumah akif mmg berdempek je ngan aku..But tak kisah laaa.....sementara dia nak berdempek..kalau dah tak nak nanti sunyi la plakkkk

aku sebenarnya stress jg la ngan load kerja ngan problem yg tak solve2 ttg new design ni
naik biul gak la
Namun lantaklah......

Sunday, May 6, 2007

tong sampah jatuh longkang & arararara

Tadi masa aku nak sidai kain aku cari tong sampah hitam depan pagar rumah aku..Aik..
"abang...mana tong sampah?"
tak ada jawapan....
Aku pun buka pintu pagar then "Abangggggg tong sampah jatuh longkang"
aku pun 'terjun' dalam longkang ambik tong sampah..
Suspect utama penyebab tong sampah ni jatuh longkang...
Aku yakin ni mesti disebabkan oleh tuan empunya kereta yang park depan umah aku yang 15% halang pintu pagar umah kami sewa ini.
Sungguh aku tak faham laaa..Nape perlu susahkan aku???

Dulu masa aku tinggal di 'kawasan perumahan paling berprestij di lembah klang' aku ada fuman (compliant) juga tentang penduduk....
Dulu aku tak puas hati sebab derang kureng friendly...Dah tu memang selfish sikit....(orang sama kondo ngan aku) Kalau cakap juta2 punya story tak de cerita singgit dua kupang....

Dah tu pindah meh area sekarang ni lain plak cerita...
Ahak ahak...
Umah kemetot2 je tapi kereta fuhhh gabai-gabai....Tak muat depan umah sendiri bantai parking depan umah orang tanpa minta izin tanpa bagi salamtanpa senyum tanpa apa2 la....
Area sekarang ni kurang commonsense sikit....
Aku memang tak join sangat sebab aku...kerja daa..pagi kuar maghrib balik.....

Terfikir juga nih..Aku ke yang tak tahu bermasyarakat?
ahaks ahaks....

Ara rarararaa...Teringat plak zaman dok univ dulu..
Aku dulu kawan baik aku budak Taiwan....Ryou Na Ng namanya.
Tapi dia ni ada ramaiiiii kawan dari Taiwan and republic of China....
Then ada mamat Saudi Arabia yang suka kawan ngan aku...Dia ni nama je datang dari Saudi Arabia tapi hahahhahahahaaa....
Lepas tu ada minah-minah dan mamat-mamat Jepun yang agak rapat ngan aku...Natsuho, Miko, Ikuji, Tamura etc....
Aku dulu tak suka pergi 'enjoy' ngan diaorang...Aku tak larat nak layan kalau derang mabuk...Busuk....
hahah tapi si Ryou kalau aku join dia keluar dia memang hormati aku..Dia tak akan minum.
Masa kitaorang pergi bercuti ramai-ramai kat Hakone yumoto....Aku dok sebilik ngan Natsuho dan Miko..Ryou dok bilik lain...Lepas tu bdak2 lelaki reramai meh borak kat bilik Ryou....Si Natsuho and Miko pun gi sana aku je dok kat bilik sesorang tido...sekali si Ryou datang ngan selimut bantalnya..pukul 3am..Katanya bdak2 kat bilik sebelah tido campor ..kahkahkah..Jadinya aku ngan Ryou tidolah kat bilik aku....Sian kat dia...
Bila final year....Aku ngan Ryou lain-lain Lab...Dia bukan main sedih lagi...Aku memang nak masuk Lab yang dia masuk tu tapi ..Mmm....Ramai sangat..Then aku Pilih Lab aku tu...Lab aku tu derang kata Prof aku tu strict dan garang...Hanya aku sahaja yang sukarela join yang lain2 tu kena paksa rela....
Ryou pun terpengaruh ngan cakap2 orang yg Kawasaki sensei tu garang hahaha...
Bila aku join kawasaki Lab..Fuhh baik gileeee Kawasaki sensei ni.....
Dia memang sporting dan memahami....
Makan free jangan sebut la semedanggg....
kihkihkih...
Dah la dok flash back..aku nak tonton TV citer Melayu....

FP, garnier, BML and shiseido

Aisehhhhhh..rasa banyak plak aku nak'ngadu' hahahahaaa
Aku tengah update fotopages nih..Tapi slow la.....

Garnier
hahahahaha..Aku tengah try guna garnier kahkahkahkah..Aku guna yang pureA..Untuk kulit berminyak dan berjerawat...Naik jerawat plak muka aku then dah garnier keluarkan product ni....aku try la...ntah la apa kesannya...so far so good....

Dulu..Masa baru balik ke Malaysia aku guna BML...Kena rajin pi facial la plak...lama gak la aku guna sampai habis pantang huhuhuhu...2 tahun lebih. Then dah ada anak...Bila aku fikirkan harga barangan BML tu rasa sayang plak duit dari aku belu BML baik aku beli barang-barang anak hahahahaa. Then aku tak pakai apa-apa sampai aku tengok iklan garnier kat TV.

Masa aku 3rd year kat Univ, aku pakai shiseido..Ni gara-gara pujukkan mak cik Iida (Iida obasan) tokey Shiseido butik depan Yokohama Bank...Aku mula-mula saja je singgah..Kononnya alang kepalang dok Nihon why not aku try Shiseido hahahaha..Sekali masuk kedai tu, mak cik iida yang ramah tamah tu mempromote...Dia bagi sample..Then aku balik try...Nampak OK aku pun belilah...Yang bestnya mak cik Iida ni...kalau aku beli barang dia akan bg sample banyak banyak banyak....
Masa aku nak balik cuti pun dia bekalkan sample banyak banyak banyak..masa aku balik for good pun dia bekalkan banyak banyak sebab aku bagi tau dia kat malaysia shiseido mahal.
Dah balik Malaysia bekalan mak cik Iida bagi dah habis aku pun ajak boyfriend aku pergi cari shiseido kat sebuah shopping compleks ni...Ceeettt tukang jual tak layan terus aku stop...guna plak BML tu.

Ishh lambatnya nak upload fotopages nih.....

nasib

Aku perasan sejak akhir-akhir ni aku suka sangat tulis blog tentang rasa tak puas hati aku..kahkahkahkahkah..nasib la..
aku memang tengah stress hahaha..kerja banyak weh......
heheheheheee

1) Susah nooo kalu ada boss yang tak cerdik....manager dept aku tu orang baru belum sampai setahun join company...Ketidakpandaiannya teserlah....Tapi suka sangat dia nak bagi idea..Idea yang 4 tahun lepas aku dah guna!
Masalah la macam ni...Kita dah try 4 tahun lepas dia paksa kita guna lagi tahun ni. Lagi satu dia ni pada pendapat aku kurang sensitif...Kalau tak tau tentang sesuatu bawa-bawalah cari jalan belajar macam mana nak faham dan yang paling penting cuba-cuba la belajar dan kaji tentang staff2..Jangan main nak fire je....Kang orang laser terbantut jiwa!

2) Susah noo kalau jadi project manager tapi tak tau apa benda yang sepatutnya dia tau..Ni satu haru juga.....Dia project manager tapi lagak macam cikgu tadika....Suka bawa pen sebatang ngan kertas sehelai ronda seoffice cari staff nak tanya progress..come on laa..Kita ada system...Dan tolonglah faham-faham sendiri..ramai staff anda tak suka anda cubalah ubah sikap....Kalau anda cabut ramai suka..Tapi kalau staff2 anda cabut anda yang susah.....Anda tu tak tahu sangat tentang technical..tak tau banyakkk.....

3) Lab...Satu lagi sakit kepala nak fikir....Bukan main lagi buat schedule...Last-last schedule ke mana apa ke mana.....

4) Terasa sangat-sangat nak cari kerja lain yang sesuai dengan jiwa aku. Aku suka kerja aku sekarang ni tapi aku tak suka dengan ketua-ketua yang ada....Mengikut logiknya..ketua-ketua tu akan kekal ada...Pihak atasan tak pandang pun kewujudan aku...Maka kalau aku tak suka ketua-ketua yang ada..Akulah yang kena angkat kaki say bye bye....Aku tengah dok fikir, aku nak jadi apa...Nak terus jadi engineer?designer?technician?Lecturer?Student?Bisneswoman?...Yang aku paling nak jadi suri rumah tangga yang berjaya hahahaaa...tak mungkin tak mungkin....
Aku ni kadang-kadang takut tau nak cari peluang lain..Aku banyak tanggungan....
Lagi pun alasan aku tak nak dok company le ni banyak kepada benci kat manusia....Manusia spesis tu kat mana-mana pun ada...Aku takleh lari punya laaaaaukan bela pekerja seksa lagi ada...Macam penjara...Pekerja diperlakukan bagaikan banduan....
Aku baru-baru ni kena sergah lagi oleh security kilang yang konon-kononnya interpol....
Ada ka patut dia nak tahan aku dari pergi buat kerja aku...memanglah jarak antara office aku dengan lab jauh..Kena redah ribut taufan untuk sampai...Pintu pun akan kunci bila tiba masanya..hanya insan-insan yang tersenarai sahaja boleh lalu pintu tu dan aku adalah salah seorang yang 'bertuah'...
'Oitt ni nak gi mana ni?'
Pusing dan pandang...
'lab'
'buat apa?'
'What????'
'Pergi sana buat apa?'
'Ada nampak saya bawa apa-apa tak?'
'Apsal tak register?'
'Kenapa saya kena register?'
'Ini procedure'
'Excuse me...could you please go up stairs and ask my GM..I've no time to talk to you, i just doing my job..don't disturb me'
' heeeeeeee.....'
Jalan buat tak tau

Kemudian..kali ke-2 pada hari yang sama
'Mana form?'
'What form'
'Form kebenaran bawa keluar set'
'saya tak perlu guna'
'apsal awak tak perlu guna?'
'I think you better check all your file before you disturb me ok'
'saya buat kerja saya la'
'Saya pun buat kerja saya'
'Ehhh'
' Boleh tolong pergi jumpa dengan GM saya'

Lepas tu aku buat complaint kat bosses......Nasib la

Kenapalah diaorang ni suka main sergah-sergah....
Aku memang amat marah kalau orang kacau kerja aku.....Lagi pun tentang kegunaan pintu dan kebebasan aku keluar masuk bawa sample set telah dipersetujui oleh pihak atasan. Bukalah file bacalah balik. Bukan kerja aku nak tolong ingatkan pak sekuriti tu!


Betullah
Le ni aku banyak sangat tak puas hati hahahahahahahahaa

Saturday, May 5, 2007

kan baik tulis blog

Aku berpendapat, bagi insan yang ada masalah dan tak ada tempat nak lepaskan masalah itu..apa kata tulis je blog...kalau tak nak orang tahu identiti..sorokkan identiti....tulislah isi hati......
Aku kurang minat orang meluahkan perasaan di tempat yang tidak sepatutnya....contohnya, blog orang lain ka...website orang ka..forum-forum ilmiah ka......

Bagi aku..aku tak kisah pun orang tak minat baca blog aku..hahahahaa..janji aku tak kacau orang....siapanak baca..boleh baca tak nak baca tak yah layan.....

Friday, May 4, 2007

Aku ingin berjaya dalam dunia penyusuan susu ibu

Hari ini mengikut kiraan ticker kat blog ni akif berumor 1 tahun 7 bulan 2 minggu 3 hari
bermakna sudah 1 tahun 7 bulan 2 minggu 2 hari aku menyusukan dia.
Seperti aku nyatakan dalam entry sebelum ini

Aku ingin berjaya at least 2 tahun menyusukan Akif dengan susu aku...

Mengimbau kembali saat mula-mula aku belajar menyusukan ..
Nurse bawa masuk baby, then mereka minta aku bangun dan duduk di sofa tepi katil aku. Mereka ambil bantal dan letak atas riba aku dan Akif diletakkan di atas bantal itu.
Bibir Akif didekatkan pada nipple aku dan ...dia terus nganga 'ngap' dan menyusu..siapa ajar dia?
Kando! Tak terkata....Itulah saat permulaan aku mula kenal erti menjadi ibu yang menyusukan anak

Akif masa dalam tempoh berpantang menyusu setiap sejam , maknanya dalam selang masa sejam dia akan lapar....2 jam menyusu rest sejam then 2 jam menyusu semula dan seterusnya....
Aku pada mulanya memang tak cukup tidor tapi lama kelamaan aku dah rasa terbiasa dengan keadaan itu .....Aku susukan dia, dia tido aku tidor.....Dia bangun aku bangun....
Mungkin disebabkan dia kerap merangsang susu maka susu keluar dengan banyaknya hingga membuka jalan kepada aku untuk terfikir untuk terus menyusukan dia....

Sampai sekarang, malam memang dia kuat menyusu...aku tak kira berapa kali dia minta susu...aku bagi aja...bukan kena bangun pun...dia dah tahu cari sendiri...
Malahan kalau dia penat sangat dia tak terjaga minta susu aku pula yang terjaga paksa dia menyusu..Ada masa dia marah ada masa dia minum aja tak banyak soal....

Pada pendapat aku, untuk terus menyusukan anak selama yang mungkin kita haruslah kuat semangat, tabah dan komited.
Ke tepikan segala halangan..Jadikan rintangan dan dugaan itu sekadar sampah di tepi jalan..Kita tolong sapukan dan masukkan dalam tong sampah....nanti orang MBSA datang kutip (bagi yang duduk kat area Shah Alam)

Aku ada lagi 4 bulan 2 minggu untuk capai target pertama .menyusukan akif selama 2 tahun..kemudia aku akan teruskan goal kedua aku..menyusukan dia sampai dia kata TAK NAK

Aku berdoa agar aku ditetapkan pendirian, dikuatkan semangat olehNYA untuk aku capai misi aku ini...Insya Allah.

gambare

Aku selalu fikir....
Bagaimana aku nak corakkan masa depan anak aku?
Mampukah aku menjadi ibu yang baik?
Mampukah aku tanggung segala amanahNYA.
Makin aku fikir makin aku takut...

Aku tak nak didik anak aku dengan cara aku dididik....Bukan aku nak kata cara aku dididik salah....Tapi aku tak suka....
Alangkah bertuahnya mereka yang memang sudah bersedia dari awal untuk menjadi ibu....
Alangkah ruginya aku kerana tidak betul-betul bersedia.
Dulu aku sangka..mengadung dan melahirkan itu adalah perkara paling susah...Hakikatnya...mengandung dan melahirkan amat mudah, tapi selepas dilahirkan itulah cabaran sebenar.

Aku perlu lakukan sesuatu....Aku BOLEH....Aku mampu melakukannya....

Gambare watashi...!!!!

berapa anak?

Berapa orang anak yang korang nak?
Aku?
Minimum 1..maximum 3...
Aku takut nak beranak ramai..Bukan takut sakit atau apa..Takut tak mampu menjaga amanah Illahi itu sebaik mungkin....
Memang anak itu rezeki.....Namun kita boleh membuat pilihan.Insya Allah ...

Masa aku balik kampung baru-baru ni...Aku dengar cerita, orang-orang kampung yang suatu hari dulu kutuk sakan sesiapa yang ambil pil perancang...sedang mengalami masalah..masalah anak tak terjaga tak terbela...rosak binasa..Banyak kes..kes maksiat la...kahwin dulu lepas tu baru nikah!
Baru nak menyesal..Menyesal anak ramai tak terdidik tak terajar....
Kalau terlajak perahu boleh lagi kita undur tapi terlajak tingkah....kena kendong juga sampai ke akhirat....

Thursday, May 3, 2007

Bagaimana dia mengenal 'animal'

CAT- Dia memang suka cat...
CICAK (sekarang dia sebut she-syak kekadang cak)- sejak pindah umah le ni adoiii bnyknya..maka secara otomatik dia kenal cicak..haru
DOG- selalu jumpa dog kalau pergi babyland ss2 PJ...Tapi adoii masa balik kg..dia nampak goat...tapi dia sebut...'mi tu dug(dog)'
BIRD- banyak birds....
BUTTERFLY- kenal dari TV....
Dan beberapa jenis haiwan lagi..Dia kenal melalui lawatan sambil belajar bersama mummy dan daddy ke zoo negara....

He's OK

Tadi balik kerja singgah klinik...Minta doctor check si gedebi....Alhamdulillah gedebi OK..But tak tau la apsal gedebi batuk..ponat den pikir....
Doctor bg ubat spare heheheh ventolin laa.....

Gedebi minum susu abih dua2 belah...kenyang burrppppp.....
Sampai umah dia sibuk nak ndi-ndi (mandi) then nak nak nak (nak susu lagi) seterusnya tidoooooo..Awal dia tido...

Petang tadi masa jemput gedebi.....Dia tengah main kat taman Taska..bukan main lagi ligat macam gasing...

Dilaporkan hari ni gedebi kurang aktif..Lepas makan or nyusu dia asyik tertido aja...
Doakan gedebi sihat ya...mummy nak update FP...

Susah hati le

Susah hati le...Akif batuk tak sembuh-sembuh. Ingat ke dah OK rupanya ada lagi batuknya.Masa balik kampung OK aja..Balik shah Alam kena semula...Petanda tak suka Shah Alam ke?
Mana boleh..Dari dalam perut lagi dia memang dok Shah Alam.
Makin susah hati bila, pagi tadi hantar dia ke Taska, para pengasuhnya kata dia nampak pucat..aisehh mummy ni rabun memang tak nampak sangat, daddy? Daddy tu bukannya tau macam mana pucat macam mana tak pucat.
Terbayang-bayang wajah Akif. Nampak kurus sangat..Dia sekarang memang susut....Tak tahulah kenapa..Nampak leher panjang je dah tak nampak ketak-ketak sangat dah.
Makan...Semalam dia makan nasi banyak...Mood makan dia bergantung pada selera dia. Kalau dengan mummy memang dia akan menyusu memanjang...
Dah naik segan nak jumpa doktor. Ke nak kena gi jumpa Dr.L nih?
Mmmm....Petang kang balik nak bawa jumpa GP jap....Nak minta check lung, hidung, telinga etc.....
Melihat pada cara dia batuk, macam dia tengah sakit tekak..Kesiannya.
Mummy plak bulan May ni sibuk yang teramat sangat.

Wednesday, May 2, 2007

p/s

Bulan May ni bakal menjadi bulan tersibuk aku pada tahun 2007 ini..Fuhhhh berdebar-debarnya.
Aku dah tanya hubby tadi in case aku terpaksa OT hari Sabtu ..apa komen dia....Kihkihkih...Dia....Diam...Buleh la kot....

Summary cuti 5 hari

27 april- Akhirnya aku dapat kepastian tentang reservation lab yang aku 'tempah', dan jadualnya amat ketat sekali..sebagai contoh, 3 may ni aku nak kena 'jalankan' 3 labs...maka sebelum 3 may lagi aku dah bg tau bosses...'i need someone to run the program'
mmmm....just wait and see what will happen on 3rd may...
Balik rumah tatkala maghrib..cettt..takleh nak bawa kereta masuk depan rumah sebab ada orang buat kenduri 29 april tapi malam ni dah pasang meja..adeiii.....patah balik park tepi main road angkut barang satu persatu....Si tuan kenduri selang 10 rumah dari umah kami....Hanya jemput by 'card'..Tak de pula bagi tau nak 'tutup' jalan..Menyusahkan betul.Tak suka sungguh orang buat kenduri dengan cara menyusahkan orang....end up tengah-tengah malam aku bergaduh ngan hubby sebab aku paksa dia pergi bawa balik kereta ke porch rumah..(derang alih meja sesudah tengah malam)
Memang kenduri kat Shah Alam ni Karaoke tu syarat sah kenduri ke syarat sah nikah???(kawasan rumah aku ni kalau kenduri kawen je memang ada le karaoke..sungguh aku tak faham..Tengah-tengah malam buta menjerit-jerit menyanyi..kacau anak kecil nak tidur...kalau suara sedap tak pe..ini..suara ...argghh...malas nak komen)

28 April- Bertolak balik kampung yang dah 6 bulan aku tak jejak...bertolak 9am sampai 2:30pm...Akif stop poo poo...etc...kat RSA...Kihkihkihkih....
Sampai aja kampung dia jumpa cat..maka malam tu mummy ngan daddy dah tidor dia tak tidor lagi..mengadap cat....

29 april- Pukul 5am aku terjaga sebab terperasaan akif ada kat sebelah aku hahaaa....Pergi 'pekan hari' ngan mak aku.
Beli buah nenas suruh mak buat pajeri nenas..menantu dia nak makan...

30 april-Bawa mak ngan ayah ke spetal ambik ubat and ayah ada appoinment ngan doktor. Petang plak pi ambik adik aku kat tempat kerja dia then kami pergi cari kek...Adeiii susah sungguh nak jumpa kek...kek konon nak wat sambutan 3rd anniversary laaaa.....

1 May- hari pekerja...merangkap ulang tahun perkahwinan kami yg ke-3 mengikut tahun masihi..Alhamdulillah. Pukul 9am bertolak balik Shah Alam...Singgah Taiping jap..makan mee combat.
Then sampai kat Bukit Suang pukul 5pm..hantar barang-barang yang mak aku kirim kat adik aku...Sampai umah kami pukul 5:40pm gitu....Tanam pokok pandan ,serai dan kunyit yang aku ambik benih dari kampung...Harap-harap tumbuh laaaa...

2 May- Petang tadi gi Babyland summit USJ..ada sale laaaaaa....aku gi beli bepanthene ngan sebamed mandian akif aja..Jap tadi tonton cerita Oshin...Then baru online..heheheh..Hubby tengah iron baju.....